YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Wednesday, February 1, 2023

Wednesday 25th January 2023 (Kyoto)

Hari keempat di bumi Kansai. Semalam dapat merasa salji turun manja2 jer. Tanpa disangka harini, kami dpt merasa salji yang tebal hokay. Serioulsly tak sangka sbb ikut weather forecast cakap tengahari akan light snow jer dlm kul 12pm. Rupanya Allah nk bg merasa salji yg lebat di Kyoto. Dah takpayah nk pi Mount Rokko ke main ski. Awal pagi cm biasa pukul 9am baru nk bermula perjalanan kami. Sbb kami nk avoid rush hour dekat train station. Rasa agak menyesal gakla kuar lmbat tapi takpela kecian kat anak. Dia pun tido lena jer. Pepagi mesti nk kena berdrama dulu dgn dia. Takpela syukur Alhamdulillah Allah dpt merasa kami berjalan berdua plus si kecik tu. TQ Allah. Kau Maha Besar!

Ni semasa di platform menunggu nak naik train ke Kyoto. Harini kena naik line Hankyu Line. So agak berbeza skit train dia. Tapi nsb tak full dan kami dpt duduk dengan selesa. Masa ni tgh sedih sbb snow cap mothercare Eijaz hilang. Dahla tu fav dia. Syg btl la. Husbandla kalut nk selimutkan Eijaz. Maybe masa dia ambil selimut dr atas kepala Eijaz tu cap terjatuh sekali. Sob!Sob!😥

Mula2 ingtkan perjalanan tu lama gakla. Masa ni br sampai Katsura station. Gila bersalji. Train pun ada masa slow jer sbb snow. Dok ingt nk tak leh jalan dah. Nsb sampai gak sini dlm 40min ride. Dari sini kena tukar line utk ke Arashiyama station. Tak sampai 10min pun sbnrnya..huhuhu

Husband plak nk bergambar utk kenang-kenangan

Dah selamat sampai station Hankyu Arashiyama. Masya Allah lebat yer masa ni. Dan husband buat hal lagi dia bgtau dia lupa bawak raincover..eeee..taktaula nk kata apa dah..Tapi sbb dah smpai kan so buat lek jalah. Kenala redah dlm keadaan salji tebal dan Eijaz pun hbs kena salji. Kecian dia.

Dia suka la tuuu!!

On the way dr station nk ke Arashiyama Bamboo forest. Kami kena cross togetsukyo bridge nnt. Masa ni mmg rasa cm takut dan seriau sbb salji sgt lebat. Angin kencang gila

Kecian Eijaz, ayah dia terpaksa cover dia ngan raincoat. Ermmm

Hehehe. Sini org kata famous dgn matcha ice cream so kami melantak jap makan. Dptla berteduh jap. Masa ni br lepas crossed Togetsukyo bridge. Sis siap tercicir mitten sis. Nsb baik jumpa blk.

Dah sampai Arashiyama Bamboo Forest. Cantik dan aman tempat dia. Sebab tu kot ada kubur org jepun..hahahah

Lega sbb org tak ramai. Sis baca dengan blog2 kdg boleh sampai berlaga bahu bila jalan dekat sini

Dia tgh ajar anak main salji. Lain mcm eh penangan salji fresh ni.

Patutya sis nk naik Sagano Romantic Train. Tapi apakan daya depa pun closed sbb salji lebat sgt. Nsb baiklah tak beli ticket dia siap2 dekat Klook.

Tgh jalan2 kami jumpa satu tempat mcm maze. Org pun takde sgt. So apa lagi bergambarla kan

Si kecik ni pun dah pandai nk angkat tgn..Ibu dia yg ajar yerr..hehehe

Ok ngan ibu dia plak

Dah start nk bebai. Sbb udara pun sejuk,angin kuat sgt

Ikutkan nk lama lagi dekat sini tapi dah tak tahan dgn angin yg kuat tu. Salji pun dah start lebat blk. So kami decide nk gerak ke Gion. Mula2 cm pening pikir cmna nk g sana. Rupanya Kyoto ni dia ada tram depa sendri dipanggil Randen. KTP pass kami taksure cover ke tak sbb takde pun ckp dlm manual dia. So kami decide pegi jer station dia dan tanya tourist information counter. Alhamdulilah nsb baik cover. So terusla masuk dlm tram tu. Ni tak sempat snap sbb keluar jer dr office tourist tu terus tram dia dah ready. Pendek jer tram dia. Then kami kena tukar train plan naik subway utk ke Sanyo Gion station. Sampai jer situ nmpak langit cerah. Matahari pun terpacak atas kepala. Salji dah stop sekejap. So sis ajak g Tatsumi Bridge teruih. Okla jalan dlm 20min jer. Sampai jer dekat bridge tu. Subhanallah. Cantiknya!!!

