YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, January 30, 2023

Monday 23rd January 2023 (Osaka)

Patutnya sis nk beli Osaka Amazing Pass 2 days tapi entahla nape dekat Klook juai 1 day jer. So sis terpaksa rombak semua itinerary yg dah plan 3 minggu uollss.. sabar jerla. So hari kedua ni, tak byk sgt aktiviti nk buat. Cadangnya nak redeem Kansai Thru Pass 2days and Osaka Amazing Pass 1 day dekat tourist information namba then nk g Osaka Castle dan seterusnya jalan-jalan dekat TENJINBASHISUJI SHOPPING CENTRE. Malamnya nk jenjalan Dotonbori. Tennoji Zoo plak hari Isnin tutup. Smlm mmg tak sempat dah sebab ttp kul 5pm.

Harini ceria berbanding smlm😄

First thing first kami ke Osaka Castle dulu. Ptt castle ni leh redeem pasaki OAP tapi tula terpaksa simpan utk benda lain.Jom layan pic dekat sana:

Di depan pintu nk masuk ke Osaka Castle

Peace!✌

Cubaan melompat

Tak larat arr

Lepak jap

 Ok dah dekat skit dgn Osaka Castle

Jenjalan dlm museum sbb tetiba hujan dekat luar. So kecian Eijaz. Panaskan badan jap sambil jenjalan dlm tu

Amik pic dengan patung Ninja.Eijaz cam biasa "akuttt"😻

Ni dah keluar dr kawasan castle. Nak menuju ke Namba station nk redeem pass semua.

Takdela plak pic beratur depan Namba Tourist Information Counter. Tapi dekat sini sis redeem semua pass yg ada. Tak lama sgt pun beratur sbb depa very fast & efficient one. Lepas tu jenjalan dekat TENJINBASHISUJI SHOPPING CENTRE. Kami tak g OSAKA MUSEUM OF HOUSING & LIVING pun nk kena bayar so malas la.

Kawasan shopping street ni panjang gila. Mcm tak jumpa ending la kiranya. Sis cari biskut kapal yg famous sgt tu. Akhirnya jumpa murah dekat sini. 84yen. Okla tu. Ada kedai 106yen. Ni paling murahla. Org kata nk murah lagi dekat Nara. Tapi tak jumpa plak smlm. Takpela..memana jerla. Sis borong byk gakla untuk sedara mara jer. Sebabkan masih awal even cuaca cm nk gelap dah sbb 5.12pm dah maghrib yer time winter ni. So kami decide nk jenjalan area Dotobori plak. 

Masa ni terjumpa Aeon so konon nk cari lugagge harga dlm 3900yen. Hampeh takdak.

Ok dah sampai..

Blakang tu kalau nk makan crab bakar dorg kata sedap. Sis masa ni taktau pun. So tak terpikir nk beli. Lepas tu dtg hari rabu malam nk try. Sold out la plak. Sdgkan baru pukul 7pm

Masa ni kami tak prasan Glico Man sign lagi. Adoi kelakarnyalah sdgkan depan tu jer. Dekat bridge depan kami. Yang kami dok sibuk nk bergambar dekat Shinshaibasi Shopping Street. Ni pun panjang gila street dia. Mmg style cmni kot shopping street dorang.

Then sis ajak suami makan dekat Zerohachi Yakiniku sbb halal dekat sini. Terletak di OCAT (Osaka City Terminal) level 5. Mula2 pening cari..nasib baik ada org jepun tlg asisst. Best gila makan sini. Kami amik 2 zerohachi set. 2700yen sorg. Berbaloi gila. Dlm rm180 jer. Sis rasa okla harga dia sbb mcm2 set tu ada. Kenyang gila kot. Eijaz pun makan. Lega masa ni tgk dia makan. Kalau tak asyik tido jer. Susu pun minum skit jer & tak hbs plak tu.

Lepas ni sure nk dtg sini lagi..hahahhah

On top of that depa bg lagi satu meal. So dpt 2 meal. Sis amik sukiyaki dan set kambing. Sedap gila oiii...hahahhaha. Sempat snap sukiyaki jer.. Yg kambing sbb kusyuk sgt makan so ada video dekat ig jer..hahahah

Settle makan dalam kul 9pm lebih kami pun bergerak blk. Letih dan kenyang at the same time. Kami naik JR namba line jer sbb boleh turun JR shin imamiya station which is dekat jer ngan airbnb. 

ok ni pass yg sis dah redeem dekat Namba Tourist Information counter. Atas tu ICOCA card. Yg ni dia mcm touch & go. Boleh guna utk byr dekat mart dan jugak any train station. Valid 10thn yer.. sbbkan msg2 ada 840yen lagi so kami simpan dululah.

Then OAP. Yang nila sis pakai utk masuk segala attraction dekat Osaka. Subway dekat osaka pun free jugak kecuali JR line. Yg ni nk guna esok. Pttnya nk beli 2 hari tapi takde jual dekat Klook. Sekali masa g redeem dekat Namba dorg ade jual 2 hari. 3600yen dlm RM118 ajer.

Bawah sekali tu is Kansai Thru Pass. Yg nila sis pening masa nk beli pass dorg sbb byk gila utk Kansai ni. Mcm2 jenis ada. Yg ni sis akan pakai utk travel ke Kyoto, Kobe & Himeji. Luar dari Osaka la kiranya. Masa g Nara tak guna ni sbb sis beli utk 2 hari jerkan. Lagipun Nara dekat jer. Naik Kintetsu Line jer dlm 40min dr Osaka.













No comments:

Post a Comment