YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, December 26, 2019

HO CHI MINH WITH MAMA,PAPA & ADIK

Saigon
8-10December 2019
Sunday-Tuesday

Plan nak pi HCM ni dibuat last minutes sebab husband takde hujung tahun. Dia join company trip ke Kunming China. So mcm besa, bini kena tinggai sebab kalau tak kena bayar RM3000 utk trip ni. Sebabkan masing2 tkde duit so bini cakap nk g jenjalan sendrilah..hahahah..Of coursela dia tak izinkan. Makanya, terus plan ajak Mama,Papa dan Hadik..

Jumaat 6hb pagi2 dah siap2 hanta husband g KLIA2 lepas tu terus jemput family dekat KLIA. Senang..sekali harung jer. So lehla dorg lepak jap dekat Shah Alam sebelum flight ke SGN Ahad 8hb tu.

So Ahad tu Alhamdulillah, dpt confirm seats beberapa jam sebelum depart. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih. Sampai airport dalam kul 10am. Lepas collect beg terus cari local sim card. Terus beratur dekat Vinaphone sebab mmg paling murah antara semua. 5g dlm RM18. Ckpla untuk 3 hari kan.

Settle dlm sejam kemudian terus tempah grab menuju hotel Thanh Thu dekat Malaysia Street jer. Trip dlm 40minit dgn bayaran RM16. Okla cheapoooo..Bus pun senang jer nk naik dekat airport. 1dollar katanya sorg. Tapi sbb pikir bawak family dan beg byk so better naik grab jerlah.

Disebabkan sampai hotel awal so kami pi jalan2 dalam Ben Tanh Market dulu. Nk check in pun pukul 3pm kan. Hari pertama dalam Ben Tanh market takde ape sgt nk beli. Just survey2 jer. Tapi tujuan lebih kepada nk beli tudung dan telekung. Makanya kami lagi syok berjalan di sekitar Malaysian street. Mama mcm biasa dah selamat shopping telekung dekat kedai sebelah hotel jer. Lepas tu dah rasa lapar, terus ajak makan dekat Restoran Amin. Biasa ja makanan dia. Bolehla..

Hbs makan, ada kawan suggest pegi Sarony. Ok..kedai ni best gila. Sebab kualiti kain dia mmg tip top. Gred AAA. Segala mak nenek Duck, Ariani, Naelofar dan Telekung Siti Khadijah ada jual di sini. Mmg borong sakan sampai tak sedar dah kul 4pm. Kena bijak membeli sbbnya, kalau nk dpt murah kena beli byk skit.

Sbbkan kecian tgk Papa dah tak larat. Kami terus menuju hotel dan berehat kejap. Malam nnt kita jalan lain. Sebab nk dinner dan shopping.


Dekat Gate 10 tgh tggu nk boarding flight


Suasana malam di Malaysian Street. Mmg happening. Gila....

So malam tu ada perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Vietnam bertemu Thailand. Mmg havoc and bising gila dgn karenah penyokong. Kami dinner dekat Restoran Basiroh malam ni. Sedap Mee Celup dia. Pho Daging kot nama. Sambil makan smbil tgk bola. Lepas makan Mama sambung shopping. Tiap kedai dia masuk dan tiap kali msk dia akan ckp mcm tak penah masuk lagi kedai ni..hahhaha. Jomla layan pic:


Mama paling byk borong


Ni bukan kedai Sarony. Tapi ok gakla kualiti tudung dia. Adik borong yang kuning ariani tu


Lawa kan..geram


Ariani pleated Nora & Nadhirah pesan. Menyesai tak beli satu..hahahha


Cantik2 warna dia..


Adik bengang kena layan PS Jasmin


This is mine.

