YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Friday, September 27, 2019

UK ROAD TRIPPING (Edinburgh)

Monday
16th September 2019
Edinburgh

Harini kita mangkit awai. Perjalanan kena on time takleh dah nk delay2 sebab asyik ke laut ja itinerary dari mula sampai UK. So harini kul 8.45am kami dah keluar. Sepatutnya kul 8am..tapi tulah. Kalau dah nama Melayu tu, ke laut la janji Melayu dia..👋Sebenarnya bukan apa. Ngantuk sgt semalam. Letih pun yer jgklah...So..kami decided untuk just menapak dari rumah airbnb. Perjalanan ke Calton Hill mengambil masa 25minit gaklah. Masa tu pikir ala jap jer ni..Sekali bila dah start memanjat baru la rasa semput oiiii


Dah nk dekat smpai atas mintak ngan husband nk duduk jap. Dah letih plus sejuk dah ni..So apa lagi kita snapla..


Dia pun kita snap satu pic

Harini kena cover semua tempat dekat Edinburgh ni sbb tu jer masa yg ada. So kami cuba untuk sampai tempat2 seperti Scott Monument, Royal Mile, St Giles Cathedral's, National Museum of Scotland, Victoria Street, Edinburgh Castle, Princess St Garden, Princess St, Dean Village, Camera Obscura, & HRC. Tapi ada jugak tempat yg tak plan dari awal nk pi kitaorg singgah jap..hahhaha


Pemandangan di atas Calton Hill. 


Cun kan. Tembok tu aku takdpt nk panjat..pasai badan tak ringan..😝


Scott Monument


Masa nila tripod kitaorg patah bak hang. Puncanya laki aku terlanggaq kaki tripod tu. So nila last pic berdua pakai tripod beli shopee.


Tgh jenjalan terjumpa Ben's Cookies, terus mcm nk rasa sbb dgr org cakap sedap gila so try beli satu dulu. Ok mmg sedap gila. Kenapa masa g London last year tak jumpa pun Ben's Cookies ni eh. Nsb terjumpa dekat Edinburgh so dptla merasa.


Royal Mile yang bersebelahan dengan St Giles Cathedral's. Kalau ke kanan Victoria St.

Dari situ dah dekat dah nk sampai Edinburgh Castle. Ok mula2 plan nk masuk dengan bayaran online £17.50. Tapi rasa macam mahai plak bila darab 2. Kalau walk in mahal skit £19.50 dan org mmg ramai gila. So kami just tgkap gambar dekat depan2 jer. Jadilah kan. 


Nmpak tak betapa ramainya tourists. Terus rasa rimas. Hbs bergambar dan jalan sekeliling castle kami pun ke luar dan menuju Camera Obscura sebab sebelah2 jer. Bayaran masuk £13.50 sorg..Mahal gak kan.hahhahaha..Tapi best jgklah.


Masa ni dekat level 6 which is level plg atas. Baru lepas tgk show. Takde ape sgt pun just tunjuk surrounding sekeliling Edinburgh tu jer. So nampakla rumah JK Rowling masa zaman dia start menulis Harry Potter. Lepastu kami turun setiap level umtuk tgk world of illusion. Ni mcm2 ada dan best jgkla


Main2 cermin


Eh mana body dia


Ok maze runner ni best. Sampai husband terlanggar cermin la masa cari jalan keluar. Confident konon dah jumpa sekali jalan ke depan panggggg!!!!..hahahha..gelak jerla bini dia..sorry husband. Lepas tu main vortex tunnel. Ok ni takde pic ade video jer. Ya Allah pening gila sampai rasa nk terbalik. Bridge tu masalahnya tak goyang pun yang bergoyang adelah surrounding dia jer. Tapi kesan dia tu rasa mcm kita yg kena goncang..

