YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, October 31, 2011

Ayam Masak Rendang Pedas

Lauk ni adalah lauk fav kawan2 saya bila saya masak. So saya nak share resepi dengan korang semua especially yang pernah rasa & mintak resepi tu. Resepinya saya mintak dari mak. Tapi taktaula mak saya ambil dari sapa kan..tak pernah nak tanya plak. Harap2 tahu la ek cara nak buatnya. Kalau taktau boleh call me (bg yg ada no hp saya)..

Bahan-bahan:
(untuk hidangan 6-8 org)

-Ayam (selalunya saya suka beli bahagian paha dlm 3 ketul & dipotong 4 bahagian)
-Satu kotak santan/susu cair satu tin (tapi saya suka guna santan)
-Cili kering dlm 12 batang
-Bawang merah 6 ulas
-Bawang putih 2 ulas
-Serai 2 batang
-Lengkuas (sebesar ibu jari)
-Halia (sebesar duit 20 sen,jgn banyak sgt takut pahit)
-Daun kunyit
-Asam keping (sekeping)
-Garam/gula secukup rasa
-Serbuk perisa secukup rasa

Cara-caranya:

1. Mesinkan cili kering
2. Mesinkan bawang merah,bawang putih, serai (ambil yang pangkal sahaja),lengkuas & halia sekali
3. Campurkan bahan2 yang di mesin tadi di dalam kuali
4. Masukkan santan & asam keping
5. Masukkan ayam
6. Masukkan daun kunyit (nak ikat pun boleh or nak potong kecik2 dan taburkan pun boleh..tapi saya suka ikat)
7. Masukkan garam/gula sekucup rasa.
8. Biarkan sampai pecah minyak & rasala kot2 ada terkurang lagi (garam/gula,serbuk perisa secukup rasa)
9. Siap untuk dihidang.

Amacam?mau try?

No comments:

Post a Comment