YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Tuesday, September 24, 2019

UK ROAD TRIPPING (Liverpool)

12-13th September 2019
Thursday/Friday
KUL/LHR/LIV

Ok mcm biasa kami ni kalau tak berjalan tak sah kan...hahah..Kalini tempat musafir kami pilih London.Lagi sekali?hahahha..takdelah exactly London jer. Basically UK. Masa survey2 public transports rasa mcm mahainya UK ni. Beza dengan Europe yang mcm murah skit. So last sekali kami nk try sewa kereta plak sbb rasa mcm boleh buat dan nk cuba pengalaman baru. Plus, UK kita drive belah kanan so sama jer. So takdela awkward sgt kot nnt. So dalam 2 bulan perancangan, survey skit2, tanya kawan2, google mcm2 and we are so ready to go. Tak sangka bila plan drive rasa mcm senang skit nk rancang sbb takyah nk pikir nk duduk dekat ngan train ke, bus ke, city centre area ke which hotac dia sgtla mahal kalau stay dekat skit dgn kemudahan pengangkutan awam.


Flight kami of course la MH flight. Apa lagi kan dah sah sah pakai foc staff tix. Alhamdulillah mampu untuk beli. Bertolak Khamis malam MH2 1130pm. Sebab husband kata nk kena sampai hari Jumaat jugak kot2 solat Jumaat jumpa Mosalah...yer yer jer..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12jam lebih. Sebabkan dah malam so tido jerlah. Lagipun nak ambil tenaga utk esok. Seat kitaorg 30AB. Suka duduk tepi window tapi bila nk pi tandas erm jenuh nk keluar..Bgn tido bgn tido akhirnya sampai jugak di Terminal 4 Heathrow airport. Kalini dah tak payah isi visa arrival. So proses mengadap kastam senang dan laju. Tak sampai sejam dah settle semuanya. Kitaorg pun menuju ke kiosk sewa kereta lepas keluar dr gate tapi org takde lagi sbb bukak dlm pukul 7.30am. Tapi dia dah tulis dah terus jer proceed amik free shuttle bus dekat gate 2. Dlm 7.30am kami tggu bus, 7.35am bus dtg, 7.40 dah tercongok dekat opis Budget car rental. 7.50 dah sampai giliran kami dekat kaunter.


Sepatutnya collect kereta pukul 9.30am tapi since dah smp awai kan so dia letak collection time at 8am. Okla tu takyah nk delay2 kan lagi trip kitaorg yg jauh lagini. Dahla seharian tak mandi, tido pun tak brapa ckp ni.. So rental offfice Budget tak jauh sgt pun dgn terminal 4. Plg best kami dpt harga yang sgt berbaloi-baloi. 8 hari dlm RM626 jer. Tupun book dekat website US bukan UK. Kalau web UK dlm RM900 lebih gakla. Maybe sebab tukaran duit kan. Masa dekat kaunter tu kena kuatkan semangat utk menolak segala offer yg diberi. Macm kitaorg, dah siap2 beli stand alone insurance dekat icarhireinsurance. Murah berbanding beli dgn rental company yang harga nya boleh sama dengan harga sewa kereta. So insurance kitaorg RM146 jer. Penting ada insurance ini selain doa dan tawakkal. Usaha kena ada jgk kan. Papepun, mintak Allah jaga dan lindung. Mcm kami, 2 kali kami lalui situasi cemas dekat highway. First masa nk ke Liverpool, tetiba ada besi besar dekat tgh2 highway. Nasib husband dpt elak. Lepas tu masa nk g Cotswold itik tetiba melintas..pun husband sempat elak. TQ Ya Allah.


Kereta Hyundai i10. Best keta ni. Jimat minyak. Kitaorg isi dlm 4x kali. Tggal half jer isi sbb nnt nk pulangkan kena full tank. Yerla dah amik full tank.👀 Luggage pun nsbla muat2 jugak even ada additional...gituu..

