YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Friday, September 27, 2019

UK ROAD TRIPPING (Edinburgh)

Monday
16th September 2019
Edinburgh

Harini kita mangkit awai. Perjalanan kena on time takleh dah nk delay2 sebab asyik ke laut ja itinerary dari mula sampai UK. So harini kul 8.45am kami dah keluar. Sepatutnya kul 8am..tapi tulah. Kalau dah nama Melayu tu, ke laut la janji Melayu dia..👋Sebenarnya bukan apa. Ngantuk sgt semalam. Letih pun yer jgklah...So..kami decided untuk just menapak dari rumah airbnb. Perjalanan ke Calton Hill mengambil masa 25minit gaklah. Masa tu pikir ala jap jer ni..Sekali bila dah start memanjat baru la rasa semput oiiii


Dah nk dekat smpai atas mintak ngan husband nk duduk jap. Dah letih plus sejuk dah ni..So apa lagi kita snapla..


Dia pun kita snap satu pic

Harini kena cover semua tempat dekat Edinburgh ni sbb tu jer masa yg ada. So kami cuba untuk sampai tempat2 seperti Scott Monument, Royal Mile, St Giles Cathedral's, National Museum of Scotland, Victoria Street, Edinburgh Castle, Princess St Garden, Princess St, Dean Village, Camera Obscura, & HRC. Tapi ada jugak tempat yg tak plan dari awal nk pi kitaorg singgah jap..hahhaha


Pemandangan di atas Calton Hill. 


Cun kan. Tembok tu aku takdpt nk panjat..pasai badan tak ringan..😝


Scott Monument


Masa nila tripod kitaorg patah bak hang. Puncanya laki aku terlanggaq kaki tripod tu. So nila last pic berdua pakai tripod beli shopee.


Tgh jenjalan terjumpa Ben's Cookies, terus mcm nk rasa sbb dgr org cakap sedap gila so try beli satu dulu. Ok mmg sedap gila. Kenapa masa g London last year tak jumpa pun Ben's Cookies ni eh. Nsb terjumpa dekat Edinburgh so dptla merasa.


Royal Mile yang bersebelahan dengan St Giles Cathedral's. Kalau ke kanan Victoria St.

Dari situ dah dekat dah nk sampai Edinburgh Castle. Ok mula2 plan nk masuk dengan bayaran online £17.50. Tapi rasa macam mahai plak bila darab 2. Kalau walk in mahal skit £19.50 dan org mmg ramai gila. So kami just tgkap gambar dekat depan2 jer. Jadilah kan. 


Nmpak tak betapa ramainya tourists. Terus rasa rimas. Hbs bergambar dan jalan sekeliling castle kami pun ke luar dan menuju Camera Obscura sebab sebelah2 jer. Bayaran masuk £13.50 sorg..Mahal gak kan.hahhahaha..Tapi best jgklah.


Masa ni dekat level 6 which is level plg atas. Baru lepas tgk show. Takde ape sgt pun just tunjuk surrounding sekeliling Edinburgh tu jer. So nampakla rumah JK Rowling masa zaman dia start menulis Harry Potter. Lepastu kami turun setiap level umtuk tgk world of illusion. Ni mcm2 ada dan best jgkla


Main2 cermin


Eh mana body dia


Ok maze runner ni best. Sampai husband terlanggar cermin la masa cari jalan keluar. Confident konon dah jumpa sekali jalan ke depan panggggg!!!!..hahahha..gelak jerla bini dia..sorry husband. Lepas tu main vortex tunnel. Ok ni takde pic ade video jer. Ya Allah pening gila sampai rasa nk terbalik. Bridge tu masalahnya tak goyang pun yang bergoyang adelah surrounding dia jer. Tapi kesan dia tu rasa mcm kita yg kena goncang..

Sekejap jer dekat dlm sana, dlm sejam lebih. Keluar jer dari sana kitaorg mcm dah lapar teruk. Terus singgah tesco dan beli sandwish. Satu perisa telur,satu lagi cheese. Ya Allah mmg tasteless btl la sandwish omputih ni. Tak boleh bla dengan tekak melayu. Rasa mcm nk letak lada hitam,sos cili semua. Tapi terpaksala makan sbb lapar sgt dan kitaorg pun tak jumpa halal food around the corner. Hbs makan kitaorg meneruskan perjalanan ke Dean Village. Agak jauh dan makin menurun. Mula2 rasa mcm nk give up jer pegi sini. Sebab kaki dah sakit sgt. Tapi husband cakap jom jerlah..Sekali bila dah smp...Masya Allahhhh..Subhanallah..Cantik sungguh kg abg dean ni..hahhahah


Lawa kan..


