YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Friday, March 1, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (13FEB)

Wednesday, 13th February 2019
KLIA

Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT sebab kami semua selamat tiba di tanah air pada jam 7.45am. Awal 25minit dari waktu asal. Peh..rempit ke apa pilot Oman Air ni?hahahah. Bila dah sampai jer memang rasa seronok. Btl la org ckp hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendri. Baik lagi hujan batu kan. Tapi rindu tetap rindu dekat Mekah & Madinah. Insha Allah, aku berdoa semoga Allah akan menjemput kami lagi menjadi tetamu agongNya👌👫. Semoga segala doa-doa kami di sana Kau kabulkan kerana sesungguhnya Kau Maha Mengkabulkan doa-doa hambuMu Ya Mujib.


Alhamdulillah dikurniakan rakan-rakan jemaah yang hebat akhlak mereka. Semuanya baik dan bertimbang rasa walaupun adala silap skit tapi itula manusia kan. Kita bukan maksum.


Masa ni tgh borak2 lagi sebelum berpisah. Sedih jugak sebenarnya


Bergambar kenangan terakhir sebelum balik. Pakcik yg sebelah papa tu mmg baik. Diala yang aku terpaksa kejut bangun untuk tukar seat masa mula2 dtg. Kdg2 pikir rasa bersalah plak sebab dia tak marah lgsg pun.


Nila serban org Oman yang husband beli. Dipanggil 'Kumma'. Dapat 5 OR dalam RM54..pehhhh..tapi oklakan. Biar menyesal beli dari menyesal tak beli mcm aku. Aku dah kenan satu kasut ni. Harga 9 OR dalam RM97. Tapi tak beli sebab konon rasa membazir..hahahha..last2 satu duit Oman pun tak usik. Kitaorg bawak skit jer dlm 50 OR lebih kurang RM550. Actually mutrah souq tu pun takde ape sgt. Brg2 dia benda yang sama jer tiap kedai. Takde yang menarik sgt. Best lagi Grand Bazaar Istanbul..hehehehe.

No comments:

Post a Comment