So perjalanan kami ke Liverpool mengambil masa 4 jam jugaklah sbb dlm kul 1230pm sampai. Org yg plg tak sabar sudah semestinya husband. Mcm takleh nk singgah mana dah deni..hahha. Ingt nk gakla pi Stoke-on-trent sbb mama ada pesan sudu UK..tapi dah laki tak sabaq..hahhaha. Sampai jer Liverpool, tempat pertama kami tuju is Anfield Stadium. Patut sampai2 jenjalan city dia. Sampai sudah tak jejak city pun..lol..dah asyik nk tawaf stadium ja laki aku tu..Plan husband nk solat Jumaat pun ke laut dah..Takpelah musafir kan. Dimaafkan..


Chewah..


ewahh..


Tudia arrr..


Dok sat..


Masa ni bini dah bebai ajak check in.


Bini nk topi ni..


Nmpak tak muka dah berlemuih

Lepas g fan shop dia, kami pun blk check in dlm kul 3pm. Dekat ja rumah tu. Kalau jalan kaki dlm 15minit jer. Tu yg husband nk sgt sbb dekat so that dia leh jalan g stadium hari2. Sampai jer terus mandi, makan dan tido la apa lagi. Hbs plan nk g city semua. Memang tak sedar apa dah. Tersedar malam kul 11pm bgn solat dan smbung balk tido smp la 4am esoknya...hahahha






Friday, March 1, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (13FEB)

Wednesday, 13th February 2019
KLIA

Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT sebab kami semua selamat tiba di tanah air pada jam 7.45am. Awal 25minit dari waktu asal. Peh..rempit ke apa pilot Oman Air ni?hahahah. Bila dah sampai jer memang rasa seronok. Btl la org ckp hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendri. Baik lagi hujan batu kan. Tapi rindu tetap rindu dekat Mekah & Madinah. Insha Allah, aku berdoa semoga Allah akan menjemput kami lagi menjadi tetamu agongNya👌👫. Semoga segala doa-doa kami di sana Kau kabulkan kerana sesungguhnya Kau Maha Mengkabulkan doa-doa hambuMu Ya Mujib.


Alhamdulillah dikurniakan rakan-rakan jemaah yang hebat akhlak mereka. Semuanya baik dan bertimbang rasa walaupun adala silap skit tapi itula manusia kan. Kita bukan maksum.


Masa ni tgh borak2 lagi sebelum berpisah. Sedih jugak sebenarnya


Bergambar kenangan terakhir sebelum balik. Pakcik yg sebelah papa tu mmg baik. Diala yang aku terpaksa kejut bangun untuk tukar seat masa mula2 dtg. Kdg2 pikir rasa bersalah plak sebab dia tak marah lgsg pun.


Nila serban org Oman yang husband beli. Dipanggil 'Kumma'. Dapat 5 OR dalam RM54..pehhhh..tapi oklakan. Biar menyesal beli dari menyesal tak beli mcm aku. Aku dah kenan satu kasut ni. Harga 9 OR dalam RM97. Tapi tak beli sebab konon rasa membazir..hahahha..last2 satu duit Oman pun tak usik. Kitaorg bawak skit jer dlm 50 OR lebih kurang RM550. Actually mutrah souq tu pun takde ape sgt. Brg2 dia benda yang sama jer tiap kedai. Takde yang menarik sgt. Best lagi Grand Bazaar Istanbul..hehehehe.

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (12FEB)

Tuesday, 12th February 2019
Mekah Al Mukarramah - Muscat International Airport

Dalam pukul 1.15am sampai hotel terus siap2 dan turun bawah. Mata mmg dah rabak sgt tapi tahan jerla. Kang dalam bus tido. Masa ni kami terikat dengan pantang larang tawaf wada' so aku pun takdela nk amik pic pape dah.

