YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Wednesday, August 23, 2017

Unplanned Trip: Sydney

ok...seriously,aku sampai lupa nama blog sendiri.berhabuk bersawang hbs blog ni. Mana taknya last update was like 4 years ago kot. That time pegi AMS and BRU. So where do i start?? bulan April 2017 haritu pergi Pattaya with hubs for our 4th anni. Nk story mory pun dah tak ingat sgt. Yang pasti pergi naik AK sbb beli tiket lama dah which was a year ago masa free seats promo, so dptla dlm RM160 return tix for two..murahhh kannn?? duduk Sunshine Hotel for RM300 semalam. Tak pegi mana sgt pun sbb trip tu cuma 3 hari jer.. Rabu sampai Jumaat (19-21April2017). Best jugakla Pattaya. Happening sgt..food as always la kan..Thai food kan so sgt la sedap..Tomyam Kung dia licin aku hirup..ala whyla takde pic eh?hahahah..ok ok..actually tujuan utama bukan nk share pasal trip to Pattaya tu tapi sebenarnya nk share our unplanned trip to Sydney last week. Why unplanned? Ok jomlaa ceta kat sini sbg kenangandi hari tua..hahahha..lol


Sebenarnya trip ke Sydney ni adalah last minutes plan. Purpose pegi tu nk teman kawan jer sbb dia takut travel sorg. Husband dia pulak kena hanta kerja di Sydney dlm 2 minggu lebih jgkla. So I was like doing a favor to a friend..a good friend. imaginela seminggu sebelum baru buat keputusan untuk join her to SYD. Jumaat baru apply Visa. There were four of us at first place tapi last minutes Dayah had to back off sbb katanya tak ckp budget. Okla takpela eveb Visa dah proceed dia bayar jgkla RM26.50..ha ni kawan husband yang buatkan..mahaiiii..ptt leh dpt free or RM20 jer..takpelahhh..bak kaata husband masuk tandas KLCC pun RM2..Selasa cmtu br siap Visa..lambat pun sbb husband punya application tak approve mula2..cuaak iollss uollss..So..kami apply cuti hari Jumaat jer. sgtla short trip sbb husband takleh lama katanya.. Yerla probation dia kena extend lagi 3 bulan so dia agak risau skitla..dahla cuti raya ritu 3 hari kan. Makanya jadilah trip kami ni mcm trip balik kampung..husband cakap ala2 mcm pergi Kelantan naik bus..kemainn kau kan..hahahah..tapi mcm agak gila jer...??


17 August 2017

KUL/SYD MH123 1145pm

Sampai KLIA dlm kul 8.45pm. Bapak awai sebab standby ticket kan. Ticket pun murah RM754.40 per pax. So terus menuju ke standby counter. Takdela rasa nervous sgt sbb seat mmg byk tapi kenala prepare jugakkan..lepas dah bg paper ticket and passport adala tunggu dalam 15minit, staff Mas GO tu terus issue boarding pass..fuhh lega sbb takpayah nk tunggu lama2,nak debar2,or nak terberak kencing sbb tak dpt boarding pass lagi..hahahha...dalam kul 10lebih kami pun start gerak masuk gate sbb nk lepaskan imigresen cepat2...so bergambar dulu sebelum masuk gate



Masa ni rasa excited yamat..taktau nk ckp sbb dah lama tak jalan jauh cmni and dahla musim winter kaat Aussie time ni even SYD takde snow pun..hahhaha.Flight kami mengambil masa dlm 8jam lebih..so pukul 0930 dah smp waktu SYD..flight plak A330..first time nih naik airbus MAS.sebelum ni kapal boeing. Tapi honestly la kan IFE dia sgtla boring..cerita tak byk yg best..disebabkan flight malam and sampai2 nnt nk terus jalan so kami cuba untuk sleep tight and well..hahahha. seats kitaorg 38DEG..H kosong takde org so boleh landing..

18 August 2017

Sydney International Airport

Sebelum smp tu crew dah siap2 bagi Visa form untuk declare apa yang patut so iolls declare medicine and food..ni wajib yer..takpayah nk tipu or sorok2..declare jer..tapi Aussie mmg ade restrictionla untuk bawak food masuk ke sana. Kami bawak sambal ikan bilis,brand adabi,ayamas and sun apa ntah..ade sambal kerang,ayam masak merah,ayam kicap and of course la ade beras,mushroom soup,bubur nasi dan maggie. Alhamdulillah semua lepas. Senang jer deal dgn org sana. Ramah, baik and sgt helpful..kiranya tak kerekla...lepas dah settle bab imigresen, nak kena cari Opal card and Sim card. First beli sim card dulu. Kitaorg beli Optus AUD10 for 5gb..i share jer ngan husband..hotspot..then beli Opal card untuk memudahkan pergerakan nak naik train,bus,tram kat SYD..top up AUD40 beli dekat mart jer dekat airport.

