YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, October 7, 2019

UK ROAD TRIPPING (Birmingham, BOTW, Bicester)

Thurday
19th September 2019
Birmingham, BOTW, Bicester

Disebabkan rumah kitaorg dekat jer dengan Stadium Villa Park (home of Aston Villa Football Club) so kami singgah situ dulu utk bergambar kenang-kenangan. Sebelum check out terjumpa org Hong Kong. Peramah btl. Seorang businessman.Katanya nk jumpa Edson (host kitaorg) nk bincang pasal hartanah. Dia nak beli aset dekat sini. Mesti kaya ni..Sempatla tanya perkembangan berkenaan Hong Kong, China. Still chaos and at mess katanya...


Bangunan Villa Park ni dah mcm di Indian kan dah aku tgk. Area sini pun ramai India. Masa ni siap terjumpa player Asto Villa..hahhah..tapi sbb tak famous sgt so mcm senyum2 jerlah..


Cun gak. Exotic💫

Drive keta 5 minit dah smp. Bergambar jap dlm 5 minit kitaorg pun chaw sebab nak singgah shopping cadbury jap dekat Cadbury world. Dlm 30 minit dr sini. 


Depan Cadbury world


Kitaorg beli ni sbb murah


Nipun beli sebab En Nik pesan


Ok brownie tu sedap gila. Menyesal beli skit jer. Kitaorg settle makan dlm masa sehari jer..even beli 2 jenis.

Dlm £20 gakla hbs dekat sini. So dpt satu beg cadbury. Comel jer..Lepas tu kitaorg dah nk gerak menuju Burton on the water (BOTW). Sejam jugakla dari sini. Dlm kereta mengantuk jer rasa. Husband pun ngantuk. Cian dia drive hari2 berjam-jam. Aku tak drive sbb kalau nk drive kena byr extra driver charge. Dekat UK cmtu kalau sewa kereta. Tapi kawan2 ada ckp, kalau berani drive jer. Jgn kena tahan jer..😀Tapi husband ckp takyahla.Kang blk Malaysia ada surat saman plak. Dok doa gak ni semoga takdela kan. Aminnnn!!!🙏

So sampai jer BOTW terus mcm awt panas sgt UK ni..hahahah..Seriously mmg panas bila tengahari. Maybe tempias summer masih ada.Parking free utk 45minit tak silap. Mcm biasa, ramai org tua. UK ni mmg agak boring la for me. Kalau mcm tempat cun2 jer yg ramai warga emas..hahhaha. So kami layanla itik2 dekat situ. Lepas tu Korean ramai dok picnic tepi2 lake tu. Tgk Oppa jerlah..Entah muka ori ke plastik?🙈



Nila itik yg kami hampir nk langgar on the way ke Cotswold. Terkedek2 dia keluar dari semak tepi jalan. Terkejut kami. Nasib husband sempat elak


Tapi mmg cun tempat ni


Gituuu


Blakang tu Pos Office jer sebenarnya..hahah.


Menghirup udara segar sebelum balik Malaysia yang berjerebu tu


Berteduh jap bawah pokok pasai panaihhh 


Jenjalan dekat kg dia. Nsb tak tido sini. Ikutkan plan asal mmg nk bermalam di sini. Jalan masuk pun sunyi gila. Mmg malam2 takde pape la kat sini..


Ngadap matahari sesekali apa salahnya

Settle jenjalan ronda2 area BOTW kitaorg plan nk ke Cotswold. Tak jauh mana pun..sebelah2 jer. Rupanya tempat yg kami aim nk pi which is Castle Combe dah out of the way nak ke Bicester. Dah pening asyik pusing2 jer. At last let go jerla. Sbb kang lambat sampai Bicester Village. Konon sebelum sampai Bicester nkla singgah Oxford jap. Last2 kena let go jgk..haillaaaa nsb..hahhaha..Ni semua demi customer2 sis tercinta..gituuu

Sejam jgkla dari BOTW ke Bicester Village. Dekat kul 3pm gakla sampai..Sampai2 jer terus dpt parking even parking penuh. Alhamdulillah rezeki. Turun jer dari kereta, terus tak ketahuan dah sis..hahahah


Sebabkan Zul pesan Tory Burch, so kami cari ni dulu.