This i must say pic of the day. Takleh move on tgk pic ni..

Sekejap jer kitaorg dekat sana sbb village dia kecik jer. Lepas tu kitaorg mendaki semula nk menuju HRC. Ok masa on the way ke HRC tetiba ada jalan yg tutup tau. Rupanya ada pengambaran filem. Takdela bother nk tgk ceta apa. Sekali bila dah blk baru tau rupanya Vin Diesel ada situ tgh shoot Fast & Furious 2020. Pehhhh..menyesal plak tak pi menjoyah sebab husband dah ajak g tgk. Bini dia plak dah nk bebai sebab kaki dah sakit...siap ajak duduk jap..hahahha


Depan HRC Edinburgh. Laki aku cam biasa masa ni la dia rasa nk berak..Eeee deni buat taik jerlah😏

Settle HRC patutnya ada misi lain nk memenuhi hajat cousin2 suruh cari produk The Ordinary. Sbb masa dlm boots staff dia suh tgk dekat Top Shop. Sebab kan masa masih awal even kaki dah sakit, husband ajak g Top Shop tgk. Sampai jer top shop memang dah display depan2 kedai tapi semua yang cousin nak dah sold out. Staff tu siap ckp takde stok dah. Dia ckp try cari dekat London nnt. Tapi being us yang still rasa nk cari gak dekat Edinburgh husband siap google tetiba jumpa kedai dia Deciem ada dekat Edinburgh. Kami pun google map la. Kena jalan dlm 30min plak dan patah balik ke area Dean village. Dah alang2 nk patah balik so aku ajak masuk jap Primark..hehehe..Ok gakla Primark Edinburgh, baju lawa2..tapi konon tak nk beli lagi sebab nnt nk pegi Primark terbesar di UK.

Akhirnya kami smp juga Deciem ni. Tudia berlambak produk dia. Semua ada. Sekali aku tersangkut beli sbb muka skang mmg break out teruk selepas buat IVF. Jerawat naik gila2 area jaw line. Yang bestnya beautician dorg, dorg akan recommend apa yg wajib jer utk muka kita. Takdela semua benda nk kena beli kan.


Ni apa yg Joanna recommend utk aku


Taraaaa...Deciem Edinburgh baru jer seminggu bukak so best skit sbb org tak ramai. Staff dia siap import dari London. Dia kata kalau beli dekat London, org ramai. Certain outlet siap kena que. Nsb baik beli dekat sini. Thanks Joanna for recommendation. I hope my skin will get better day by day.

Waktu pun dah ptg. Kitaorg pun lom solat lagi dan kami pun dah tak larat. Mcm dah takde hala tuju dah. Makanya kami decide utk pulang saja. On the way back, jumpa blk Ben's cookies..terus beli 3 sbb free 1..siap lepak jap melantak cookies dia. Sedappp laaaa..Sambil makan sambil tgk org. Makan 2 keping tggal lagi 2 keping utk malam kang. On the way nk sampai rumah, terjumpa kedai kebab turki terus mcm beli jerla tapau utk malam kang. Jemu gakla makan Brahim ja..Nsb besar gakla kebab dia. Adala dlm £9. Dekat Edinburgh ni bila kita bayar in GBP kdg2 kita kena tgk jgk dorg bg baki duit apa. Mostly dorg bagi matawang Scotland. Kitaorg perasan pun masa nk byr kebab ni la. Rupanya masa beli tiket masuk Camera Oscura tadi yang dpt balik duit Scotland. Tapi dgr2 nilai mata wang Scotland lagi tinggi.

Dh dekat nk Maghrib gakla sampai rumah. Terus cepat2 buat solat jamak takhir. Nsb sempat. Malam tu dah tak rasa nk keluar dah. Masing2 urut kaki. Aku urut kaki laki aku,dia pun urut kaki aku. Sakit gila hokay. Husband ckp dlm 19km gakla berjalan bersamaan dengan 25k++ steps..Memang leh kurus oiiii..


No comments:

Post a Comment