Airbnb yang Fadzlee duduk area Alexandria, so kami naik train line T2 dari international airport ke station green square. Harga dlm AUD10++ sbb dekat jer..adala dalam 3 stesen dah smp. Fadzlee jemput kitaorg dekat train station..dari situ nk ke rumah dia dalam 5minutes walking..cuaca sepanjang perjalanan sgtla sejuk sebb suhu 10°C..angin dia yang tak tahan tu..sampai jer letak2 brg,berehat jap, solat, mandi and siapkan lunch. Masa tu dh pukul 11 lebih..Masa di Aussie cepat 2jam..dalam kul 1 lebih baru keluar gi central jenjalan.layan kan pic dulu


Baru smp,,belum keluar gate lagi


dalam train menuju central nk jenjalan.Muka mcm mengantuk tapi ada aku kesah


Hyde Park


Hyde Park lagi


gebus betul burung ni..


depan westfield mall


Queen Victoria Building




Chinatown. On the way ke Paddy's market nk shopping souvenir. Pic takde,tapi video ade..lol sgt


Cam biasa husband suka kumpul fridge magnet Hard Rock so this is a must visit place.


On the way nk ke darling harbour


Roaming freely around harbour


Menuju cahaya kebahgiaan abadi..lol


Nak naik ferry ronda2 harbour..mcm ferry Penang jer uolls


I pun nak jgk


Menung apa tu bang?


Nmpak tak blakang tu?


Lagi..


Eh lagi...


Ha adepun pic berempat. Masa ni lawak sebab berebut2 nak bergambar bila ferry lalu dekat2 bridge and Sydney Opera House.


Dah nk malam. Sebab winter kan so kul 1800 dah gelap. I love this view. It was so breathtaking i tell yaa.


Hi husband..


Ok time ni singgah mart area rumah shopping grocery skit. Milk shake tu sedappp gilaaaa hoiii...AUD3.50...belasah jer beli..bila lagi nk rasa..even convert duit Malaysia x3.415. Hari pertama kitaorg balik awai..rasanya kul 7pm dah smp rumah sbb masing2 dah penat.Husband plak pening.tak ckp tido katanya. As for me, i mcm okay jer..tak letih sgt..hahahah..tapi takpela balik jerla sbb esok nk jalan2 lagi..

Tuesday, June 24, 2014

LAST DAY IN BRUSSELS

30/3/2014 (Ahad)

Awal2 pagi dah bangun dan siap2. Flight Brussels to Bangkok kul 1.30ptg. Disebabkan masih blur camna nk g airport tu yang terpaksa bangun awal. Kul 8.30am dah siap check out. Kitaorg kena naik train dekat Brussels Nord. Actually station tu takjauh pun dr hotel kami. Tapi kami sesat jugakla dalam 30 min camtu. Waktu tu dah gelabah habis. Dari penerangan receptionist kami patut jalan straight jer and pusing kiri. Memang ade jer lorong ke kiri tapi disebabkan lorong tu macam kecik jer so kami ingt kan ianya hanya lorong2 blakang jer. Dah turun bukit rasa macam jauh yer jalan. Kedai semua tutup lagi waktu tu. Nasib baik ada satu hotel dan nasib baik receptionist dia pandai cakap English. Habis jer tanya kami terpaksa patah balik. Dah terpaksa daki balik bukit. Letih gilaaa...nmpak jer jam besar kami confuse balik, sebab dia cakap lepas jam besar kami kena pusing kanan. Tapi dalam kepala otak dok pikir tu lorong blakang so kami tak pusing kanan. Last2 decide nk patah balik hotel. Half way terjumpa sorg minah Australia. Terus g tanya dia. Kebetulan dia ade GPS dekat phone. Menurut beliau, kena lalu lorong kecik tu. Nak tak nak kami ikut jer minah tu..Rupa-rupanya jalan skit jer dah kena turun bukit dah terus nmpak station Brussels Nord tu. Ya Allah, rasa bengap sgt time tu. Patutnya kami lalu jerla.ni tak....geram rasa...Alhamdulillah dah selamat naik train ke Airport Brussels yg memakan masa lebih kurang 20 min jer. Jom layan pic:


Time ni tgh beratur dekat airport. The reason kami nk g awal pun sebab nak claim VAT brg2 yg kami shopping. Banyak jugakla dapat around RM700 lebih..


Senyum!!! Time ni neves sebenarnya sebab risau takut tak dapat naik Thai Airways jer. Biasala kami kan tiket standby


Settle dah cek in. Jom jalan2 tangkap gambar
 



Yeay..boarding pass BRU/BKK. Susah nk jumpa airlines yang straight flight to KUL. So we opted for Thai Airways.


Dah masuk dalam gate!!!


Muka mengantuk.


That is our flight. B777


Dah siap nak tidok. Flight mengambil masa selama 11 jam. Dijangka sampai di Bangkok pukul 5.30 pagi. Memang sgtla borink dok dalam flight lame2. Tapi nasib baikla takde langsung terbulence. Dalam flight kali ni banyak layan movies. Adela sempat tgk 3 ceta. Paling bes ceta frozen. Let it go..let it go..let it go..hahahha..

