YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Tuesday, June 24, 2014

LAST DAY IN BRUSSELS

30/3/2014 (Ahad)

Awal2 pagi dah bangun dan siap2. Flight Brussels to Bangkok kul 1.30ptg. Disebabkan masih blur camna nk g airport tu yang terpaksa bangun awal. Kul 8.30am dah siap check out. Kitaorg kena naik train dekat Brussels Nord. Actually station tu takjauh pun dr hotel kami. Tapi kami sesat jugakla dalam 30 min camtu. Waktu tu dah gelabah habis. Dari penerangan receptionist kami patut jalan straight jer and pusing kiri. Memang ade jer lorong ke kiri tapi disebabkan lorong tu macam kecik jer so kami ingt kan ianya hanya lorong2 blakang jer. Dah turun bukit rasa macam jauh yer jalan. Kedai semua tutup lagi waktu tu. Nasib baik ada satu hotel dan nasib baik receptionist dia pandai cakap English. Habis jer tanya kami terpaksa patah balik. Dah terpaksa daki balik bukit. Letih gilaaa...nmpak jer jam besar kami confuse balik, sebab dia cakap lepas jam besar kami kena pusing kanan. Tapi dalam kepala otak dok pikir tu lorong blakang so kami tak pusing kanan. Last2 decide nk patah balik hotel. Half way terjumpa sorg minah Australia. Terus g tanya dia. Kebetulan dia ade GPS dekat phone. Menurut beliau, kena lalu lorong kecik tu. Nak tak nak kami ikut jer minah tu..Rupa-rupanya jalan skit jer dah kena turun bukit dah terus nmpak station Brussels Nord tu. Ya Allah, rasa bengap sgt time tu. Patutnya kami lalu jerla.ni tak....geram rasa...Alhamdulillah dah selamat naik train ke Airport Brussels yg memakan masa lebih kurang 20 min jer. Jom layan pic:


Time ni tgh beratur dekat airport. The reason kami nk g awal pun sebab nak claim VAT brg2 yg kami shopping. Banyak jugakla dapat around RM700 lebih..


Senyum!!! Time ni neves sebenarnya sebab risau takut tak dapat naik Thai Airways jer. Biasala kami kan tiket standby


Settle dah cek in. Jom jalan2 tangkap gambar
 



Yeay..boarding pass BRU/BKK. Susah nk jumpa airlines yang straight flight to KUL. So we opted for Thai Airways.


Dah masuk dalam gate!!!


Muka mengantuk.


That is our flight. B777


Dah siap nak tidok. Flight mengambil masa selama 11 jam. Dijangka sampai di Bangkok pukul 5.30 pagi. Memang sgtla borink dok dalam flight lame2. Tapi nasib baikla takde langsung terbulence. Dalam flight kali ni banyak layan movies. Adela sempat tgk 3 ceta. Paling bes ceta frozen. Let it go..let it go..let it go..hahahha..

31/3/2014 (Isnin)

Kami selamat tiba di lapangan terbang Suvarnabumi, Bangkok. Our connecting flight from BKK to KUL is at 9.05am. Kat sinila rasa ralat skit sebab Thai Airways Bangkok taknak terima tiket kami.. Sedih gila hokay..Terpaksala balik naik MAS. Cuma flight lambat skit dlm kul 12.30 camtu. Tu pun sebab delay. Nasib baik MAS flight tak full.


Time ni dok cari gate nak ke MAS flight

Alhamdulillah lebih kurang pukul 4.00pm kami berjaya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur. Syukur perjalanan kami berjalan lancar walau ada sedikit ralat kat sana sini, tapi kami berdua selamat dan sihat walafiat. Memang bes trip kali ni. Banyak betul pengalaman kami telah kutip. Negara orang memang indah, tapi mana nak sama dengan negara sendri kan??heheheh..sampai jer Malaysia dah rindu sambal belacan, nasi lemak, teh ais dan banyak lagilahhh. Duit pun dah banyak habis shopping. Plan asal taknak pun shopping. Tapi gila ko tak shopping sebab harga jauh beza dengan harga dekat Malaysia. Sampai jer rumah dah tanya husband next year nak gi mana plak???hahahhahah
 

HARI KEDUA DI BRUSSELS

29/3/2014 (Sabtu)

Hari kedua di Brussels dah tak tahan bau coklat menyusup ke hidung dr bilik hotel. Ya Allah, best giler bau ni. Bayangkanla bangun pagi dah bau coklat Belgium yang boleh buat kita lapar. Kitaorg pun taktau bau tu sebenarnya dari mana. Mungkin kedai2 coklat di sekeliling hotel atau dr hotel retro sendri. Malangnya, kitaorg tak ambil breakfast sebab kalau nak include breakfast kena tambah skit duit. Bukan skit yer, banyak jugakla..Disebabkan kitaorg nak save budget so seperti biasa, saya dah bangun siapkan breakfast untuk Husband and diri sendri.