Sekejap jer dekat dlm sana, dlm sejam lebih. Keluar jer dari sana kitaorg mcm dah lapar teruk. Terus singgah tesco dan beli sandwish. Satu perisa telur,satu lagi cheese. Ya Allah mmg tasteless btl la sandwish omputih ni. Tak boleh bla dengan tekak melayu. Rasa mcm nk letak lada hitam,sos cili semua. Tapi terpaksala makan sbb lapar sgt dan kitaorg pun tak jumpa halal food around the corner. Hbs makan kitaorg meneruskan perjalanan ke Dean Village. Agak jauh dan makin menurun. Mula2 rasa mcm nk give up jer pegi sini. Sebab kaki dah sakit sgt. Tapi husband cakap jom jerlah..Sekali bila dah smp...Masya Allahhhh..Subhanallah..Cantik sungguh kg abg dean ni..hahhahah


Lawa kan..


This i must say pic of the day. Takleh move on tgk pic ni..

Sekejap jer kitaorg dekat sana sbb village dia kecik jer. Lepas tu kitaorg mendaki semula nk menuju HRC. Ok masa on the way ke HRC tetiba ada jalan yg tutup tau. Rupanya ada pengambaran filem. Takdela bother nk tgk ceta apa. Sekali bila dah blk baru tau rupanya Vin Diesel ada situ tgh shoot Fast & Furious 2020. Pehhhh..menyesal plak tak pi menjoyah sebab husband dah ajak g tgk. Bini dia plak dah nk bebai sebab kaki dah sakit...siap ajak duduk jap..hahahha


Depan HRC Edinburgh. Laki aku cam biasa masa ni la dia rasa nk berak..Eeee deni buat taik jerlah😏

Settle HRC patutnya ada misi lain nk memenuhi hajat cousin2 suruh cari produk The Ordinary. Sbb masa dlm boots staff dia suh tgk dekat Top Shop. Sebab kan masa masih awal even kaki dah sakit, husband ajak g Top Shop tgk. Sampai jer top shop memang dah display depan2 kedai tapi semua yang cousin nak dah sold out. Staff tu siap ckp takde stok dah. Dia ckp try cari dekat London nnt. Tapi being us yang still rasa nk cari gak dekat Edinburgh husband siap google tetiba jumpa kedai dia Deciem ada dekat Edinburgh. Kami pun google map la. Kena jalan dlm 30min plak dan patah balik ke area Dean village. Dah alang2 nk patah balik so aku ajak masuk jap Primark..hehehe..Ok gakla Primark Edinburgh, baju lawa2..tapi konon tak nk beli lagi sebab nnt nk pegi Primark terbesar di UK.

Akhirnya kami smp juga Deciem ni. Tudia berlambak produk dia. Semua ada. Sekali aku tersangkut beli sbb muka skang mmg break out teruk selepas buat IVF. Jerawat naik gila2 area jaw line. Yang bestnya beautician dorg, dorg akan recommend apa yg wajib jer utk muka kita. Takdela semua benda nk kena beli kan.


Ni apa yg Joanna recommend utk aku


Taraaaa...Deciem Edinburgh baru jer seminggu bukak so best skit sbb org tak ramai. Staff dia siap import dari London. Dia kata kalau beli dekat London, org ramai. Certain outlet siap kena que. Nsb baik beli dekat sini. Thanks Joanna for recommendation. I hope my skin will get better day by day.

Waktu pun dah ptg. Kitaorg pun lom solat lagi dan kami pun dah tak larat. Mcm dah takde hala tuju dah. Makanya kami decide utk pulang saja. On the way back, jumpa blk Ben's cookies..terus beli 3 sbb free 1..siap lepak jap melantak cookies dia. Sedappp laaaa..Sambil makan sambil tgk org. Makan 2 keping tggal lagi 2 keping utk malam kang. On the way nk sampai rumah, terjumpa kedai kebab turki terus mcm beli jerla tapau utk malam kang. Jemu gakla makan Brahim ja..Nsb besar gakla kebab dia. Adala dlm £9. Dekat Edinburgh ni bila kita bayar in GBP kdg2 kita kena tgk jgk dorg bg baki duit apa. Mostly dorg bagi matawang Scotland. Kitaorg perasan pun masa nk byr kebab ni la. Rupanya masa beli tiket masuk Camera Oscura tadi yang dpt balik duit Scotland. Tapi dgr2 nilai mata wang Scotland lagi tinggi.

