YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Tuesday, June 11, 2024

FORTH DAY (TOKYO DISNEYLAND)

Wednesday 29th May 2024

Dalam byk2 hari, nila hari yg paling di tunggu-tunggu. TOKYO DISNEYLAND. Trip ni sempena birthday Eijaz 24/5/21 hari tu. So kami bwk dia dtg sini even sini takde spiderman...hahahah.. Alhamdulillah, tak sia-sia sis book hari Rabu. Sebabnya, weather sgtla baik. Tak hujan, tak panas sgt. Just nice. Masih berangin tapi takdela kuat mcm semalam. Kedua, sis pun taktaula in terms of crowd tu cmna. Tapi so far cm okay jer..ramai tetap ramai. Pernah ke Disneyland takde org?kan?kan?.Tapi yg ramai pun mmg org Jepun sendri kalau tgkla.

Sis beli tiket dekat Klook. Eijaz free jer. Utk tiket adult sis dpt RM234 sorg. Okla kan. Plan cm nk g Tokyo Disneysea jugak. Tapi bila pikir dekat situ jer dah dekat RM1k for two..so cm ala takpela...bebila la bila Eijaz besar skit...sbb org kata Disneysea punya ride more suitable to Adult.


Untuk ke Mahima Station, kami kena naik JR train sbb senang. Takyah tukar2 station or train. Ikutkan Tokyo Metro Pass sis boleh guna lagi smp kul 2pm. Tapi kira burn la jawabnya..Sbb harini mmg spend time dekat Disneyland jer the whole day. Pastu kena naik plak JR line which kena top up la dlm ICOCA. So kami naik dr Koiwa Station sbb sini JR lines. Jauh jugakla menapak dari rumah kami. Dlm 20 minutes jugakla. Tapi area sini lebih happening and lively dr Keisei Koiwa Station. Sbb area sini byk mart boleh menyinggah.

Ok dah nk smp. Menapak dlm 9 min jer ke sini dari Mahima Station. Masa ni dah excited gila..hahaha.. Walau dugaan jugakla nk dtg sini sbb ada la org tegur ckp Disneyland ni Israel..Tapi bukan senang nk smp. Lepas tu niat kita just nk happykan anak jer. Mana boleh boikot kami cuba. Memang tak dpt semua brg la. But kita cuba.


Kami takdela excited nk dtg awai terpacak tunggu sblm Disneyland bukak. Kami sampai dlm 10.15am..hahahah..Masa ni takde org sgt dah. Still beratur sbb nk cek beg kan. Tapi kejap jer. Sis dah download sesiap apps dia sbb senang nk tgk waiting time per ride. Pastu kita pun tak sesat bila dlm sana. Masa check beg, laki sis pi letak Maggie cup dekat atas. So dia tanya apa ni. Kami ckpla halal food...dia senyum2 jerr..Alhamdulillah lepas jer even org ckp takleh bawak makanan. Actually boleh jer sbb halal food mmg takde kat dalam yer..Confirmla lapar nnt Eijaz. Untuk Eijaz sis dah sesiap goreng indo mee. Utk kami sis bawak sandwich tuna. So far kenyang jer makan roti sbb kami dah heavy breakfast dah. Malam sebelum tu sis dah prep food sesiap utk breakfast pagi ni. So takdela kelam kabut. Lambat pun sbb bgn lambt..hahahha


Snap depan pintu gerbang dia


Snap lagi!!


Ayah dan Eijaz

 
Us


Bila dah masuk dlm jadi blur jap sbb taktau nk mulakan ride apa dulu sbb byk sgt ride. At last kami pilih adventureland sbb dekat and waiting time cm okay lah. Dlm 10-15min jer.


Ni masa nk letak stroller terjumpa org Utan. Tinggal stroller dlm Disneyland ni mmg selamat la. Tak risau hilang sbb takde pun kecurian. Tapi brg berharga still sis usungla which is handbeg sis..hahahah


First ride of the day. Cutcut trainnnnn!! bak kata Eijaz. Nama dia Western River Railroad


Eijaz muka ngantuk


Lepas tu kami jenjalan cari ride yg line tak panjang.