Harini plan kitaorg nk jalan-jalan sekitar brussels. Nak pergi tempat2 menarik..nk makan waffel banyak2. Disebabkan kesuntukan masa, maka kami memilih untuk menaiki bus hop on hop off sahaja. Seorang 23 euro sebab kami ambil yg 24 hrs jer. Tupun dah rasa mahal sgt sebabnya kalau lah org dekat sini faham English rasanya takde masalah kami nak guna tram atau train dekat Brussels ni. Nak tak nk,terpaksa jugakla keluarkan 46 euros utk perkhidmatan tersebut. So taknak cakap banyak.Jom layan gambar


Time ni baru terjumpa kedai longchamp dekat Brussels. Harga kat sini lagi murah berbanding dekat Amsterdam. So geram plak rasa.

Kat Brussels ni banyak patung. Kami pun taktau ni ptg ape.Tapi wajib snap satu..huhuhu

Nmpak tak harga bus hop on hop off nyer.. Mahal weii..nangis time bayaq..kui kui kui


Dalam bus dah


Ada 2 perkihmatan bus ni. 22 bus servis ke tempat yang berlainan


Panas ok time ni. Matahari terpacak atas kepala


Senget plak gambar


Katanya, bangunan ni ala2 manhattan US

 
Big Church


Sampai dah atomium, tempat sgtla cantik pada waktu malam. Tapi kami dengar nasihat org yang katanya agak merbahaya kalau berjalan malam. Siang pun ok jer.. View stil cantik.






Kitaorg tak masuk dalam pun sebab barisan dia punya panjang. So tangkap kat bahagian depan sahaja.

Nice kan


Time ni tgh tunggu bus. Lama sgt tunggu. Mamat ni dah letih sampai terduduk kat tepi jalan

Serious dah lupa tempat apa ni

Masa ni kami stop dekat Louis. Louis ni kira syurga shopping ala2 oxford street. Semua brand ada kat sini. Memang bes kalau yg berduit. Kalau yang budget ciput cam kami ni, tgk ajerlah...hehhehe






Haaaa.. Jeng2...sempat rempat 2 handbeg longchamp and 2 purse longchamp. Belikan untuk mama,papa,mak & ayah. Diri sendri takdak

Happy sgt muka tuh..


Husband kalut nk try, so dia belikan sendri


Masa ni dah dekat hotel, terkejut gak sekali ade laungan azan berkumandang dekat TV di Brussels. Memang tak nafikan banyak org Islam tinggal di negara ni. Kebanyakan mereka dari Turki dan Morrocco. Pengemis juga banyak dikalangan mereka. Walaupun Brussels ni terdiri dr pelbagai bangsa, makanan halal senang jumpa sebab kebanyakan daging mereka ada status halal. Siap iklan dekat TV lagi. Bagus kan??


Time ni dah siap2 packing baju sebab dah nak balik dah..Waaa sedih nya...Kejap jerkan rasa..

Tuesday, April 29, 2014

Dari Antwerpen Ke Brussels.
 
 
28/3/2014 (Jumaat)
 
 
Kalini nak sambung cerita perjalanan kami dari Antwerpen Centraal ke Brussels Central. Dekat sinila segala macam2 masalah dan pengalaman pahit manis terjadi..huhuhu..sebelum tu layan dulu pic:
 
 

suasana di dalam train menuju ke Brussels. Tak ramai pun org


Tiket train ke sana


Muka letih

 
Air yg sangat masam.
 
Di Brussels kami decide untuk tinggal selama 3 hari 2 malam. Sebabnya nak menikmati the best waffle in the whole world. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit. Macam jauh jugak kan???huhuhu. Sebenarnya stesen train dekat Brussels ni memang kami confuse habisla. Kami sendiri tak pasti yang kami berhenti ni betul ke tak. Sebab dari research yang kami buat memang input tak banyak. Hotel yang kami nk duduk pun tak bg info yang berkenaan. Jadi kami tawakkal dan gamble jerlah. Sampai jer Brussels Centraal dalam tengahari. Perut memang lapar, tapi kena sabar dan tahan jer sebab nak save budget.
 
 
dah selamat sampai.
 
