YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Friday, March 1, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (13FEB)

Wednesday, 13th February 2019
KLIA

Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT sebab kami semua selamat tiba di tanah air pada jam 7.45am. Awal 25minit dari waktu asal. Peh..rempit ke apa pilot Oman Air ni?hahahah. Bila dah sampai jer memang rasa seronok. Btl la org ckp hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendri. Baik lagi hujan batu kan. Tapi rindu tetap rindu dekat Mekah & Madinah. Insha Allah, aku berdoa semoga Allah akan menjemput kami lagi menjadi tetamu agongNya👌👫. Semoga segala doa-doa kami di sana Kau kabulkan kerana sesungguhnya Kau Maha Mengkabulkan doa-doa hambuMu Ya Mujib.


Alhamdulillah dikurniakan rakan-rakan jemaah yang hebat akhlak mereka. Semuanya baik dan bertimbang rasa walaupun adala silap skit tapi itula manusia kan. Kita bukan maksum.


Masa ni tgh borak2 lagi sebelum berpisah. Sedih jugak sebenarnya


Bergambar kenangan terakhir sebelum balik. Pakcik yg sebelah papa tu mmg baik. Diala yang aku terpaksa kejut bangun untuk tukar seat masa mula2 dtg. Kdg2 pikir rasa bersalah plak sebab dia tak marah lgsg pun.


Nila serban org Oman yang husband beli. Dipanggil 'Kumma'. Dapat 5 OR dalam RM54..pehhhh..tapi oklakan. Biar menyesal beli dari menyesal tak beli mcm aku. Aku dah kenan satu kasut ni. Harga 9 OR dalam RM97. Tapi tak beli sebab konon rasa membazir..hahahha..last2 satu duit Oman pun tak usik. Kitaorg bawak skit jer dlm 50 OR lebih kurang RM550. Actually mutrah souq tu pun takde ape sgt. Brg2 dia benda yang sama jer tiap kedai. Takde yang menarik sgt. Best lagi Grand Bazaar Istanbul..hehehehe.

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (12FEB)

Tuesday, 12th February 2019
Mekah Al Mukarramah - Muscat International Airport

Dalam pukul 1.15am sampai hotel terus siap2 dan turun bawah. Mata mmg dah rabak sgt tapi tahan jerla. Kang dalam bus tido. Masa ni kami terikat dengan pantang larang tawaf wada' so aku pun takdela nk amik pic pape dah.

Kami semua naik bas dlm pukul 2am. Ada satu family tak sampai lagi. Dorg stuck dekat sana sebab semua pintu ditutup. Terpaksala tggu dorg. Dekat pukul 2.40am jgkla baru dorg naik bas. Nasib tak kena tinggal. Bila bas dah gerak aku pun apa lagi tido jerla. Pengsan terus.Perjalanan mengambil masa dlm sejam.

Pukul 3.45am dah sampai Jeddah Airport. Rugi rasa tak dpt gi Masjid terapung di Jeddah. Turun dari bas dah rasa sejuk ya amat..Mama dah menggigil mcm nk demam. Kecian dia. Kami terus masuk airport dan settlekan check in. Kecik jer airport Jeddah ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar even sebelum ni dgr mcm2 karenah birokrasi pak arab ni. Air zam zam yg kami bawak dlm beg pun lepas jer even mutawwif cakap taklepas mula2. Dptla minum dekat dalam gate. Subuh pun kami solat dekat dalam gate jer. Mama plak dah tak boleh nk sentuh air dia kata tak tahan sejuk dah. Pegang badan dia pun mmg sejuk sgt. Taktau nk cakap apa lagi.

Kami dibekalkan dengan nasi ayam penyet utk lunch nnt. Tapi sbb dah rasa lapar terus makan untuk breakfast. Dekat Jeddah Airport ni kena naik bas di terminal. So dalam pukul 7.30am bus dah sampai. Flight WY672 JED/MCT untuk pagi ni adalah boeing dreamliner. Memang besar seat dia. 3-3-3


Ralat sgt takde satu pic kami depan aircraft ni. 

Perjalanan menuju Muscat dari Jeddah mengambil masa dlm 2jam lebih. Dijangka sampai pada pukul 1220pm. Dalam flight dapat seat sebelah husband dan sebelah aku kosong so dah plan nk baring dan tido. Tgh sedap tido kena gerak sebab ada meal disediakan. Even masih kenyang tapi makan jer sbb nnt dekat Muscat takde provide makanan. Lagipun harini ada half day tour dekat Muscat. Sebenarnya dah penat sgt tapi kena kuatkan diri..huhuhu. Flight Oman ni taktaula napa aku rasa panas jer. Husband ckp sebab aku suka bebel panas dekat Mekah. Ala tak sengaja pun ..huhuhu..tapi mmg panas flight ni. Paling panas sampai tido pun berpeluh peluh. Masa dr KL ritu pun panas tapi still okay. Cabin crew dia pun ckp panas.


