YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Tuesday, June 24, 2014

HARI KEDUA DI BRUSSELS

29/3/2014 (Sabtu)

Hari kedua di Brussels dah tak tahan bau coklat menyusup ke hidung dr bilik hotel. Ya Allah, best giler bau ni. Bayangkanla bangun pagi dah bau coklat Belgium yang boleh buat kita lapar. Kitaorg pun taktau bau tu sebenarnya dari mana. Mungkin kedai2 coklat di sekeliling hotel atau dr hotel retro sendri. Malangnya, kitaorg tak ambil breakfast sebab kalau nak include breakfast kena tambah skit duit. Bukan skit yer, banyak jugakla..Disebabkan kitaorg nak save budget so seperti biasa, saya dah bangun siapkan breakfast untuk Husband and diri sendri.

Harini plan kitaorg nk jalan-jalan sekitar brussels. Nak pergi tempat2 menarik..nk makan waffel banyak2. Disebabkan kesuntukan masa, maka kami memilih untuk menaiki bus hop on hop off sahaja. Seorang 23 euro sebab kami ambil yg 24 hrs jer. Tupun dah rasa mahal sgt sebabnya kalau lah org dekat sini faham English rasanya takde masalah kami nak guna tram atau train dekat Brussels ni. Nak tak nk,terpaksa jugakla keluarkan 46 euros utk perkhidmatan tersebut. So taknak cakap banyak.Jom layan gambar


Time ni baru terjumpa kedai longchamp dekat Brussels. Harga kat sini lagi murah berbanding dekat Amsterdam. So geram plak rasa.

Kat Brussels ni banyak patung. Kami pun taktau ni ptg ape.Tapi wajib snap satu..huhuhu

Nmpak tak harga bus hop on hop off nyer.. Mahal weii..nangis time bayaq..kui kui kui


Dalam bus dah


Ada 2 perkihmatan bus ni. 22 bus servis ke tempat yang berlainan


Panas ok time ni. Matahari terpacak atas kepala


Senget plak gambar


Katanya, bangunan ni ala2 manhattan US

 
Big Church


Sampai dah atomium, tempat sgtla cantik pada waktu malam. Tapi kami dengar nasihat org yang katanya agak merbahaya kalau berjalan malam. Siang pun ok jer.. View stil cantik.






Kitaorg tak masuk dalam pun sebab barisan dia punya panjang. So tangkap kat bahagian depan sahaja.

Nice kan


Time ni tgh tunggu bus. Lama sgt tunggu. Mamat ni dah letih sampai terduduk kat tepi jalan

Serious dah lupa tempat apa ni

Masa ni kami stop dekat Louis. Louis ni kira syurga shopping ala2 oxford street. Semua brand ada kat sini. Memang bes kalau yg berduit. Kalau yang budget ciput cam kami ni, tgk ajerlah...hehhehe






Haaaa.. Jeng2...sempat rempat 2 handbeg longchamp and 2 purse longchamp. Belikan untuk mama,papa,mak & ayah. Diri sendri takdak

Happy sgt muka tuh..


Husband kalut nk try, so dia belikan sendri


Masa ni dah dekat hotel, terkejut gak sekali ade laungan azan berkumandang dekat TV di Brussels. Memang tak nafikan banyak org Islam tinggal di negara ni. Kebanyakan mereka dari Turki dan Morrocco. Pengemis juga banyak dikalangan mereka. Walaupun Brussels ni terdiri dr pelbagai bangsa, makanan halal senang jumpa sebab kebanyakan daging mereka ada status halal. Siap iklan dekat TV lagi. Bagus kan??


Time ni dah siap2 packing baju sebab dah nak balik dah..Waaa sedih nya...Kejap jerkan rasa..

No comments:

Post a Comment