YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, February 2, 2023

Friday 27th January 2023 (Osaka/Kul)

MH53 0955hrs Kansai International Airport

Harini pukul 4.30am dah bgn sbb nk kejar flight pagi. Jujur sis akui sis tak sukala timing flight MAS ni. Yerla masa dtg flight malam sampai kan 6am. Mmg tak cukup tido. Sbb flight 6jam jer. So nk jalan pun takde mood sgt..Pastu blk plak. Flight awai pagi. Adoi yai...Actually ok jer sbb Jepun ni pun kita kena check out kul 10am. Dahla style depa check in kul 4pm. Lambt gila.

Bila dah awai cmni yang kecian Eijaz la nk gerak kan dia. So kami siap dulu settlekan semua dulu. Nasib baiklah subuh dorg 5.33am. Sis mmg dah ckp ngan husband lepas subuhla gerak sbb insha allah sempat jer. Dlm 5.15 kami gerak Eijaz. Cadangnya nk tukar pampers dia jer. Tapi kecian plak takkanla tak mandi. Ikut laki sis dia ckp takpayah. Sis cakapla..dah subuh dah pun..So mandikan ajer. Tupun bg dia mandi air panas jer. 

Alhamdulillah kul 6am kami check out. Sis sempat snap satu pic sbb br realize yg kami takde lgsg pic depan airbnb ni.

Bye Osaka. I think I Love You!

Dah dekat boarding gate. Alhamdulillah semua lancar. Dari proses check in, drop lugagge, imigresen dan kastam. Kastam dia siap sayonara dekat kami tau..hahahha..

Flight delayed skit sbb bad weather kan. Harini mmg Osaka bad weather. Dgrnya salji tebal dekat Osaka. Kita snap pic si kecik ni..gerammm!!

Alhamdulillah syukur Ya Allah. We had safely arrived in KLIA. Satu pengalaman permusafiran yang indah. Syukur dapat merasa keindahan bumi Allah Taala di Jepun. Kagum sgt dengan budayanya,persekitarannya,rakyatnya dan cuacanya..hahahahah

Ni tgh tggu stroller.Merah dah pipi Eijaz

Owh ya, beg kami yg rosak tu kami terpaksa wrap dekat Kansai Aiport sbb tak ckp budget depa bg utk beli baru. Sampai jer Malaysia, roda belah kiri plak patah..adoiyaiii...Haritu berlubang belah kanan. Ni roda kiri plak buat hal. Tapi tula nk jadikan cerita, kami sajala try claim dekat KLIA..Eh dpt beg baru la...ngeh ngeh ngeh..Okla tu dari kena beli baru.

Kalau tanya sis, nak dtg lagi tak Osaka? Yes of course. Sis tak sangka yg sis akan jatuh cinta dengan Osaka. Sbb Jepun ni negara yang takpernah ada dlm wishlist sis. Sis tak minat sgt sbb byk ceta tak best sis dgr especially tentang dorg yang tak kids friendly. Kos yang tinggi lagi katanya. Hakikatnya sis rasa Osaka ni takdela mahal sgt pun. Maybe sbb pertukaran duit masa tu just 1000yen=Rm33. Or maybe kalau Tokyo mahal lagi sbb dia big city. Tapi total kami hbs utk trip Osaka ni adala dlm RM3700++. Ni dah include airbnb RM1129.23, KTP RM294.58 for 2, OAP RM187.78 for 2, then kami bawak RM1000 jer tukar. Dlm bigpay plak kami letak RM300. Tix flight sbb staff kan so RM498 ajer..Makanan dari Malaysia kami spend dlm RM200 utk bawak ke Osaka. Insurance dlm RM130. Okla not bad la kan. Owh kalau plus beli baju utk Eijaz sbb spend dekat rm400++ gakla utk baju2 dia. Ha mmg RM4k gakla

Sis cakap ngan husband, next year kita mai lagi tapi 4hari3malam dahla. Lepak Osaka makan ramen, then g USJ then Kyoto dan blk..hahahha

πŸ’‹πŸ’“πŸ’ͺ
SAYONARA KANSAI!

