YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, December 5, 2011

PUISI UNTUK ISTERI

Entah kenapa hati saya sangat tersentuh bila membaca puisi yang didendangkan oleh Zahiril Adzim untuk Syera Ayob pada majlis resepsi perkahwinan mereka yang lalu..memang saya menangis membacanya...so post harini saya nak share bai-bait puisi tersebut:

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


sangat puitiskan......

Tuesday, November 22, 2011

Skuad Harimau Muda menang emas

....semalam 21/11/2011 boleh dikatakan dalam sejarah la sebab skuad bola sepak harimau muda merangkul emas di Sukan SEA ke 26 di Indonesia dengan kemenangan 4-3 ke atas Indonesia. Game yg berlangsung lebih kurang 120 minit tu memang mendebarkan. Sampai satu masa rasa dah leh nak tgk sebab sakit jantung..kuikuikui...

Kenapa saya cakap bersejarah sebabnya selama 2 tahun berturut-turut Malaysia merangkul pingat Emas dalam Sukan SEA. Lepas tu main plak di padang pasukan lawan Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia dengan penyokong pasukan lawan yang lebih 100,000 ribu ramainya..pewhhhh....sampai ada 2 rakyatnya yang meninggal di stadium sebab kena pijak...boleh ek cam tu?

Tapi, rezeki tetap milik Malaysia. Walaupun perlawanan sgtla sengit dengan kedua dua team terikat 1-1 sebelum akhirnya penentuan melalui sepakan penalti yang telah menundukkan Indonesia 4-3. Manala tak semput dada ni...

Masih ingt lagi ptg tu rasa tak larat nak g tgk game tu sebabnya rasa segan nak menyelit masuk restoran hakim yg confirm penuh macam kat stadium daa...tapi bila pakcik kidir cakap dah cop tempat jadinya gagahkan diri demi menyokong pasukan Malaysia...Yer saya tgk dekat hakim baru Shah Alam atau lebih dikenali dgn stadium hakim oleh budak2 ULTRAS Malaya...dorgla penyeri perlawanan bola tu...dengan gendang,bunga api dan nyayian lagu2 ciptaan dorg membakar semangat semua penyokong Malaysia di sana.

Nilah pengalaman pertama yang takbleh dilupakan..menonton perlawanan final di Hakim. Suasana memang happening, semangat penyokong memang dahsyat. Ada yang tak putus2 menadah tangan berdoa, ada yang menjerit2 marahkan pengadil yang dikatakan berat sebelah...tapi paling tak bes bila ada sorg mamat ni maki2 penyokong indon,pemain indon & pengadil dengan kata2 yg kurang enak didengar..bagi sayala takperlula fanatik or emosi sampai camtu..bukan dorg dengar pun...aihssss

Disebabkan oleh tak sempat nak tangkap banyak pic puncanya memory card hp saya dah penuh....adoi aiiii..hanya satu pic ja yg ditangkap....so check it out....


org tu la yg semangat mengajak saya pergi tonton perlawanan tu..anyway bes sgt....

meminjam petikan akhbar dari Harian Metro 22/11/2011.....

..Emas untuk Malaysia...

..nanti saya nak update entry terbaru mengenai team bola sepak kita yg telah memenangi pingat emas dlm sukan sea selama 2 tahun berturut-turut...

Tuesday, November 1, 2011

Kentang Masak Kicap

Saya nak share resepi masakan lagi. Kali ni kentang masak kicap plak. Recepi maksu saya. Dulu masa belajar dekat UiTM dengan diala tempat saya menumpang kasih sebab belajar kat Shah Alam. Famili jauh di Seberang Jaya...cehh takdela jauh sgt pun. So bleh dikatakan tiap2 minggu saya akan bertenggek dekat umah dia memandangkan saya rapat dengan anak2 dia a.k.a sepupu sepapat yang ada 3 org. Anak dia semua popuan,umur plak ada yg sebaya & tak jauh beza pun dengan yg sulung & yg bongsu.