Lmbt jugak kami pulang ke bilik. Nk tido malam pun tak lena sbb leh jer dgr sesi melelong brg2 jualan dekat bawah..hahhaha..Mama kejap2 mengendap dari bilik. Ikutkan dia ajak nk turun lagi tu tapi Papa dah bising. Boringla dpt bapa cmni..Dahla byk peel dia. Makan pun payah. Lepas tu bising tak bg kami shopping..lol..

Hari pertama dah byk order dr sedara mara dan kawan2. Bangun pagi tu just breakfast dekat hotel. Cadangnya rini nk pegi jauh skit. Nak pegi Diana Collection. Naik grab siap sesat sbb tak jumpa kedainya. Grab dalam RM19. Tempatnya biasa2 jer. Takde ape sgt. Tapi baju kurung dia lawa2 gakla.


Ni Dira punya. Dah 2 baju kurung kami sama..hahhaha


Ok ni sis punya. Mak kata lawa


Sis kenan ni gak tapi sbb dah beli warna merah semalam. So tak beli ni.

Tak lama pun kami kat sini. Rasa lebih seronok shopping area Malaysian street lagi. So sampai jer situ g sambung shopping Benh Tan market ngan Mama dan adik. Papa tinggal sbb dia malas ikut. Ok good. Klu tak bising ja dia..

So dekat Benh Tan kena make sure ingt no kedai sebab kalau tak..takkn jumpa dahla. Very confusing..hahaha..I tak beli pape pun. Yang beli adik dan mama. Mama beli kain cotton untuk cucu dan diri sendri. I plak belikan utk org cm biasa. Adik plak beli beg rotan.

Selebihnya kami sambung shopping dekat Sarony. Sbb byk order nk kena entertain. Mula2 cadang nak g tour, tapi Mama n Papa takmau. Depa tak larat nak g Cu Chi Tunnel semua tu. So takjadila book tour. Makanya shopping jalah kami pada hari kedua.


Ni nama dia Hyatt brand. Tapi tak jadi beli sbb kenan material Bokitta lagi. So nsb leh tukar


Longgok memalam ja depa atas jalan raya. 4 RM100. Cuma kualiti kain bezala dengan Sarony


One for me one for Adik. Dahsyat dia..byk dia borong. Sampai termimpi2. Mur mur jer. RM30


Telekung Duck pun ada. RM60 kot taksilap.


Telekung Siti Khadijah dekat Sarony. Kualiti elok skit berbanding kedai2 lain. Harga pun mahal skit.


Duck pleated. Lawa sgt2 kain dia. Best jer pakai. Plus dia besar skit dari original. Sis beli 2 lepas tu rasa mcm ala..awt tak beli byk skit..hahha


Manis jaaa

Hari kedua ni mmg pulun sakanla shopping sbb esok nk balik dak. Mama pun membeli sampai hasut anak dia.. Aduiyaiii..Memang leh hbs duit dekat sini. Sekali PS pun longlai. Duit untung beli dekat org hbs sbb shopping utk diri sendri. So far mmg kena pandai tawar dengan dorg yg kasar ni. Org Vietnam ni mmg kasar bila berniaga. Tak pandai guna bahasa halus. Kita membebel dekat dorg, dorg lagi sama naik..ermmm. Tapi mmg murah pun. Adala borak dengan sorg reseller shopee ni. Dia ckp dia jual ratus2 shawl duck dalam shopee pun org beli. Sdgkan dekat HCM ni harga dlm RM20-30 jer uollsss. Sis ja yg tak berani nk jual mahal sgt...heheheh. Minah ni siap share Ebook berniaga online. Bgsnya dia..

Hari terakhir pagi2 mama dah ajak papa teman dia pi Benh Tan market sbb dia nk tukar kain cotton. Dia taknk beli sama dengan Auntie Ani. Sis plak tggu adik siap2 sbb nak g Sarony menyopping lagi. Ada kawan pesan anak tudung Naelofar. Kul 12 nnt dah nk check out. Hotel ni agak mahalla for me. Total harga dlm RM506 utk 2 malam 4 org sebilik. Kena tambah katil utk Umi. Sebab tu kena tmbah 10usd semalam. Ade jer hotel murah skit cuma jauh skit dr Malaysian street and toilet takde biget. Sbbkan nk memudahkan dan memberi keselesaan pada org tua. So amikla yg selesa skit. Lagipun ada lif lagi.