Thurday 26th January 2023 (Himeji-Kobe)

Harini hari terakhir utk kami berjalan2 di Kansai. Patutnya harini hari santai2 di Osaka jer. Tapi sbb plan dah bertukar makanya harini kami akan ke Himeji dan Kobe. Actually Himeji pun last min decide sbb ikutkan nk cover Kobe jer harini. Konon nk manfaatkan sepenuhnya penggunaan KTP. Tapi bila dah smpai Himeji rasa sedikit penyesalan sbb Himeji sgtla jauh. Nk kata buang masa tu tak. Tapi jauh sgt la dan attraction dia hanya Himeji Castle jer. 

Utk ke Himeji dan Kobe kami kena naik Hanshin Line. Gila confuse line ni. Antara semua train line kami rasa Hanshin la plg confuse sekali. Hahahah..turun naik lif kami dlm station dia. Nsb baiklah sampai jugak. Rasanya 2 jam jugakla perjalanan ke Himeji. Mana taknya, dari Osaka ke Kobe Sannomiya station dah sejam. Dari Sannomiya station ke Sanyo Himeji station dah sejam. Jadilah 2 jam.

Sebabkan dah sampai Himeji, so just enjoy jerlah. Himeji pun cm br lepas salji. Tapi dia agak panasla but nyaman bg kami.

Perjalanan yg lama membuatkan Eijaz pun dah takleh duduk diam. Nasib baikla train tak ramai org. So bolehla nk bising2 skit.


Dah depan Himeji Castle


Di perkarangan istana.

Anak tangga

Ok belakang tulah Himeji Castle. Sbnrnya Himeji Castle ni Unesco World Heritage sites yer. Lama dah istana ni. Thn 1700an lagi. 

Ni kami berjalan sampai belakang castle. Ada tasik dan itik..hahahha

Kemain macho..hahah

Ok Himeji town ni agak tenang dan damai bg kami. Dia cm tak kelam kabut sgt. Lepas tu dia byk patung pelik2. Ni salah satu yg kami rajin nk snap.

Sebabkan taknk buang masa lagi dah. Masa pun dah kul 2pm. Sis dok rasa cm Kobe pun takde sempat nk cover semua tempat dah. So kami terus bergerak ke station utk ke Kobe. Dari Kobe Sannomiyo station kami terus menuju ke Kobe Mosque. Kat sini ada mosque dr tahun 1945 tak silap dia di bina. Mmg ni tujuan utama ke Kobe. Nk g masjid dia. Kalau boleh dlm setiap trip oversea kami, kami nk selit ke masjid. 

On the way nk ke masjid dah nmpak byk halal shop and halal restoran. Naan Inn pun depan masjid jer. Tapi kami tak singgah makan pun sbb takknk nk makan indian food kat Jepun kan..Malaysia pun byk aihh..hahahhah

Alhamdulillah sampai dah. Masa ni br masuk Asar. Tak sempat nk solat jemaah..Sis suruh husband solat dulu. While sis tunggu Eijaz sbb Eijaz tido. 

Takde pic dlm masjid sbb tak dibenarkan mengambil gambar. Owh imam dia dtg tegur sis suh masuk berehat dlm bilik sbb dekat depan pintu sejuk.. Hensem btl imam dia..hahahha. Mcm org pakistan. Byk org pakistan area sini. Malaysia pun ada. Kebetulan dorg br keluar solat asar berjemaah.

Ruang solat masjid kobe ni takdela besar pun. Seingat sis, utk wanita dalm 2-3 saf jer. Untuk lelaki pun dlm 3-4 saf jer. Tapi selesa. Bilik wudhu bersih. Tandas pun bersih dr Masjid Seoul. Sbb masjid Seoul tandas di luar dan mcm kotor. Kobe ni bersih jer..Cuma tandas dia kena mencangkung.