Dh dekat nk Maghrib gakla sampai rumah. Terus cepat2 buat solat jamak takhir. Nsb sempat. Malam tu dah tak rasa nk keluar dah. Masing2 urut kaki. Aku urut kaki laki aku,dia pun urut kaki aku. Sakit gila hokay. Husband ckp dlm 19km gakla berjalan bersamaan dengan 25k++ steps..Memang leh kurus oiiii..


UK ROAD TRIPPING (Liv/Man/Gla/Edi)

Sunday
15th September 2019
Liverpool/Manchester/Glasgow/Edinburgh

Hari ketiga di Liverpool merupakan hari terakhir sebelum kami bergerak menuju destinasi seterusnya. Kul 4am mata mesti dah celik. Pelik betul. So dari terkebil-kebil atas katil, baikla bangun solat Tahajud dan tggu Subuh. Lepas tu mcm tido balk sbb Stadium tour start kul 10.30am. Kena check out kul 10am. Jadi masa tu byk lagila. Breakfast kitaorg cm biasa nasi dan lauk2. Basically Brahim la dan sambal ikan bilis..hahhaha..Tepat kul 10am kami check out dan jumpa host kitaorg Tim and bit farewell. Soft spoken orgnya. Baik budi bahasa. Takde plak pic dengan dia..terlupa cm biasa sebab kelam kabut jerrr..

Dalam 10.40 tour pun start. Mostly pekerja dlm stadium Anfiled ni adalah senior citizen. Tapi full with sense of humour 😂Harini ramai btl org. Dlm hati dok risau gak ni kul bp nk hbs tour ni. Dahla byk tempat nak kena pergi. Entah dpt cover semua ke tak ni.


Ni pic masa mula2 masuk dalam. Sebelum tu staff dia siap bagi salam hokay. Pandai depa..

Join tour ni basically cerita sejarah pasal Liverpool teamla. Best jugak dgr macam mana manager2 terdahulu bersusah payah nak naikkan nama Liverpool di mata dunia. Antra yang famous adalah Bil Shankly. Nk cerita byk pun tak reti sgt..hahah..so layan pic jerlah


Tu yg siap ada tugu peringatan utk Bil Shankly tu..


Ok sis nk amik dekat sini sbb Cannavaro adalah one of the football player yang sis shippp sgt2..hahahha. Italian footballer pernah ke tak hensem kan?lol


Mohd Khaidhir dan Mohd Salah💪


Depan tempat masuk pemain


Ni mesti ada punya


Selesa okay sofa seat ni..


Dia kata nk amik feel tempat duduk JK


Press conference room


We are liverpool..sha lalalala..The best football team in the world..yes we are..

Habis tour dekat kul 12pm gakla. Terus keluar menuju fan shop semula sbb ada brg pesanan nk kena beli..ni la yang buat delay trip ni kan..heheheh


Baju kawan pesan..


Ok jaket hitam ni limited edition, mula2 tgk masa hari pertama sampai Liverpool mmg cun gakla. Lepas tu plan nk blanja husband. So mcm hold dulu lah beli later..Ada kawan pun beli ni..Sekali..last day kami pi kedai tu baju ni dah sold out dah. Adoiiii..sygnyaaa.Bila dah jadi cmni, last2 mcm cakap ngan husband amikla pape baju u nak. Sekali dia pilih jersey yg bawah ni..hahahha..Dahla mahai skit. Jaket hitam tu baru £45. Jersey plak £60👀 Nasibla labu..nk blanja kena ikhlas kan..😁


Bila tgk dia pakai,eh hensem plak..auwww


Masa ni dia dok tgk apa brg lagi nak beli b4 chaw..Kat tgn tu dah pgg mcm2 dah


Lighter ni Jay pesan..byk betul brg Jay..lol


Cap ni dah selamat beli masa hari pertama sampai lagi. Dah selamat pakai pun. Nampak kan bendera Malaysia...gituuu