Kami semua naik bas dlm pukul 2am. Ada satu family tak sampai lagi. Dorg stuck dekat sana sebab semua pintu ditutup. Terpaksala tggu dorg. Dekat pukul 2.40am jgkla baru dorg naik bas. Nasib tak kena tinggal. Bila bas dah gerak aku pun apa lagi tido jerla. Pengsan terus.Perjalanan mengambil masa dlm sejam.

Pukul 3.45am dah sampai Jeddah Airport. Rugi rasa tak dpt gi Masjid terapung di Jeddah. Turun dari bas dah rasa sejuk ya amat..Mama dah menggigil mcm nk demam. Kecian dia. Kami terus masuk airport dan settlekan check in. Kecik jer airport Jeddah ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar even sebelum ni dgr mcm2 karenah birokrasi pak arab ni. Air zam zam yg kami bawak dlm beg pun lepas jer even mutawwif cakap taklepas mula2. Dptla minum dekat dalam gate. Subuh pun kami solat dekat dalam gate jer. Mama plak dah tak boleh nk sentuh air dia kata tak tahan sejuk dah. Pegang badan dia pun mmg sejuk sgt. Taktau nk cakap apa lagi.

Kami dibekalkan dengan nasi ayam penyet utk lunch nnt. Tapi sbb dah rasa lapar terus makan untuk breakfast. Dekat Jeddah Airport ni kena naik bas di terminal. So dalam pukul 7.30am bus dah sampai. Flight WY672 JED/MCT untuk pagi ni adalah boeing dreamliner. Memang besar seat dia. 3-3-3


Ralat sgt takde satu pic kami depan aircraft ni. 

Perjalanan menuju Muscat dari Jeddah mengambil masa dlm 2jam lebih. Dijangka sampai pada pukul 1220pm. Dalam flight dapat seat sebelah husband dan sebelah aku kosong so dah plan nk baring dan tido. Tgh sedap tido kena gerak sebab ada meal disediakan. Even masih kenyang tapi makan jer sbb nnt dekat Muscat takde provide makanan. Lagipun harini ada half day tour dekat Muscat. Sebenarnya dah penat sgt tapi kena kuatkan diri..huhuhu. Flight Oman ni taktaula napa aku rasa panas jer. Husband ckp sebab aku suka bebel panas dekat Mekah. Ala tak sengaja pun ..huhuhu..tapi mmg panas flight ni. Paling panas sampai tido pun berpeluh peluh. Masa dr KL ritu pun panas tapi still okay. Cabin crew dia pun ckp panas.


 Selamat tiba di Muscat Aiport pada pukul 1215pm.. Mmg lawa sgt airport ni. Ada class. Actually ni airport baru dorg. Yerla kan negara kaya. Masa kami pi ni tukaran is 1OR=RM10.80..gilaaa..hahahahah. Harini nmpak gayanya tak mandilah..


Dekat Oman ni kena apply Visa transit. Taktaula berapa kan sebab semua mutawwif yang sediakan. Kitaorg just isi form jer. Lepas tu terus solat Jamak Zohor dan Asar dekat airport. Surau dia sgtla cantik. Ralat jugak kenapa tak amik pic masa ni.

Plan asalnya bas akan sampai pukul 2pm tapi dlm 2.30pm baru sampai. So nk kill the time ramai yang tido dekat sofa termasukla mama dan papa. Papa kalini nmpak letih. Kalau masa nk dtg ritu tido pun taknk. Sebab katanya susah nk lena. Mama plak demam teruk. Risau jgk masa ni sebab takbeli insurance utk dia. Hanya beli utk papa jer. Mama siap taknk ikut trip Muscat ni. Dia request nk stay airport. Tapi paksa jgk dia ikut sbb nnt berpecah susah. Lagipun dia boleh jer tido dalam bas.

First lawatan: Masjid Sultan Qaboos. Besar dan cantik. Ingat nk solat tadi tapi tour guide bg masa 15minit jer. So takdptla nk masuk dlm tgk. Taktaula nk masuk ikut pintu mana sebenarnya. Bergambar dekat luar jerla.




