YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Tuesday, June 11, 2024

SECOND DAY (SHIBUYA-HARAJUKU-GINZA-SHINJUKU-ASAKUSA)

Monday 27th May 2024

Harini ni hari ke dua di Tokyo. Rasa segar skitlah sbb dah cukup tido kan. Sebab smlm 6 lebih cm tu dah smp rumah. So dah cukup rehat. Harini, plan kena rombak ikut suka hati la kan. Bila ada anak kecik ni mmg kena ikut schedule dia jugak. Kena consider keadaan dia. Tapi so far Eijaz ni bila bawak berjalan jauh..dia okay jer..ada jugak mood dia kami takleh nk handle. Sampai moody jadinya..

Pagi ni si kecik nk pakai seluar pendek yerr..Tapi baju tetap nk winter jacket..hahahha


Kalau dekat train station kena cari lif, kalau tak jenuh nk angkut stroller Eijaz sbb stroller dia besar dan berat so kami mmg tak larat lah. Tapi ada jugakla sekali dua kena angkut.


Kami bergerak dari Keisei Koiwa Station ke Shibuya Station. Agak jauh jugak eh Shibuya ni. Sebab kan dah start pakai Tokyo Metro Pass semalam,so harini kena guna la kan. Jadinya cm biasa train kena pi stop dekat Any metro station. Masa ni tak ingt la stop kat mana untuk tukar train sbb semua sis tgk live jer dr phone pakai Google Maps jer sng...Ni dalam train, kalau boleh kami cari gerabak untuk stroller friendly sbb ada ruang untuk park stroller cm dlm gambar di atas. Smpai ja Shibuya Station patut nk g ABC mart tapi belum bukak sbb dia bukak kul 11am. Eh lambat naw org Tokyo ni meniaga kan. Standard kedai bukak selalu kul 10am kot. So kami jenjala nk cari patung Hachiko sbb dah dekat ngan train station.

Bergambar dekat area Shibuya. Rasanya ni belum sampai Shibuya Crossing Road lagi.


Masa ni dah dekat dah ngan Hachiko Statue tu. Kat belakang tu jerr..

Nak tau tak? Ramai org beratur hokay nk bergambar ngan patung ni. Kami idaklah kan. So amik dr jauh jer..Tapi ceta ni sis boleh tgk smp nangis teresak esak yer.. Tambah plak Richard Gere yg berlakon..hehehe.

Amik pic dar jauh dahla kan???

Ok dah sampai Shibuya Crossing Road. Memang serabut sis rasa..hahah. Lepas crossed tu, sempatlah menyinggah Hands tgk apa menarik kat sana. Yg menarik perhatian kami just payung dia jer..hahahah

Then kami berjalan ke Takeshita Dori Street dekat Harajuku nk tgk apa ada dekat sana. Ni agak jauh jugaklah. Dahla hujan renyai2..adehhh...Dekat Harajuku, laki sis dok kalut ngan squishy vending machine yg meriah betul kat sini. Dptla grab 2 brg dari situ.

Lepas tu kami decide nk pi Lunch dekat Tendon Itsuki dekat Ginza. Sbb masa ni pun dah dekat 12pm lebih dah. So kami naik metro ke sana dari Harajuku.

Sampai jer kat restoran ni which is dlm mall sbnrya, nmpak ramai dah beratuq. Aduiii!!mesti lama kena beratur ni. Sebabkan cm nk try jugak rasa. So kami sanggup.

Nampak mcm tak ramai kan? Tapi sbb tempat dia sgtla limited just dlm 10 org jer leh masuk. So kami tggu dekat 2 jam hokay. Naik lenguh dah kaki. Dahla dia bukak 11-4pm jer. Tutup jap 2jam, then kul 6pm bukak blk. Masa start beratur ni dah 12.30pm.