Dekat kul 1.15pm gakla baru kami cabut. Memang mcm dah rasa ade tempat yang tak dpt cover gak ni.. So cakap ngan husband kita cuba jerla mana sempat. Kalau tak sempat tu maknanya bukan rezeki dan perancangan Allah lebih baik. Let it go..let it go..let it go..Perjalanan ke Old Trafford mengambil masa dlm 45minit gakla. Pergi pun sbb ada anak buah husband pesan brg. So dah ckp dengan husband jgn buat hal kat sana..hahhaha.


Masa ni dalam fan shop Manchester United. Wifi pun takde..Paadiaaa..Suram jer tak mcm dekat Anfield. 


Luar stadium pun kotor..byk sampah sarap

Kitaorg kejap jer dekat sana. Lepas tu terus menuju ke Hard Rock Manchester. Mcm biasala nak beli FM Hard Rock as collection. Sampai jer city dia nmpak la meriah skit. Sebb masa menuju ke Old Trafford laluan kilang-kilang kot. Mula2 mcm betul ke ni. Sebab asyik jumpa kilang jer kan.

Sebabkan Hard Rock macm tgh2 city so kitaorg kenala cari parking. Nk cari parking murah bukan senang gak ni. Tapi alhamdulillah rezeki, terjumpa parking sejam £1.50..jadilah kan. Cuma kena jalan skit dlm 10min jer..


Sempat bergambar jap


Besar hokay Next dekat sini. Tapi syg tak dpt masuk sebab kekangan masa.


Ok sampai dah Hard Rock Manchester..Besar gakla. Toilet dia mcm hotel. Selesa..Mcm biasa husband bukan leh nmpak toilet selesa ni. Dia mula dah la..hahahha..Makanya dok kena menunggu dia la plak. Org2 dalam tu pandang jer aku. Rasa pelik plak kena pandang2 sbb dekat Liverpool takde pun. Lagipun Liverpool mcm ramai muslim. Even staff dlm Anfield Stadium pun ramai Muslim. Tetiba mcm teringat yang dulu Manchester pernah kena serang dengan bom dekat Arena masa konsert siapa ntah. Maybe sebab tu dorg masih ada rasa fobia bila nmpak org Islam. Tapi kita as org yg bermusafir kenala mintak perlindungan Allah SWT sbb Dia lebih mengetahui hati manusia ni kan.Papepun put a smile on your face sebab maybe dengan senyuman kita menjadi penawar segala kekusutan hati manusia.Lepas tu kami menuju ke Etihad Stadium plak sbb dah alang2 dekat city kita cover jerla semua stadium yang ada.


Sampai jer sini, mcm ada Marathon dekat depan stadium. Penuh org dok berlari-lari. Tapi kami tetap nk bergambar..hahah


Suka warna baby blue ni..tapi ambience dia still sama mcm Old Trafford. Boring dan tak meriah..

Settle posing, kami pun chaw ke destinasi berikutnya. Jauh lagi perjalanan nak menuju Glasgow dan Edinburgh. Adala dekat 4jam jugak. Rasanya tak sempatla nk cover Loch Lomond. Memang sempat singgah Glasgow kejap jerla. Nasib Hard Rock tutup kul 11pm jadi bolehla nk beli FM.

Perjalanan menuju Glasgow biasa-biasa jer. Nak kata cantik..Cantik lagi New Zealand. Kami siap singgah services untuk solat jamak takhir jap. Bentang sejadah dekat rumput dan solat. Baru rasa tenang skit nk meneruskan perjalanan.

Dlm 8.30 jugakla sampai Hard Rock Glasgow. Nasib parking free bila dah malam. Malam tu memang sejuk gila. Menggigil2 jalan kaki menuju Hard Rock. Yang bodohnya kitaorg parking agak jauh sbb ingt area situ jer free. Rupanya semua area pun free after 6pm. Lol


Tak byk gambar dpt snap sebab byk kedai dah tutup so jalan pun mcm sunyi skit. So..kita snap depan HRC jerla. Muka masa ni mmg letih dan mengantuk gakla..