75% org Oman ni bermazhab Ibadi. Still islam cuma lain skit dorg ni. Tapi dorg bukan Syiah la. Cuma sikap toleransi dorg dekat both Sunni dan Syiah sgt kuat. That means susah nk dgr kes2 terrorism dekat sini. Even org Syiah pun ada kawasan dorg which kitaorg akan g nanti

Selepas tu kami menuju ke Al-Alam Palace. Agak jauh dekat sejam jugaklah.


Cantik kan view dia?


Depan palace Sultan Qaboos.

Akhir sekali kami di bawa ke Mutrah Souq. Shopping dan makan dalam sejam jer dia bg masa. Mcm tak ckp jer..So kat sinila area org Syiah menetap. Maybe sebab dekat dengan Iran. Hanya dipisahkan dengan laut jer. Lagipun kalau waktu malam, dah boleh nmpk Iran dr jauh.


Depan Mutrah Souq. Mengadap laut yang sgt cantik. Dekat sini pun ada masjid Syiah. Tak dpt dgr azan org Syiah...sbb Asar dah lepas. Maghrib plak lambat lagi


'Songkok' org Oman. 3 riyal


Jemaah Islamiah😜 4 riyal. Tak beli pun


Pemandangan di tepi laut. Lawa. Hujung sanala Iran. Dekat sini mmg ramai mat salleh lepak & chill chill. Dalam pasar pun byk org dorg. Memang kena pau kaw kaw punya..huhuhu. Tapi Omanian ni friendly. Senyum jer muka dorg. Kdg2 tgk dorg ni mcm Indian pun ade gak sebab kulit gelap skit. Kalau tgk Sultan Qaboos dorg pun mcm bukan features org Arab jer. More to Indian features.

Dalam pukul 5.45pm bas dah bergerak ke airport. Tour guide ckp kena awal skit sebab jauh dan trafik agak sesak time ni. So follow jerlah. Alhamdulillah pukul 7pm dah sampai airport. So solat Jamak takhir dekat airport. Papepun masuk gate dulu. Kang solat dekat dalam. Memang taksempat dah nk jenjalan. Terus menuju gate jer sebab flight akan depart pukul 9.25pm. So masa dah tak byk. Nasib beg semua dah takpayah pikir. Pikir diri sendri jer..hahhaha


Ni jer sempat snap sebab nk cepat masuk dlm. Seat pun taktau lagi cmna nant. Since Oman Air ni allocate seat yang berterabur dekat kitaorg. So nnt kena based on courtesy la. Buatnya org sebelah group umrah yg sama jgk takpe. Tapi kami tgk ramai yg transit dr London nk balik Malaysia.

Alhamdulillah dapat seat sebelah husband. Semua dpt duduk sebelah kecuali MCT/JED sbb seat bertiga so husband terlepas ke belakang. Yg balik nipun sbb husband duduk sebelah wife Fazli (satu group umrah dgn kami). So senang jer tukar. Mama plak pakcik ni ajak tukar (pun satu group umrah). So dia pun dpt duduk sebelah papa. Duduk seat tgh yang ber4. Kami cam biasa dapat tepi 2 seats. Bgs jugak papa duduk tgh kalau tak nnt asyik nk bukak tingkap jer..hahahhah. Tapi rasanya 22 pun dah flat. Sure tido jer..Husband pun tak dan buat apa dah terus pengsan. As for me, aku plak tak rasa ngantuk. Adoiiyaiii..

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (11FEB)

Monday, 11th February 2019
Mekah Al Mukarramah (Hari terakhir)

Sedar tak sedar dah hari terakhir di bumi Mekah Al Mukarramah. Sedihnya Ya Allah. So ustaz dah pesan awai2 utk turunkan beg dalam pukul 2-6pm dan letak di lobi. Tawaf Wada' plak boleh dilaksanakan malam nnt pukul 10.30pm sbb bas akan bergerak ke Jeddah Airport pada pukul 2am. Tak perlu pakai ihram cuma kena patuh dengan pantang larang jer. Ustaz cakap boleh balik bilik untuk tido sebentar.

