YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Tuesday, October 1, 2019

UK ROAD TRIPPING (Knaresborough & York)

Tuesday
17th September 2019
Knaresborough & York

Harini kami check out kul 9am. Kemas2 apa yang patut. Bersihkan bilik airbnb kami mcm biasa. Toilet pun siap2 cuci kasi bersih. Cmtula adab tetamu kan. Yerla memang kita dah bayar..tapi apa salahnya tggalkan bilik dalam keadaan bersih..💓Mytro & Dimitris takde dekat rumah sebab dorg dah pergi keja. So just masukkan kunci dlm letterbox jer. Sedih rasa nak tinggalkan Edinburgh ni sbb best gila. Bilik penginapan pun best. Tapi..life must go on..gittew..

So mengikut plan asal, kami patut menuju ke Newcastle. Kiranya,singgah sekejap ronda2 Newcastle. Nak pergi Stadium St James's Park, Northumberland dan Angel of the North. Tapi, setelah dihitung dan dicongak tolak tambah bahagi darab..kami terpaksa let go Newcastle sbb takut tak sempat nk cover York. Bukan apa, selain berjalan, kitaorg jadi PS gak. So nk kejar g York Designer Outlet esoknya dan straight g Primark Birmingham. Tu yang byk tempat kena let go 😢 Sedih jugak tapi dah tu pilihan sendri..hahahha

Ikutkan perjalanan ke Newcastle adalah selama 2 jam. Tapi dah tak singgah so kami teruskan perjalanan ke Knaresborough yang mengambil masa selama 3jam lebih jgkla dr Edinburgh. So dekat Knaresborough kejap jer sebab nak jenjalan dekat Castle dan Viaduct area. Lagipun Knareborough dengan York dah tak jauh dlm 30minit. Kami mmg plan nk bermalam di York. Alhamdulillah sampai Knaresborough dlm 12pm lebih. Parking kena bayar dlm £2 utk sejam. Knaresborough for me, byk gila org tua.Mgkn sebab tenang jer..Siap ada geng depa main lawn ball..heheheh


Sedikit info berkenaan dengan Knaresborough Castle


Pintu masuk

Masuk2 jer dah nmpak org2 tua tgh main lawn ball. Lupa plak nk snap sebab dah kalut nk g Knaresborough Viaduct.


Dari jauh dah leh nampak dah, tapi kena menurun bukit jgkla. Agak tinggi. Masa ni dok pikiaq nnt nk balik kena mendaki jugaklah...lol..penat oiii..👫


Cantik kan? bridge tu actually laluan train jer. Dekat sini ramai gak org2 muda sewa sampan dan bersiar2 memadu asmara gittew..


Dah makin dekat


Posing jap dekat sini sebab warna tema sama..hahahha


Lawa plak..Memang kena wall frame ni


Kami berjalan sampai ke Mother Shipton's Cave ni. Tempat ni mcm byk misteri skit. Sebab dalam tu ada well yang akan menukarkan semua benda menjadi stone. Kalau saintis ckp reason sebab air dia. Kandungan air mineral yang luarbiasa tinggi and because of natural process of evaporation. Tapi org tempatan plak lebih percaya pada magic. Lagipun Mother Shipton tu kononnya seorang witchy prophetess yang lahir dekat situ semasa era kegelapan. So adalah sejarah dia tu yang kami mcm takut nk tahu lebih detail..hahahha. Nak masuk dlm tu kena byr £9 so lagila rasa malas. So kita layan pic google jerla


Siap ada wishing well. Bergambar jerla takdela nk wish pun..hheheh


Ok ni cave dia


Nampak tak benda2 yang bertukar jadi stone tu. Actually amik masa 3-5bulan jgk bukan straight away jadi stone. Mother Shipton's Cave ni actually merupakan salah satu tempat plg pelik di dunia. Wow kami dah sampai...😇

Dari Mother Shipton's Cave cadangnya nak g Nidd Gorge tapi kena jalan lagi 30min so husband ckp takyahla. Sbb nk rush g York plak. So kena let go lagila. Lagipun Nidd Gorge tu mcm hutan jer. Jalan2 dlm hutan yang sunyi sepi..uuuu..scary!!

Dalam kul 2pm kami pun gerak ke York. Cadangnya nk check in dan solat lepas tu jalan2 area city. Alhamdulillah sampai dlm 2.45pm. Amik masa gakla nk check in sbb kena self check in sendri dan ni adalah pengalaman kali pertama. Mmg blur gila masa nk retrive kunci dari master safe box dia. Tapi bila dah tau sebenarnya kacang rebus ja..hahhaha..Takdela plak pic..adoii..Kita guna pic google jerlah..


Ok sebijik camni. Just masukkan code yang terletak dlm warna hitam tu dan tarik jer benda grey tu.  Code nanti host yang bagi. Kunci ada dlm tu..Alahaii senang jer..hahahah. Punyala blur function benda ni masa mula2 try.😈

Bilik agak kecik tapi semua lengkap. Harga dlm RM200 semalam. Dari Liverpool, Edinburgh ke York mmg harga bilik semua RM200++ semalam..Toilet semua dlm bilik kecuali Liverpool. So agak mahal for me even dekat stadium. Lepas solat dan bersihkan diri skit kami terus kuar. 


Our first stop. Clifford's Tower. Dari rumah ke sini dlm 20minit. Sekali blakang tower ni ada parking and free ja..lol👺


Perbezaan 2 pic yang ketara. Nmpak aku kecik dlm pic ni..hahahha


Excited panjat sampai atas sekali kena bayar daaa.. £5.70 so malas la nk masuk..


Dah turun and wefie satu


Nampak tak building blakang tu. Unik...memang kami perasan bangunan di area York's attraction ni semua cmni..


unik gila kan


Ni satu lagi. Kedai apa ntah


Area Litte Shambles. Mmg ramai org amik pic dekat sini


Ala gelap pic ni. Masa ni mmg susah nk capture pic cun2 sebab ramai sgt tourist.


Ok ni terang skit


Posing jap


Kedai ni jual brg2 Harry Potter

Kami sampai sini dlm kul 4.20pm. Byk kedai dah nk tutup termasuk York's Chocolate Story. Taksempat nk try hot chocolate dia. Alaaa..Mostly kedai tutup kul 5pm. Gila boring..kecuali Primark. Ok ni tak boring dan best gila sebb org takdeee..takdela huru hara mcm dekat Oxford tu. Tapi tak beli pape pun sbb dah plan nk g Primark Birmingham.So just ushar2 baju yang ada. Lepas tu sambung jalan2 ke York Minster, York City Wall, and Museum Garden. York Castle Museum dekat dgn Clifford's tower so tgk dari luar jer sbb dah nk tutup jugak.


Jalan2 sampai taktau hala tuju..hahahha


York Minster ni sebenarnya church. So ade bunyi2 bell dia..


Museum Garden. Just menikmati udara segar jer kat sini


Snap sekali lagi before balik. Masa ni awai lagi baru kul 6pm cmtu..aiyooo👶

Kesimpulannya. York ni tak happening sgtla. Sbb kedai pun tutup awai. Town dia pun sunyi jer bila dah ptg. Tapi sgt tenang. On the way balik tu best plak jalan kaki. Lepas tu sejukkkkk..Kami adala singgah mart dia jap beli air dan jajan skit. Dlm kul 7pm dah smp bilik. Husband pun kalut nk balik awai sbb ada game Liverpool vs Napoli👋Cam biasa bini sampai2 bilik ja nk kena masak. Lepas dah dinner, dia tgk game dia tu and bini kat sbelah pun dia buat taktau..hahahah



No comments:

Post a Comment