YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, October 3, 2019

UK ROAD TRIPPING (Birmingham)

Wednesday
18th September 2019
York Designer Outlet & Primark, Birmingham

Pagi ni tak bgn Subuh sbb miss P menjengah semalam. Haila..tiap kali jalan cmtula nasib..hahhaha..punctual plak dia mai..tepat sungguh...Tapi still kena bgn pagi2 sbb harini ada 2 aktiviti nk kena buat. Harini fulltime PS. So kena bekerja skit..💪

Disebabkan York Designer Outlet bukak kul 10am so kami nk makesure sampai by 10am. Lagipun dekat jer dalm 15minit dari Blakeney. Check out pun self check out. Just masukkan kunci dlm safe box dan chaw. 9.30am dah gerak. Sekali 9.45 dah sampai..lol..tapi kereta dah byk jgk. Maybe kereta staff. YODO agak kecil berbanding Cheshire Oaks. Tapi brands lebih kurang sama. So kami aim nk beli apa yang tak beli masa di Cheshire. Ada pesanan utk brg Claire's, Cath Kidson, Coach, dan Kate Spade. Tapi kesudahannya, dapat beli Claire's dan CK jer. Yg lain2 tu ermmm...biasala..bila layan customer br nk hegeh2 cari brg..lepas tu baru nk suh kita browse thru brg apa yg murah..jenuh gakla kan..Tapi okla..dapat byk gak brg dekat CK..


PS tgh beraksi. Nsb customer beli beg ni


All time fav Asst PS


Mcm cantik jer


Ni asalnya nk beli bagi adik sbb dia kata nk beg g class. Sekali tunjuk dekat dia boleh dia takmau. Dia nk yg ada bunga2. Kemain demand. At last aku malas nk layan. Tapi sbb diri sendri dah kenan so aku beli jer. Lagipun ada sales dari £30 jadi £12. Mmg puas hati sbb besar gak.


Foldable beg kawan nak. Best gak beg ni. Mcm nak satu jer..hahahha


Foldable beg gak. Kak Irna punya


Leh buat beg baju


Ni pun ramai kawan2 pesan. Passport holder. Cun2 corak dia.


Ni kawan suh tgk. Tapi sbb dia kata mahai so tak jadi beli👎

Kitaorg tak lama pun dekat YODO. Dlm 11.30am dah cabut. Sebab nak menuju ke Primark Birmingham yang dinanti-nanti selama ini. Kena cepat sampai sbb kalau lambat sgt nnt customer dekat Malaysia dah tido. Yerla beza 8jam kot. Imagine dekat UK br kul 6pm. Malaysia dah kul 2am. Dahla esok dorg keja..huhuhu. So plg2 kena sampai kul 2pm. Tupun Malaysia dah kul 10pm.

Perjalanan mengambil masa selama 2jam20minit. So far perjalanan lancar dan tiada apa2 terjadi. Alhamdulillah.Dlm kul 2.45pm kami dah terpacak dekat dlm Primark. Nsb baik jumpa parking murah skit area town dia. 6jam £8 dekat High Street Parking. So jalan kaki dlm 5minit jer... Tapi sunyi gakla masa nk ke kereta malam tu.

Maka berkampunglah kami di Primark selama 6jam. Dari kul 2.45pm-8.45pm. Lama gila. Penat layan sorang2 punya order. Start dengan bahagian kids dulu. Lepas tu baru baju dewasa. Settle semua barula dapat cari utk diri sendri dan keluarga. Tapi tak puas kot. Sbb dah hujung2 tu dah rasa letih sgt.


Tak amik ni..try jer. Labuh gila. Nmpkla betapa kecik moleknya aku..lol


Actually kenan warna coklat. Ikutkan nk beli dah delat York. Sekali husband ckp beli dekat sini jer. Tgk2 takde size.😢Terpaksala amik warna hitam. Takpela..ok jer..Best jgk shopping time Autumn ni. Byk sales dan baju2 pun cun. Last year pergi time spring so baju2 byk dorg jual utk summer. So for this winter coat sis dpt £25. Okla cheap jgk. Lepasni dah leh pakai kalau ada rezeki g oversea lagi. Gituuu

Selain coat ni aku dpt beli 2 helai blouse yang cun melecun dan harga £5 each. Murah gila. Tu yg rasa tak puas tu sbb tak dpt beli any seluar. Husband plak dapat 3 helai baju kerja dan 2 helai seluar kerja. Dahsyat dia punya borong. Tapi yg herannya sini,kami tak jumpa kemeja tgn pendek. Sbb last year husband byk gak beli kemeja lengan pendek. Penting ni utk buat pakai pi kenduri..kalau tak..dia asyik pakai jersey Liverpool dia jerla👷

3 troli gakla kami borong. Siap beli beg trolley satu. Memang dah plan nk beli pun sbb dah ada satu beg trolley size besar yang kami beli masa dekat Florence dgn harga €35. Berbaloi gila. Lenjan gakla usung sana sini. Sdgkan beli tepi jalan jer. Tapi sebab buatan Italy so kualiti tu adala.


So beg ni £30 dalam RM160 kalau ikut cc. Kalau ikut cash yg tukaran masa tu is x5.115 jer jadi RM153.45..Murahhhhh!!!


Ok ni cashier yg entertain kami. Masa ni ada 2 jer kaunter bukak sbb dorg tutup kul 9pm. Dah dok kemas2 dah. So nama dia Hasfa. Lahir dekat Johor hokay..Pak dia lec UTM mengajar sains komputer. Dia kata duit lom ckp nk blk kg😙. Umur skang 20thn dah dan takpernah jejak Malaysia. Takdela plak tanya mana Pak dia skang. Kalau kita ni...dah suh bapak kita sponsor dah flight ticket....


Total belanja malam ni. £444.60. Fuhhh..sekali amik mcm £5, £3.5, £2, £1, £10, bila dah campur total terkejut sat. Tapi kira byk gila la brg tu. Brg kids takleh claim Vat, tapi kalau campur dgn brg lain takde masalah. Mmg syok shopping Primark ni. Kalau nk shopping kena g Primark yg luar London. Sbb mcm tenang skit. Dlm dok shopping tu sis lupa nk ingtkan husband utk solat. Nsb sempat gakla dia jamak takhir Zohor Asar even lagi 5 minit nk masuk Maghrib. Sis suh dia solat dlm fitting room jer sbb besar kot fitting room dia.

Berat hati hokay nak tinggalkan Primark..hahahha..drama sgt..Tapi badan pun dah letih. Lapar lagi sbb tak lunch pun. Last makan masa singgah Service. Tupun makan sandwish dekat Starbuck jer dan minum coffee. Rasanya dlm kul 1pm cmtu. Lepastu mkn biskut jer. 

Kalini airbnb kitaorg terletak di area Aston. Lebih kurang dlm 15minit perjalanan dengan kereta. Dekat jugakla. Harga dlm RM200.34. Tapi so far nila bilik plg best kami tempah sbb besar gila. Cuma bilik tgkat atas sekali or Loft area. Makanya jalan tu kena tunduk2 skit. Husband byk kali terhantuk..hahahha. Cam biasa just follow direction dlm airbnb tapi takjumpa plak. Kesudahannya waze jer senang. Kalini self check in jgk. Sebabkan dah terur so takde masalah dah. Dekat kul 10pm gakla br dpt msk bilik. Leganya rasa...


Ni review dari hosts kitaorg dekat Aston, Edinburgh dan Liverpool. Alhamdulillah, good review..hehehe












No comments:

Post a Comment