Bergambar di depan Masjid Kobe untuk kenang-kenangan. Taktau dtg lagi ke tak kan.

Then kami terus bergerak ke Sannomiya Centre Gai Shopping Street, jalan2 sekejap buang masa, minum coffee ala lupa nama dia..hahhaha. Then sis ajak husband ke area Kobe Motomachi Shopping Street. Kat sini semua branded items ada jual sepanjang jalan tu.

Nila street dia. Sepanjang-panjang tula luxury brand cm Chanel, LV, Gucci dan etc. Kami hanya mampu tgk jer. Harga selepas covid mencanak naik. Gila lahhh. 

Ikutkan itinerary plan asalnya lepas ni nak ke Kobe Harbourland. Tapi sbb cm biasa dah nk senja dah. Plus nk kena jalan lagi 20minit so terus jadi malas. Sis pun suggest dekat husband nk g makan Ramen Honolu. Tetiba terus teringat. Sbb masa awai2 sampai dah teringat dah tapi tutup. Harini dia bukak smpai kul 9am. So kami pun start gerak dr Motomachi Station blk ke Osaka/Umeda station.

Dari station OCAT tu kami kena berjalan dlm 20 minit jugakla. Alhamdulillah sampai restoran tu dlm kul 7pm. Masa tu ade dua org jer dlm tu. Sbb seat dia sgt limited yer. Hanya 10org per dining. So mmg rezeki kami lah.

Ni selepas kami dah settle makan. Tetiba ramai org plak.Nampak tak?kecik jer kedai dia.

Owh masa kami masuk nk makan tu. Kami taktau yang kami kena order dekat mesin tepi pintu tu jer. Byr semua kat situ. Dahla dia terima 1000yen jer. Nasib baik sis dah pecah 10000yen masa dekat Kobe. So byk la duit 1000yen. Nipun ada org Indonesia yg tgh makan dlm tu yg bgtau..hahahha..lol gila. Yerla mana nk tau kan.

Ni menu dia.

Sis makan Spice BBQ Beef Yakiniku Ramen. Sedap gila hoiii.. Sure mmg kena dtg lagi just for the ramen. Boleh makan dengan yakin sbb halal dan perkerja dia pun ramai budak Melayu.

Eijaz kami order Honolulu Chicken. Pun sedap. Utk husband kami amik Spicy Chicken Ramen. Pun sedap. Semua la sedap. I think this will be the highlight of our Osaka Trip

Settle makan sis cakap ngan husband sis nk google jap jalan blk ke rumah. Sbb penat plak rasa nk jalan patah blk ke train station. Google2 rupanya..lor dekat jer ngan our airbnb. dlm 15min jer. Damnla...esok flight awai pagi plak. Kalau tak boleh repeat esoknya...Sob!Sob!

Esok dah last day dah. Actually happy dan tak sabar nk balik. Tapi sis sure will miss this RamenπŸ’“






Wednesday, February 1, 2023

Wednesday 25th January 2023 (Kyoto)

Hari keempat di bumi Kansai. Semalam dapat merasa salji turun manja2 jer. Tanpa disangka harini, kami dpt merasa salji yang tebal hokay. Serioulsly tak sangka sbb ikut weather forecast cakap tengahari akan light snow jer dlm kul 12pm. Rupanya Allah nk bg merasa salji yg lebat di Kyoto. Dah takpayah nk pi Mount Rokko ke main ski. Awal pagi cm biasa pukul 9am baru nk bermula perjalanan kami. Sbb kami nk avoid rush hour dekat train station. Rasa agak menyesal gakla kuar lmbat tapi takpela kecian kat anak. Dia pun tido lena jer. Pepagi mesti nk kena berdrama dulu dgn dia. Takpela syukur Alhamdulillah Allah dpt merasa kami berjalan berdua plus si kecik tu. TQ Allah. Kau Maha Besar!