 Selamat tiba di Muscat Aiport pada pukul 1215pm.. Mmg lawa sgt airport ni. Ada class. Actually ni airport baru dorg. Yerla kan negara kaya. Masa kami pi ni tukaran is 1OR=RM10.80..gilaaa..hahahahah. Harini nmpak gayanya tak mandilah..


Dekat Oman ni kena apply Visa transit. Taktaula berapa kan sebab semua mutawwif yang sediakan. Kitaorg just isi form jer. Lepas tu terus solat Jamak Zohor dan Asar dekat airport. Surau dia sgtla cantik. Ralat jugak kenapa tak amik pic masa ni.

Plan asalnya bas akan sampai pukul 2pm tapi dlm 2.30pm baru sampai. So nk kill the time ramai yang tido dekat sofa termasukla mama dan papa. Papa kalini nmpak letih. Kalau masa nk dtg ritu tido pun taknk. Sebab katanya susah nk lena. Mama plak demam teruk. Risau jgk masa ni sebab takbeli insurance utk dia. Hanya beli utk papa jer. Mama siap taknk ikut trip Muscat ni. Dia request nk stay airport. Tapi paksa jgk dia ikut sbb nnt berpecah susah. Lagipun dia boleh jer tido dalam bas.

First lawatan: Masjid Sultan Qaboos. Besar dan cantik. Ingat nk solat tadi tapi tour guide bg masa 15minit jer. So takdptla nk masuk dlm tgk. Taktaula nk masuk ikut pintu mana sebenarnya. Bergambar dekat luar jerla.




75% org Oman ni bermazhab Ibadi. Still islam cuma lain skit dorg ni. Tapi dorg bukan Syiah la. Cuma sikap toleransi dorg dekat both Sunni dan Syiah sgt kuat. That means susah nk dgr kes2 terrorism dekat sini. Even org Syiah pun ada kawasan dorg which kitaorg akan g nanti

Selepas tu kami menuju ke Al-Alam Palace. Agak jauh dekat sejam jugaklah.


Cantik kan view dia?


Depan palace Sultan Qaboos.

Akhir sekali kami di bawa ke Mutrah Souq. Shopping dan makan dalam sejam jer dia bg masa. Mcm tak ckp jer..So kat sinila area org Syiah menetap. Maybe sebab dekat dengan Iran. Hanya dipisahkan dengan laut jer. Lagipun kalau waktu malam, dah boleh nmpk Iran dr jauh.


Depan Mutrah Souq. Mengadap laut yang sgt cantik. Dekat sini pun ada masjid Syiah. Tak dpt dgr azan org Syiah...sbb Asar dah lepas. Maghrib plak lambat lagi


'Songkok' org Oman. 3 riyal


Jemaah Islamiah😜 4 riyal. Tak beli pun


Pemandangan di tepi laut. Lawa. Hujung sanala Iran. Dekat sini mmg ramai mat salleh lepak & chill chill. Dalam pasar pun byk org dorg. Memang kena pau kaw kaw punya..huhuhu. Tapi Omanian ni friendly. Senyum jer muka dorg. Kdg2 tgk dorg ni mcm Indian pun ade gak sebab kulit gelap skit. Kalau tgk Sultan Qaboos dorg pun mcm bukan features org Arab jer. More to Indian features.

Dalam pukul 5.45pm bas dah bergerak ke airport. Tour guide ckp kena awal skit sebab jauh dan trafik agak sesak time ni. So follow jerlah. Alhamdulillah pukul 7pm dah sampai airport. So solat Jamak takhir dekat airport. Papepun masuk gate dulu. Kang solat dekat dalam. Memang taksempat dah nk jenjalan. Terus menuju gate jer sebab flight akan depart pukul 9.25pm. So masa dah tak byk. Nasib beg semua dah takpayah pikir. Pikir diri sendri jer..hahhaha


Ni jer sempat snap sebab nk cepat masuk dlm. Seat pun taktau lagi cmna nant. Since Oman Air ni allocate seat yang berterabur dekat kitaorg. So nnt kena based on courtesy la. Buatnya org sebelah group umrah yg sama jgk takpe. Tapi kami tgk ramai yg transit dr London nk balik Malaysia.

