YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Saturday, February 21, 2026

HANOI - SAPA TRIP

Thursday, September 11, 2025

HANOI

 Thursday 11st Sept 2025

Harini 21st Feb 2026 (Sat) baru ada mood nk update blog. Sebabnya terlalu busy dgn kerja dan menguruskan rumah tangga. Okay takpala..asal kan masih ada hati dan minat nk tulis dlm blog. So kali ni nk cerita pasal trip tahun 2025 kami ke Hanoi Sapa. Sebelum tu ada jer trip ke Bangkok in Dec 2024 and Jan 2025 tapi sis suka menulis trip2 yg sis rasa rare dan jauh dari Malaysia. Kalau setakat catatan negara jiran terdekat mcm Thailand dan Indonesia rasa mcm tak perlulah. Sbb mesti akan dtg lagi dan lagi..hehehe.

So cuti panjang kali ni kami plan nk berjalan. Plus nk pakai FOC tix sbb belum guna lagi kan. Bulan September ni adalah bulan yg bg sis tak sesuai nk berjalan sgt sbbnya, kalau g Jepun atau Korea tgh musim panas. China pun sama jugak. Kdg boleh jadi Typhoon jugak. Mcm belah ChiangMai pun tgh hujan lebat. Danang pun typhoon. So serious masa ni taktau nk pegi mana. Sbb budget ciput so nk pegi Europe mmg tak mampulah. Selepas pikir punya pikir dan sedikit kajian dibuat. Sis rasa Hanoi mcm okay. Lepas tu nk g SAPA sbb SAPA tgh viral jugak masa ni sbb sejuk...

Kami memilih flight pagi ke Hanoi pukul 9.40am MH752. Dijangka sampai Hanoi 1210pm. Kejap jer Hanoi ni dalam 3jam setengah. Jom tgk pic budak kecik ni dlm flight

Sis prebooked meal so kita pilihla satay

Sedap kan!!

Plg suka bila dpt kid goodies ni. So dia excited jap

Hanoi ni kali ke dua kami sampai. Dulu kami transit sini sbb masa tu straded dekat Seoul thn 2018 tak dpt seat so terpaksa la beli tix pape. Dptla harga okay skit naik JinAir tapi kami pilih transit Hanoi semalam. So tido hotel berdekatan airport jer. Kalini kita gi sampai 6 hari kau...hahahah..

Mula ingt mcm nk terus ke SAPA naik sleeper bus straight dari Hanoi Airport. Tapi bila pikir mcm nk naik bus malam kul 12am tu rasa penat plak nk tggu sampai 12 jam dekat airport. Nak keluar pun malas. So last sekali decide utk stay semalam dulu dekat dgn centre dan dekat dgn sleeper bus company tu. Sebelum tu, nk ke sana kami naik bus jer sbb cheap


Ni dlm bus. Sng jer cari bus ni. Kuar dari airport ke kiri nnt nmpak dorg melambai2 panggil mcm tau tau jer. Bus no 86 dia bawak kita ke Hanoi city centre. Nk tahu turun mana, tunjuk jer address hotel kita nnt dia bgtau..ha sng kan?hahaha


Kami stay di Hanoi Golden Moon Hotel & Travels. Hotel dia depan jer dgn HK Buslines so senang nk gerak even dorg ada jer provide free shuttle van tapi area city centre jerlah. So check in jap then g ronda2 dekat2 jer sblm gerak ke SAPA esok.


Ha tgk budak ni. Terus londeh semua baju sbb ibu dia tk bg dia baring atas katil dgn baju dan seluar kotor. So masa ni kami solat dan berehat japlah. Nanti nak cari halal food and ronda ronda.



Kami dinner dekat Abd Karim Halal resto. Food dia okaylah. Bagi sis Vietnamese food ni biasa ajerr. Thai food lagi better.


Lepas tu kami singgah Cafe Giang nk merasa Egg Coffee. Cafe ni dah dekat sgt dgn hotel kami. Bg sis rasa dia hanyir la skit sbb ada telur kan. So sis tak brp suka sgt. Tapi husband suka dia ckp.


