YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, April 10, 2014


HARI KEDUA DI AMSTERDAM

25/3/2014 (Selasa)

Tepat jam 6.00am, kawan husband dah ketuk2 pintu bilik. Semangat betul minah sorang ni. Tanpa berlengah lagi kitaorg pun terus siap2 dan prepare breakfast. Dalam pukul 8.00am dah keluar nak gi jalan2 sekitar Amsterdam. Plan harini nak pergi Arena Stadium Ajax, Zaanse Schans dan tempat-tempat menarik. Sebelum tu, ambil gambar banyak2 dekat area apartment kitaorg.


Suasana time ni memang takleh nak digambarkan dengan kata-kata. Cantik sangat. Kebetulan rumah kitaorg memang mengadap canal.




 
Basikal untuk disewa. Orang sini memang nilah pengangkutan utama dorang. Patutla org sini kurus-kurus.



Untuk pengetahuan, orang sini masuk keja lambat. Pukul 9.30am baru dorang nak start keja. Lepas tu tutup punyala awal. Pukul 7 kedai-kedai kat sini dah close business. So masa kitaorg jalan2 pagi tu, hanya tram jer yang bergerak. Seperti perancangan kami nak bergerak ke Areana Stadium Ajax yang terletak di belah barat Amsterdam. Nak ke sana kena naik Metro. Metro plak kena naik dekat bawah tanah. So kami naik tram ke Centraal dan dari situ berjalan ke Metro station yang terletak berdekatan jer. Lepas dah tanya staff dekat kaunter kami perasan yang Metro tu ade menuju Waterlooplein. Waterlooplein ni ada satu flea market yang femes dekat sana. Dekat situ jugak terletaknya I Amsterdam satu lagi selain Airport.



Ni pose wajib ambil klu dtg Amsterdam. Waterlooplein market blakang bangunan tu jer. Disebabkan baru pukul 10.00am so dorg baru nak set up barang2 jualan. Jadi tak banyak pilihan yang ade. Kitaorg sempat grab fridge magnet dan key chain sebab harga sgtla murah. Bolehla bagi dekat kawan-kawan dan sedara mara sebagai souvenir kan.
 
Tak sampai sejam kitaorg naik balik metro dan meneruskan perjalanan ke Arena Stadium Ajax. Perjalanan memakan masa selama 20 minit jugak. Lepas tu dah sampai.

 
Nila station nyer. Betul2 berhenti dekat Stadium Ajax tu. Datang sini pun sebab suami nak beli jersey yang dipesan oleh Abg isteri nya...hahhah
 
 




 
Nila jersej yang abg saya pesan. Harga 56 euros jer. Senyum nampak gigi aihhh.
 

time ni dah nak chaw pergi tempat lain plak
 
Lepas husband dah dapat apa yang dia nak, perut kami pun dah lapaq sangat sebab waktu tu dah kul 1 lebih camtu. Kebetulan ade kedai doner kebab dekat situ so apa lagi makanla kebab. Harga dalam 7 euros(RM32.20).. haila mahainya...tapi makan tak hbs sebab banyak kot...rugi jer.
 
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yg lain iaitu Zaanse Schans. Naik semula Metro dan seperti biasa menuju ke Centraal Station untuk menaiki bas dengan bayaran sebanyak 10euros seorang pergi dan balik. Zaanse Schans terletak di sebelah utara Amsterdam. Perjalanan memakan masa selama 40 min. Boleh jugak menaiki train tapi dari research yang kami buat adalah lebih mudah kalau meggunakan perkhidmatan bas ke sana sebabnya bas berhenti betul2 depan Zaanse Schans.
 
 
ni tempat bas berhenti.

 
dan ini adalah muzium dia..tapi kami tak masuk sebab nak save budget...heheh.
 
Pemandangan di sana Masya Allah, rasa macam dalam lukisan. Udara pun segar. Kalau datang nak tgk Windmill dekat sinila. Jom layan gambar:
 













Memang rindu sangat kat tempat ni.
 
Lama jugak kami lepak dekat Zaanse Schans ni. Dalam pukul 5.00pm kami gerak balik Centraal sebab nak hanta member husband ke Airport. Dia nk balik London semula. Sampai jer dekat Airport kitaorg lepak2 minum dan habiskan masa sebab flight pukul 8.00pm. Sambil2 tu saya mencuba cheese Holland.
 

