YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Wednesday, August 8, 2012

PERSIAPAN & PERSEDIAAN

Wahh!!!!harini banyak tul post saya kat blog ni..okla tukan..bila bosan boleh baca sambil senyum-senyum..hehehhehe...entah kenapa rasanya saya hanya jadikan blog ni sekadar mengisi masa lapang dan paling penting bukan untuk tatapan umum...malu la org baca...tapi kalau ada yang tersinggah tu takpela..ok jerk..

First nak ceta pasal persiapan nak raya. Baju Raya??dah tempah 2 pasang. Kain satu beli dari sepupu dan satu lagi auntie Yuhanis bagi..so dah sep kan..Tailor tak perlu pening-pening nak cari area Selangor or KL sebab memang sah sahla mahal kan...Makanya tempah dengan tailor fav mak saya jerla.Gloria!!!!Nama kelas kau tapi tukang jahitnya cina...memang murahla tapi kalau nak berfesyen-fesyen ni memang kureng skitla...takpela..saya tak kesah sgt.Kuih Raya???Mak tolong jiran dia buat kuih raya so dapatla upah skit and kuih raya sekali. Rajin mak. Tau dia nak cari duit lebih untuk raya. Cian plak. Tapi dia cakap takpela dari takbuat pape kan.So kesudahannya dia tak bg saya beli kuih raya. Huuhuhuhu. Duit Raya??? Dah siap tukar dengan sepupu sebab dia keja bank. So senangla.

Sebenarnya saya takdela rasa excited sangat nak raya ni. Tapi lebih kepada perkara lain yang lebih besar majlisnya...Hheheheheh..yang tu...lain kali update.

Tahniah sayang....

Macam jiwang plak entry kat atas. Oklah just nak hupdate skitla pasal pakcik kidir kesayangan ku itu. Setelah berhempas pulas dan berjuang selama 3 tahun just untuk menggengam segulung ijazah. Akhirnya, dah berjaya dan tercapai.

Paling memberangsangkan result akhir sem dia dikira hari ini dalam sejarahla sebab terbaik sepanjang 8 tahun dia belajar di Universiti.Bolehkan gituew??? Takpela, walau hampir sedekad menuntut ilmu di UiTM, sekurang-kurangnya berbaloi la jugak kan. Kerjaya pun dah mantap skang. Cuma gaji tu nanti lama-lama banyakla.It just a matter of time jer..

Insyaallah, konvonyer bulan 11. Saya mesti hadir okay...tak sabar rasanyala nak tgk dia dkt atas pentas lepastu dekat dewan UiTM yang baru plak tu.Bleh nangis kot???Hahhahaha...lama tu menunggu pakcik tu habis belajar. Time tu pun rasanya dah jadi tunangan org...Opppsss.

Cepatla hari tu datang kan...

FIREFLY BOWLING TOURNAMENT 2012



Telah diadakan pada 16 July 2012 (Isnin). Saja organize sebelum menyambut Ramadhan. Bertempat di Alamanda Bowling, Putrajaya. Nampak kan gambar di atas??? Hehehehhehe... agak-agak saya no berapa???

NIKMAT YANG KAU BERIKAN

Nikmat tuhan bagi ada pelbagai. Kadang kita nampak,kadang kita tak nampak. Kadang kita sedar dan adakala tidak disedari. Sedarkah kita nikmat dapat menghirup udara yang nyaman itu adalah pemberian dari Yang Maha Esa??? Ya, aku sedar itu. Tubuh badan ku sihat pun dari pemberianNya juga. Banyak lagi kalau nak dinukilkan di sini tapi cukuplah kita menjadi manusia yang paling bersyukur dengan apa yang ada. Tamak haloba hanyalah bisikan syaitan.

Menjadi kaya atau diberikan rezeki yang lebih adalah satu kelebihan yang Dia juga berikan. Perlukah aku cemburu pada insan-insan terpilih ini??? Ya, aku cemburu. Tapi cemburu aku ada batasnya. Namun, selalu aku berfikir dan tertanya kenapa manusia sanggup menjadi kaya atas derita manusia lain. Apakah itu satu usaha? Padaku, itu usaha yang tidak diberkati. Menganiaya manusia yang lain. Menindas manusia yang lain. Perlukah dilakukan semua itu atas tiket untuk kekayaan?? Haishhhh, manusia akhir zaman.

Biarlah aku hidup besederhana. Menjadi kaya bukan pilihan utama. Aku hanya ingin menjadi insan yang terbaik untuk Allah, ibu dah ayah ku, diriku dan orang-orang yang aku kasihi. Semoga jalan itu ada dan tidak berliku.

Dalam kekelutan rupanya masih ada kenikmatan. Ku akui, hidup umpama roda yang berputar. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Tapi tuhan tidak kejam. Hanya manusia yang kejam. Tuhan tidak akan menzalimi hambaNya. Hanya sesama manusia yang menzalimi manusia lain. Walau diberi akal untuk berfikir tapi apabila berfikir berlandaskan nafsu makanya hancur la manusia itu. Sayang seribu kali sayang. Jadi mana bezanya kita dengan binatang???

Ya Allah, jauhkanlah dan peliharalah aku dari manusia sebegitu.Amiinn.

DUGAAN KU...

Dugaan!!!!
Semua manusia ada dugaan nya masing-masing, tak terkecuali lah aku. Dugaan itu hadir untuk menguji hambaNya sejauh mana keimanan kita terhadapNya. Bagiku, dugaan yang aku lalui sekarang mendekatkan aku pada Yang Maha Esa di atas kelalaian aku selama ini. Dosa & pahala. Mana satu yang menjadi pilihan? Memang takda manusia yang sempurna semuanya. Tapi jalan untuk menjadi sempurna pun sangat berliku.

Ya Allah!!!
Bantulah aku dalam menghadapi saat-saat sebegini Ya Allah. Kadang aku lemah, kadang aku jatuh, kadang aku cuba bangun semula. Sesal itu datang silih berganti. Hanya padaMu aku berserah kerana sesungguhnya Kau lebih Mengetahui.

Letih!!!
Kepala otak aku ni dah letih berfikir. Hati tidak pernah tenteram sejak diuji sebegitu rupa. Betul la org cakap, bila orang nak mendirikan masjid, bermacam dugaan dan onak duri terpaksa ditempuhi. Dan sekarang aku diduga dengan tidak disangka-sangka. Walau sekuat mana dugaanMu ini Ya Allah, Engkau masih berikan aku kenikmatanMu. Syukur teramat. Kalau aku rasa aku diduga dengan ujian yang sangat teruk. Ada lebih ramai lagi insan di luar sana yang lebih teruk dugaannya. Memikirkan hal itu,membuatkan aku rasa lebih bersyukur.

Lapang!!!
Terima kasih kerana masih bersama hambaMu yang lemah ini Ya Allah. Tatkala ini fikiran aku kembali lapang. Hati yang kusut sudah berjaya di ubati dengan azimat ayat-ayat suci Al Quran. Semoga Kau ampunkan dosa mereka dan kasihani mereka Ya Allah. Hati memang sakit dan pedih. Tapi aku percaya ini takdirku.

Selamat!!!
Hanya satu ku pinta, semoga selamat semuanya. Semoga jalan ku ke arah mencari keredhaanMu selamat dan tenang. Permudahkanla Ya Allah. Hanya padaMu ku meminta.Amiinn...