YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, December 26, 2019

HO CHI MINH WITH MAMA,PAPA & ADIK

Saigon
8-10December 2019
Sunday-Tuesday

Plan nak pi HCM ni dibuat last minutes sebab husband takde hujung tahun. Dia join company trip ke Kunming China. So mcm besa, bini kena tinggai sebab kalau tak kena bayar RM3000 utk trip ni. Sebabkan masing2 tkde duit so bini cakap nk g jenjalan sendrilah..hahahah..Of coursela dia tak izinkan. Makanya, terus plan ajak Mama,Papa dan Hadik..

Jumaat 6hb pagi2 dah siap2 hanta husband g KLIA2 lepas tu terus jemput family dekat KLIA. Senang..sekali harung jer. So lehla dorg lepak jap dekat Shah Alam sebelum flight ke SGN Ahad 8hb tu.

So Ahad tu Alhamdulillah, dpt confirm seats beberapa jam sebelum depart. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih. Sampai airport dalam kul 10am. Lepas collect beg terus cari local sim card. Terus beratur dekat Vinaphone sebab mmg paling murah antara semua. 5g dlm RM18. Ckpla untuk 3 hari kan.

Settle dlm sejam kemudian terus tempah grab menuju hotel Thanh Thu dekat Malaysia Street jer. Trip dlm 40minit dgn bayaran RM16. Okla cheapoooo..Bus pun senang jer nk naik dekat airport. 1dollar katanya sorg. Tapi sbb pikir bawak family dan beg byk so better naik grab jerlah.

Disebabkan sampai hotel awal so kami pi jalan2 dalam Ben Tanh Market dulu. Nk check in pun pukul 3pm kan. Hari pertama dalam Ben Tanh market takde ape sgt nk beli. Just survey2 jer. Tapi tujuan lebih kepada nk beli tudung dan telekung. Makanya kami lagi syok berjalan di sekitar Malaysian street. Mama mcm biasa dah selamat shopping telekung dekat kedai sebelah hotel jer. Lepas tu dah rasa lapar, terus ajak makan dekat Restoran Amin. Biasa ja makanan dia. Bolehla..

Hbs makan, ada kawan suggest pegi Sarony. Ok..kedai ni best gila. Sebab kualiti kain dia mmg tip top. Gred AAA. Segala mak nenek Duck, Ariani, Naelofar dan Telekung Siti Khadijah ada jual di sini. Mmg borong sakan sampai tak sedar dah kul 4pm. Kena bijak membeli sbbnya, kalau nk dpt murah kena beli byk skit.

Sbbkan kecian tgk Papa dah tak larat. Kami terus menuju hotel dan berehat kejap. Malam nnt kita jalan lain. Sebab nk dinner dan shopping.


Dekat Gate 10 tgh tggu nk boarding flight


Suasana malam di Malaysian Street. Mmg happening. Gila....

So malam tu ada perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Vietnam bertemu Thailand. Mmg havoc and bising gila dgn karenah penyokong. Kami dinner dekat Restoran Basiroh malam ni. Sedap Mee Celup dia. Pho Daging kot nama. Sambil makan smbil tgk bola. Lepas makan Mama sambung shopping. Tiap kedai dia masuk dan tiap kali msk dia akan ckp mcm tak penah masuk lagi kedai ni..hahhaha. Jomla layan pic:


Mama paling byk borong


Ni bukan kedai Sarony. Tapi ok gakla kualiti tudung dia. Adik borong yang kuning ariani tu


Lawa kan..geram


Ariani pleated Nora & Nadhirah pesan. Menyesai tak beli satu..hahahha


Cantik2 warna dia..


Adik bengang kena layan PS Jasmin


This is mine.

Lmbt jugak kami pulang ke bilik. Nk tido malam pun tak lena sbb leh jer dgr sesi melelong brg2 jualan dekat bawah..hahhaha..Mama kejap2 mengendap dari bilik. Ikutkan dia ajak nk turun lagi tu tapi Papa dah bising. Boringla dpt bapa cmni..Dahla byk peel dia. Makan pun payah. Lepas tu bising tak bg kami shopping..lol..

Hari pertama dah byk order dr sedara mara dan kawan2. Bangun pagi tu just breakfast dekat hotel. Cadangnya rini nk pegi jauh skit. Nak pegi Diana Collection. Naik grab siap sesat sbb tak jumpa kedainya. Grab dalam RM19. Tempatnya biasa2 jer. Takde ape sgt. Tapi baju kurung dia lawa2 gakla.


Ni Dira punya. Dah 2 baju kurung kami sama..hahhaha


Ok ni sis punya. Mak kata lawa


Sis kenan ni gak tapi sbb dah beli warna merah semalam. So tak beli ni.