Tadaaa!

Cantik kan?kan?kan?

Nasib baik ada satu family chinese Indonesian nk tlg snap. Peramah tau depa ni

Ni view belah kanan. Tak brp cun sbb dia lindung matahari

Ha ni mengadap depan. Kiri kanan tu bridge dia

Time ni sis pening sbb ingt nk g Shirakawa Canal tapi cm tak fhm dekat mana.Lepas tu nk g Geisha street pun blur cmna nk g. Sbb bila google pun tak membantu sgt. Berbeza kalau google dekat osaka sng jer jumpa nama tempat. Dekat Kyoto cm payah. Tgk map sis print pun blur. Last2 sis ajak g makan dekat Curry Club Ruu yang famous dan sedap sgt tu. Elok jer google sekali dah permanently closed la plak. Jadinya sis googlela starbuck tatami which is sebelah restoran tu jer. So berjalan ke depan lagilah.

On the way!

Ok nk dekat dah. Tapi kena memanjat skit. Tak lama pas tu husband nmpak % arabica coffee yg famous dekat Kyoto. Apalagi masuk japla sbb dekat sini start salji lebat blk. Tapi dlm coffee shop tu pun sempit dan org ramai. Sis beli cafe latte. Husband plak Kyoto Latte. Sdp gila Kyoto Latte.

Lepas dah mendaki kena turn left. Masa ni husband tak perasan starbuck dekat belah kiri. Nsb sis yg perasan. So kami singgah lepak sbb nsb baikla org pun tak ramai. Eijaz pun tak makan apa lagi. Kecian btl dia. Sis pun tgh pening pikir mana nk solat sbb ikutkan Curry Club Ruu tu ada tempat solat. Tapi sbb dah tutup so kena pikir tempat yg sesuai. Masa dekat dlm sis berkenalan dengan org Medan. Dia tegur sis dulu. Anak 3. Dia org jakarta tapi suami Medan. Lawa btl. Nmpak muda jer..Plus nampak kaya sbb dia pakai handbeg Hermes..hahahha.Husband plak tgh belikan Eijaz starbuck. Baby menu jer dlm 200yen. Sedap jugakla hot chocolate dia.Sbbkan tak ramai. Kami dpt tempat duduk dekat atas. Cuma bukan duduk ala tatami tapi duduk atas kerusi. Frust jugak sis, sbb kalau dpt bilik dia lehla jugak solat. Masa tu dah pukul 4pm dah. Maghrib plak 5.15pm

So sis ajak suami blah sbb nk try cari tempat solat. Tgh jenjalan pikir mana nk solat sis doa mintak Allah mudahkan utk kami solat sbb apa saja hamparan ats muka bumi Allah ni adalah masjid. Jadi solat jalah mana2 pun. Elok jer hbs doa dlm hati. Allah bukak mata sis. Sis nmpak depan kami ada tandas awam then tempat merokok. So sis ajak suami ke situ. Sampai jer situ. Rupanya blakang tandas awam tu ada satu taman. Masya Allah. Cantik!

Maka disinilah kami solat. Dekat taman bawah bumbung cm wakaf. Alhamdulillah Allah mudahkan. Nk amik wudhu dan bersihkan apa yg ptt pun sng jer. TQ Allah. Btl la org ckp doa org musafir ni makbul dan dan tu jugak.

Eijaz pun happy main lari2 ngan pak dia...heheheh..cantik btl taman ni

Settled semua kami pun bergeraklah. Dah taktau nk g mana. Nk g Kyoto tower pun cm dah mlm kan sbb pukul 6pm cmtu dah gelap. So kami decide pulang jerla dan sis konon nk makan crab bakar dekat dotonbori..nk cari takoyaki. Nk try g kurumon market semua tu.

Sekali bila sampai Kurumon market cm dah ttp jer...aittt awal btl. Masa tu baru pukul 7pm. Lepas tu nk g makan crab bakar pun sold out..adoiyaii..takoyaki plak ramai beratur. Panjang btl barisan dia..terus cm malasla..so decide blk jerla makan dekat rumah. Masa ni tak terpikir pasal nk makan Ramen Honolu. Insha Allah esok lah kalau ada rezeki.

Dah jom blk!




No comments:

Post a Comment