So lepas lunch kedai depan hotel kami terus tempah Grab. Lagi lama dekat sini, lagi kosong wallet. Sebenarnya duit dah tak byk dah tinggal..hahahha..Dalam pukul 1pm kami dah bergerak menuju airport. Even flight kul 4.40pm. Tapi biarla awal skit sbb kami ni seat standby. Sampai airport dlm kul 1.50pm cmtu. Just nicela nk kencing ke..nak wrap beg ke. Wrapping beg dlm 18000dong duit Malaysia dia amik RM20. So wrap jerla lebih selamat kot.

Dlm kul 3pm kena dtg ke kaunter semula sbb masa g tadi dia taknk issue tiket lagi. Alhamdulillah dpt jer seats. Legaaa.. So terus masuk gate sbb taknk lengah2 lagi.


Dah nk balik baru perasan takde sgt gambar dorg dekat Ho Chi Minh..hahhahah


Jerebu jer nmpak. Panas gila HCM ni..hehhehe


Duduk sorg2 dekat depan. Mama,papa dan adik seat belakang. Masa ni dah tak sabar nk balik sbb nk jumpa suami. Flt dia touch down kul 10pm di KLIA2. Flt kami sampai KLIA kul 7.50pm. Tapi depart time lebih kurang sama.

Insya Allah semoga ketemu lagi HCM!!

Thursday, October 10, 2019

UK ROAD TRIPPING (Last day: Heathrow T4)

21st September 2019
Saturday
Terminal 4, LHR Airport

Akhirnya tiba sudah hari terakhir kami di London. Tak sedih pun..hahahha..sbb rasa mcm mesti akan dtg lagi..gittew🙌. Reason being, London is the only Europe route yang MAS operates. So sini jerla transit kami even nk g negara2 lain. So pagi ni kami kena check out awai sbb ada misi terakhir nk dapatkan handbeg utk Mak Tam. Hopefully berjayala mission tu. Sebabkan flight kul 11am, kul 7am kami dah terpacak kat airport. First thing first kita pi settle VAT claim dulu. Kena pi level 1. Sampai jer kaunter dia tanya nk cash or masuk dlm cc. Kami dah buat keputusan utk amik cash mcm last year even kami tau akan ada admin fee antara £2-£16..byk hokay...So dia akan tanya nak refund in euro/usd/RM/pound. Kami jawab nk pound la kan..lol

Bila kita decide utk amik cash kami disuruh pergi express counter. Jap jer beratur no dah dipanggil. Lepas tu pegawai dia suruh kami amik duit dekat premier tax free office dekat dgn departure gate. But first you have to check in all your luggages. Nsb masa tu kaunter MAS dah bukak so terusla check in. Settle check in kami pun g la claim duit kami. Dekat area situ jer tempat claim tu.

So dah alang2 tggu dia kira berapa kami dapat, so aku mcm borak2la ngan dia pasal VAT claim ni sbb tak berapa fhm sgt kalau kita mntak masuk CC. Untuk pengetahuan, kalau refund dlm cc, takde charge dikenakan. Tu yang bestkan. Cuma dari review2 kdg2 ada masalah skitla. Contoh: ada yang refund tak masuk, ada yang konon takde cop kastam, ada yang takde cop kedai..Disebabkan hal ni so jadi mcm risau2la. Yerla..London tu bukan dekat kan. 13jam hokay flight dia. Dia pun storyla skit2. Nsb peramah orangnya.


Ok mana yang kena masuk CC tu ada gak sbb amount kecik sgt. Contoh macam resit HRC ni, jgn lupa amik pic resit then tgk dekat Voucher no.