Cian dia tido. Sblm tu dia dok ckp lapar semua. Sampai terlena tunggu nk makan. Haishhh

Time ni muka baru ada senyum..sebab dah barisan depan. Pun jenuh jugakla menunggu smpai dorg dah letak closed dah.

Snap muka husband satu depan restoran dia.

Ok ni dia makanan yg ditunggu.


Husband punya

Sis punya prawn tendon. Sedap la bg sis. Sis rasa yg buatkn sedap adalah sos dia tu. Berbaloi jugakla tunggu cuma kalau next time dtg Tokyo lagi cm idok ler nk beratuq lama cmni. Sis ada order jugak Daifuku dia. Mango daifuku. Tapi tak sedap pun. Siap tak hbs pun.

Settle melantak, kami bergerak ke Matsuya Mall sebab nk solat. Bersebelahan dengan mall ni jer. Eijaz plak berak dua kali..hahahha..nasib baikla ada toilet utk parents with kid. Yerla dlm mall kan. While sis solat. Cam biasa Ayah settlekan anak. Kami lepak jap luar surau tu sbb hujan renyai2 skit. Dahla laki sis tak jumpa rain cover stroller Eijaz. So mmg payahla nk gerak dekat tokyo ni masa hujan. Sbb just balut ngan plastik jer.

Agak2 dah stop hujan, kami bergerak ke Uniqlo Ginza. Saja nk tgk apa murah. Bila smpai jer..ada 12 tingkat kot. Lepas tu kami tak sangka mmg tgh sales n murah gila semua brg. Yg kelakar grab baju cocomelon Eijaz selai jer.. Menyesal beli selai ja. Dahla RM17 jer..Dari 990 yen jadi 590 yen.

Pastu cari beg viral Uniqlo tu lgsg tak jumpa. Sekali nmpak satu dekat brg yg org tak jadi beli. Sis pun amikla. Pun murah. Dari 2990 yen jadi 1900 yen jer kau...aduilaaa. RM58 ja kot. Best beg ni. Ringan. Sis suka sgt. Kenan warna brown tapi hbs plak.


Ada sekali Eijaz hilang jap dr pandangan. Bila cari2 rupanya ada sini tgh me time..😆

Then, sis teringat ada Manneken Pis waffle dekat station Ginza, so sis ajak laki sis pi sana nk makan waffle ala2 dekat Brussel dulu.

Jumpa dah kedai dia..

Trademark dorg. Budak tgh kencing.

Sedap ice cream matcha ni

Yum yum


 Waffle coklat untuk Eijaz. Dia pi makan coklat jer.. Haila budak ni


 Sis punya. Almond Waffle

Settle makan waffle, kami bergerak menuju ke Shinjuku sbb nk pegi bus station dia. Nk cari tiket ke Gotemba Premium Outlet. Cadangnya nk g hari Khamis. Berjaya beli tiket naik Odakyu bus dgn harga 8250 yen kami bertiga. Murah skit berbanding JR bus. Reason beli dekat sini sbb dlm klook takde pakej g Gotemba jer. Cuma ada dgn trip Mount Fuji, Lake semua tu. Nsb sng jer beli tiket bus dia. Then sebelum gerak blk sis ajak g makan The Kebab Factory lagi sbb rasa malas nk masak malam tu.

Kalini kami order dua meals. Husband kongsi ngan Eijaz sbb Eijaz cm taknk makan sgt. So terpaksa bawak ke sini semata2 nk bg dia makan.

Sis order Shawarma Beef 900 yen


 Untuk Eijaz, kami order chicken BBQ. Tak silap 1800 yen. Mahal jugaklah. Sedap sos dia. Sis suka.

Then kami gerak blk sbb dah lewat sgt dah..dah 10pm lebih. Takpernah2 kami kuar smp lewat malam cmni kalau berjalan oversea..hahahha


Tgk tu..dok aktif lagi. Nasib baikla dlm train tak ramai org so Eijaz leh membuas dgn tenang.

No comments:

Post a Comment