YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, February 2, 2023

Thurday 26th January 2023 (Himeji-Kobe)

Harini hari terakhir utk kami berjalan2 di Kansai. Patutnya harini hari santai2 di Osaka jer. Tapi sbb plan dah bertukar makanya harini kami akan ke Himeji dan Kobe. Actually Himeji pun last min decide sbb ikutkan nk cover Kobe jer harini. Konon nk manfaatkan sepenuhnya penggunaan KTP. Tapi bila dah smpai Himeji rasa sedikit penyesalan sbb Himeji sgtla jauh. Nk kata buang masa tu tak. Tapi jauh sgt la dan attraction dia hanya Himeji Castle jer. 

Utk ke Himeji dan Kobe kami kena naik Hanshin Line. Gila confuse line ni. Antara semua train line kami rasa Hanshin la plg confuse sekali. Hahahah..turun naik lif kami dlm station dia. Nsb baiklah sampai jugak. Rasanya 2 jam jugakla perjalanan ke Himeji. Mana taknya, dari Osaka ke Kobe Sannomiya station dah sejam. Dari Sannomiya station ke Sanyo Himeji station dah sejam. Jadilah 2 jam.

Sebabkan dah sampai Himeji, so just enjoy jerlah. Himeji pun cm br lepas salji. Tapi dia agak panasla but nyaman bg kami.

Perjalanan yg lama membuatkan Eijaz pun dah takleh duduk diam. Nasib baikla train tak ramai org. So bolehla nk bising2 skit.


Dah depan Himeji Castle


Di perkarangan istana.

Anak tangga

Ok belakang tulah Himeji Castle. Sbnrnya Himeji Castle ni Unesco World Heritage sites yer. Lama dah istana ni. Thn 1700an lagi. 

Ni kami berjalan sampai belakang castle. Ada tasik dan itik..hahahha

Kemain macho..hahah

Ok Himeji town ni agak tenang dan damai bg kami. Dia cm tak kelam kabut sgt. Lepas tu dia byk patung pelik2. Ni salah satu yg kami rajin nk snap.

Sebabkan taknk buang masa lagi dah. Masa pun dah kul 2pm. Sis dok rasa cm Kobe pun takde sempat nk cover semua tempat dah. So kami terus bergerak ke station utk ke Kobe. Dari Kobe Sannomiyo station kami terus menuju ke Kobe Mosque. Kat sini ada mosque dr tahun 1945 tak silap dia di bina. Mmg ni tujuan utama ke Kobe. Nk g masjid dia. Kalau boleh dlm setiap trip oversea kami, kami nk selit ke masjid. 

On the way nk ke masjid dah nmpak byk halal shop and halal restoran. Naan Inn pun depan masjid jer. Tapi kami tak singgah makan pun sbb takknk nk makan indian food kat Jepun kan..Malaysia pun byk aihh..hahahhah

Alhamdulillah sampai dah. Masa ni br masuk Asar. Tak sempat nk solat jemaah..Sis suruh husband solat dulu. While sis tunggu Eijaz sbb Eijaz tido. 

Takde pic dlm masjid sbb tak dibenarkan mengambil gambar. Owh imam dia dtg tegur sis suh masuk berehat dlm bilik sbb dekat depan pintu sejuk.. Hensem btl imam dia..hahahha. Mcm org pakistan. Byk org pakistan area sini. Malaysia pun ada. Kebetulan dorg br keluar solat asar berjemaah.

Ruang solat masjid kobe ni takdela besar pun. Seingat sis, utk wanita dalm 2-3 saf jer. Untuk lelaki pun dlm 3-4 saf jer. Tapi selesa. Bilik wudhu bersih. Tandas pun bersih dr Masjid Seoul. Sbb masjid Seoul tandas di luar dan mcm kotor. Kobe ni bersih jer..Cuma tandas dia kena mencangkung.

Bergambar di depan Masjid Kobe untuk kenang-kenangan. Taktau dtg lagi ke tak kan.

Then kami terus bergerak ke Sannomiya Centre Gai Shopping Street, jalan2 sekejap buang masa, minum coffee ala lupa nama dia..hahhaha. Then sis ajak husband ke area Kobe Motomachi Shopping Street. Kat sini semua branded items ada jual sepanjang jalan tu.

Nila street dia. Sepanjang-panjang tula luxury brand cm Chanel, LV, Gucci dan etc. Kami hanya mampu tgk jer. Harga selepas covid mencanak naik. Gila lahhh. 

Ikutkan itinerary plan asalnya lepas ni nak ke Kobe Harbourland. Tapi sbb cm biasa dah nk senja dah. Plus nk kena jalan lagi 20minit so terus jadi malas. Sis pun suggest dekat husband nk g makan Ramen Honolu. Tetiba terus teringat. Sbb masa awai2 sampai dah teringat dah tapi tutup. Harini dia bukak smpai kul 9am. So kami pun start gerak dr Motomachi Station blk ke Osaka/Umeda station.

Dari station OCAT tu kami kena berjalan dlm 20 minit jugakla. Alhamdulillah sampai restoran tu dlm kul 7pm. Masa tu ade dua org jer dlm tu. Sbb seat dia sgt limited yer. Hanya 10org per dining. So mmg rezeki kami lah.

Ni selepas kami dah settle makan. Tetiba ramai org plak.Nampak tak?kecik jer kedai dia.

Owh masa kami masuk nk makan tu. Kami taktau yang kami kena order dekat mesin tepi pintu tu jer. Byr semua kat situ. Dahla dia terima 1000yen jer. Nasib baik sis dah pecah 10000yen masa dekat Kobe. So byk la duit 1000yen. Nipun ada org Indonesia yg tgh makan dlm tu yg bgtau..hahahha..lol gila. Yerla mana nk tau kan.

Ni menu dia.

Sis makan Spice BBQ Beef Yakiniku Ramen. Sedap gila hoiii.. Sure mmg kena dtg lagi just for the ramen. Boleh makan dengan yakin sbb halal dan perkerja dia pun ramai budak Melayu.

Eijaz kami order Honolulu Chicken. Pun sedap. Utk husband kami amik Spicy Chicken Ramen. Pun sedap. Semua la sedap. I think this will be the highlight of our Osaka Trip

Settle makan sis cakap ngan husband sis nk google jap jalan blk ke rumah. Sbb penat plak rasa nk jalan patah blk ke train station. Google2 rupanya..lor dekat jer ngan our airbnb. dlm 15min jer. Damnla...esok flight awai pagi plak. Kalau tak boleh repeat esoknya...Sob!Sob!

Esok dah last day dah. Actually happy dan tak sabar nk balik. Tapi sis sure will miss this Ramen💓






No comments:

Post a Comment