Balik dari subuh nmpk mama dengan papa dekat luar hotel. Mama cakap dia nk buat Umrah ke 5 harini. Dia nk follow bas group lain. Dia cari member dekat sana. Kenalan org Sarawak terus geng dan follow group makcik tu😎Papa plak teman jer mama. Dia tak buat rupanya..hahahha

On the way nak pegi Zohor dengan husband dan papa terserempak mama baru nk balik dr masjid so terus jer ajak dia g masjid. Selesai solat Zohor terus ajak depa pi shopping, pegi tgk jubah sbb papa nk beli dekat adik. Syg sungguh dia. Sdgkan dah beli dah satu dekat Madinah. Bawak depa masuk mall dekat Safwa Tower sebab situ mmg meriah jubah2 dia. Cantik-cantik. Dah puas pusing2 akhirnya mak aku kenan yang aku kenan...lol..so terus beli. Lepas tu beli jgk perfume dan gelang lagi. Sebab ritu beli dekat Madinah mcm tak ckp nk bg kengkawan.


Nampak penat dah muka depa. Kecian tgk. Ibadat ni biar buat masa kita masih muda. Sebab tenaga masih kuat even aku pun rasa penat sgt tiap kali lepas Umrah. Mama berjaya selesaikan umrah 5x. Alhamdulillah. Papa plak dpt buat 4kali umrah walau dia tak berapa sihat. Ya Allah semoga kau beri kesembuhan dan kekuatan kepada mereka. Aminn.

Lepas Isyak aku ajak husband beli burger Broated King Chicken plak. Hari tu dah try ayam dia. So kalini kita try burger dia plak. Lepas ni entah bila lagi kan. Duit riyal pun masih ada lagi sisa-sisa terakhir.

Sebabkan malam nnt nk kena buat tawaf wada', so plan nk tido jap lepas makan sbb hari2 terakhir ni mmg dah rasa flat sgt. Lagipun dah rasa dah mesti tak tido sgt nant. Yerla kul 2am dah nk ke airport.

Sekali tersedar pukul 11pm. Tupun aku yg sedar. Ya Allah dah lambat. Cepat2 kejut husband dan siap. Dlm pukul 11.30 sampai masjid sekali takboleh turun bawah..haa sudahh..kena tawaf dekat atas which means jauh skitla jarak pusingan dia..dugaan btl. Dahla lambat kan. Kena buat tawaf dekat atas plak. Rupanya King Salman dtg malam ni. Pttla ramai jer tentera dorg di sekeliling masjid tu. Dugaan btl ni..Masa tgh tawaf tu mmg rasa nk give up dah. Siap benti2 nk minum amik tenaga. Akhirnya, dekat pukul 1am jgkla selesai. Alhamdulillah. Cuma rasa ralatla sebab tak dpt buat dekat bawah which dekat dengan Kaabah. Untung sapa yg terlepas buat dekat bawah sebab dorg cakap pintu Kaabah dibuka masa tu.💔Kami yg dekat atas2 ni mmg tak nmpak sgtla..

Masa ni terpikir jgkla mesti penat mama dan papa. Mama lagila penat sbb siang tadi buat Umrah lagi. Masa terjumpa dorg pun dorg dah tawaf dulu sbb dah sampai awai. Dorg pun taklepas ke bawah.


Thursday, February 28, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (10FEB)

Sunday, 10th February 2019
Mekah Al-Mukarramah.

Harini ada Ziarah Pilihan Hudaibiyah. Kalau nak join kena tambah 25 riyal.Ada lawatan ke Muzium Haramain dan Masjid Hudaibiyah untuk miqat bagi Umrah ke 4. Disebabkan mama dan papa nk buat so kami pun ikut jugaklah. Husband plak dia taknk buat sebab katanya kain ihram semua dah seal😐

Aku plak kalau ikutkan hati nk mandi hadas dah sebab tgk panty liner bersih jer. Mcm dah takde pape dah lepas kuar tompok kecik smlm. So decide utk tanya dekat Ustazah Asma. Beliau ditugaskan utk menjaga permasalahan jemaah wanita.