Ok naik castle carousel. Parents Eijaz yg excited sbnrnya..πŸ’—


Masa naik train kami nmpak kapal berlayar. Pastu waiting time pun okay cuma kena tggu kapal ni dlm 20 minit. So sblm tu kami pegi main Alice's Tea Party. Yang tu mmg enjoy gila. 


Atas Mark Twain Riverboat. Kapal ni berlayar dlm 20 minutes. Semua org dok bye bye. Dorg ni mmg suka bye-bye kot..πŸ‘‹

Lepas dah main kejap, Eijaz dah kalut dh nk beli brg2 disney yg ada dijuail dekat tgh2 jalan. Kebetulan cm nk bg Eijaz makan sbb dia ckp dia lapar so kami rest jap utk makan.


Dekat sana dorg suka bg sticker. Mcm2 sticker ada utk kenangan. Sebabkan masih dlm birthday month so Eijaz dpt satu sticker birthday. So kalau pape nnt staff disney nmpak mesti dorg akan wish dekat Eijaz.


Ni brg yg dia nk. Bubble ni best. Tekan jer butang on dia nnt kuar la byk gila bubble. Takyah nk blow blow. Tapi harga dia punya mahai la yer uolls. Kitaorg hbs 6k yen (RM180) just beli brg2 disney jer. Budak ni skang takleh nmpak pape semua dia nk beli. Mentang2 byk duit!!


Topi donald duck tu pun Eijaz yg grab. Tapi tula sbb besar so ayah la pakai. Actually ada yg kecik skit which is topi Mickey. Tapi dia dlm souvenir shop dorg. Masa ni kami lom masuk lagi..hahah. Ibu pun grab satu cekak Minnie Mouse. Sebab dah ada satu USJ Osaka punya. So sis grab yg utk kenangan di Tokyo Disneyland.

Tgh lepak suapkan Eijaz makan, tetiba dorg buat pengumuman ada parade nnt (Disney Harmony in Colour) masa tu dah 1pm lebih. Ni yg best jugak nk tgk ni. Kebetulan tempat kami lepak tu ada ruang kosong depan2 byk jugak. So view nk tgk parade okla. Takdela blakang. Pttla org2 Jepun siap hampar tikar cop tempat. Rupanya dr awal dorg dah tggu parade semua tu. Jom layan pic2 time parade.


Mickey and Minnie Mouse


 Ni plg excited masa nmpak dorg..hahah














Yang lain2 lupa nama karakter apa..lol

Lepas tu sis ajak pegi naik ride yg lain. So kami naik Snow White's Adventures. Sbb dekat situ jugak & waiting time tak lama sgt. Then later kami proceed ke Pirates of the Carribbean




Masa ni tgh beratuq..Nsb dlm bangunan and ada aircond


                                                                        Eijaz's excited


Start nmpak cmni. Pastu gelap plak dlm tu. Dia takut dah..huhuhu


Then, sis ajak pegi the other side plak. Which is belah kanan dr entrance. Sbb nk naik Gadget's Go Coaster dia. Elok smpai jer ride tu, sis dah nk beratur dah. Tgk2..Eijaz dah tido pulak...πŸ‘€Makanya terbantutla kejap aktiviti kami. Nk kejut dia cm kecian plak. Heran jugak kami,dia nk tido. Dua tiga hari dok berjalan takde plak nk tido tengahari dlm stroller dia. So kami pun decide nk take a break jugaklah. Nk solat dan makan bekalan yg kami bawa.


 Sblm tu kita snap jap depan Goofy's Paint 'n' Play House sbb comel sgt rumah dia. Sis siap masuk main tembak2...lol.


                                                        Cun kan? Nak satu la rumah cmni.


