Tuesday, 17th February 2026
Harini kami bersiap lambt. Penat rasanya. Eijaz pun payah nk bgn. Harini rasa mcm sejuk skit dr smlm. Tgk suhu dekat phone rupanya 5deg. So mmg sejuklah. Harini kita nk g jauh skit. Tak pernah sampai area ni lagi and harini itinerary adalah utk Eijaz. Byk tempat nk g yang kids friendly punya. Sbb smlm dia asyik tanya mana snow?Lepas tu dia ckp Eijaz nk main slide. Snow ibu ayah takleh nk bg lah sbb dah subside. Slide maybe boleh..
So tgk dekat klook and buat comparison mana yg best. Sumida Aquarium or Sunshine Aquarium. Sumida mahai skit and dekat jer dgn kami. Sunshine plak jauh skit dan kami belum pernah sampai lagi area sana. So sis decide pegi sana sbb dia ada satu lagi attraction yg Eijaz mesti suka.
Sunshine Aquarium ni terletak dekat Sunshine City di Ikebukuro. Perjalanan dgn train dekat sejam jugaklah. Actually sis br tahu kalau nk g Kawagoe pun kena dtg sini dulu. This one rugi tak pegi sbb sis silap amik pass 48hrs ajer. Ptt jer amik 72hrs. Takknk nk kena repeat lagi Tokyo?hahahaha..
Ni dekat entrance. Nsb tak ramai org. Harga Adult 2600 yen, kids yg umur 4-5thn pulak 800 yen. Total 6000yen dlm RM149.97.. ha mahai kan..Sis rasa tak berbaloi sgt sbb dia cm takde apa sgt. Aquaria KLCC lagi best tau. But takperla dah spent pun so redha ajerlahh..
Aquarium tu terletak dekat atas Sunshine City. Masa ni tak beli tix lagi sbb sis tgk dekat google mcm lagi murah beli dekat sana berbanding beli dekat klook.
Dalam Sunshine City ni pun byk mesin Gashapon (Mesin Kapsul) Rupanya kami baru tau dekat sinilah terletaknya mesin kapsul terbesar di dunia. Yg ni husband an Eijaz gila lah. Sbbkan terlarit kat sini. Next tempat kami pi tu kejap jer Eijaz dpt main..Toshima Kids Park ni dekat jer dgn Sunshine City. Dia cm dekat luar jer. So sis ajak dtg sini sbb free jer masuk.Yerla dia mcm playground dekat park jer. Bersebelahan dengan Tokyo University tau..hahaha..Rupanya bila smp staff dia tanya ada reservation tak? Sis ckp takdela. Nsb dia bg masuk cuma dia ckp at 3pm must be out. Sis pun mcm eh kan ttp kul 4pm so nape 3pm dah suh keluarkan. So kami ada dlm 40min ajer..
Ada tiket jugak tapi free lah
Eijaz enjoy sgt. Lepas tu dorg dah buat pengumuman suruh semua keluar. Rupanya ramai tgh beratur dekat luar tggu nk masuk. Meaning dia ada slot la tu. Sis rasa sejam dorg bagi. Utk masuk ke dalm tak sure plak brp org boleh masuk. Tapi kami tgk yg beratur ramai jugak. So takperla..merasa jugak Eijaz main. Then sis ajak pegi Fire Museum dekat Shinjuku. Ikutkan nk lepak Shinjuku Gyeon National Garden. Tapi ttp awai plak pukul 4pm. Fire museum ni pun free tapi ttp kul 5pm. So sis rasa cm sempat sbb masa ni baru pukul 3pm. Kita try jerlah kan.
Ok dah sampai dlm kul 3.45pm. Ada byk level. Dia bg visitor pass. Dia suh pegi level 6 dulu. Ada level 6,5,4,3,2,1 and B. Level 2 dia tak bg sbb staff bomba dekat situ. Level yg best utk kids actually level 3 and B ajer. Level lain semua takde apa sgt just sejarah pasal bomba dorg jerla.
Ni level BNi dekat level 1, dekat kaunter registration
Level B
Level BLevel 3 ni plg bestla. Eijaz sejam dekat sini sbb dia asyik nk ulang main. Nak kereta bomba, naik heli. Memang dia enjoy sgt.
Yg ni jer smp 3 kali ulang
Heli ni pun sama. Asyik nk repeat
Yg ni tak ingat level brp
Masa ni perut dah lapar sgt dah sbb last makan masa breakfast dekat rumah. Pukul 5 plak dah gelap sbb nk maghrib dah plus sejuk lagi so mmg lapar sgt. Husband plak tumpang solat dekat Fire Museum ni. Smlm dia tumpang solat dlm fitting room GU sbb besar kan. Sis google ada Honolu Halal Ramen dekat Shinjuku. Agak dekat dengan kami. Kalau jalan dlm 13 minit tapi kalau naik train dlm 10minit jer so naik train lah jerlah.
Selamat sampai Honolu Shinjukugyoenmae Halal Ramen. Kedai dia kat bawah so kenala usung stroller Eijaz turun tangga sbb takde lift. Nsb bukak sbb dekat website dia ckp Tue closed.
Sis taktaula ni branch Honolu Osaka ke tak sbb rasa agak berbeza. Sis suka yg Honolu Ramen Osaka lagi. Tapi sbb lapar dah kan so melantak ajerlah. Kami byr cash sebab dia pakai mesin utk order. Taksilap Beef Ramen 1900 yen, chicken 700 yen, rice 300 yen. So total dlm 4800yen = RM119.99. Kalau makan tak beratus tak sah kan Jepun ni..hahahah..
Lepas settled makan, husband ajak g Shibuya crossing sbb dia nk shooting video kat sana. Dulu kami pegi siang. Kalini nk rasa vibe malam plak. Mmg happening gila. Sis layankan ajerlah. Then jenjalan jap masuk ABC mart ushar kasut, kami pun balik..
Esok pikir apa plak itinerary sbb subway metro pass dah nk expired..