Ramai orang cakap sedap. Tapi seriusla memang takboleh masuk jer anak tekak den. Lain sgt rasa dengan cheese yang dijual di Malaysia. Even beli yang kecik tapi takboleh nak habiskan langsung.Last2 buang camtu jer. Rugi-rugi.
 
Malam tu lepas hanta kawan husband, kitaorg terus balik apartment sebab kaki tangan badan dah letih sgt. Masuk harini hari ke 2 barula dapat mandi betul2 sebab host dah hanta technician baiki paip rumah dia. Barula rasa lega skit dapat mandi puas2. Settle jer makan terus tido. Esok nak pergi banyak tempat lagi. Esok time untuk shopping...yuhuuuu.

 
 
 
 

Wednesday, April 9, 2014

From SCHIPHOL AIRPORT to AMSTERDAM CENTRAAL

24/3/2014 (Isnin)

Hari pertama di Amsterdam tak banyak sgt aktiviti kami nak buat. Sebabnya kitaorg masih cuba nak biaskan diri dengan segala tram, bus, and jalan dekat sini. Plus, malam nant nk jemput kawan husband plak. Dia join kitaorg satu malam. So lepas sampai jer dekat Airport dari Keukenhof, kami terus pergi kaunter ticket sebab nak belikan train ticket to Amsterdam Centraal. Seorang for one way 4 euros. Settle beli ticket kami terus g ambil beg dekat locker. Mula2 memang agak susah nk cari platform dia, namun disebabkan kaunter staff dia yang agak peramah makanya pencarian jadi sgtla mudah. Kitaorg pun terus berlari menuju ke platform 3. Dari mulapun memang kitaorg dah tau yang public transports di Ams ni sgtla efficient nya. Kalau kata time pukul 2.05pm. Takyahla nak lenggang mak limah kat sana. Tepat 2.05pm train dia akan jalan. So dengan beg yang berat kami pun laju jer lari nak kejar train. Actually tak yah nak kalut2 pun takpa sebab banyak jer train dia dr Airport menuju Amsterdam Centraal ni...heheheh..
 

Harga 4 euros seorang dan sehala.


Suasana di dalam train..tak ramai pun orang yerla hari Isnin kan..

 
Nampak kan muka ngantuk dia..heheheh
 
Perjalanan kami memakan masa selama 20 minit. So sambil2 tu bolehla tgk pemandangan di sekitar Ams. Time ni takyah cakapla. Mood pun dah tak berapa nk ada. Rasa nak cepat2 sampai apartment jer. Nk cover tido yang tak cukup tu. Perasaan waktu ni pun rasa cuak and nervous skit sebab kami gamble jer nak cari apartment kami tu. Dahla wifi connection tak dapat kan. Owner pun lambat nak balas mesej.
 
Sampai Amsterdam Centraal dalam pukul 2.40pm. Seperti biasa misi pertama kami adalah mencari information counter. Bila nak jumpa perkara pertama kami tanya adalah macam mana nk redeem Holland Pass kami untuk perkhidmatan pengangkutan awam dia kat sana. Sudahnya, kami kena cari GVB office dekat depan Amsterdam Centraal. Tak susah pun nak cari, memang keluar jer dari Centraal station terus dah nmpak GVB office. Lepas dah tanya macam2 dekat counter staff tu, kami boleh pilih sama ada nak naik tram 1,2 atau 5. Sebenarnya, host rumah tu memang dah suruh kami naik public bus, tapi husband nak suh try naik tram sebab dia cakap lepas ni pape nak gerak senang. Dah boleh tau mana arah tuju. Cuma yang tak bes nyer, bila naik tram kami taktau nak berhenti dekat station ape. Bila tanya staff dalam tram dia suruh benti Leidsegracht. Bila tanya host dia cakap Keizersgracht. Bila cek tenet lebih dekat kalau berhenti Prinsengracht. So terus confius. Last2, masa dekat Leidsegracht, staff tram tu suh kitaorg turun sini. Kitaorg pun turun jela. Mulalah misi mencari apartment kitaorg. Ya Allah, time ni memang rasa nak ngamuk and give up pun ade sebab pusing punya pusing cari tak jumpa pun. Last2, mintak tolong seoarang madam ni. Nasib baiklah dia baik hati. Bersama dengan anjing dia, dia tunjukkan kami area apartment tu. Memang jumpa pun. Rupanya kitaorg dah pusing2 situ dekat 2 kali dah...hahahhah and station paling dekat is Prinsengracht. So betula la research kitaorg.. Nasib baikla teringat host cakap kunci dia letak dekat owner kedai grocery dekat area umah dia. So sekali lagi madam tu tunjukkan kami kedai runcit tu. Akhirnya kami sampai gak apartment kami ni.
 

