YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Wednesday, August 8, 2012

DUGAAN KU...

Dugaan!!!!
Semua manusia ada dugaan nya masing-masing, tak terkecuali lah aku. Dugaan itu hadir untuk menguji hambaNya sejauh mana keimanan kita terhadapNya. Bagiku, dugaan yang aku lalui sekarang mendekatkan aku pada Yang Maha Esa di atas kelalaian aku selama ini. Dosa & pahala. Mana satu yang menjadi pilihan? Memang takda manusia yang sempurna semuanya. Tapi jalan untuk menjadi sempurna pun sangat berliku.

Ya Allah!!!
Bantulah aku dalam menghadapi saat-saat sebegini Ya Allah. Kadang aku lemah, kadang aku jatuh, kadang aku cuba bangun semula. Sesal itu datang silih berganti. Hanya padaMu aku berserah kerana sesungguhnya Kau lebih Mengetahui.

Letih!!!
Kepala otak aku ni dah letih berfikir. Hati tidak pernah tenteram sejak diuji sebegitu rupa. Betul la org cakap, bila orang nak mendirikan masjid, bermacam dugaan dan onak duri terpaksa ditempuhi. Dan sekarang aku diduga dengan tidak disangka-sangka. Walau sekuat mana dugaanMu ini Ya Allah, Engkau masih berikan aku kenikmatanMu. Syukur teramat. Kalau aku rasa aku diduga dengan ujian yang sangat teruk. Ada lebih ramai lagi insan di luar sana yang lebih teruk dugaannya. Memikirkan hal itu,membuatkan aku rasa lebih bersyukur.

Lapang!!!
Terima kasih kerana masih bersama hambaMu yang lemah ini Ya Allah. Tatkala ini fikiran aku kembali lapang. Hati yang kusut sudah berjaya di ubati dengan azimat ayat-ayat suci Al Quran. Semoga Kau ampunkan dosa mereka dan kasihani mereka Ya Allah. Hati memang sakit dan pedih. Tapi aku percaya ini takdirku.

Selamat!!!
Hanya satu ku pinta, semoga selamat semuanya. Semoga jalan ku ke arah mencari keredhaanMu selamat dan tenang. Permudahkanla Ya Allah. Hanya padaMu ku meminta.Amiinn...

No comments:

Post a Comment