HANOI

 Friday 12st Sept 2025


Pagi ni bgn awai sbb sis amik bus awai jugakla kul 7am. Plg awal 6.30am tapi saja jer amik kul 7am. Perjalanan ke SAPA lama la jugak. Dalam 6-7jam tau. Ada train jugak tapi bg sis cm mahai dan lagi lama sbb amik masa 8 jam. Lepas tu train tu bukan sampai SAPA terus. Kena naik plak shuttle van dorg ke atas lagi sejam. Kalau sleeper bus ni dah terus smp SAPA centre. Dan nanti HK Buslines ni ada provide free shuttle van ke hotel area SAPA centre jugak.


Ni bus dia. Nmpak selesa dan best. Harga not bad lah. Kalau upper deck murah skit dlm rm60++. Below deck dlm RM70++. Tapi ni baru one way lah yer. Eijaz free jer..


Ni masa tgh tunggu nk naik. Nanti kena bukak kasut dan dorg akan bg plastik utk letak kasut kita ya.


Husband sis duduk below deck dgn Eijaz.


Sis plak kena panjat lah kan sbb upper deck


Ada org tak tahan duduk atas sbb katanya pening. Tapi sis enjoy gila sbb best tergoyang2 mcm duduk dlm buaian so asyik nk tido jer la rasa..hahahah


Sis enjoy gila naik sleeper bus ni. Pasal tandas, bus ni takde tandas dlm dia tapi dorg akan stop 2 stations utk ke tandas. So mcm Eijaz kami just prep diapers jerla in case dia taktahan ke apa. Mcm sis plak of coursela tak minum air sgt. Tapi sbb dorg dah bg selimut bantai kan. So takdela sejuk sgt. Cuma bila dorg stop RNR tu mmg sis akan turun jugak kencing even tak terasa. Tandas RNR dorg pun ok jer selesa. Sama cm kita jerrr..


Budak kecik ni plak husband ckp mmg tido jer so lagila sng. Tak byk ragam


ni dia dah jaga so dia mai naik atas dekat sis plak...


Ni bilik hotel kami. Kami stay dekat Sapa Dragon Hotel. Murah tapi kena panjat tangga. Tapi bilik kami besar sgt so sis suka. View takdepa view gunung ganang kan. Just view city centre jer. Tapi location best sbb dekat dgn sapa centre and SAPA station.


Yang penting ada bathtub. This one wajib ada sbb anak punya permintaan. Kalau tak sure buas jer dia dlm bilik. Bila ada bathtub dia akan busy main air..heheheh. Tandas pun bersih. Kami stay SAPA 3hari 2malam dgn harga RM288.77 ajer..Sbb tu sis suka sbb murah. So mcm biasa solat jap then terus kuar jenjalan.



First stop kita naik grab jer dtg sini. Alphine coaster sapa. Saja sis tak beli tix siap2 dekat Klook sbb taksure nk g hari apa sbb takut hujan ker kan. So sis beli tix kat sini jer..


View dia cun


Ni masa nk turun ke train dia


Mcm biasa sis naik sorglah kan. Eijaz bg pak dia handle


Ni pic dari dorg


Lepas tu kami g lepak SAPA viettrekking cafe sbb nk layan view funicular train Fansipan. Masa ni tak decide lagi nk g hari apa. Sbbnya sis salah plan dtg sini time weekend. Harga hari Sabtu mahal. So kalau amik hari Jumaat cm tak sempat plak sbb smp SAPA dah kul 2.30pm. So maybe decide nk amik Ahad la sblm blk. Kebetulan tix balik sis tak beli lagi.


Layan view SAPA. Cantik SAPA ni..


Lepak minum coffee


Budak ni excited cm biasalah




Then kami bergambar depan Sun Plaza SAPA ni. Yg ni port wajib bergambar yer.. Ramai kat sini jugak. Sini jugak train nk naik ke Fansipan. So kami nk survey survey dulu





Ukur ketinggian Eijaz. Eijaz masa ni 104cm..so tix dia tak free. Kalau bawah 100cm br free...adehhh la anak...hehehe


lepas tu jenjalan area city centre. Sini byk jual winter jacket sbb SAPA ni ada 4 musim tau. Siap ada salji lagi. So depa ada jual winter jacket brand cm Northface, Columbia dan sebagainya. Murah gila cuma tak pasti ori ke tak.


Dia ckp lawa




Lepas dah pusing2 town dia, kami deciced utk blk hotel sbb anak cm dah tak sabar nk mandi bathtub


























No comments:

Post a Comment