Alhamdulillah dapat seat sebelah husband. Semua dpt duduk sebelah kecuali MCT/JED sbb seat bertiga so husband terlepas ke belakang. Yg balik nipun sbb husband duduk sebelah wife Fazli (satu group umrah dgn kami). So senang jer tukar. Mama plak pakcik ni ajak tukar (pun satu group umrah). So dia pun dpt duduk sebelah papa. Duduk seat tgh yang ber4. Kami cam biasa dapat tepi 2 seats. Bgs jugak papa duduk tgh kalau tak nnt asyik nk bukak tingkap jer..hahahhah. Tapi rasanya 22 pun dah flat. Sure tido jer..Husband pun tak dan buat apa dah terus pengsan. As for me, aku plak tak rasa ngantuk. Adoiiyaiii..

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (11FEB)

Monday, 11th February 2019
Mekah Al Mukarramah (Hari terakhir)

Sedar tak sedar dah hari terakhir di bumi Mekah Al Mukarramah. Sedihnya Ya Allah. So ustaz dah pesan awai2 utk turunkan beg dalam pukul 2-6pm dan letak di lobi. Tawaf Wada' plak boleh dilaksanakan malam nnt pukul 10.30pm sbb bas akan bergerak ke Jeddah Airport pada pukul 2am. Tak perlu pakai ihram cuma kena patuh dengan pantang larang jer. Ustaz cakap boleh balik bilik untuk tido sebentar.

Balik dari subuh nmpk mama dengan papa dekat luar hotel. Mama cakap dia nk buat Umrah ke 5 harini. Dia nk follow bas group lain. Dia cari member dekat sana. Kenalan org Sarawak terus geng dan follow group makcik tu😎Papa plak teman jer mama. Dia tak buat rupanya..hahahha

On the way nak pegi Zohor dengan husband dan papa terserempak mama baru nk balik dr masjid so terus jer ajak dia g masjid. Selesai solat Zohor terus ajak depa pi shopping, pegi tgk jubah sbb papa nk beli dekat adik. Syg sungguh dia. Sdgkan dah beli dah satu dekat Madinah. Bawak depa masuk mall dekat Safwa Tower sebab situ mmg meriah jubah2 dia. Cantik-cantik. Dah puas pusing2 akhirnya mak aku kenan yang aku kenan...lol..so terus beli. Lepas tu beli jgk perfume dan gelang lagi. Sebab ritu beli dekat Madinah mcm tak ckp nk bg kengkawan.


Nampak penat dah muka depa. Kecian tgk. Ibadat ni biar buat masa kita masih muda. Sebab tenaga masih kuat even aku pun rasa penat sgt tiap kali lepas Umrah. Mama berjaya selesaikan umrah 5x. Alhamdulillah. Papa plak dpt buat 4kali umrah walau dia tak berapa sihat. Ya Allah semoga kau beri kesembuhan dan kekuatan kepada mereka. Aminn.

Lepas Isyak aku ajak husband beli burger Broated King Chicken plak. Hari tu dah try ayam dia. So kalini kita try burger dia plak. Lepas ni entah bila lagi kan. Duit riyal pun masih ada lagi sisa-sisa terakhir.

Sebabkan malam nnt nk kena buat tawaf wada', so plan nk tido jap lepas makan sbb hari2 terakhir ni mmg dah rasa flat sgt. Lagipun dah rasa dah mesti tak tido sgt nant. Yerla kul 2am dah nk ke airport.

Sekali tersedar pukul 11pm. Tupun aku yg sedar. Ya Allah dah lambat. Cepat2 kejut husband dan siap. Dlm pukul 11.30 sampai masjid sekali takboleh turun bawah..haa sudahh..kena tawaf dekat atas which means jauh skitla jarak pusingan dia..dugaan btl. Dahla lambat kan. Kena buat tawaf dekat atas plak. Rupanya King Salman dtg malam ni. Pttla ramai jer tentera dorg di sekeliling masjid tu. Dugaan btl ni..Masa tgh tawaf tu mmg rasa nk give up dah. Siap benti2 nk minum amik tenaga. Akhirnya, dekat pukul 1am jgkla selesai. Alhamdulillah. Cuma rasa ralatla sebab tak dpt buat dekat bawah which dekat dengan Kaabah. Untung sapa yg terlepas buat dekat bawah sebab dorg cakap pintu Kaabah dibuka masa tu.💔Kami yg dekat atas2 ni mmg tak nmpak sgtla..

Masa ni terpikir jgkla mesti penat mama dan papa. Mama lagila penat sbb siang tadi buat Umrah lagi. Masa terjumpa dorg pun dorg dah tawaf dulu sbb dah sampai awai. Dorg pun taklepas ke bawah.