Settle shopping, kami terus gerak menuju Edinburgh. Dok pikir gakla dah malam kan. Agak2 jalan dia mcm manala sbb jalan ke Glasgow tadi agak sunyi dan mcm dekat area kg jer. So risau gakla sebab perjalanan ke Edinburgh dlm sejam cmtu. 

Tapi Alhamdulillah..jalan dia full highway. Kereta pun byk jadi takdela risau sgt. Airbnb kitaorg kalini dekat area Leith. Ramai gak muslim dekat situ. Mcm biasala ramai Pakistan dan India.


Dlm pukul 10pm jugakla smpai. Nasib host dtg jemput dekat bawah sbb rumah dia apartment. Takdela kami susah2 nk cari. Masuk bilik terus rasa nk terjun katil dan tido. Tapi perut ni lapar gila. Settle mandi, masak nasik, makan dan terus tido sbb esok nk bgn awai nk explore what's interesting in Edinburgh. Yeayyy..









Thursday, September 26, 2019

UK ROAD TRIPPING (Liverpool match day)

Saturday
14th September 2019
Liverpool

Kul 4am mata dah takleh nk pejam sebab dah lama sgt tido. So harini rasa segar skit. Ingt nk ajak husband pergi jalan2 city. Lepas tu boleh dia kata "eh mana sempat kang nk tgk bola, i pukul 9am nk pi dah"..hoiiiiiii pakcikkk awai benar nk pi stadium..bukan jauh mana stadium tu..gila apa..😡Terus berleter sedas.."hbs takkn la keja nk pi stadium ja..jalan2 la sama..byk lagi tempat leh cover..semalam dah la dah g kan..lepas tu blk tu tido jerrr.."..terus suggest g morning walk dekat Stanley Park dan Everton Stadium sbb bukan jauh mana pun kan. Plus it is really too early in the morning..sempat sgt aiihhhh..


Jauh tak jauh dlm 25 minit gakla. Tapi best sbb fresh air kan. Ramai org berjogging pagi2 ni. So ni snap sebelah cemetery, sepanjang perjalanan pulak tu. Kubur semasa perang dengan Dutch. Tkdela nk baca sejarah dia sgt kan. Macam scary jer suasana kat situ..hahhaha


Masa ni dah warning husband jgn nk pakai baju Liverpool. Kang mau kena pape ngan org tempatan. Depa bukan boleh kan...hahha.. So nsb husband angkat bendera Malaysia jer..Biru sungguh stadium Everton ni..


And so Everton ni dlm City of Liverpool gak..tu pun nak gaduh depa ni..lol


Smgt keMalaysiaan


Tgk tuuu...


On the way balik, aku ajak lalu Stanley Park..tenang jerrr masa ni..

Balik jer rumah, terus siap2 nk g Stadium. Harini match day Liverpool vs Newcastle United. Dlm hati dok doa tolongla menang sbb mahai gila husband beli tiket. Tupun entah tiket betul ke tak. Risau gak tapi berdoa jerlah. Kul 10am dah smp Stadium. Memang meriah gila..hehehe..Before that, tiket husband dah collect semalam. Siap kena sorok2 bagi. Lain mcm sgt. Harga dekat tiket £9 jer tapi jual dekat harga £180 seorg..so darabla 2. Dah ckp ngan dia dah suh dia masuk sorg jer. Tapi being him the clingy husband mmg nk jgkla usung bini tercinta..cia..cia..cia..so kalau tak dpt msk ni..mmg meraungla..


Ronda2 dulu sebelum masuk


Nk jugak..


