YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, June 20, 2024

LAST DAY (ASAKUSA AGAIN)

 Friday 31st May 2024

Ikutkan hati kami mcm nk extend lagi trip ni masa sblm smp haritu. Sbb masing2 tak prasan rupanya Isnin 3rd June cuti. Tapi bila pikir fulus pun dah tak ramai. Hotel pun agak mahai. So takpela stick to the plan ja. Ni pun kira dah extend sehari tau.Pttnya Gotemba takde dlm trip ni. Initial plan smlm Khamis dah blk.

Sebabkan flight malam nnt dlm kul 1040pm. So byk masa lagi nk hbskan sisa2 duit yen yg ada. Jadinya kami ke Asakusa jugakla sbb nk letak beg dulu. Kalau pakai locker dekat train station mmg susah gila nk jumpa kosong yerr..So senang letak dekat kedai yg ada servis letak beg. Jidaiya jugakla. Lagipun harga pun lebih kurang jerr..

Lepas letak beg, sis ajak husband makan ice cream. Sis mmg suka sgt matcha..Taktau napa..So mmg dah tau ada satu kedai halal jual ice cream. Dekat jer jalan kaki dlm 5 min jer dah jumpa. Nama kedai Masudaen. 12k yen hbs dekat sini sbb beli 3 jenis.



Matcha


Masa ni Vanilla machine problem plak so kurus jaaa.


Dia balas kasi vanilla gemuk dekat Eijaz.

Lepas makan ice cream, sis ajak g Sensoji Temple. Ni la temple yg 3 kali try nk dtg. Tapi asyik hujan jer. Harini pun hujan jugak tapi sekejap jer. Sis mmg taksuka sgt g jenjalan Temple ni. Sbb rasa cm tak penting pun. Tapi niatkan nk tgk2 sekeliling jer.Lagipun..Kena lalu Nakamise Dori Street sblm samp temple tu. So boleh jamu mata dulu.


Blakang tula Sensoji Temple


Berjalan sekitar temple dia. Ada park yg cantik

Lepas jenjalan blakang2 temple tu kami masuk Uniqlo Asakusa. Sekali jumpa byk gia handbeg viral tu tapi tggal warna hitam jerlah. Bila pikir blk menyesal jugak tak amik order btl2 sbb murah gila kan. Kawan2 pun ramai nk sbnrnya. Kalau jual satu RM100 pun dah untung..Sempat rembat satu fav inner airism 1500yen. Ala takde sales plak. Ker sales dia haritu je? Tapi still murah berbanding harga dekat Malaysia. Lepas tu masuk Don Quijote cm biasa Eijaz nk toys. Terpaksa rembat Thomas train tu and beli coklat kapal. Hbs dlm 3377yen jugaklah dlm tu. Masa ni tak terpikir pasal tax free bagai dah.

Then sis ajak makan Gyumon Halal Ramen dekat Asakusa jugak. Ikutkan nk makan Sushi Ken tapi taktau nk bg Eijaz makan apa. So ramen lagila jawabnya..


Masa sampai kena beratuq jugakla dlm 45minit.





Sedap!! Tapi sis cm suka Honolulu Halal Ramen lagi.


Dekat sini hbs dlm 6020 yen..hoii mahai jugak..


Sis suka lagi ayam dekat Toribushi Halal Ramen


Sis tak reti makan pakai PUDU ni (Sudu + Garpu)..hahahah. Husband terur


Lawa dlm dia dan luas jugaklah


Ada tempat solat yg selesa


Berlatar belakangkan Tokyo Skytree. Tak pegi pun. Sbb cm jauh plak nk menapak. So snap dr jauh jer


Bergambar lagi dekat taman2 area Sensoji Temple

Sebbkan masa byk buang masa beratur dekat Gyumon, kami takde cadang nk g mana2 dah. Sbb takut tak sempat nk collect beg nnt. Jidaiya tutup kul 5.30pm kan. So dlm 5pm lebih dah jalan slow slow ke Jidaiya. Kul 5.15pm kami dah collect beg dan terus menuju ke airport jerlah. Sis pun tak check in lagi sbb sis nk mntak tukar seat. Seat yg sis manage online husband terlepas ke row lain. So kalau boleh taknklah sbb nnt Eijaz susah nk tido.