Lawa. At first laki sis mmg nak belikan Tory Burch tapi sis mcm tak kenan tgk logo dia. Tapi bila dah blk Malaysia..ala mcm menyesal plak tak beli. Sbb murah gila lagipun tgh sales gila2. Leh dpt ratus2 RM jer


Pink!!


Plg kenan yg ni..


Nipun leh tahan. Wallet chain. Berbaloi kalau buat sbg beg lunch dekat office..hahahha


Baby blue is my fav colour


Ni plak koleksi Furla. Sales gila2 yer..Susahla camni kalau g Europe asyik nk shopping jer


Nila beg Furla husband blanja. Sebab bini dia pilih yang ni..hahhaha.. Takplan lgsg nk tgkap Furla. Sebelum g UK, dok rasa mcm nk beli LC lah. Neo or Le Cuir collection. At last kenan ni..LC plak belikan utk mama dan mak mentua dan biras..Masa blk dr UK cousin sis Haniza tulah sapa lagi. Dia sempat menjoyah.."Furla jer".."awt tak Gucci?"👳hahahha..lol gila..Syukurla..ni ja rezeki sis..💁


Ni Zul kenan..kita jual murah jer kat dia. Harga sales rm672..jual dekat dia RM760 jer..paaadiaaa


Ok nice jgk


Masa ni tgh boring tunjuk dekat customer tapi tak beli2..hahah.. Actually dah ngantuk dan penat. 


Ok last2, Kak Mai tgkap MK..jadilahh..harga RM948.70. Jual dekat dia RM1050


MK tak byk sgt sales berbanding brand2 lain. So agak mahal la skit


Tgh sibuk2 keluar masuk Furla dan MK, teringat yg husband lom solat. Dia mcm biasala kena bini ingtkan.👅Terus mcm teringat yg Bicester Village ni ada prayer room. So google directory, terjumpa Contemplation room aka multi faith prayer room..Tgk location..sekali sebelah MK jer..alhamdulillah dekat jer.Takpayah nk kalut cari sbb lagi 5 minit jer lagi ni nk msk Maghrib. Geram btl dgn husband😠


Sempat mengendap bilik ni. Eh selesa dan lawa plak. Tempat ambil wudhu pun ada.Bgsnya ada kemudahan cmni. Harrods pun takde prayer room kot. How thoughtful of them to have this kind of services👍💘 Halal food pun byk dekat Bicester Village ni. Even harga mmg mahal gila la. Kitaorg beli kebab pun satu jer..hahah..tupun dah £10 = RM51..phewwww. Nsb sedap..


Ok masa ni dah nk balik. Lawa kan langit ungu ni. Terus rasa rindu dekat Medina..💓

Next Airbnb is dekat Ealing. Dlm sejam jugakla perjalanan dari Bicester. Tapi nk ke Airport tak jauh sgt sbb esoknya dah nk kena return kereta dah. Kalini host kitaorg India. Taktaula asal mana. Tapi mmg India la. Bilik murah RM165.69 jer. Ensuite bathroom. Kalini mcm tak berapa best skit bilik dia. Bilik semua okay kecuali toilet😢Being me yang mild OCD ni, mmg cuci terus malam tu. Lepas cuci baru complaint..hahahha..Of course la dia offer nk dtg bilik cuci..Tapi sebab aku dah tak tahan tgk...so tonyohla apa yg patut...Nsb la semalam jer..sampai pun dah dekat kul 10pm. Lepas mandi, makan maggie mee terus tido sbb esok nk bg awal. Kena return kereta by 8am..





No comments:

Post a Comment