31/3/2014 (Isnin)

Kami selamat tiba di lapangan terbang Suvarnabumi, Bangkok. Our connecting flight from BKK to KUL is at 9.05am. Kat sinila rasa ralat skit sebab Thai Airways Bangkok taknak terima tiket kami.. Sedih gila hokay..Terpaksala balik naik MAS. Cuma flight lambat skit dlm kul 12.30 camtu. Tu pun sebab delay. Nasib baik MAS flight tak full.


Time ni dok cari gate nak ke MAS flight

Alhamdulillah lebih kurang pukul 4.00pm kami berjaya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur. Syukur perjalanan kami berjalan lancar walau ada sedikit ralat kat sana sini, tapi kami berdua selamat dan sihat walafiat. Memang bes trip kali ni. Banyak betul pengalaman kami telah kutip. Negara orang memang indah, tapi mana nak sama dengan negara sendri kan??heheheh..sampai jer Malaysia dah rindu sambal belacan, nasi lemak, teh ais dan banyak lagilahhh. Duit pun dah banyak habis shopping. Plan asal taknak pun shopping. Tapi gila ko tak shopping sebab harga jauh beza dengan harga dekat Malaysia. Sampai jer rumah dah tanya husband next year nak gi mana plak???hahahhahah
 

HARI KEDUA DI BRUSSELS

29/3/2014 (Sabtu)

Hari kedua di Brussels dah tak tahan bau coklat menyusup ke hidung dr bilik hotel. Ya Allah, best giler bau ni. Bayangkanla bangun pagi dah bau coklat Belgium yang boleh buat kita lapar. Kitaorg pun taktau bau tu sebenarnya dari mana. Mungkin kedai2 coklat di sekeliling hotel atau dr hotel retro sendri. Malangnya, kitaorg tak ambil breakfast sebab kalau nak include breakfast kena tambah skit duit. Bukan skit yer, banyak jugakla..Disebabkan kitaorg nak save budget so seperti biasa, saya dah bangun siapkan breakfast untuk Husband and diri sendri.

Harini plan kitaorg nk jalan-jalan sekitar brussels. Nak pergi tempat2 menarik..nk makan waffel banyak2. Disebabkan kesuntukan masa, maka kami memilih untuk menaiki bus hop on hop off sahaja. Seorang 23 euro sebab kami ambil yg 24 hrs jer. Tupun dah rasa mahal sgt sebabnya kalau lah org dekat sini faham English rasanya takde masalah kami nak guna tram atau train dekat Brussels ni. Nak tak nk,terpaksa jugakla keluarkan 46 euros utk perkhidmatan tersebut. So taknak cakap banyak.Jom layan gambar


Time ni baru terjumpa kedai longchamp dekat Brussels. Harga kat sini lagi murah berbanding dekat Amsterdam. So geram plak rasa.

Kat Brussels ni banyak patung. Kami pun taktau ni ptg ape.Tapi wajib snap satu..huhuhu

Nmpak tak harga bus hop on hop off nyer.. Mahal weii..nangis time bayaq..kui kui kui


Dalam bus dah


Ada 2 perkihmatan bus ni. 22 bus servis ke tempat yang berlainan


Panas ok time ni. Matahari terpacak atas kepala


Senget plak gambar


Katanya, bangunan ni ala2 manhattan US

 
Big Church


Sampai dah atomium, tempat sgtla cantik pada waktu malam. Tapi kami dengar nasihat org yang katanya agak merbahaya kalau berjalan malam. Siang pun ok jer.. View stil cantik.






Kitaorg tak masuk dalam pun sebab barisan dia punya panjang. So tangkap kat bahagian depan sahaja.

Nice kan


Time ni tgh tunggu bus. Lama sgt tunggu. Mamat ni dah letih sampai terduduk kat tepi jalan

Serious dah lupa tempat apa ni

Masa ni kami stop dekat Louis. Louis ni kira syurga shopping ala2 oxford street. Semua brand ada kat sini. Memang bes kalau yg berduit. Kalau yang budget ciput cam kami ni, tgk ajerlah...hehhehe






Haaaa.. Jeng2...sempat rempat 2 handbeg longchamp and 2 purse longchamp. Belikan untuk mama,papa,mak & ayah. Diri sendri takdak

Happy sgt muka tuh..


Husband kalut nk try, so dia belikan sendri


Masa ni dah dekat hotel, terkejut gak sekali ade laungan azan berkumandang dekat TV di Brussels. Memang tak nafikan banyak org Islam tinggal di negara ni. Kebanyakan mereka dari Turki dan Morrocco. Pengemis juga banyak dikalangan mereka. Walaupun Brussels ni terdiri dr pelbagai bangsa, makanan halal senang jumpa sebab kebanyakan daging mereka ada status halal. Siap iklan dekat TV lagi. Bagus kan??


Time ni dah siap2 packing baju sebab dah nak balik dah..Waaa sedih nya...Kejap jerkan rasa..