YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, October 31, 2011

Ayam Masak Rendang Pedas

Lauk ni adalah lauk fav kawan2 saya bila saya masak. So saya nak share resepi dengan korang semua especially yang pernah rasa & mintak resepi tu. Resepinya saya mintak dari mak. Tapi taktaula mak saya ambil dari sapa kan..tak pernah nak tanya plak. Harap2 tahu la ek cara nak buatnya. Kalau taktau boleh call me (bg yg ada no hp saya)..

Bahan-bahan:
(untuk hidangan 6-8 org)

-Ayam (selalunya saya suka beli bahagian paha dlm 3 ketul & dipotong 4 bahagian)
-Satu kotak santan/susu cair satu tin (tapi saya suka guna santan)
-Cili kering dlm 12 batang
-Bawang merah 6 ulas
-Bawang putih 2 ulas
-Serai 2 batang
-Lengkuas (sebesar ibu jari)
-Halia (sebesar duit 20 sen,jgn banyak sgt takut pahit)
-Daun kunyit
-Asam keping (sekeping)
-Garam/gula secukup rasa
-Serbuk perisa secukup rasa

Cara-caranya:

1. Mesinkan cili kering
2. Mesinkan bawang merah,bawang putih, serai (ambil yang pangkal sahaja),lengkuas & halia sekali
3. Campurkan bahan2 yang di mesin tadi di dalam kuali
4. Masukkan santan & asam keping
5. Masukkan ayam
6. Masukkan daun kunyit (nak ikat pun boleh or nak potong kecik2 dan taburkan pun boleh..tapi saya suka ikat)
7. Masukkan garam/gula sekucup rasa.
8. Biarkan sampai pecah minyak & rasala kot2 ada terkurang lagi (garam/gula,serbuk perisa secukup rasa)
9. Siap untuk dihidang.

Amacam?mau try?

"Anniversary"

Saturday 29/10/2011

I wish dekat dia thru sms jer sebab dia tgh bersorak keriangan di atas kemenangan N9. Pas tonton perlawanan my pakcik kidir pergi lepak ngan kawan2 nogori dia di kedai mamak. Biasala dah menang kan so banyak postmorthem yang perlu di borakkan..hihihi. So layan mesej pun tak lama sebabnya bateri hp dia dah kong. Saya plak dlm kul 1.45am sampai umah,ngantuk,terus masuk tido. Dlm hati berbunga keriangan sebab sok jumpa

Sunday 30/10/2011

Today is our 2nd anniversary. Mood saya memang happy jer. So saya masak haritu. Dua lauk je pun. Ayam masak rendang pedas dengan keledek masak kicap. Jamu dekat budak2 umah & kawan2 dorg. Kesudahannya memang licinla. Rasa puas gak hati dpt mengisi perut budak2 umah yang sememangnya kebulur...hihihihi..Lepas makan, tido sebb malam nak keluar kan..(besh222) My pakcik kidir ambil kat rumah lepas kerja. Yer..dia keja Ahad tu, tu yg keluar malam. Kitaorg g Sunway Pyramid. Jalan2 & makan2. Lepak makan dekat Kenny Rogers sebab taktau nak makan mane dah. Ikutkan hati saya suka makan Ayam Penyet tapi dah kerap sgt dah so tukar menu plak.

Lepas puas makan, my pakcik kidir tanya...'syg nak apa?'...saya cakap..'nak u'...budget romantik la konon kan...sebenarnya dah malu ni tapi dlm otak dah ligat pikir nk beli pe...Pikir punya pikir..saya cakap nak baju. Nak Miss Selfridge sebab nmpak ada 50% sales. Boleh plak dia cakap pikir benda lain selain baju sebab katanya baju saya dah banyak..Waaa sedihla...So pikir plak benda len... siap tanya plak 'budget syg dlm berape?'...bgs kan saya????hahahha...dia pun jawab..'dlm RM000-RM000'(rahsia...)...ok kita tgk handbeg Charles & Keith la...setengah jam tgk, takde yg kenan.

Waktu tu dah 9.45pm..adoi..kena cepat ni sebab kang mall dah nak tutup...Jalan2...jumpala satu kedai ni...kedai apa ek???biarla saya & dia jer yg tau..hahahha...Memang dah lama teringin nak beli brg dari kedai tu cuma rasa tak sanggup nak spend duit jer...so ajak dia masuk...pilih2 mana yg kenan dihati saya & dia,test, rasa ok jer terus amik... 2 lagi..hahahha sebab sales kan..puas hati..

Anyway, thank you syg for the present....(*wink*wink*)....

"Negeri 9 vs Terengganu"

....Sapa menang?....

Tahniah kepada pasukan N9 kerana telah menjuarai Piala Malaysia tahun ini. Sebenarnya,saya ni bukanla peminat bola sepak sgt baik tempatan ataupun luar negara. Tapi since my pakcik kidir org nogori...so secara tak langsung saya ambil tahu jugakla pasal perlawanan tu. Furthermore, budak2 umah pun semangat nak tgk perlawanan tu. So dari saya duduk umah sorang2 sebab semua budak umah takde and of course, my pakcik kidir pun pergi tonton perlawanan tu, makanya saya pun follow jerk budak2 umah g tgk perlawanan tu dekat umah kawan dorg di damansara. Memang meriah and gila2 la kitaorg malam tu. Tapi bukan tgk game sgt pun,layan tgk muka pemain yang hencem2..hahhahaha...popuan kan..camtula kerjanya.