Blakang kitaorg tu la GVB office. Depan GVB office pulak adalah Centraal Station.
 
 

Typical Ams stairways. Bapak steep okay..


Ours located at Top Floor. Nak panjat tangga dia memang menangis.

 
Sampai2 jer apartment terus prepare nak lunch. Perut ni dah lapar sgt. Last makan masa breakfast dalam flight pukul 4.30am. Tudiaaa. Lepas tu makan biskut. Nasib baik bawak bekal. Tupun mana kenyang.
 

Nila periuk nasi serbaguna kami masa di Europe. Memang terbaik. Dahla kecik lepas tu senang sangat nk pakai. Beli dekat Tesco dengan harga RM99. Mak pun ade bekalkan dengan serunding daging dan sambal ikan bilis. Sedap bak hang...lain2 kami beli brahim, mushroom soup, bubur nasi instant, milo, biskut, tuna dan beras. Nila cara nak save budget.

Bila dah puas makan, tiba masanya untuk mandi. Air panas plak tak berfungsi. Terus report kat host and host janji akan settelkan esok. So terpaksala mandi kambing jer sebab air sejuk yg amat sampai kebas tangan2. Lepas tu terus landing tido sebab nant kul 8.00pm dah janji dengan kawan husband nak jemput dia dekat Centraal Station. Dia belajar dekat London. So dia dtg dari sana naik British Airways. Kami tido memang lena habis. Jet lag dah satu. Letih dalam flight tak hbs lagi. Tepat jam 8.00pm saya tersedar dr tido. Terus gerak husband sebab dah lambat. Siap2 terus menuju ke Centraal Station.


Selamat gak jumpa minah ni. Nasib dapat jumpa.


Pose jap..

Nindia tram dekat Ams.

Apalagi, kami pun mulakan misi menjelajah area Centraal.
 




Shopping skit dekat Hard Rock



Grand Place





Malam tu kami plan nak g Red Light Distreet, tapi tak jumpa plak. So kesudahannya, kami balik apartment sebab mata dah ngantuk. Dahla tak mandi seharian (ehhehehhe.) Mana nk segar kan.

Hari kedua kita sambung next entry yer....
KUALA LUMPUR to AMSTERDAM

ok..ok..dalam banyak-banyak perkara, saya dan husband memang tak sekepala. Tapi yang satu ni, memang paling ngam ngam sui. Apa dia??? HEhhehe..Kami sebenarnya sangat suka melancong. Sapa tak suka melancongkan? Tapi kelebihan kami, saya bekerja dengan airlines company so dapatla tiket kapal terbang murah skit berbanding orang lain. Rasanya bukan murah skit tapi murah banyak kottt..sampai kawan2 dan saudara mara memang jeles bab ni.

Last year bulan 4 kitaorg g Istanbul. Tak sampai setahun pun, baru2 ni pergi Europe lagi. Destinasi kami adalah Amsterdam/Rotterdam/Antwerpen/Brussels. Jomlah nak story skit perjalanan kami ke sana:

23/3/2014 (Ahad)

Kami bergerak dari Seremban dalam pukul 9.00malam. Disebabkan staff, so kenala standby flight MAS malam tu. Nila part yang paling tak berapa nak 'Like'. Pros nyer dapatla tiket murah keja airlines. Cons nyer kena standbyla pulak. So bayangkan klu dah book segala hotel bagai tetiba tak dapat naik sebab full load. Makanya, tiap-tiap hari sebelum nak pergi tu kenala check load dengan ticketing staff. Alhamdulillah, even nmpak macam full load jugak tapi kami Berjaya dapat seats. Hooray...seats economy jerla noks...Perjalanan memakan masa selama 13 jam dari Kuala Lumpur ke Schiphol Airport, Amsterdam. Nila part yg agak menjemukan....