Train makan masa sejam lebih jugaklah dari Asakusa station. Nsb takyah tukar2 dah. Remain on board jer. So sampai airport dekat 7pm jugaklah. Terus menuju prayer room sbb dah masuk maghrib. Solat jamak siap2. Luas ruang dia cuma kena kongsila. Tapi nk amik wudhu boleh tarik tirai.

Then terus g check in. Yg best line check in plak tak ramai org. Line drop luggage panjang gila. 


Alhamdulillah dpt seat satu row. Yeayyy. Lega sis. Masa ni flight ptt awal dah nk depart dlm kul 1015pm tapi tetiba pilot ckp apa typhoon so byk kapal delay. Jadinya dorg kena tggu kapal2 ni landing dulu. Dlm 11.05pm kami pun depart meninggalkan bumi Narita.





Beg Viral tapi jumpa warna hitam jer. Brown and white sold out. RM58 jer. Mmg best beg ni sbb ringan dan luas.


Beg MJ sis rembat


Owh masa dekat airport husband sempat rembat ni sbb dia kata murah. Tapi btl la lepas ni pape hal beli dekat airport dia jer sbb dah tax free. Mainan semua pun murah kot. Nyesal beli dekat Don Quijote tu. Kami beli coklat Royce jugak sbb murah gila 800 yen jer (RM24). Kalau kat Malaysia dlm RM55 kot. Dahla sedap..


Ni pun berbaloi beli RM17.80 jer...Sygnya beli selai ja..hhahah

Tamatlah trip Japan trip 2.0 kami. Best ke tak Japan? Bg sisla kan. Mmg best. Sis tak sangka sis boleh suka gila travel ke Japan..sdgkan Japan takpernah ada dlm wishlist. Slalunya Europe la bertakhta dlm hati..hahhaha. Tapi sbb mahai sgt currency kan and rasa tak mampu dah nk g sana. So kita follow saranan Tun M (Dasar pandang ke timur). Mmg betul org Jepun sgt beradab. Adala sorg dua yg ntah pape tapi still tak terkesan pun. Yang pasti kami nk dtg lagi. Cuma taktau nk aim g mana plak sbb Jepun pun bukan murah sgt. Costly jugaklah. Cuma bila pikir selesa nk g tandas, kemudahan nk solat sis rasa Jepun still the best compared to Europe or any non muslim countries. 

Husband dah kalut ajak Hokkaido or Sapporo..Yang ni dia sukala sbb sejuk kan. Salji semua tu dia suka sgtla. Takpela..insha Allah ada rezeki Allah Taala bg kita jalan lagi tgk alam ciptaan Allah SWT. 

Alhamdulillah TQ ALLAH!


FIFTH DAY (GOTEMBA PREMIUM OUTLET)

 Thursday 30th May 2024

Semalam dah mangkit awai,harini pun kita bgn awai sbb nk kejar bus dekat Shinjuku Express Terminal Bus. Harini, nk pi shopping dekat outlet depa yg org ckp murah sgt tu. Kami pilih naik Odakyu Bus instead of JR bus sbb murah skit. Kami bertiga baru 8250yen. Kalau JR bus dlm 9kyen lebih. Taktau apa beza. Sbb ok jer Odakyu bus ni. Ada toilet dan bersih plak tu. Bau hancing pun takde tau...


On the way dlm train nk ke Shinjuku JR station sebab dekat dekat station bus. Ramai kids sbb ada rombongan kot. Bising jer dorg..hahahha..tapi kids kan. Nk kata apa kan??๐Ÿ‘ญ Eijaz malu malu tgk kids ramai cmni...Budak ni nnt masuk jer 5 thn ibu nk hanta g school dah.