Log in into this website PLANET VAT REFUND then klik track my refund


Masukkan Vouher no dekat sini. So nanti kalau dah masuk akan ada la details dekat situ. Dlm 4 weeks gakla. Sbbkan belum ckp 4 weeks so kami mcm tggu dulu..heheheh

Alhamdulillah dptla dlm £147.60👄 Tak byk pun sbb jualan tak byk mana..hahahha. Lepas ambil cash kami terus masuk departure gate. Kenala hadap security depa dulu. Semua smooth jer. Takde masalah pape even masa ni gelabah sebab ada lighter Liverpool husband beli utk Jay. Tapi ok jer..lepas!!

Bila dah ada dlm boarding gate..apalagi tunggu kan. Masa pun ada 3 jam lagi ni. Kami terusla menuju LV shop. Yg kelakar, staff dia siap ckp beg LV on the go is hard to get. Aku pun ckpla then "how to get it?" I have been informed by store manager in London, got 3 here in T4 and 3 in T5. Bila dia dgr cmtu terusla dia suh kami duduk and tanya nk minum apa..lol..


And taraaaaa


Cun hokay. Ni ala2 beg Dior la. But LV best lagi sbb dia kanvas


Sis try sbb nk tunjuk dekat Makcik..hehehe


Dan lagi


Harga mmg murahla kalau beli dekat aiport sbb dah tax free and takde admin fee. Kalau dekat luar £1630 tapi dekat airport £1358.33..byk hokay bezaaaa

Settle LV, makcik nk Gucci plak. So kami singgah Gucci store dekat sebelah LV jer. Dapat gak satu handbeg. Fuhhhh..Nsb cc husband leh zass lagi. Even kami terpaksa tambah ngan cash kami tadi 😒





Ala kenannya..even dah ada satu..hahhaha


£1690 dekat butik luar tapi dekat airport £1470

Bila dah qalit membeli sedar tak sedar dah 2jam berlalu. Keluar jer dari Gucci cepat2 ajak husband g World Free Duty Shop sbb nk beli perfume. Kenan bau D&G Garden. Rembat satu dlm £72😥Zass jer sbb cash dah takde kan. Lepas tu baru tingat dekat Umi takde beli pape lagi. So aku belikan beg Cath Kidson Foldaway shopper. Best beg ni sbb very light and boleh lipat, basuh dan jadikan beg g market..hahahha. So sis beli 2.. £6.60 satu.

Hsb membeli kami pun dah penat dan malas nk shopping dah sbb duit pun dah takde. Just hbskan syiling beli coklat..heheheh. On the way ke gate MAS lalu LV sekali lagi. Tetiba ternampak sorg minah Cina ni beli beg yg sama. Lol sgt. Dari kata takde tu??Rasanya depa ni sure simpan sbb kot2 ada deal dgn PS mana2.

Flight pun ontime jer. Kalini seat kami 24AB. Dah siap2 pre book masa nk dtg ritu. Sebabkan flight pagi so tak rasa nk tido sgt. Aku sempat layan 3 movies. Then makan..terlelap jap..selebihnya dgr lagu. Sambil dgr lagu dlm hati dok cuak nk hadap kastam KLIA nant..huhuhu..

Seperti yang diajar oleh Paktam @ ex pegawai kastam dan Maktam, beg yang kita beli terus jer pakai nnt bila dah touch down. Buang semua paper bag. Takyah rasa syg. Let go jer. 