Jadinya bila dah selalu melepak dekat umah dia, saya rajin jugakla tolong dia di dapur. Yerla kalau menumpang kita watla cara menumpang kan. Kalau boleh jgnla susahkan org, even saya ni tetamu tapi anak menakan ja pun..hehehehheh..Maksu saya kalau masak memang sedap. Mak saya pun masak sedap cuma bezanya, mak saya ni tak suka kalau org kacau dia kat dapur. Dia cakap nanti taste tak samala....taste larila...& macam2 lagila ayat dari mulut dia. Last2 dia cakap...'min..hang pi kemas umah la'..saya plak memang malaih nak mengemas...tapi tu dulu ek....ahaks...

Ok berbalik pada ceta maksu saya. So antara masakan dia yang paling saya suka adalah Kambing Masak Merah, Lidah masak kicap(ha ni my pakcik kidir tak suka..hihihi) & Kentang Masak Kicap. Bila dah tolong dia kat dapur tu saya pun belajarla sedikit sebanyak. Mengenangkan ilmu memasak ni penting di kemudian hari kan!!!!Lagipun dengan cara 'menge'post kannya di blog sekurang2 nya takdela hilang resepi tu even saya ada buku masakan saya sendri tapi cara tu kurang efektif. Takut la suatu masa nanti hilang ke?dicuri ke?terbuang ke?terbagi kat org ke?& etc...

Resepi ni jugak antara masakan yang saya suka masak sebab senang dimasak & antara fav budak2 umah saya jugakla. Asyik fav budak2 umah jakan???hahahha..bila plak fav my sayang???yg tu nanti saya post resepi fav dia plak...okla jom tgk bahan2nya & cara2 membuatnya:

Bahan-bahannya:
(untuk dimakan oleh 6-8 org)

1. Kentang 3 ketul
2. Serbuk lada hitam
3. Bawang besar 2 ulas
4. Bawang merah 2 ulas
5. Bawang putih seulas
6. Kicap manis cap kipas

Cara-cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga kekuningan
2. Masukkan air masak dalam 2 cawan kecil
3. Masukkan kentang yang telah dipotong kecil2
4. Masukkan kicap manis (tuang secukupnya,lagi banyak lagi sedap)
5. Masukkan bawang besar & serbuk lada hitam
6. Biar sampai pecah minyak
7. Siap untuk dihidang.

Haaa..senang kan masaknya. Senang & sedap. Yum2...

Monday, October 31, 2011

Ayam Masak Rendang Pedas

Lauk ni adalah lauk fav kawan2 saya bila saya masak. So saya nak share resepi dengan korang semua especially yang pernah rasa & mintak resepi tu. Resepinya saya mintak dari mak. Tapi taktaula mak saya ambil dari sapa kan..tak pernah nak tanya plak. Harap2 tahu la ek cara nak buatnya. Kalau taktau boleh call me (bg yg ada no hp saya)..

Bahan-bahan:
(untuk hidangan 6-8 org)

-Ayam (selalunya saya suka beli bahagian paha dlm 3 ketul & dipotong 4 bahagian)
-Satu kotak santan/susu cair satu tin (tapi saya suka guna santan)
-Cili kering dlm 12 batang
-Bawang merah 6 ulas
-Bawang putih 2 ulas
-Serai 2 batang
-Lengkuas (sebesar ibu jari)
-Halia (sebesar duit 20 sen,jgn banyak sgt takut pahit)
-Daun kunyit
-Asam keping (sekeping)
-Garam/gula secukup rasa
-Serbuk perisa secukup rasa

Cara-caranya:

1. Mesinkan cili kering
2. Mesinkan bawang merah,bawang putih, serai (ambil yang pangkal sahaja),lengkuas & halia sekali
3. Campurkan bahan2 yang di mesin tadi di dalam kuali
4. Masukkan santan & asam keping
5. Masukkan ayam
6. Masukkan daun kunyit (nak ikat pun boleh or nak potong kecik2 dan taburkan pun boleh..tapi saya suka ikat)
7. Masukkan garam/gula sekucup rasa.
8. Biarkan sampai pecah minyak & rasala kot2 ada terkurang lagi (garam/gula,serbuk perisa secukup rasa)
9. Siap untuk dihidang.