Bantai busuk nk kena usung..takleh tinggai yer uolls.. Kalau tinggai sat2 dia sad jap jerlah.


Ok dah smp Shinjuku Station. Jauh jugakla dekat 50 mins train dia. Kena lintas jer jalan


Ok ni platform kami. Nsb baik tak amik bus awai sgt dlm kul 8am lebih cmtu. Takut terlepas jer..So bus kami 1045am. Dijangka smpai dlm 1230pm.


Kalini Eijaz dok sebelah ibu lah. Kita kasi ayah rest sbb smlm boleh eh Ayah ajak balik awai..apedaaa.


Mcm2 pesen muka dh dia buat skang. Driver bus bawak berhemah btl. Slow jer..tapi dalm slow slow pun sampai on time kot...Heran sis..hahahah๐Ÿ‘


Ok dah smp. Gloomy jer harini. Mendung tapi tak hujan pun. Nice weather jugak.


Nampak tk Mount Fuji blakang tu? Masa ni dia malu2.. Eijaz plak dah tantrum masa baru2 smp. Dia buat perangai taktau kami nk handle cmna dah. Ayah pun dah start moody. Ibu cm taknak moody sbb nk shopping dgn tenang jer.. Tapi takleh nk tenang sgt sbb menjadi2 tantrum dia..





Masa ni Eijaz dah sleeps. Tetiba senyap jer..Mesti dia letih sgt la tu. Yerla dah brp hari dah tido tak tentu hala kan.


Masa ni nk blk dah..Sementara tunggu bus kita snap berlatarbelakangkan Mount Fuji yg start nk nmpak skit dah wajah dia..


Sis borong handbeg Marc Jacob sbb murah la bg sis. Sbnrnya tak puas jugak dtg sini. Sis ada jugak try nk jadi PS tapi sambutan kureng menggalakkan. Lagipun sis pun tak all out adverstise sbb risau nak handle anak lagi. Nak handle order lagi.

Duit pun tak ramai dah, so dptla satu beg ja. Ikut hati nk shopping lagi tapi tulah kan...lol..Trip Tokyo ni byk berhabs jugak sbb agak mahal la berbanding trip Kansai dulu.


Husband plak dpt grab Kasut Nike satu..murah gila RM164 jer..Utk Eijaz pun sama dpt grab satu kasut Nike RM64 jer...Adehh..murah kan?

Menung apa tu cyg??

Trip Jepun kali ni kami byk hbs tang makan. Sbb sis mmg suka Japanese food so sis nk merasa semua benda. Tiap kali makan jer mmg hbs RM100++..ada RM200++. Tapi puas hati la. Dahla food pun sis tak bawak byk sbb br tau Jepun ada food restriction. Dulu g Osaka tak prasan plak semua tu..lol

On the way blk sis ajak dinner dekat Toribushi Halal Ramen sbb cm dekat skit nk g dari Shinjuku station. Ramen ni soup dia chicken based. Tapi bg sis biasa jerla..Sedap but takdela best sgt. Lagipun owner dia India cmtu so bukan org Japan..


Tempat luas jugak. Takde beratur pun. Terus dpt seat.


Kami tkprasan ada spicy. Dua dua order benda sama..Tapi fried chicken dia sedap gila. Yg ni dia menang. Berbanding tempat lain sis makan dia punya plg sedap..


Ni kedai dia..dekat area Okachimachi.

Lepas tu kami terus blk sbb dah start nk hujan lebat. Lagipun kaki pun dah penat sgt dah. Esok dah blk. Flight plak malam. So sempat lagi nk jalan2. Jadinya kami decide utk check out kul 11am. Yeayy leh bgn lambt..


