YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, January 30, 2023

Tuesday 24th January 2023 (Osaka)

Hari ketiga di bumi Osaka. Sejuk gila..heheheh. So far Eijaz ok cuma hidung ada darah2 skit sbb taik hidung dia cm kering. So dia suka mengorek pastu makan..Euwww Eijaz...Ok harini kami nk utilize sebaik mungkin OAP 1 day tu. Kita merancang tapi Allah jugak penentu segalanya la kan. Jom sis story

First stop, kami pi Umeda Sky building dulu sbb dia bukak 9.30am. Pattnya nk g Tsutenkaku Tower tapi dah bukak kul 10am. Walaupun dekat jer ngan rumah tapi terpaksa pegi yg jauh dulu. Takdela jauh sgt. Dari Daikokucho station kena stop dekat Osaka-Umeda station. Dari situ menapaklah apa lagikan.

View dekat atas. Angin kuat sgt

Ada org cina Malaysia tolong snap.

Umeda Sky Building ni nk masuk dlm 1500yen. Antara yg termahak jugakla. Sbb tu nk grab this oppurtunity. Masa ni dah turun dari eskalator dia. Mula2 kena naik lift. Lift dia boleh tahan tinggi jugak. Lepas tu naik eskalator. 

Settle sini kami patah blk ke area rumah sbb nak g Tsutenkaku Tower dan nak main slider dia. Tower a bit boring. Harga dlm 800yen & slider dlm 1000yen. So total dekat Tsutenkaku Tower dah 1800yen sorg. Okla kan.

Muka cuak nk naik slider. Hahahha. Video tak lepas plak so yg ni jerla pic yg ada. Boleh tgk slider dekat sini Tsutenkaku Slider

Lepas husband mestila sis plak kan. Sis pun excited gak nak naik slider tu..hahahha.

Settled sini kami plan nk ke rembat 3 lagi free atractions utk OAP ni. Iaitu, Santa Maria Cruise, Tempozan Ferris Wheel & Captian Line cruise. Semua tempat ni dekat ngan laut. Dekat sini total kalau spend 3900yen. Rugi byk dekat sini yer sbb tak dpt naik semua tu.Sampai jer sana. Malang tak berbau. Harini angin plak kuat gila. On the way dari Osakako Station kami berjalan ke sini which is dekat jer tapi angin terlalu kuat sampai nk melayang oiii.. Kecian Eijaz. Rasa nk nangis dah masa ni. Dgn anginnya,sejuknya. Taktau nk ckp camna dah. Elok sampai dekat kaunter Santa Maria Cruise..depa pun closed sbb strong wind..Dammmnn!!Dah sah2 la Tempozan pun closed. Captain line pun sama. Sebelah Santa Maria Crusie ada Kaiyukan Aquarium. Tapi ni kena byr skit. Terus takde mood.

So ajak husband solat dekat Tempozan Market. Sbb katanya ada prayer room. Alhamdulillah kami dapat bertenang dlm market tu dan rehatkan diri jap setelah berjuang melayan angin ribut..giteww

Bersih dan selesa prayer room dia. Cuma kena amik kod no untuk enter dan dorg bg masa 30min jer.

Lepas solat sis dok pikir mana la nk g ni kan. Pikir punya pikir akhirnya sis decide ajak husband patah blk ke Umeda station sbb naik naik HEP ferris wheel jerlah since tak dpt naik Tempozan Ferris Wheel kan.

Leh tahan gayat jugak & goyang2 sampai husband kecut perut..hahahah..adoii..Anak plak br bgn tido. So dia senyap jer dlm tu. Speechless jugak dia. Papepun sis enjoy jer. Yang ni 600yen. 

Lepas tu kami patah blk ke area USJ sbb walaupun tak pegi Universal Studio sbb budget takdak. Tapi kami nak g Hard Rock Osaka yang terletak sebelah USJ jer.

Rupanya USJ pun byk ride takleh jalan sbb angin kuat. Rugila sapa yang dtg harini.

Nampak cam tenang jer kan tapi angin kuat kot masa ni

Harini dlm sejarah Selasa 24th January 2023, selama kami hidup kami dpt merasa salji fresh yg turun buat pertama kali yerrr. Sblm ni dpt merasa dekat Seoul. Tupun saki baki salji jer. Dan masa dekat Swiss Jungfraujoch pun sama. Husband la plg happy sbb dia nk sgt merasa salji fresh turun. Kira ni birthday present dialah yer..hahahha

Depan HRC Osaka. Cam biasa kami beli fridge magnet guitar utk collection. Dlm ni jer jumpa Melayu Malaysia. Kalau tak mana2 jer jumpa Chinese.
 

Husband excited nk cari topi panda dekat Eijaz. Tapi apakan daya, takde jual dekat luar USJ. Kalau nk topi panda hanya dlm USJ..Alaaa..Ni kena dtg blk lah. Takpela tunggu Eijaz besar skit baru berbaloi nk masuk USJ. Kita masuk sekali Tokyo Disneyland..heheheh

Sejukkk!!

Dan lagi!!Saja nk mencapap kat blog sendri

Dari sini kami nk ke last place and last redeem for OAP utk 1 day ni. So terus gerak naik train dekat Universal City ke Namba sbb nak naik cruise dekat Dotonbori. First time dlm train, agak bising berbanding train2 kami naik sblm ni. Maybe sbb ramai budak2. So dorg tgh excited lepas g USJ kan.

Jenuh mencari kedai kuning. Rupanya blakang kedai kuning tu jer kaunter nk redeem Tonbori River Cruise. Yang ni 1000yen. Time ni sejuk gila sbb angin kuat sgt. Ni tgh beratur nk naik cruise.


On the cruise. Dlm 20 min jer. Trip dia cuma area dotonbori tu jer. Tapi best jugakla. Cuma taktahan sejuk dah ni. Naik beku jadinya.Huhuhuhu.

Eijaz seriau tgk cekak sis..hahahha

Hahahha. Dia nk pakai sbnrnya. Eh budak ni dia tu baby boy kot...

Ok ni pose wajibla kan. Depan Glico Man Osaka. Ramai amik pic depan dia. Famous btl dia...

Gittew!!

Sis plak la...

Selamat dah hari ketiga dan tamatlah penggunaan OAP utk Osaka trip ni. Esok lagi best yerrr..yeayyy!!!





No comments:

Post a Comment