Semua brg aku sumbat dlm ni termasukla beg Gucci


OOTD satu👀


OOTD 2🙈

Alhamdulillah tak kena tahan even semua passengers dia scan beg satu-satu. Maybe sebab kebetulan kami keluar dgn geng2 dr India. So brg depa byk. Kami siap berpecah. Husband 3 beg, aku 3 beg.  Husband kat blakang, aku jalan dulu ke depan..Anddddd beg LV ni takde pun kena scan..fewwwwhhh

UK ROAD TRIPPING (Back to London yaww)

20th September 2019
Friday
London

Kul 6am dah bgn harini. Siap2 terus check out. Tak jumpa pun host..malasla...lagipun dia mmg buat satu banglo tu Airbnb. Kunci pun dia pesan tggal jer dlm bilik. Pagi ni agak kalut sbb kuar dari kawasan rumah dah jem. Yerla kan..org pegi keja..Lepas tu minyak lom isi. So kena isi dulu bagi full tank sbb dah nk hanta keta. Dlm kul 7.30 gakla gerak ke office Budget. Cadangnya nk drop beg dulu dekat Premier Inn tapi dah mcm tak sempat jer. So kami just proceed hanta keta. Lagipun ada free shuttle balik ke airport so takde masalah sgtlah.

Tepat jam 8am kami sampai..Gila punctual despite jalan jem skit. Nsbla tak jauh sgt rumah dengan office budget tu. Proses pemulangan kereta berjalan dgn lancar. Alhamdulillah takde sebarang masalah. Yeayyyy. Cuma..jgnla ada saman kannn!!!


Gambar kereta untuk kenang-kenangan. So far pegawai budget yg inspect keta kami ni takdela lorat sgt pun. Sbb ada gak baca2 dr blog yg kena byr ganti rugi sbb calar la..kemeklah..So penting yer amik gambar kereta byk2 masa ambil kereta. Manala nk tau kan..Maybe calar tu bukan sebab dr kita pun..

Tak sampai 5 minit dia tgk2, dia suh sign form. So yeay dah leh g naik shuttle bus..hahahha. Husband plak buat hal..dia nk berakkk..ishh denii..ritu masa pick up pun dia berak gak dekat office budget tu💩sabar jerlah..So kena tggu japlah..eh bukan japlah..lamalahhh..lol..

Dlm kul 8.45am gakla kami gerak naik shuttle bus ke terminal 4. Sampai jer airport terus tolak troli menuju Premier Inn. Malam ni kita tido hotel..hahahha. Mcm biasa hotel fav kami bila transit London, Premier Inn Terminal 4 Heathrow .Dlm 9am sampai hotel terus deal dgn staff utk simpan beg2 semua. Free jer sbb yerla nnt kita nk check in gak lepas tu. Skang tak dptla sebab awal pagi lagi..

So harini kita cover London yg kami lom smpai last year. Dekat Subway, kami beli one day pass sbb mcm lagi murah. Dlm £13.50 sorg utk sehari waktu off peak. Kena tggu after 9.30am nk beli harga ni. So boleh naik bus dan train ikut suka la byk mana. Tapi kami lebih byk menggunakan subway. First thing first nak pi Camden Market sbb nk melantak Fish & Chips Poppies plus ronda2 the market. Nsb bukak kul 11am. Dr T4 sampai sini dlm kul 10.40am. Jalan2 masuk kedai2 dekat situ ngam2 kul 11am terus menuju kedai Fish & Chips.


Sis amik COD fish dalam £17.90. Byk portion dia


Husband makan Haddock fish sama harga. Eh ke mahai skit £19.90 kot. Puas hati gakla. Rasa pun sedap..Siap tak hbs chips dia..rugi..hahahh


Ok jenjalan dlm Camden jap. Tgk apa depa juai. Byk jgk brg2 rare..hahahha. Husband siap msk Dr Martin lagi..Nk tgk2 jer katanya


Depan entrance


Masa ni tahan ja tgk baju2 popuan kat sini. Sbb dah shopping Primark kan..gittu

Keluar jer dari Market dia nmpak satu kedai jual baju2 hitam. Terus teringat abg Kerol suh belikan baju hitam dekat dia. So laki sis pilih yg ada Iron Maiden dekat depan..hahhaha..harga £20. Owner org Syria..💁

Lepas tu kami decide nak pi area Covent Garden sbb ada kedai Deciem dekat sana. Ramai plak pesan nak The Ordinary lagi. Sebabkan taknk hgpakan dorg so kami pun g la tlg belikan. Best jgk Covent Garden ni sbb area sini byk jual kosmetik. Sempat gakla beli Kiko Milano dekat 2 kak ipaq dan Nora. Beli lipstick 2 free 1 £3.99. Murah kan...