Amacam?mau try?

"Anniversary"

Saturday 29/10/2011

I wish dekat dia thru sms jer sebab dia tgh bersorak keriangan di atas kemenangan N9. Pas tonton perlawanan my pakcik kidir pergi lepak ngan kawan2 nogori dia di kedai mamak. Biasala dah menang kan so banyak postmorthem yang perlu di borakkan..hihihi. So layan mesej pun tak lama sebabnya bateri hp dia dah kong. Saya plak dlm kul 1.45am sampai umah,ngantuk,terus masuk tido. Dlm hati berbunga keriangan sebab sok jumpa

Sunday 30/10/2011

Today is our 2nd anniversary. Mood saya memang happy jer. So saya masak haritu. Dua lauk je pun. Ayam masak rendang pedas dengan keledek masak kicap. Jamu dekat budak2 umah & kawan2 dorg. Kesudahannya memang licinla. Rasa puas gak hati dpt mengisi perut budak2 umah yang sememangnya kebulur...hihihihi..Lepas makan, tido sebb malam nak keluar kan..(besh222) My pakcik kidir ambil kat rumah lepas kerja. Yer..dia keja Ahad tu, tu yg keluar malam. Kitaorg g Sunway Pyramid. Jalan2 & makan2. Lepak makan dekat Kenny Rogers sebab taktau nak makan mane dah. Ikutkan hati saya suka makan Ayam Penyet tapi dah kerap sgt dah so tukar menu plak.

Lepas puas makan, my pakcik kidir tanya...'syg nak apa?'...saya cakap..'nak u'...budget romantik la konon kan...sebenarnya dah malu ni tapi dlm otak dah ligat pikir nk beli pe...Pikir punya pikir..saya cakap nak baju. Nak Miss Selfridge sebab nmpak ada 50% sales. Boleh plak dia cakap pikir benda lain selain baju sebab katanya baju saya dah banyak..Waaa sedihla...So pikir plak benda len... siap tanya plak 'budget syg dlm berape?'...bgs kan saya????hahahha...dia pun jawab..'dlm RM000-RM000'(rahsia...)...ok kita tgk handbeg Charles & Keith la...setengah jam tgk, takde yg kenan.

Waktu tu dah 9.45pm..adoi..kena cepat ni sebab kang mall dah nak tutup...Jalan2...jumpala satu kedai ni...kedai apa ek???biarla saya & dia jer yg tau..hahahha...Memang dah lama teringin nak beli brg dari kedai tu cuma rasa tak sanggup nak spend duit jer...so ajak dia masuk...pilih2 mana yg kenan dihati saya & dia,test, rasa ok jer terus amik... 2 lagi..hahahha sebab sales kan..puas hati..

Anyway, thank you syg for the present....(*wink*wink*)....

"Negeri 9 vs Terengganu"

....Sapa menang?....

Tahniah kepada pasukan N9 kerana telah menjuarai Piala Malaysia tahun ini. Sebenarnya,saya ni bukanla peminat bola sepak sgt baik tempatan ataupun luar negara. Tapi since my pakcik kidir org nogori...so secara tak langsung saya ambil tahu jugakla pasal perlawanan tu. Furthermore, budak2 umah pun semangat nak tgk perlawanan tu. So dari saya duduk umah sorang2 sebab semua budak umah takde and of course, my pakcik kidir pun pergi tonton perlawanan tu, makanya saya pun follow jerk budak2 umah g tgk perlawanan tu dekat umah kawan dorg di damansara. Memang meriah and gila2 la kitaorg malam tu. Tapi bukan tgk game sgt pun,layan tgk muka pemain yang hencem2..hahhahaha...popuan kan..camtula kerjanya.