Lepas borak2 dekat dewan makan. Ustazah tu ckp boleh jer mandi kalau yakin dah takde darah. Tapi sebabkan aku jenis ade kuning2 so dia suruh sumbat dengan tisu dan pakai panty liner. Kalau ikutkan 24jam means insha allah balik dr lawatan aku dah boleh mandi. So nampak gayanya tak dptla buat umrah ke 4 sebab nk bergerak pukul 2pm.


Dalam bas nk gerak dah


Dalam muzium haramain


Wow ada feri Penang


Berhadapan muzium. Masa ni dah nk masuk Asar. Ustaz suruh solat dekat Masjid Hudaibiyah jer..


Depan pintu kaabah dulu2.


Masjid Hudaibiyah. Masa ni sempat lagi shopping souvenir dekat kawan2. FM jer pic Kaabah tapi made in China..hahahha..



Sebelum pergi Ziarah sempat lagi aku ajak husband shopping pagi tu. Beli beg tambahan, beg lipat2. Beli untuk mama sebab dia kata beg dia tak muat. Kerusi lipat tu mula2 kawan pesan tapi mcm takdptla nk bawak balik. Mcm susah jer. Tapi harga murah sgt 20riyal jer. Masa ni mmg shopping mcm2. beli sejadah duduk, beli perfume, beli gelang. Jubah pun cantik2. Sebenarnya Jubah di Mekah lagi lawa dan menarik dari di Madinah. Kebetulan mmg mama suruh cari nk belikan untuk adik. So dah plan nnt nk ajak dorg dtg nnt. Maybe esok ke.

Sebelum balik hotel kitaorg plan beli ayam TAZA sebab teringin nk rasa. Lagipun time tu nampak ada peluang cerah sbb tak ramai. Yerla baru pagi kan. Seronok gak shopping pagi2 sbb org tak ramai. Beli ice cream, beli dessert dekat Bin Dawood. Sedap hokay.


Ada caramel dan coklat. Dua-dua i suka

Alhamdulillah balik dari Ziarah, terus g mandi hadas sbb mmg dah takde dah. Bersih jer. Maghrib dan Isyak dah boleh solat dekat masjid. Plus nak memperbanyakkan tawaf sunat. Lepas maghrib buat lepas isyak pun buat. Lega rasa



UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (9FEB)

Saturday, 9th February 2019
Mekah Al Mukarramah

Harini kami akan buat Umrah ke3. Masih dipimpin oleh mutawwif. Untuk umrah ke 3 kami akan bermiqat di Tana'im. Sebenarnya Tana'im lebih dekat dari Ja'ranah. Cuma Ja'ranah pahala lebih skit. So mcm biasa pukul 7.30am dah kena berkumpul di lobi. Ustaz cakap umrah ke3 maybe akan settle sebelum Zohor. Kalau umrah ke 2 haritu selepas zohor baru settle sebab ade g jalan2 kan. Untuk yang ke3 mmg straight je ke Masjid Saidatina Aisyah


Disebabkan Tana'im ni dekat jer. So boleh berniat dekat Masjid terus. Dalam bas takut tak sempat sebab depan sikit dah u-turn dan dah masuk tanah haram Mekah. So ustaz suruh niat di Masjid Saidatina Aisyah jer. Niat plak hanya buat niat badal dah ckp. Takperlu niat utk diri sendri. Time ni pakai telekung Siti Khadijah mama bagi. Thanks mama.


Solat sunat ihram dekat sini. 