Cun2 warna dia


Ni utk anti aging so khas utk Mak Tam


Mak Tam punya gak


Set ni Hana punya


Ganti Amino Asid sebab kulit minyak tak sesuai. Lebih sesuai Lactic Asid


Byk gila. Batch ke 2 lagi byk borong dari first one. Semua sedara mara punya. Sah dah aku takyah payah2 amik order kawan2. Sedara mara pun dah ckp hazab🙆


Best hokay cleanser ni. 


Toner Hajar pesan


Niacinamide. Best Seller. Aku beli gak


Masque. Best jgk. Ni pun aku beli

Lepas dah puas borong dkt The Deciem terpaksala usung ke hulur ke hilir brgnya. Nsb husband rajin nk bawakkan. Mmg he is the best travel partner ever...ngeh..ngeh.. Lepastu kami gerak g Hard Rock Piccadily Circus plak. Hard Rock baru. Last year pegi yg lama punya. Cm biasa g sebab nk beli FM. Besar gila HRC yg baru ni. Takde video or pic sbb hp bateri nk mati..lol.

Settle borong FM, kami nk g LV boutique plak sbb nk carikan handbeg utk MakTam dekat area Regent Street. Sampai jer terus tanya salesman beg LV on the go tu. Dia kata takde kat sini. kena order dan 3 bulan br smp. Terus rasa hampa. Lepas tu husband suh cek ada available dekat mana. Sekali mamat tu ckp ada 3 dekat T4 dan T5..wowww..nmpak gaya kena cari esok jerla masa nk balik nnt.

Last sekali kami menuju ke Harrods sbb bini nk shopping Huda Beauty...hahahah..Tgk org Arab shopping dahsyat k. Tapi frust la surau takde dekat sini..Paadiaaa.. Bicester Village pun ada kot. Nmpak gaya husband mcm kelaut la solat Zuhur dan Asar dia😤😏

Nk dekat ptg gakla baru keluar dari Harrods. Keluar2 nmpak Kuwaiti Restaurant. Ajak husband makan sana utk dinner. Dia kata awai lagi sbb baru kul 5.30pm. So tapau jerla. Tak pernah makan Kuwaiti Food. Kitaorg order nasi ayam satu set jerr..sebab mahai gak. Satu set pun dah £14.90..fuhhh
Sementara tggu...dia suruh kami minum coffee dorg..Wow..FOC jer...


Ok..tak sedap..husband lgsg takleh telan🙊


Pandang keliling restaurant ni...tgk waiter dia punya pakaian dah mcm Melayu dah. Sbb dia pakai kain pelikat...hahahah..maybe kita byk ikut dorg kot. Lepas tu tgk org Arab makan..Ya Allah membazirnya depa ni. Nasi tak hbs pun..tggal cmtu jer..Sedih btl💣

Sampai hotel dlm 7.30pm terus makan nasi arab kuwait tu. Unik gak sbb ayam dia grg kunyit jer. Lepas tu ada salad. Sambal merah, sambal hijau, Sos mcm ayamas dan sup. Sebijik mcm Nasi Ayam kita jer. Tapi sedap gilaaaaa..Serious sedap..Selera kami makan..hahhaha..maybe sbb lapar kot. Tapi nila first time kami makan nasi arab yg lain dari yg lain.

Mlm tu husband dah start packing brg2. Nk muatkan dlm 3 beg utk check in. Thanks Husband. Manala nk dpt suami yg rajin cmni. Bini goyang kaki jer..hahahhaha

Waaaa..esok dah balik!!!!