My pakcik kidir sudah tentu happy sgt sampai hilang suara la di buatnya. Ahad tu jumpa suara dia dah jadi serak2 basah. Dia sendri cakap ada satu masa tu jerit bagai nak rak sampai rasa pening..ish2..tula penangan bola sepak kan.

Hari minggu hari tu memang banyak kenangan yang besh bangat. Selain N9 menang piala malaysia, adala satu peristiwa boleh diklasifikasikan hari ini dalam sejarah(dalam sejarah hidup sayala) Apa ek?ok nanti ceta next entry...hihihi.

Tahniah skuad hoben jang hoben.

Dulu memang taktahula apa maksud hoben tu..tapi sekarang dah tau...:p

Friday, October 28, 2011

Saya Nak Kurus..........

..Last 2 days, i bought pil jamu untuk kurus sebab saya nak kurus. Tapi taknakla kurus keringkan. Sekarang berat 58.5kg dengan ketinggian 158cm. Kalau diukur BMI nya, masih normal la berat badan tu. But somehow my belly too menonjol ke depan...huhuhuhuhu..tu yg tak best sgt. My target is to reduce down to 55kg..kalau 52kg my pakcik kidir cakap skinny dah so tak bes peluk..ish2 macam2 la dia tu.
..Frankly speaking,dah 3 years berat badan 58-60kg. Asyik dalam rank tu jer. Kalau nak ikutkan dulu memang kurus sgt kot. Rasa ringan jer badan ni. Skang naik tangga skit pun dah penat. Sekarang ni dah jadi trend org register gym. For me, whatever you do, you need discipline, preseverance and full commitment. Kalau bayar mahai2 tapi malas nak g gym baik tak payah kan. I rather play sport with my friends. Every Friday night, I play badminton (tapi kdg2 takpun..hihihi) with my bestest friends. For me, it is more relax,enjoyable and fun sebab we can compete with each other. Selalunya my teammate is my pakcik kidir...Tapi yang tak besnya lepas main, kitaorg akan lepak makan...adoi aihhhhh...camne nak kurus.


..Kesudahannya, i decided to buy these things...pil pijut perut dari puteri binari...baru 2 hari pakai so takleh nak tau lagi berkesan ke tak. Saya ni jenis beli ja lebih tapi kdg2 tak hbs makan pun. Dulu beli jusmate5,ada lagi 5 paket tak hbs. Buang camtu ja sebab dah expired.
..Harapannya,kali ni kena tekad,nekad dan berazam betul2 nak dedicated makan pil tu..Chaiyok!!!!!!

Thursday, October 13, 2011

3 bulan...........

........Lama sungguh saya menyepi. Sebenarnya skang busy menyesuaikan diri dengan new environment. Setiap hari berulang alik dari Shah Alam ke KLIA. Perjalanan takde masalah, smooth jer,yerla guna highway kan.Tapi yang tak laratnya...tol yang tiap hari pergi balik RM10..pewww...tu yang letih tu. Duit gaji banyak hbs dekat minyak & tol jew.Berkorbanla sekejap setahun ni.

Kerja?banyak sgt benda nak kena belajar.Airlines industry ni memang susah. Cam saya takde experience langsung kerja ngan airlines. Pastu under Engg&Maint Department plak tu. Banyak term2 baru yang kena tau. Luckily, my manager2 and bos orgnya baik sgt. Banyak membantu dan mengajar saya apa yg patut. Thank you bossess. Yang pasti tak sabar nak tunggu dah confirm kerja. Kalau nak ikutkan hujung tahun ni genapla 6 bulan bekerja. Hopefully everything will run smoothly. Doa2 la bos akan confirmkan saya, sebabnya bila dah confirm banyak benda nak buat. Memang tgh plan sesuatu ni. Semoga tahun depan menjadi kenyataan.Amiinnn...