Dekat Brussels Central ni memang kami frust. Sebab takde langsg kaunter pertanyaan. So bayangkanla..camna kami terpinga-pinga cari hotel. Tanya org tempatan pun dorg takleh nak explain. Mau nak nangis time ni. So taknak rasa stress, kami chill dulu dengan mengambil gambar.
 
 
ni jer sempat lepas tu takde mood sebab dah penat and jalan dekat Brussels naik turun bukit.
 
Masa nak cari hotel ni, memang agak give upla. Dah banyak dah orang yang kami tanya tapi semuanya menghampakan. Nak mencuba naik metro dia pun takde kaunter pertanyaan. Pastu tiket plak kena beli dekat mesin..Adoiii..frustla...Sebenarnya hotel kami ni memang dekat dengan satu stesen train dekat Brussels tapi kami lupa nama dan masing2 malas nak buka nota yang kami dah catit sebab mood dah takde. Tapi kami gagah jugak jalan sampaila nmpak hotel Hilton tak silap. So saya cakap dekat husband mungkin staff sana pandai skit bertutur bahasa Inggeris. Dan memang betul pun staff dorg boleh bertutur dengan baik. Kebetulan bell boy dia orang Filipina. So saya berborak dengan dia while my hubby g jumpa receptionist hotel. Bila dah puas berborak, at last kami follow advise dorg which is to take a taxi ride. Mula2 memang kami ada piker nak naik taxi tapi seperti biasa, dari research yang dibuat, org advice jgn naik taxi dekat Brussels sebab dorg charge mahal gila and menipu. So kami pun naik jer taxi yang dah siap2 tunggu depan hotel Hilton tu.
 
Alhamdulillah, betul la org cakap. kadang2 kita takleh terus judge org ni dari satu sumber jer. Kita kena kenal dulu baru boleh judge. Nasib kami baik, sebab kami dapat pemandu taxi yang sngtla baik hati. Famili asal dari Morocco tapi dia Belgium born. Plus dia sgt fasih cakap Inggeris dan dia orang islam. Siap cakap tak kesah nak bayar berapa pun. Fisabilillah katanya. Perjalanan mengambil masa dalam 10 min jer tupun sebab jem skit. Brussels ni memang agak jem berbanding Holland. Kat meter taxi dah tulis 10.6 euros. Tapi pemandu taxi tu cakap ikut suka nak bayar berapa. So kami bg dia 10 euros. Akhirnya selamat jugak sampai Hotel Retro.
 

puas hati gila tgk bilik kitaorg. Semalam RM313.okla kan??


suka kerusi malas ni..warna unggu memang fav.


besarrrrr
 

toilet yang besar dan bersih
 

shower


hehehe


almari dia agak kecik

 
dia yang rasmi dulu.
 
Masa sampai jer hotel retro ni, receptionist dia sgtla kecik ruang nyer. Tapi bila masuk jer bilik. tuudiaa..puas hati habisla..memang rezeki kami masa booking dekat booking.com dia ade offer. So apa lagi rembat jerla offer tuh.
 
Tanpa berlengah lagi saya pun siapkan makan tengahari. Perut pun dah berkeroncong. Kena ambil tenaga nak jalan2 kejap lagi. Seperti yang dapat kami agak. Bila tanya receptionist dia, dia cakap  better jalan kaki sebab senang. Kami tak fhmla kenapa org2 sini tak suggest naik tram or metro bawah tanah dorg.ermmm???Pelik kan..Lepas dah settle lunch, kami pun berjalan2 ke Brussels Centraal semula sebab kat situ segala attraction dia.
 

sambil jalan kita snapla some pics kan..



kitaorg habiskan masa jalan2 dalam Gallery ni.




coklat....
 

sedapnya...tengok pun dah terliuq..


mannekin pis..budak toyol Belgium..memang femes dekat sini.


grand place..





 



depan Hard Rock Brussels


tengok2 dulu


happening kot hard rock Brussels ni


yeahhh...shopping


tudiaaa!!!



jalan-jalan sekitar Brussels central







mannekin pis



itula patungnya...


saat yang dinanti-nanti.waffle bersama air splush


pose dulu..


kelabu mata I...mana satu pilihan hati


gedikkk



masa ni jalan nak balik semula hotel



 
 
Hari pertama kitaorg dah selamat shopping dekat hard rock.pilih mana yang kenan terus amik. Husband paling banyak shopping.as usual dia beli untuk abg dia,kak ipaq dia n bla bla.dekat isteri pun ade yer...heheheh..Kedai2 dekat Brussels pun tutup awal.. Ada yang lambat skit. Tapi seperti yang telah ramai org cakap. Adalah bahaya untuk berjalan di waktu malam. Makanya, dalam kul 6.30 kitaorg dah gerak balik hotel. Jauh jugak berjalan. Adela dalam 15 minit.