Ni semasa di platform menunggu nak naik train ke Kyoto. Harini kena naik line Hankyu Line. So agak berbeza skit train dia. Tapi nsb tak full dan kami dpt duduk dengan selesa. Masa ni tgh sedih sbb snow cap mothercare Eijaz hilang. Dahla tu fav dia. Syg btl la. Husbandla kalut nk selimutkan Eijaz. Maybe masa dia ambil selimut dr atas kepala Eijaz tu cap terjatuh sekali. Sob!Sob!πŸ˜₯

Mula2 ingtkan perjalanan tu lama gakla. Masa ni br sampai Katsura station. Gila bersalji. Train pun ada masa slow jer sbb snow. Dok ingt nk tak leh jalan dah. Nsb sampai gak sini dlm 40min ride. Dari sini kena tukar line utk ke Arashiyama station. Tak sampai 10min pun sbnrnya..huhuhu

Husband plak nk bergambar utk kenang-kenangan

Dah selamat sampai station Hankyu Arashiyama. Masya Allah lebat yer masa ni. Dan husband buat hal lagi dia bgtau dia lupa bawak raincover..eeee..taktaula nk kata apa dah..Tapi sbb dah smpai kan so buat lek jalah. Kenala redah dlm keadaan salji tebal dan Eijaz pun hbs kena salji. Kecian dia.

Dia suka la tuuu!!

On the way dr station nk ke Arashiyama Bamboo forest. Kami kena cross togetsukyo bridge nnt. Masa ni mmg rasa cm takut dan seriau sbb salji sgt lebat. Angin kencang gila

Kecian Eijaz, ayah dia terpaksa cover dia ngan raincoat. Ermmm

Hehehe. Sini org kata famous dgn matcha ice cream so kami melantak jap makan. Dptla berteduh jap. Masa ni br lepas crossed Togetsukyo bridge. Sis siap tercicir mitten sis. Nsb baik jumpa blk.

Dah sampai Arashiyama Bamboo Forest. Cantik dan aman tempat dia. Sebab tu kot ada kubur org jepun..hahahah

Lega sbb org tak ramai. Sis baca dengan blog2 kdg boleh sampai berlaga bahu bila jalan dekat sini

Dia tgh ajar anak main salji. Lain mcm eh penangan salji fresh ni.

Patutya sis nk naik Sagano Romantic Train. Tapi apakan daya depa pun closed sbb salji lebat sgt. Nsb baiklah tak beli ticket dia siap2 dekat Klook.

Tgh jalan2 kami jumpa satu tempat mcm maze. Org pun takde sgt. So apa lagi bergambarla kan

Si kecik ni pun dah pandai nk angkat tgn..Ibu dia yg ajar yerr..hehehe

Ok ngan ibu dia plak

Dah start nk bebai. Sbb udara pun sejuk,angin kuat sgt

Ikutkan nk lama lagi dekat sini tapi dah tak tahan dgn angin yg kuat tu. Salji pun dah start lebat blk. So kami decide nk gerak ke Gion. Mula2 cm pening pikir cmna nk g sana. Rupanya Kyoto ni dia ada tram depa sendri dipanggil Randen. KTP pass kami taksure cover ke tak sbb takde pun ckp dlm manual dia. So kami decide pegi jer station dia dan tanya tourist information counter. Alhamdulilah nsb baik cover. So terusla masuk dlm tram tu. Ni tak sempat snap sbb keluar jer dr office tourist tu terus tram dia dah ready. Pendek jer tram dia. Then kami kena tukar train plan naik subway utk ke Sanyo Gion station. Sampai jer situ nmpak langit cerah. Matahari pun terpacak atas kepala. Salji dah stop sekejap. So sis ajak g Tatsumi Bridge teruih. Okla jalan dlm 20min jer. Sampai jer dekat bridge tu. Subhanallah. Cantiknya!!!

Tadaaa!

Cantik kan?kan?kan?