Tak lama pun kami kat sini. Rasa lebih seronok shopping area Malaysian street lagi. So sampai jer situ g sambung shopping Benh Tan market ngan Mama dan adik. Papa tinggal sbb dia malas ikut. Ok good. Klu tak bising ja dia..

So dekat Benh Tan kena make sure ingt no kedai sebab kalau tak..takkn jumpa dahla. Very confusing..hahaha..I tak beli pape pun. Yang beli adik dan mama. Mama beli kain cotton untuk cucu dan diri sendri. I plak belikan utk org cm biasa. Adik plak beli beg rotan.

Selebihnya kami sambung shopping dekat Sarony. Sbb byk order nk kena entertain. Mula2 cadang nak g tour, tapi Mama n Papa takmau. Depa tak larat nak g Cu Chi Tunnel semua tu. So takjadila book tour. Makanya shopping jalah kami pada hari kedua.


Ni nama dia Hyatt brand. Tapi tak jadi beli sbb kenan material Bokitta lagi. So nsb leh tukar


Longgok memalam ja depa atas jalan raya. 4 RM100. Cuma kualiti kain bezala dengan Sarony


One for me one for Adik. Dahsyat dia..byk dia borong. Sampai termimpi2. Mur mur jer. RM30


Telekung Duck pun ada. RM60 kot taksilap.


Telekung Siti Khadijah dekat Sarony. Kualiti elok skit berbanding kedai2 lain. Harga pun mahal skit.


Duck pleated. Lawa sgt2 kain dia. Best jer pakai. Plus dia besar skit dari original. Sis beli 2 lepas tu rasa mcm ala..awt tak beli byk skit..hahha


Manis jaaa

Hari kedua ni mmg pulun sakanla shopping sbb esok nk balik dak. Mama pun membeli sampai hasut anak dia.. Aduiyaiii..Memang leh hbs duit dekat sini. Sekali PS pun longlai. Duit untung beli dekat org hbs sbb shopping utk diri sendri. So far mmg kena pandai tawar dengan dorg yg kasar ni. Org Vietnam ni mmg kasar bila berniaga. Tak pandai guna bahasa halus. Kita membebel dekat dorg, dorg lagi sama naik..ermmm. Tapi mmg murah pun. Adala borak dengan sorg reseller shopee ni. Dia ckp dia jual ratus2 shawl duck dalam shopee pun org beli. Sdgkan dekat HCM ni harga dlm RM20-30 jer uollsss. Sis ja yg tak berani nk jual mahal sgt...heheheh. Minah ni siap share Ebook berniaga online. Bgsnya dia..

Hari terakhir pagi2 mama dah ajak papa teman dia pi Benh Tan market sbb dia nk tukar kain cotton. Dia taknk beli sama dengan Auntie Ani. Sis plak tggu adik siap2 sbb nak g Sarony menyopping lagi. Ada kawan pesan anak tudung Naelofar. Kul 12 nnt dah nk check out. Hotel ni agak mahalla for me. Total harga dlm RM506 utk 2 malam 4 org sebilik. Kena tambah katil utk Umi. Sebab tu kena tmbah 10usd semalam. Ade jer hotel murah skit cuma jauh skit dr Malaysian street and toilet takde biget. Sbbkan nk memudahkan dan memberi keselesaan pada org tua. So amikla yg selesa skit. Lagipun ada lif lagi.

So lepas lunch kedai depan hotel kami terus tempah Grab. Lagi lama dekat sini, lagi kosong wallet. Sebenarnya duit dah tak byk dah tinggal..hahahha..Dalam pukul 1pm kami dah bergerak menuju airport. Even flight kul 4.40pm. Tapi biarla awal skit sbb kami ni seat standby. Sampai airport dlm kul 1.50pm cmtu. Just nicela nk kencing ke..nak wrap beg ke. Wrapping beg dlm 18000dong duit Malaysia dia amik RM20. So wrap jerla lebih selamat kot.

Dlm kul 3pm kena dtg ke kaunter semula sbb masa g tadi dia taknk issue tiket lagi. Alhamdulillah dpt jer seats. Legaaa.. So terus masuk gate sbb taknk lengah2 lagi.


Dah nk balik baru perasan takde sgt gambar dorg dekat Ho Chi Minh..hahhahah


Jerebu jer nmpak. Panas gila HCM ni..hehhehe


Duduk sorg2 dekat depan. Mama,papa dan adik seat belakang. Masa ni dah tak sabar nk balik sbb nk jumpa suami. Flt dia touch down kul 10pm di KLIA2. Flt kami sampai KLIA kul 7.50pm. Tapi depart time lebih kurang sama.

Insya Allah semoga ketemu lagi HCM!!