Tuesday, June 11, 2024

FORTH DAY (TOKYO DISNEYLAND)

Wednesday 29th May 2024

Dalam byk2 hari, nila hari yg paling di tunggu-tunggu. TOKYO DISNEYLAND. Trip ni sempena birthday Eijaz 24/5/21 hari tu. So kami bwk dia dtg sini even sini takde spiderman...hahahah.. Alhamdulillah, tak sia-sia sis book hari Rabu. Sebabnya, weather sgtla baik. Tak hujan, tak panas sgt. Just nice. Masih berangin tapi takdela kuat mcm semalam. Kedua, sis pun taktaula in terms of crowd tu cmna. Tapi so far cm okay jer..ramai tetap ramai. Pernah ke Disneyland takde org?kan?kan?.Tapi yg ramai pun mmg org Jepun sendri kalau tgkla.

Sis beli tiket dekat Klook. Eijaz free jer. Utk tiket adult sis dpt RM234 sorg. Okla kan. Plan cm nk g Tokyo Disneysea jugak. Tapi bila pikir dekat situ jer dah dekat RM1k for two..so cm ala takpela...bebila la bila Eijaz besar skit...sbb org kata Disneysea punya ride more suitable to Adult.


Untuk ke Mahima Station, kami kena naik JR train sbb senang. Takyah tukar2 station or train. Ikutkan Tokyo Metro Pass sis boleh guna lagi smp kul 2pm. Tapi kira burn la jawabnya..Sbb harini mmg spend time dekat Disneyland jer the whole day. Pastu kena naik plak JR line which kena top up la dlm ICOCA. So kami naik dr Koiwa Station sbb sini JR lines. Jauh jugakla menapak dari rumah kami. Dlm 20 minutes jugakla. Tapi area sini lebih happening and lively dr Keisei Koiwa Station. Sbb area sini byk mart boleh menyinggah.

Ok dah nk smp. Menapak dlm 9 min jer ke sini dari Mahima Station. Masa ni dah excited gila..hahaha.. Walau dugaan jugakla nk dtg sini sbb ada la org tegur ckp Disneyland ni Israel..Tapi bukan senang nk smp. Lepas tu niat kita just nk happykan anak jer. Mana boleh boikot kami cuba. Memang tak dpt semua brg la. But kita cuba.


Kami takdela excited nk dtg awai terpacak tunggu sblm Disneyland bukak. Kami sampai dlm 10.15am..hahahah..Masa ni takde org sgt dah. Still beratur sbb nk cek beg kan. Tapi kejap jer. Sis dah download sesiap apps dia sbb senang nk tgk waiting time per ride. Pastu kita pun tak sesat bila dlm sana. Masa check beg, laki sis pi letak Maggie cup dekat atas. So dia tanya apa ni. Kami ckpla halal food...dia senyum2 jerr..Alhamdulillah lepas jer even org ckp takleh bawak makanan. Actually boleh jer sbb halal food mmg takde kat dalam yer..Confirmla lapar nnt Eijaz. Untuk Eijaz sis dah sesiap goreng indo mee. Utk kami sis bawak sandwich tuna. So far kenyang jer makan roti sbb kami dah heavy breakfast dah. Malam sebelum tu sis dah prep food sesiap utk breakfast pagi ni. So takdela kelam kabut. Lambat pun sbb bgn lambt..hahahha


Snap depan pintu gerbang dia


Snap lagi!!


Ayah dan Eijaz

 
Us


Bila dah masuk dlm jadi blur jap sbb taktau nk mulakan ride apa dulu sbb byk sgt ride. At last kami pilih adventureland sbb dekat and waiting time cm okay lah. Dlm 10-15min jer.


Ni masa nk letak stroller terjumpa org Utan. Tinggal stroller dlm Disneyland ni mmg selamat la. Tak risau hilang sbb takde pun kecurian. Tapi brg berharga still sis usungla which is handbeg sis..hahahah


First ride of the day. Cutcut trainnnnn!! bak kata Eijaz. Nama dia Western River Railroad


Eijaz muka ngantuk


Lepas tu kami jenjalan cari ride yg line tak panjang.


