YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Wednesday, April 9, 2014

From SCHIPHOL AIRPORT to AMSTERDAM CENTRAAL

24/3/2014 (Isnin)

Hari pertama di Amsterdam tak banyak sgt aktiviti kami nak buat. Sebabnya kitaorg masih cuba nak biaskan diri dengan segala tram, bus, and jalan dekat sini. Plus, malam nant nk jemput kawan husband plak. Dia join kitaorg satu malam. So lepas sampai jer dekat Airport dari Keukenhof, kami terus pergi kaunter ticket sebab nak belikan train ticket to Amsterdam Centraal. Seorang for one way 4 euros. Settle beli ticket kami terus g ambil beg dekat locker. Mula2 memang agak susah nk cari platform dia, namun disebabkan kaunter staff dia yang agak peramah makanya pencarian jadi sgtla mudah. Kitaorg pun terus berlari menuju ke platform 3. Dari mulapun memang kitaorg dah tau yang public transports di Ams ni sgtla efficient nya. Kalau kata time pukul 2.05pm. Takyahla nak lenggang mak limah kat sana. Tepat 2.05pm train dia akan jalan. So dengan beg yang berat kami pun laju jer lari nak kejar train. Actually tak yah nak kalut2 pun takpa sebab banyak jer train dia dr Airport menuju Amsterdam Centraal ni...heheheh..
 

Harga 4 euros seorang dan sehala.


Suasana di dalam train..tak ramai pun orang yerla hari Isnin kan..

 
Nampak kan muka ngantuk dia..heheheh
 
Perjalanan kami memakan masa selama 20 minit. So sambil2 tu bolehla tgk pemandangan di sekitar Ams. Time ni takyah cakapla. Mood pun dah tak berapa nk ada. Rasa nak cepat2 sampai apartment jer. Nk cover tido yang tak cukup tu. Perasaan waktu ni pun rasa cuak and nervous skit sebab kami gamble jer nak cari apartment kami tu. Dahla wifi connection tak dapat kan. Owner pun lambat nak balas mesej.
 
Sampai Amsterdam Centraal dalam pukul 2.40pm. Seperti biasa misi pertama kami adalah mencari information counter. Bila nak jumpa perkara pertama kami tanya adalah macam mana nk redeem Holland Pass kami untuk perkhidmatan pengangkutan awam dia kat sana. Sudahnya, kami kena cari GVB office dekat depan Amsterdam Centraal. Tak susah pun nak cari, memang keluar jer dari Centraal station terus dah nmpak GVB office. Lepas dah tanya macam2 dekat counter staff tu, kami boleh pilih sama ada nak naik tram 1,2 atau 5. Sebenarnya, host rumah tu memang dah suruh kami naik public bus, tapi husband nak suh try naik tram sebab dia cakap lepas ni pape nak gerak senang. Dah boleh tau mana arah tuju. Cuma yang tak bes nyer, bila naik tram kami taktau nak berhenti dekat station ape. Bila tanya staff dalam tram dia suruh benti Leidsegracht. Bila tanya host dia cakap Keizersgracht. Bila cek tenet lebih dekat kalau berhenti Prinsengracht. So terus confius. Last2, masa dekat Leidsegracht, staff tram tu suh kitaorg turun sini. Kitaorg pun turun jela. Mulalah misi mencari apartment kitaorg. Ya Allah, time ni memang rasa nak ngamuk and give up pun ade sebab pusing punya pusing cari tak jumpa pun. Last2, mintak tolong seoarang madam ni. Nasib baiklah dia baik hati. Bersama dengan anjing dia, dia tunjukkan kami area apartment tu. Memang jumpa pun. Rupanya kitaorg dah pusing2 situ dekat 2 kali dah...hahahhah and station paling dekat is Prinsengracht. So betula la research kitaorg.. Nasib baikla teringat host cakap kunci dia letak dekat owner kedai grocery dekat area umah dia. So sekali lagi madam tu tunjukkan kami kedai runcit tu. Akhirnya kami sampai gak apartment kami ni.
 

Blakang kitaorg tu la GVB office. Depan GVB office pulak adalah Centraal Station.
 
 

Typical Ams stairways. Bapak steep okay..


Ours located at Top Floor. Nak panjat tangga dia memang menangis.

 
Sampai2 jer apartment terus prepare nak lunch. Perut ni dah lapar sgt. Last makan masa breakfast dalam flight pukul 4.30am. Tudiaaa. Lepas tu makan biskut. Nasib baik bawak bekal. Tupun mana kenyang.
 

Nila periuk nasi serbaguna kami masa di Europe. Memang terbaik. Dahla kecik lepas tu senang sangat nk pakai. Beli dekat Tesco dengan harga RM99. Mak pun ade bekalkan dengan serunding daging dan sambal ikan bilis. Sedap bak hang...lain2 kami beli brahim, mushroom soup, bubur nasi instant, milo, biskut, tuna dan beras. Nila cara nak save budget.

Bila dah puas makan, tiba masanya untuk mandi. Air panas plak tak berfungsi. Terus report kat host and host janji akan settelkan esok. So terpaksala mandi kambing jer sebab air sejuk yg amat sampai kebas tangan2. Lepas tu terus landing tido sebab nant kul 8.00pm dah janji dengan kawan husband nak jemput dia dekat Centraal Station. Dia belajar dekat London. So dia dtg dari sana naik British Airways. Kami tido memang lena habis. Jet lag dah satu. Letih dalam flight tak hbs lagi. Tepat jam 8.00pm saya tersedar dr tido. Terus gerak husband sebab dah lambat. Siap2 terus menuju ke Centraal Station.


Selamat gak jumpa minah ni. Nasib dapat jumpa.


Pose jap..

Nindia tram dekat Ams.

Apalagi, kami pun mulakan misi menjelajah area Centraal.
 




Shopping skit dekat Hard Rock



Grand Place





Malam tu kami plan nak g Red Light Distreet, tapi tak jumpa plak. So kesudahannya, kami balik apartment sebab mata dah ngantuk. Dahla tak mandi seharian (ehhehehhe.) Mana nk segar kan.

Hari kedua kita sambung next entry yer....

No comments:

Post a Comment