Lagi satu, tak sabar nak tunggu setahun bekerja, sebabnya boleh dpt tiket free. So bleh jalan2...syoknya. Pastu bleh g honeymoon ker pakai free tickets tu...hihihi..Tapi nak bg mak bapak and keluarga dulu tiket tu. Orang yang paling banyak berjasa dlm hidup saya.Jadi utamakan keluarga kita walau setinggi mana atau sehebat mana pun kita,tanpa mereka kita takde di dunia ini.

Minggu ni balik Penang sebab kawan masa belajar dulu kawen. Pagi Sabtu shoot pergi SP, 2 kereta, then tido Penang. Ahad tengahari, ajak kawan2 lunch dekat umah saya di Seberang Jaya. Mak saya masak. Yum yum. Ni yang tak sabar sgt ni.

Malam ni tgk teater The Secret Life of Nora dengan Sygku..hihihi..Mesti bes & enjoy sebab ramai org cakap bes giler...Thanks to my friend Zizi yang bg ticket RM240 punya seats, tapi we all just bayar RM126 jer. Wah untung sgt. Tu yang best kalau kita ada ramai kawan. Kebetulan dia PA Tiara. TQ Zz..

Okla..nak sambung kerja. Bai

Monday, July 11, 2011

...I will miss my job...

....This is the second entry of today...bukan pe dah takde keja nak wat tinggal nak hand over jer..For 3 years I have been working into training business. lots of ups and downs. Since then, i have came across three tremendous company starting with Health & Beauty company, training provider company and the current one HR consultant company. Training,training,training...tula job scope aku. Bosan?tak bosan pun..bes sgt sebab income bes.. yerla cam wat sales jugak..yang bezanya i don't sell product, i propose IT programme to Institute of Higher Learning all over Malaysia. Senang kot sebab training  tu free je (fully sponsored by MDeC). Been travelled to all parts of Malaysia. Travel sorg ja kot...berani tak berani nya...Aku memang berani pun...heheheh...sentiasa memohon perlindungan Allah. dan mak selalu bg ayat2 pelindung dekat aku. Alhamdulillah takpernah lagi jadi pape. Yela kalau nak difikirkan mana ada popuan yang berani drive kereta sorang2 g johor,perlis,kedah,perak,penang(takpe famili aku kat sana),n fly to sabah semua.. Tapi aku berani...because i love my job so much.
...I love to meet new people, especially to see the lecturer,deans and of course students. Terasa diri ni lecturer sebab selalu kena bg ceramah kat budak2 uni,kolej n poli. Bg ceramah?wow...kawan2 selalu tanya ko bg ceramah pe min?dasyat ek ko..gempak dowh bg ceramah bagai...honestly speaking, aku rasa bangga jugakla..sebabnya dulu aku ni nak kata pelajar terbaik masa skolah tu takdela sgt. Bila masa Uni plak, takdela terur sgt bila bab nak kena present ni. Selalu tgk notes bila nak present..hehehheh..selalu rasa tak yakin dengan diri sendri..rasa banyak sgtla kekurangan..Tapi aku nekadla untuk berubah sebab kalau kita nak berjaya jgn pikir negatif je...kena berani hadapi apa saja...
...Alkisahnya masa mula2 keja bos dah suh present depan staf2. Kiranya aku bg training dekat staf company aku keja tula...hahahha..cam tak caya...memang banyak kelemahan time tu..rasa bersalah pada audience pun ada sebabnya nmpak sgt muka dorg cam borink n ngantuk. Tapi bg aku..tu langkah pertama & aku akan cube lagi. Tak sempat nak cube lagi, dah dapat kerja baru. Kerja dengan training provider. Sesungguhnya di sinilah segala-galanya bermula. Dari satu ceramah ke satu ceramah aku bg. Boleh dikatakan kebanyakan Universiti di Malaysia, private colleges, politeknik aku dah bg ceramah. Audience ada yang 20 org shj,ada yang sampai 300 org pun ada...bila dah banyak bg ceramah, sedikit sebanyak keyakinan dlm diri tu ada. Self-confidence aku meningkat. Alhamdulillah...
...Selama 3 tahun tu la keja aku...mencabar?boleh tahanla. Banyak sgt suka duka nya...kdg2 hampir menangis tapi aku bangkit balik. Sebab kalau tak, camna nak hidup,mana nak dapat duit,camna nak bayar hutang2. Yang penting rezeki tu halal & diberkati..Tapi banyak benda yang aku masih perlu belajar lagi..My buah hati always say Belajar terus belajar....(dia budak GPMS).hehehhe..So takkan selamanya kita nak buat kerja yang sama kan? sampai masa we have to adventure into something new. Itulah yang akan aku lakukan sekarang. Lepas ni dah takde dah training, nak travel pergi IHL pun tak dah kot. Jumpa students, pensyarah semua tu dah tak buat dah....erm perasaan?sedih la...when we love doing something, of course we will miss that so much. Org kan selalu cakap perkara yang kita syg selalunya akan hilang jugak sooner or later. How we lost them it depends on us though.
...This is the choice that i made so i have to accept it with open heart and mind. Hope my future will be bright and better. will be missing everything.