Lebih kurang dalam pukul 12.30malam, flight pun berlepas meninggalkan KLIA. Sepanjang perjalanan takleh nak tido sangat sebab banyak turbulence. Boleh dikatakan setiap jam ade jer gegaran kapal. Adoiiii..kecut perut saya selama 13 jam tuh. Dalam hati dah macam2 doa dah. Mak pun siap bekalkan doa-doa yang patut utk dibaca dalam flight nant. Terima kasih mak.

24/3/2014 (Isnin)

Setelah menempuh perjalanan yang panjang dari KL-AMS, tepat jam 6.30am kami pun sampai di Schiphol Airport, Amsterdam.
 


Cuaca dekat Ams memang sejuk. Sebenarnya jaket yang saya pakai tu macam tak memberi apa2 kesan pun. Rasanya material dia tak berapa sesuai kot. Huhuhuhu.

Masa memula sampai Airport tu, kami pun mulakanla misi mencari tiket nak pergi Keukenhof Tempat tu memang wajib dilawati okay. Yerla kitaorg ni jalan sendri so agak terpinga pinga jap nak biasakan diri dengan keadaan di sana. Ni jer masa yang ada utk kami survey segala apa yang patut. Nasibla rakyat Ams ni friendly and sangt helpful. Tak susah nak tanyakan ape2, dorang sedia membantu. Lagipun kalau pergi sana ade ramai orang Indonesia yang bermastautin di Ams. Language barrier tu memang tak menjadi satu masalah.

Kami dah aim nak beli Holland Pass instead of I Amsterdam City Card. Kalau nk tahu kenapa Holland Pass silalah klik link yang diberikan. Pusing punya pusing, kami pun terjumpala GWK travellex kaunter dekat terminal 3 tak silap. Kitaorg beli yang 24 hrs dengan harga sebanyak 34 euros. So dapatla free transport and free entry Keukenhof. Walaupun agak mengantuk dan penat tapi gagahkan jugala nak pergi Keukenhof sebab dah dekat dengan area Airport. Sebelum tu, kami pergi simpan beg dekat locker yang banyak disediakan di Airport dengan harga 7euros. Mahal gakla sebab darab 4.6 duit Malaysia. Pewwww.. Lepas tu kami pun bergegas beratur tunggu bas di luar kawasan Airport. Tak silap dekat terminal 2. Perjalanan ke Kuekenhof memakan masa lebih kurang 40 min. Rasa nak tertido tido dah dalam bus. Serius dah tak tahan sangat mata ni. Ada gakla terlelap kejap. Sampai je dekat Keukenhof, terus bersemangat and hilang semua ngantuknya..hahhah. Seronoknya tgk munge....dengan udara yang nyaman, segar dan wangi sekali..gituuu
 







 
Masa kitaorg pergi ni, Keukenhof baru bukak 3 hari yang lalu. So disebabkan masih dalam musim sejuk so bunga pun tak banyak yang mekar lagi. Tu yang tak bes sangat. Kitaorg plan memangla nak g time spring tapi disebabkan budget yang limited terpaksa g awal skit. Accommodation sgtla mahal masa bulan spring. Bukan double tapi triple harganya. Mana nak mampukan. Plus kitaorg ni standby ticket, confirmla time spring flight fullhouse. So takyahla nak berangan g time spring. Tapi oklah, dapat gak g Keukenhof. Dari 4 bintang, saya kasi 3 bintang. Tupun sebab timing tak berapa kena.















Lepas penat jalan2 dekat Keukenhof yang memang besar yang amat, kami pun naik bus balik semula ke Airport. Tiket bus balik pun free sebab pakai Holland Pass. Ok sambung next entry.

KENANGAN MANIS 2013

Coretan kali ni nak mulakan dengan segala kenangan manis di tahun 2013. Tapi nak ringkaskan jer sebab bila ada masa nant baru update lain (entah bila..hahahha)

20.4.2013: Saya dan suami selamat dinikahkan oleh papa saya di Masjid Jamek Seberang Jaya. Papa saya terpaksa buat 3 kali sebab dia nervous kot.huhuhu. Nasib husband ok jer. Cool katanya. Alhamdulillah, saat yang kami tunggu setelah bertahun-tahun bercinta. Perasaan takyah cakapla, memang happy sangat.

27.4.2013: Majlis bertandang di Rasah, Seremban. Memang meriah. Syukur segalanya berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela kecuali pengantin sampai lambat sebab make up nyer punyala lama.