Nasib baik ada satu family chinese Indonesian nk tlg snap. Peramah tau depa ni

Ni view belah kanan. Tak brp cun sbb dia lindung matahari

Ha ni mengadap depan. Kiri kanan tu bridge dia

Time ni sis pening sbb ingt nk g Shirakawa Canal tapi cm tak fhm dekat mana.Lepas tu nk g Geisha street pun blur cmna nk g. Sbb bila google pun tak membantu sgt. Berbeza kalau google dekat osaka sng jer jumpa nama tempat. Dekat Kyoto cm payah. Tgk map sis print pun blur. Last2 sis ajak g makan dekat Curry Club Ruu yang famous dan sedap sgt tu. Elok jer google sekali dah permanently closed la plak. Jadinya sis googlela starbuck tatami which is sebelah restoran tu jer. So berjalan ke depan lagilah.

On the way!

Ok nk dekat dah. Tapi kena memanjat skit. Tak lama pas tu husband nmpak % arabica coffee yg famous dekat Kyoto. Apalagi masuk japla sbb dekat sini start salji lebat blk. Tapi dlm coffee shop tu pun sempit dan org ramai. Sis beli cafe latte. Husband plak Kyoto Latte. Sdp gila Kyoto Latte.

Lepas dah mendaki kena turn left. Masa ni husband tak perasan starbuck dekat belah kiri. Nsb sis yg perasan. So kami singgah lepak sbb nsb baikla org pun tak ramai. Eijaz pun tak makan apa lagi. Kecian btl dia. Sis pun tgh pening pikir mana nk solat sbb ikutkan Curry Club Ruu tu ada tempat solat. Tapi sbb dah tutup so kena pikir tempat yg sesuai. Masa dekat dlm sis berkenalan dengan org Medan. Dia tegur sis dulu. Anak 3. Dia org jakarta tapi suami Medan. Lawa btl. Nmpak muda jer..Plus nampak kaya sbb dia pakai handbeg Hermes..hahahha.Husband plak tgh belikan Eijaz starbuck. Baby menu jer dlm 200yen. Sedap jugakla hot chocolate dia.Sbbkan tak ramai. Kami dpt tempat duduk dekat atas. Cuma bukan duduk ala tatami tapi duduk atas kerusi. Frust jugak sis, sbb kalau dpt bilik dia lehla jugak solat. Masa tu dah pukul 4pm dah. Maghrib plak 5.15pm

So sis ajak suami blah sbb nk try cari tempat solat. Tgh jenjalan pikir mana nk solat sis doa mintak Allah mudahkan utk kami solat sbb apa saja hamparan ats muka bumi Allah ni adalah masjid. Jadi solat jalah mana2 pun. Elok jer hbs doa dlm hati. Allah bukak mata sis. Sis nmpak depan kami ada tandas awam then tempat merokok. So sis ajak suami ke situ. Sampai jer situ. Rupanya blakang tandas awam tu ada satu taman. Masya Allah. Cantik!

Maka disinilah kami solat. Dekat taman bawah bumbung cm wakaf. Alhamdulillah Allah mudahkan. Nk amik wudhu dan bersihkan apa yg ptt pun sng jer. TQ Allah. Btl la org ckp doa org musafir ni makbul dan dan tu jugak.

Eijaz pun happy main lari2 ngan pak dia...heheheh..cantik btl taman ni

Settled semua kami pun bergeraklah. Dah taktau nk g mana. Nk g Kyoto tower pun cm dah mlm kan sbb pukul 6pm cmtu dah gelap. So kami decide pulang jerla dan sis konon nk makan crab bakar dekat dotonbori..nk cari takoyaki. Nk try g kurumon market semua tu.

Sekali bila sampai Kurumon market cm dah ttp jer...aittt awal btl. Masa tu baru pukul 7pm. Lepas tu nk g makan crab bakar pun sold out..adoiyaii..takoyaki plak ramai beratur. Panjang btl barisan dia..terus cm malasla..so decide blk jerla makan dekat rumah. Masa ni tak terpikir pasal nk makan Ramen Honolu. Insha Allah esok lah kalau ada rezeki.

Dah jom blk!