Hhahaa, #sebelumdanselepastahalul


Alhamdulillah selesai tawaf dan solat sunat tawaf. Mutawwif cakap sebenarnya niat ihram tu penting sebab kalau dah niat ihram yang lain2 takperlu niat dah. Tapi dia ajar jugakla kita berniat tawaf dan saie.

Balik jer dari solat Zohor dah rasa tak sedap badan. Cek panty liner ada nampak tompokan kecik darah😢😟 kecewa gila. Awai plak dtg nyer. Mula2 mcm frust gakla tapi hanya mampu berdoa semoga umrah ke3 tadi tu masih dalam keadaan suci. So ckp dengan husband, harini mmg duduk bilik jerla. Berzikir dan berdoa dekat Allah semoga dpt buat tawaf sunat dan wada sebab mmg takbuat lagi tawaf sunat. Sebelum ni dah byk kali request dekat husband ckap nk buat tawaf sunat tapi dia asyik ckp nanti-nanti jer..

Malamnya ada ziarah tambahan makan Kabsah Hashi (Nasi Arab Unta) dekat Aziziyah dengan bayaran 25riyal sorg utk bus dah 50 riyal satu talam share dlm 3 org.Mineral 1 riyal. So cakap dengan husband nk trylah. Ajak mama dan papa dorg taknk. Dorg letih. So malam tu siap2 n kami turun ke lobi. Kalini kami join group lain bersama mutawwif mereka. So group2 bercampur2 dalam 2 bas.


Bersama keluarga saudara Helmi. Dia nk blanja kami. Alhamdulillah. 


Sedap jugak tapi lepas makan mmg rasa mcm pening skit...hahaha..untuk yg ada darah tinggi tak digalakkan..aku rasala..


Lepas makan nasi unta kami ke kedai Jus Vitamin. Sejuk gila dekat area sini. 


so kami beli choco berry dan air ape ntah nama. Manis gila. 22 tak hbs minum. At last bagi dekat papa..hahhahah..


UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (8FEB)

Friday, 8th February 2019
Mekah Al Mukarramah

Jumaat pertama di bumi Mekah. Excited rasa sebab nk solat Jumaat buat kali pertama. Dekat sini perempuan pun solat. Tapi yang sedihnya, subuh tak g masjid sebab letih sgt. Taktaula nape, tiap kali lepas buat Umrah mesti flat. Kaki rasa sengal2 dan keras jer. Tgk tumit husband dok merah cun jer. Bini dia dah pecah-pecah.huhuhuhu. Ni kalau dah mula rasa letih sgt rasa2 mcm nk period dah ni. Patutnya dtg 12hb nnt means masa  nk balik. Tapi taktaula kan..

Subuh tadi husband cakap ada buat sujud sajadah. Terlepas aku nk rasa peluang tu..huhuhu. Harini ada ceramah fadhilat tanah haram Makkah, majlis tahlil & bacaan yassin serta taklimat tawaf wada' dekat dewan makan. So mcm biasa bg nama arwah tok2 dan mkck kepada mutawwif. Dorg jugak ada cakap kalau nk bersedekah untuk nasi arab kambing pada jemaah2 selepas ini pun boleh. Sebab tiap jumaat menunya adalah nasi kambing hasil sumbangan jemaah2 terdahulu.

Ustaz yang bagi ceramah kalini lawak skit. Masa dekat Madinah haritu sedih gila sampai nangis2..huhuhu. Nsb kalini kelakar isinya. Sebab rasa dah mcm letih menangis dekat sini..huhuhu.


Kalau nk tau pape info semua ade ditampal di lobi. So takde masalah komunikasi dekat sini even takde internet. Tapi mana yang ada tu lagi senang la sebab mutawwif ade jgk inform dlm group whatsapp.


Rindu...

Malam ni kami nk try makan broasted chicken king plak. Brand ala2 al baik. Mula2 ingt tula Al Baik sbb logo dia sebijik kot. So malam ni beli ayam dia. Ala pic takde plak. Tapi sedap jgkla sebenarnya ayam dia...Jadila since tak dpt ayam Al Baik