YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Saturday, January 28, 2023

KANSAI TRIP AFTER LONG COVID PANDEMIC👀

KUL/KIX MH52 1040pm (Saturday 21st January 2023

Sunday 22nd January 2023 (Osaka-Nara)

Harini kena pi Airport awai sbb risau jem sempena cuti Tahun Baru Cina sampai Selasa. So dlm 6pm lebih dah gerak.Mcm2 dalam kepala otak sbb risau la jugak. Dah lama tak travel jauh kan. Last travel jauh pegi Jakarta bulan 10 tahun lepas. Tupun sbb menumpang rumah Nora dan jakarta 2hrs flight jer. Tak risau sgt dekat anak. Jadinya Jepun ni boleh kira flight yg lama jugakla which is 6jam bersama Eijaz dan kami travel pada musim sejuk yer..

Pukul 7pm dah selamat sampai KLIA. Alhamdulillah tak jem pun. Settle terus drop luggage and pegi dinner KFC dekat Anjung tinjau. Tempat KFC dah bertukar daaa..Tapi okla. Dekat ngan surau dan tandas so selesa dan senang sambil lepak makan tu kan.

Ceria sebab lepas makan KFC

Sis pun tak ingat dah what time flight departs tapi si kecik ni aktif benar mlm tu. Payah nk tido. Menyibuk nk makan sekali. Sbb lepas flight take off jer tak lama lepas tu MAS dah provide dinner. Kami dok kenyang lagi..yerla br hentam KFC. Tapi sbb cm sedap jer tgk food tu so melantak jerla.Hahahah. Tak lama lepas tu Eijaz dah start ngantuk. Stewardess pun dah pasang basinet. Nampak mcm kecik jer utk si kecik ni..End up mmg terkeluar kaki dia masa tido👶kelakar plak tgk.Kitaorg dah agak nnt mesti dia jaga sbb Eijaz ni tido buas jugak.Suka pusing2. Dah half way perjalanan mmg btl la dia merengek menangis dah terjaga. Jadinya terpaksala angkat dan meriba dia sepanjang flight tu. Lenguh pinggang beb!hahaha. Terpikir kalau flight g LHR cmnala nk hadap 12jam cmni. Tak mampukan nak naik biz.lol..Tapi tetap bersyukur dgn rezeki Allah Taala bagi ni.RM490 ja weii flight ticket. Sapa nak bg byk tu.

Alhamdulillah selamat sampai dlm pukul 6am waktu Osaka 22nd Jan 2023. Jepun cepat kita sejam.

Sampai2 kena register kan diri dalm satu website ni. Kena declare semua dlm tu. Kami blur mulanya. Nasib baik ada staff dorg asisst. Kejap jer settle. Then lalu kastam pun mudah. Settle kastam g collect beg kena declare brg apa yg dibawak plak. Sadly beg kami pecah😭

Nilah keadaan beg ni. Dahla beg ni asal dpt sbb beg Italy pecah lepas blk dr Ho Chi Minh.ERMMM

So kami pila settlekan dekat baggage claim. Dptla USD20 ajer yer which is equivalent to 3900 yen. Beg apa nk beli dekat sana??Mmg takdak pun. Harga sana kedai bodoh2 pun depa juai 10k yen ke atas.Tapi takpe. Taknk benda cmni spoil kan holiday mood. Kena let go and pikir nntlah..Now nk g solat Subuh.Jgn taktau Kansai Airport ada prayer room yer dekat level 3. Area office staff sbnrnya. Nasib baik staff airport tunjukkan. So masa dekat prayer room tu bersihkan diri, solat dan tukar baju Eijaz teruih sng.

Cadangnya hari pertama sampai ni nak terus ke Kobe sbb nk redeem semua pass yg sis beli dr klook. Malangnya, Kansai Tourist Information counter bukak kul 9.30am plak which is dlm sejam lebih lagi. Sbbkn taknk buang masa, makanya harini kami tukar plan. Kitaorg g Nara jerlah dan kalau sempat nk g Tennoji Zoo yang dekat ngan airbnb jer. So terus beli tiket train 930yen sorg utk ke Airbnb nk letak brg. Nsb baik leh letak brg dekat lobi dia. So dr Kansai airport kami turun Shin Imamiya Station pakai Nankai line. Direct train jer takde transfer2. 40 ride jer pun.

Sampai station jer, jalan kaki dlm 5 min jer yerr..Letak beg dan ada key lock utk beg kami. Terus bergerak ke Daikokucho station untk ke Nara. Kali ni pakai Kintetsu line which kami kena tukar train dekat Osaka-Namba station. Perjalanan dlm 40min jugak. Sampai jer Nara terus menuju ke Nara Park sbb kat situ ada byk deer berkeliaran. Walau sis cm takut2. Tapi jinak gila dan pandai plak tunjuk hormat bila org bg dia makan. Cerdik btl binatang ni. Eijaz plak cm biasa takut jer dia..Tetiba tak lama pas tu dia tido...hahaha..Org nk bg dia tgk deer dia pi lena plak..lol..

Masa ni dia dah start nk tido dah. Yerla cuaca pun sejuk. Eijaz pun tido tak lena sgt dlm flight. Kami pun mata dah rabak gak ni. Mmg rasa letih gila. Tak suka btl timing flight MAS ni..hehehhe

Tepi2 tu ade deer tapi tak masuk dlm ni..hahahha. Sbb deer dia besar2

Then kami bergerak ke depan sbb nk cari Mochi kacang yg sedap sgt org cakap. Well mmg betul sedap pun sbb cara pembuatan dia pun best tgk. Yg tu ada video jer..Malas nk attach sini.

                                                                            Sis suka sgt

Byk kali gakla kami melayan show dia uli tepung mochi tu. Laki sis plg suka..siap tunggu lagi sbb nk diri first row. Tk lama pastu kami cari tourst information centre dia sbb ada prayer room. Best Kansai ni. Nk solat pun mudah. Toilet pun ada air.

Masih lena masa take turn nk solat. Lega jugakla. Dptla kami berehat kejap dan makan pape isi perut utk lunch. Terasa penat dan lapar gila. Eijaz plak kurang minum dan makan taknk sgt.Kaku jer dia kat luar. Sejuk kot so sedap tido la kan.

Kami pun taknk lama sgt dekat Nara sbb basically tu jer aktiviti dia pun. Tgk deer and bg makan then makan mochi. Kami decide nk blk hotel jerla sbb masing2 pun dah penat gila. Tak ckp tido kan. So dlm 4.30pm dah sampai airbnb dan check in la apa lagi

Cara nk check in pakai phone call..Hhahah. Then dorg bg benda ni. So sng gila.

Bilik alhamdulillah selesa gila. Cuma bantai tido tak ckp. Ada ke patt dia bg dua jer bantail. Kecian laki sis kena tido beralaskan towel jer. Ermmm.. Tapi yg lain semua superb.Malas nk tepek gambaq kat sini.

Lepas dah mandi, kemas pape yg ptt. Maka bermula sesi mengurut. Heheh..kaki sakit sgt dah oii. Esok nk sambung steps lagi....











No comments:

Post a Comment