"Peluang dtg hanya sekali......"

...Last week 6th July I was on mc. Flu and cough (the one and only penyakit yang selalu di hadapi)...org cakap sape2 yang berbintang Gemini memang tu la penyakit dia....????betul la kot sebab dari dulu kalau tak pergi kerja sebab selsema & batuk..time skolah & uni pun same. Well anyway, that's not the news that I want to update. There are something more interesting untuk dicetakan.
...Since I graduated from UiTM Shah Alam in BBA (Hons) Transport, cita2 nak berkerja dlm transport industry memang ada. Bak kawan2 cakap,penatla belajar 5 tahun tapi end up working in other different environment. However, that is what most of my uni collegues do for living. Ada yang keja pelbagai bidang. Tapi paling banyak rasanya in sales & marketing. Termasuklah aku. Kawan laki banyak jugakla yang keja dlm transport & logistics company like Northport, IDS, Malaysia Airport,CityLink,Proton and etc. As for me, dah banyak la yang aku apply keja tapi hampeh. Dah takde rezeki kan. Antara company yang aku cube apply are DHL,Proton, Maersk Logistics, MISC,Pos Malaysia, MAS, Ais Asia,TLS Logistics, Perodua and bla..bla..bla..Well i can say 3 years been trying very hardy...
...Org cakap usaha tangga kejayaan kan...kalau kita berusaha sungguh2 mesti akan berjaya jugak suatu hari nanti. So bersambung pada 6th July haritu. As I was lying down feeling so sleepy after makan ubat doktor, tetiba ada call from someone yang tak disangka2. Mula2 malas nak angkat phone kot sebab biasala keja wat sales ni client calls tak tentu masa. Dari morning tu pun memang calls semua tak jawabla. Tapi entah kenapa rasa call tu kena angkat...then when he introduce himself, i'm nik from FlyFirefly Sdn Bhd.....serious time ni tak pikir pape sebab tgh mamun...but then bila dia cakap congratulations......barula tersedar dari lena...yer syukur alhamdulillah akhirnya dpt jugak kerja in aviation industry (cita2 paling tinggi pas hbs belajar) sebab dulu nak jadi pramugari my abg kandung tak bg...cehh budget sosial la katanya...ahaks.
...Ceritanya, Jumaat pergi Subang Airport ambil offer letter. 18/7/2011 starts keja dekat Engineering & Maintenance Department based KLIA Sepang...waaa jauhnya...berpindah lagi la saya...sejak kerja ni dah 5 kali pindah umah tau..pew...nasibla ada buah hati yg tolong angkat brg...makasih syg...bila direnung-renungkan balik...rezeki tu akan dtg cuma cepat dan lambat ja. Nasib dengar nasihat kawan2 and sedara. Selama ni kalau apply kerja asyik apply online ja. Mana nak panggil. So kita kena ambil selangkah kehadapan dengan menghantar resume by post jugak. That is what i did la.
...So sekarang ni rasanya dah taknak toleh ke belakang lagi. Taknak tukar2 keja dah. Kena kerja betul2 untuk masa depan yang gemilang.. lagipun nak kawen....hehhehe..yer saya nak kawen...itu matlamat utama skang ni..harap cita2 tu berjaya.Amiinn.....