28.4.2013: Keesokkannya selepas selesai majlis, kami terus menuju ke KLIA untuk ke Istanbul berbulan madu. Best gilerrrrr...........5 malam kami dekat Istanbul. Rasa macam takmau balik.

7.6.2013: Berbulan madu lagi kami. Kalini ke Koh Sa Mui, Thailand. Kami menginap di Le Murraya hotel. Ambil pakej honeymoon selama 3 hari 2 malam.

Sebenarnya banyak lagi episode bulan madu kami. Tapi lupala tarikh...hahhaha
WELCOME BACK!!!

Macam dah dekat setahun jer tinggalkan blog ni. Sejak berpindah tempat kerja di Subang Airport ni masa memangla amat cemburu sekali. Nampak sangat dekat KLIA tak banyak kerja. Last update blog bulan April. Lagi satu sibuk dengan persiapan perkahwinan dan terusla menyepi. Masuk jer alam perkahwinan memang tak sempat nk buat pape. Hobi membaca novel pun dah kurang. Rasanya banyak lagila yang tak sempat nk buat. Tu belum ade anak lagi. So harini saya nak grab all the opportunity nak update segala benda yang bersarang dalam pikiran.

Check it out.....

Monday, April 8, 2013

THE MOMENT THAT WE HAVE BEEN WAITING FOR

...ok first thing first, it has been ages since i wrote on my last post. Seriously, i do not know where to start, what to post and what everlah....hihihi..new year has already begun and there is lot of things that i would like to share with in this post.So here you go....

January 2013.

I felt so lost and in despair when my boss decided to left the company. He has been given the oppurtunity to work with our competitor which is Malindo Air. Well, whatever it is that was his choice which i couldn't do nothing about it. As a result, i have been shifted to Firefly ATR Turbo Props operation in Subang. I left the KLIA operation with so much memories which still in my heart until now. Nothing can compare the team work that we shared with all KLIA staffs. It was a wonderful and joyful journey so far.
I started my first day on 8th January 2013. Ever since that, no more car pooling together with my lovely sweet fiance. To be precise, we share car to work because he is the consultant for KLIA 2.
This was where all the sadden and unbreakable memories begins. After three weeks without car pooling, my fiance travel to work place everyday by bike since this is the only modes of transport that he had so far. Well, i know the consenquences when you travel by bike and it takes you about one hour journey to your work place can leads to fatique and drowsiness. Hence, 30th January marks on my calendar and minds always which the day my fiance met with an accident. His heart bruises so did his intestinal, broken left arms and i do not know how to describe his conditions because i do not want to remember the day if i were given a choice. As far as i concerned, my heart shattered badly  but Allah is Great. I am not sure what has he plans for us, but i do know that He loves us so much....

April 2013

Today is 8th of April 2013 and i amstill here working with ATR Turbo Prop Operation for like 3 months now. There is up and down i can say, but whenever i felt down, i have to wake up again and again no matter what happen. All i know is to be positive thinking and think positive. My fiance is now 90% recovered from the accident. He is much more better than before. I guess the reasons he is recovered fast is because of THE MOMENT THAT WE HAVE BEEN WAITING FOR so long time since our hearts fall for each other. Now, i only hope and pray that everything will goes as plan and Insya Allah, we will be husband and wife on 20th April 2013. How times fly so fast. I am so looking forward to that event which will be a new phase for us. To always hold hand and stand shoulder by shoulder no matter what comes in front of us. Ya Allah, please ease it and gives us a million strength.

Wednesday, October 31, 2012

3rd years.......and long time to go

Yesterday 30th October 2012, marks our third anniversary as couple. Kalau dalam sesebuah hubungan percintaan, boleh dikatakan dah ranum sgt dah. Sedap di makan...isi nya lazat..hehehhe.
Maca-macam fasa dah kami lalui bersama. Bergaduh, bermasam muka, pastu baik balik silih gantila dlm 3 tahun ni. Tapi i know i that our loves remain as stronger as ever.

Siapapun yang bercinta mesti nak diakhiri dengan sebuah perkahwinan kan. Begitu jugak saya. Esok dah masuk bulan November dah pun. Kejap jer kan dekat 2 bulan jadi tunangan org. Best sgt. Tapi yg pasti dah tak sabar nak jadi isteri org. Itulah cita-cita yang paling murni skali di dunia kan.