Ok naik castle carousel. Parents Eijaz yg excited sbnrnya..๐Ÿ’—


Masa naik train kami nmpak kapal berlayar. Pastu waiting time pun okay cuma kena tggu kapal ni dlm 20 minit. So sblm tu kami pegi main Alice's Tea Party. Yang tu mmg enjoy gila. 


Atas Mark Twain Riverboat. Kapal ni berlayar dlm 20 minutes. Semua org dok bye bye. Dorg ni mmg suka bye-bye kot..๐Ÿ‘‹

Lepas dah main kejap, Eijaz dah kalut dh nk beli brg2 disney yg ada dijuail dekat tgh2 jalan. Kebetulan cm nk bg Eijaz makan sbb dia ckp dia lapar so kami rest jap utk makan.


Dekat sana dorg suka bg sticker. Mcm2 sticker ada utk kenangan. Sebabkan masih dlm birthday month so Eijaz dpt satu sticker birthday. So kalau pape nnt staff disney nmpak mesti dorg akan wish dekat Eijaz.


Ni brg yg dia nk. Bubble ni best. Tekan jer butang on dia nnt kuar la byk gila bubble. Takyah nk blow blow. Tapi harga dia punya mahai la yer uolls. Kitaorg hbs 6k yen (RM180) just beli brg2 disney jer. Budak ni skang takleh nmpak pape semua dia nk beli. Mentang2 byk duit!!


Topi donald duck tu pun Eijaz yg grab. Tapi tula sbb besar so ayah la pakai. Actually ada yg kecik skit which is topi Mickey. Tapi dia dlm souvenir shop dorg. Masa ni kami lom masuk lagi..hahah. Ibu pun grab satu cekak Minnie Mouse. Sebab dah ada satu USJ Osaka punya. So sis grab yg utk kenangan di Tokyo Disneyland.

Tgh lepak suapkan Eijaz makan, tetiba dorg buat pengumuman ada parade nnt (Disney Harmony in Colour) masa tu dah 1pm lebih. Ni yg best jugak nk tgk ni. Kebetulan tempat kami lepak tu ada ruang kosong depan2 byk jugak. So view nk tgk parade okla. Takdela blakang. Pttla org2 Jepun siap hampar tikar cop tempat. Rupanya dr awal dorg dah tggu parade semua tu. Jom layan pic2 time parade.


Mickey and Minnie Mouse


 Ni plg excited masa nmpak dorg..hahah














Yang lain2 lupa nama karakter apa..lol

Lepas tu sis ajak pegi naik ride yg lain. So kami naik Snow White's Adventures. Sbb dekat situ jugak & waiting time tak lama sgt. Then later kami proceed ke Pirates of the Carribbean




Masa ni tgh beratuq..Nsb dlm bangunan and ada aircond


                                                                        Eijaz's excited


Start nmpak cmni. Pastu gelap plak dlm tu. Dia takut dah..huhuhu


Then, sis ajak pegi the other side plak. Which is belah kanan dr entrance. Sbb nk naik Gadget's Go Coaster dia. Elok smpai jer ride tu, sis dah nk beratur dah. Tgk2..Eijaz dah tido pulak...๐Ÿ‘€Makanya terbantutla kejap aktiviti kami. Nk kejut dia cm kecian plak. Heran jugak kami,dia nk tido. Dua tiga hari dok berjalan takde plak nk tido tengahari dlm stroller dia. So kami pun decide nk take a break jugaklah. Nk solat dan makan bekalan yg kami bawa.


 Sblm tu kita snap jap depan Goofy's Paint 'n' Play House sbb comel sgt rumah dia. Sis siap masuk main tembak2...lol.


                                                        Cun kan? Nak satu la rumah cmni.