Balloon. Nila ballon Eijaz nampak and nak sgt2 sampai keriau dari Disneyland nk blk ke airbnb

Sis ada baca dlm FB Road to Japan, yang dorg ada sediakan satu bilik utk prayer room dekat Main Entrance Building dorg. Sekali rupanya dah ada dedicated prayer room dah pun which they call Quiet Room. Tapi dekat luar. So kena hand stamped masa exit. So nnt masa nk masuk blk, kena scan tix jugak dlm phone and scan tangan kita tu.


Toilet depa ni mmg boleh tido dlm tu.


Tempat wudhu laki


Tempat wudhu wanita. Memang selesa dan besar sgt. Cuma takde arah kiblat dan sejadah atau telekung. Yang ni kena prepare sendri. Settle solat, kami makan bekal yg kami bawak dekat luar quiet room ni. Eijaz pun lena jer tido so boleh makan dengan tenang.


Then jalan masuk dlm nk ke tempat roller coater tu semula. Smbil2 tu kita snap la kan. Sbb disneyland ni tempat dia semua cun cun. Mcm dlm alam fantasi. Semua ni kenangan masa kecik sgt. Best gila tau.

 
In the land far far away!!




Lepas tu tetiba dgr ada parade lagi. Masa ni dah 4pm lebih dah. Ada Quacky Celebration Donald The Legend. Parade show pasal dia ja semua...huhuhu. Walau bising2 tapi Eijaz tetap lena tido.. Haishh la anak. Lama btl dia tido. Kita byk ride tak cover lagi ni..

Nsib baik tak lama lepas tu dia dah jaga dah. Elok hbs jer parade dia terjaga. So kita leh proceed naik ride lagi..yeayy..Tapi mas ni ayah plak dah moody. Dah penat dia ckp. Siap ajak blk dah..Padiaaa!!..Sis merajukla.Sis ckp..'dahla nk smp jauh,pastu bayaq mahai plak tu..U dah ajak blk..Pastu suh bini layan ride sorg2. Dia nk lepak duduk jerr..Eh mmg muncungla mulut sis.


Ni pun beratuq lama jugak. 30 minit..tu la punca dia ajak blk tu


Sis agak risau jugak sbb masa naik naik ride ni. Dorg ukur tinggi Eijaz. Kena 90cm lebih. So Eijaz mmg lepas la. Ride dia boleh tahan laju..Tapi tak sangka rupanya Eijaz enjoy gila...dari ngantuk2 terus dia segar...πŸ˜†


Dia ckp bestttttt!!

Then sis ajak naik Roger Rabbit's Car Toon Spin. Tapi pic takde plak sbb semua video jer..lol
Lepas tu sis ajak g ushar It's a small world. Ptg tu dah prasan dah. Tapi ingt dia cm show pape jer..Rupanya..naik boat..Best gilaaa...


Depan building it's a small world


Tgh tunggu nak naik boat. Ni kejap jer sbb boat byk n seats byk


 
Dlm ni dorg pasang lagu "It's a small world after all..."



Cun background diaπŸ‘©

Kuar jer dari sini,dah gelap dah. So kami nk tgk parade show yg malam plak (Tokyo Disneyland Electrical Parade Dreamlights) Yg ni ramai ckp best & lawa...So jom layan pic:













Kemain laki aku melambai lambai dekat Elsa











Hbs ja parade malam terus kami mcm okla jom blk..Takde apa dah kot.


Sekali dekat train station, dgn bunyi letupan..rupanya ada show penutup which is Fireworksla (Sky Full of Colours)..masa ni dah 8.30 pm. Patutla dekat train station mcm takde org sgt. Rupanya maybe dorg tggu smp hbs fireworksla ni. Cantik gila and lama jugak. Kami sempat la layan jap jer sbb train dah smp. Sis pun terlupa sungguh pasal fireworks ni. Kalau tak Eijaz mesti suka. Tapi takpela..next time kita dtg Disneysea plak..Chewahhh!!πŸ‘Œ

Bila dah smp airbnb cm ala awalnya dah smp sbb baru 9.30pm..lol!!

No comments:

Post a Comment