My pakcik kidir sudah tentu happy sgt sampai hilang suara la di buatnya. Ahad tu jumpa suara dia dah jadi serak2 basah. Dia sendri cakap ada satu masa tu jerit bagai nak rak sampai rasa pening..ish2..tula penangan bola sepak kan.

Hari minggu hari tu memang banyak kenangan yang besh bangat. Selain N9 menang piala malaysia, adala satu peristiwa boleh diklasifikasikan hari ini dalam sejarah(dalam sejarah hidup sayala) Apa ek?ok nanti ceta next entry...hihihi.

Tahniah skuad hoben jang hoben.

Dulu memang taktahula apa maksud hoben tu..tapi sekarang dah tau...:p

Friday, October 28, 2011

Saya Nak Kurus..........

..Last 2 days, i bought pil jamu untuk kurus sebab saya nak kurus. Tapi taknakla kurus keringkan. Sekarang berat 58.5kg dengan ketinggian 158cm. Kalau diukur BMI nya, masih normal la berat badan tu. But somehow my belly too menonjol ke depan...huhuhuhuhu..tu yg tak best sgt. My target is to reduce down to 55kg..kalau 52kg my pakcik kidir cakap skinny dah so tak bes peluk..ish2 macam2 la dia tu.
..Frankly speaking,dah 3 years berat badan 58-60kg. Asyik dalam rank tu jer. Kalau nak ikutkan dulu memang kurus sgt kot. Rasa ringan jer badan ni. Skang naik tangga skit pun dah penat. Sekarang ni dah jadi trend org register gym. For me, whatever you do, you need discipline, preseverance and full commitment. Kalau bayar mahai2 tapi malas nak g gym baik tak payah kan. I rather play sport with my friends. Every Friday night, I play badminton (tapi kdg2 takpun..hihihi) with my bestest friends. For me, it is more relax,enjoyable and fun sebab we can compete with each other. Selalunya my teammate is my pakcik kidir...Tapi yang tak besnya lepas main, kitaorg akan lepak makan...adoi aihhhhh...camne nak kurus.


..Kesudahannya, i decided to buy these things...pil pijut perut dari puteri binari...baru 2 hari pakai so takleh nak tau lagi berkesan ke tak. Saya ni jenis beli ja lebih tapi kdg2 tak hbs makan pun. Dulu beli jusmate5,ada lagi 5 paket tak hbs. Buang camtu ja sebab dah expired.
..Harapannya,kali ni kena tekad,nekad dan berazam betul2 nak dedicated makan pil tu..Chaiyok!!!!!!

Thursday, October 13, 2011

3 bulan...........

........Lama sungguh saya menyepi. Sebenarnya skang busy menyesuaikan diri dengan new environment. Setiap hari berulang alik dari Shah Alam ke KLIA. Perjalanan takde masalah, smooth jer,yerla guna highway kan.Tapi yang tak laratnya...tol yang tiap hari pergi balik RM10..pewww...tu yang letih tu. Duit gaji banyak hbs dekat minyak & tol jew.Berkorbanla sekejap setahun ni.

Kerja?banyak sgt benda nak kena belajar.Airlines industry ni memang susah. Cam saya takde experience langsung kerja ngan airlines. Pastu under Engg&Maint Department plak tu. Banyak term2 baru yang kena tau. Luckily, my manager2 and bos orgnya baik sgt. Banyak membantu dan mengajar saya apa yg patut. Thank you bossess. Yang pasti tak sabar nak tunggu dah confirm kerja. Kalau nak ikutkan hujung tahun ni genapla 6 bulan bekerja. Hopefully everything will run smoothly. Doa2 la bos akan confirmkan saya, sebabnya bila dah confirm banyak benda nak buat. Memang tgh plan sesuatu ni. Semoga tahun depan menjadi kenyataan.Amiinnn...

Lagi satu, tak sabar nak tunggu setahun bekerja, sebabnya boleh dpt tiket free. So bleh jalan2...syoknya. Pastu bleh g honeymoon ker pakai free tickets tu...hihihi..Tapi nak bg mak bapak and keluarga dulu tiket tu. Orang yang paling banyak berjasa dlm hidup saya.Jadi utamakan keluarga kita walau setinggi mana atau sehebat mana pun kita,tanpa mereka kita takde di dunia ini.

Minggu ni balik Penang sebab kawan masa belajar dulu kawen. Pagi Sabtu shoot pergi SP, 2 kereta, then tido Penang. Ahad tengahari, ajak kawan2 lunch dekat umah saya di Seberang Jaya. Mak saya masak. Yum yum. Ni yang tak sabar sgt ni.

Malam ni tgk teater The Secret Life of Nora dengan Sygku..hihihi..Mesti bes & enjoy sebab ramai org cakap bes giler...Thanks to my friend Zizi yang bg ticket RM240 punya seats, tapi we all just bayar RM126 jer. Wah untung sgt. Tu yang best kalau kita ada ramai kawan. Kebetulan dia PA Tiara. TQ Zz..

Okla..nak sambung kerja. Bai