Thursday, June 9, 2011

'The Bestest Day of My Life'

Semalam 8/6/2011 genapla umur aku 26 tahun. Dah meningkat lagi umur(memang takkan turun dahpun). Perasaan bila umur dah 26 ni sudah semestinya bercampur bau. Rasa tua?taklah..heheheh..masih 20 an, rasa muda?uish selalu ja rasa. Azam?dari 4 tahun yang lalu nak turunkan skit berat badan tapi tak berjaya sampai skang sebabnya....
a) memang suka makan
b) berat maintain 58kg n 59kg..tu jer yang mampu
c) ada org cakap biar chubby skit, baru cantik(ngeh222....yerla sgt)
d) banyak dah produk langsing yang dibeli,tapi takpernah pun habis,las2 luput camtu ja.(selalu kena berleter ngan org tu cakap membazir ja,tapi still degil,still nak beli macam2 produk yang ada di pasaran)

Bila pikir balik, biar jela...yang penting maintain jela berat yang ada,asalkan jgn naik dah...
Semalam, banyak dapat ucapan dari kawan2 and famili dekat fb. Memang dekat opis pun tak leh fokus buat kerja,asyik nak fb jer(even dah kena tegur dgn mgmt)..sorry yer bos..tak dpt nak watpe dah.

Mak adalah org yang pertama wish birthday. Nak tergelak pun ada sebabnya 7/6 lagi dia dah wish,ptg plak tu...Dia cakap takpala in advance...makasih mak...

Kawan2 baik ada yang belanja makan,ada yang booking date nak belanja makan. Ni yang tak sabar nak melantak ni...looking forward to eat...beshbesh. And soalan cepu cemas yang ditanya,"min,kidir bg ape?dia bawak ko makan kat ne?" Tapi aku just cakap taktau....sebab..memang taktau pun..dia pun senyap jer...eventough the nite before dia dah wish and nyanyi..hihihi..dlm ngantuk2 layan jerlakan...

Lepas balik kerja..cam biasa dating dinner bersama. So????saat yang ditunggu2...dia bagi present dlm keta...hihihihi...memang best sgt dapat hadiah dari org tuh..babycakes from sweet shoppe and jam tangan Baby-G kaler putih(memang dah lama sgt nak jam tgn warna putih)...so skang dah ada 2 jam Baby-G pemberian org tersayang warna pink and putih. Thank you pakcik kidir.....I LOVE U....

Wednesday, May 4, 2011

First Entry...

...dah lama sebenarnya berminat nak berblog2 ni...asyik baca blog org jer kan..so kali ni biar org baca blog kita plak...
...tapi bukan tu ja sebab nya,alasan lain yelah:
1. nak mencuba sesuatu yang baru,sebab dah bosan fb
2. dulu suka tulis diari, tapi ada yang hilang, ada yang masih tersimpan rapi
3. nak berjinak2 dalam bidang penulisan(chewah...mana tau suatu hari nanti jadi penulis,huhuhu...ni dulu cita2 time kecik)
4. nak share pengalaman n mungkin boleh bertukar pendapat dgn kawan2(setakat ni belum ada lagi follower..huhuhu)

rasanya..tu je kot alasan nyer...papepun....ikut suka saya la kan..nama pun blog sendiri...