Panas sebenarnya..hahahha


Nsb ada org sudi ambil kan gambar

Kalau nk ikut happening, rasa Malaysia punya lagi happening. Mcm dorg happening style budget bykla sbb ada live band..ada kiosk mcm2 dekat luar stadium. And it was like tengahari kot. Panas lit lit. Tapi angin sejukla..Husband plak mcm tak puas2 nk tawaf stadium. Masa tu dah kul 11 lebih so ajak dia mask sbb pape senang masuk awai in case la ade pape jadi. Hati dah rasa tak best sebenarnya. Wife's instict namanya. Terus menuju gate scan ticket..merah..ha sudah..Staff kat situ ambil tiket and scan..blocked!..aiyooo..terus cuak dah muka husband..terus dia suruh pegi mgmt office..

Sampai jer, depa mintak passport and tanya mcm2 soklan. Antara soalan yang ditanya, where did u buy this tix? Who gave you the contact. Dia siap ckp in order for us to let you in you gotta help us by providing all informations. So aku ckpla ngan husband..takyah nk tipu2..ceta jer semua..So husband pun bg la contact number semua. Tapi dia bohong harga tix £150 jer..lol..bengang gak ngan husband masa ni mcm nk cover2 jer..

Lepas dia isi semua maklumat yang dia nak dlm satu form, dia reissued semula tiket kami. Alhamdulillah dapat gak masuk. Masa tu dah kul 12pm. Game start 1230pm. Nasib bini ajak masuk awai kan...Hikmah dia, nsb dia bawak bini tgk game. Ni kalau laki aku sorg2 pi tgk game mmg tak tgkla..hahhahah. Walaupun kami tak fhm apa terjadi sebenarnya sbb malas nk tanya lebih2. Masa tu tak pikir apa dah. Pikir nk masuk jer. Husband plak sempat la meluah kekecewaan tak dpt beli tiket online. Hari2 dia bukak. Dia even dah jadi member LFC pun payah. Siap complaint dekat email dorg pun takde solution. So kalau dorg tak bg masuk mmg nk kena bashla..hahahhaha..Dahla dtg dr jauh kannn..duit dah hbs byk ni..Rm2k gak kot tiket kami berdua.

Whatever happened, we really did enjoy the game. Nasib menang oiiii..Husband org yg paling happy. Masa kena 1-0 minit ke 5 dia dah stress dah muka..papepun..bini happy tgk laki happy. Akhirnya merasa gak dia g Anfield kannn..


Seat jauh beb..hahhha..So glasses on


Ni yg penting..

3-1💪😍


Hensem oii mamat yang offer amik kan pic ni..lol

Hbs game kami ada misi lain plak. Nak pegi Cheshire Oaks Designer Outlet. Mmg kena pegi harini jgk sbb dah takde masa lain dah. Esok dah nk gerak ke Manchester, Glasgow and Edinburgh. Mcm pack gila kan. Dgn ada stadium tour lagi pagi tu..the reason pegi tour esok sbb time sebelum game..ada certain area tak dibenarkan masuk...mcm tempat persalinan player..so rugila kan kalau tak dpt masuk..Match day plak mmg tutup terus..makanya kami pilih hari selepas game which is esokla..So lepak game bertolak la kami ke Cheshire..

Yang bestnya, tak byk sgt pic aku ambil masa dekar Cheshire sbb kelam kabut jer cari brg...hahahha..So layan jerla pic yg mana ada:


Kami smpi dlm pukul 4pm lebih. Nsbla tutup 9mlm so masa tu ada lagi


Masuk claire's sbb cousin pesan brg utk anak dia



best jgk tgk make up set dorg


Ni pun best. belikan brg utk baby Dasha.. Yang tak best, takleh claim Vat same as Claire's. Maybe sbb brg for kids kot.



Masuk Fossil, sbb kak ipar nak handbeg. Dptla satu plus ada sales lagi..


Gituu..


Husband dpt satu kasut keja dr mart. Okla murah £40 jer..mana nk dpt harga cmtu dekat Malaysia. Cun gak kasut keja dia..

Lebih kurang kul 7.30pm kitaorg blah dr Cheshire sebab dah takde apa nk beli dah. Cadangnya konon2 nak g City..last2 tak g gak..Nampaknya mmg takde jodoh sungguh. Tkpela, maybe nk kena dtg lain kot..hahhaha