Balloon. Nila ballon Eijaz nampak and nak sgt2 sampai keriau dari Disneyland nk blk ke airbnb

Sis ada baca dlm FB Road to Japan, yang dorg ada sediakan satu bilik utk prayer room dekat Main Entrance Building dorg. Sekali rupanya dah ada dedicated prayer room dah pun which they call Quiet Room. Tapi dekat luar. So kena hand stamped masa exit. So nnt masa nk masuk blk, kena scan tix jugak dlm phone and scan tangan kita tu.


Toilet depa ni mmg boleh tido dlm tu.


Tempat wudhu laki


Tempat wudhu wanita. Memang selesa dan besar sgt. Cuma takde arah kiblat dan sejadah atau telekung. Yang ni kena prepare sendri. Settle solat, kami makan bekal yg kami bawak dekat luar quiet room ni. Eijaz pun lena jer tido so boleh makan dengan tenang.


Then jalan masuk dlm nk ke tempat roller coater tu semula. Smbil2 tu kita snap la kan. Sbb disneyland ni tempat dia semua cun cun. Mcm dlm alam fantasi. Semua ni kenangan masa kecik sgt. Best gila tau.

 
In the land far far away!!




Lepas tu tetiba dgr ada parade lagi. Masa ni dah 4pm lebih dah. Ada Quacky Celebration Donald The Legend. Parade show pasal dia ja semua...huhuhu. Walau bising2 tapi Eijaz tetap lena tido.. Haishh la anak. Lama btl dia tido. Kita byk ride tak cover lagi ni..

Nsib baik tak lama lepas tu dia dah jaga dah. Elok hbs jer parade dia terjaga. So kita leh proceed naik ride lagi..yeayy..Tapi mas ni ayah plak dah moody. Dah penat dia ckp. Siap ajak blk dah..Padiaaa!!..Sis merajukla.Sis ckp..'dahla nk smp jauh,pastu bayaq mahai plak tu..U dah ajak blk..Pastu suh bini layan ride sorg2. Dia nk lepak duduk jerr..Eh mmg muncungla mulut sis.


Ni pun beratuq lama jugak. 30 minit..tu la punca dia ajak blk tu


Sis agak risau jugak sbb masa naik naik ride ni. Dorg ukur tinggi Eijaz. Kena 90cm lebih. So Eijaz mmg lepas la. Ride dia boleh tahan laju..Tapi tak sangka rupanya Eijaz enjoy gila...dari ngantuk2 terus dia segar...๐Ÿ˜†


Dia ckp bestttttt!!

Then sis ajak naik Roger Rabbit's Car Toon Spin. Tapi pic takde plak sbb semua video jer..lol
Lepas tu sis ajak g ushar It's a small world. Ptg tu dah prasan dah. Tapi ingt dia cm show pape jer..Rupanya..naik boat..Best gilaaa...


Depan building it's a small world


Tgh tunggu nak naik boat. Ni kejap jer sbb boat byk n seats byk


 
Dlm ni dorg pasang lagu "It's a small world after all..."



Cun background dia๐Ÿ‘ฉ

Kuar jer dari sini,dah gelap dah. So kami nk tgk parade show yg malam plak (Tokyo Disneyland Electrical Parade Dreamlights) Yg ni ramai ckp best & lawa...So jom layan pic:













Kemain laki aku melambai lambai dekat Elsa











Hbs ja parade malam terus kami mcm okla jom blk..Takde apa dah kot.


Sekali dekat train station, dgn bunyi letupan..rupanya ada show penutup which is Fireworksla (Sky Full of Colours)..masa ni dah 8.30 pm. Patutla dekat train station mcm takde org sgt. Rupanya maybe dorg tggu smp hbs fireworksla ni. Cantik gila and lama jugak. Kami sempat la layan jap jer sbb train dah smp. Sis pun terlupa sungguh pasal fireworks ni. Kalau tak Eijaz mesti suka. Tapi takpela..next time kita dtg Disneysea plak..Chewahhh!!๐Ÿ‘Œ

Bila dah smp airbnb cm ala awalnya dah smp sbb baru 9.30pm..lol!!