YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Wednesday, April 9, 2014

KUALA LUMPUR to AMSTERDAM

ok..ok..dalam banyak-banyak perkara, saya dan husband memang tak sekepala. Tapi yang satu ni, memang paling ngam ngam sui. Apa dia??? HEhhehe..Kami sebenarnya sangat suka melancong. Sapa tak suka melancongkan? Tapi kelebihan kami, saya bekerja dengan airlines company so dapatla tiket kapal terbang murah skit berbanding orang lain. Rasanya bukan murah skit tapi murah banyak kottt..sampai kawan2 dan saudara mara memang jeles bab ni.

Last year bulan 4 kitaorg g Istanbul. Tak sampai setahun pun, baru2 ni pergi Europe lagi. Destinasi kami adalah Amsterdam/Rotterdam/Antwerpen/Brussels. Jomlah nak story skit perjalanan kami ke sana:

23/3/2014 (Ahad)

Kami bergerak dari Seremban dalam pukul 9.00malam. Disebabkan staff, so kenala standby flight MAS malam tu. Nila part yang paling tak berapa nak 'Like'. Pros nyer dapatla tiket murah keja airlines. Cons nyer kena standbyla pulak. So bayangkan klu dah book segala hotel bagai tetiba tak dapat naik sebab full load. Makanya, tiap-tiap hari sebelum nak pergi tu kenala check load dengan ticketing staff. Alhamdulillah, even nmpak macam full load jugak tapi kami Berjaya dapat seats. Hooray...seats economy jerla noks...Perjalanan memakan masa selama 13 jam dari Kuala Lumpur ke Schiphol Airport, Amsterdam. Nila part yg agak menjemukan....


Lebih kurang dalam pukul 12.30malam, flight pun berlepas meninggalkan KLIA. Sepanjang perjalanan takleh nak tido sangat sebab banyak turbulence. Boleh dikatakan setiap jam ade jer gegaran kapal. Adoiiii..kecut perut saya selama 13 jam tuh. Dalam hati dah macam2 doa dah. Mak pun siap bekalkan doa-doa yang patut utk dibaca dalam flight nant. Terima kasih mak.

24/3/2014 (Isnin)

Setelah menempuh perjalanan yang panjang dari KL-AMS, tepat jam 6.30am kami pun sampai di Schiphol Airport, Amsterdam.
 


Cuaca dekat Ams memang sejuk. Sebenarnya jaket yang saya pakai tu macam tak memberi apa2 kesan pun. Rasanya material dia tak berapa sesuai kot. Huhuhuhu.

Masa memula sampai Airport tu, kami pun mulakanla misi mencari tiket nak pergi Keukenhof Tempat tu memang wajib dilawati okay. Yerla kitaorg ni jalan sendri so agak terpinga pinga jap nak biasakan diri dengan keadaan di sana. Ni jer masa yang ada utk kami survey segala apa yang patut. Nasibla rakyat Ams ni friendly and sangt helpful. Tak susah nak tanyakan ape2, dorang sedia membantu. Lagipun kalau pergi sana ade ramai orang Indonesia yang bermastautin di Ams. Language barrier tu memang tak menjadi satu masalah.

Kami dah aim nak beli Holland Pass instead of I Amsterdam City Card. Kalau nk tahu kenapa Holland Pass silalah klik link yang diberikan. Pusing punya pusing, kami pun terjumpala GWK travellex kaunter dekat terminal 3 tak silap. Kitaorg beli yang 24 hrs dengan harga sebanyak 34 euros. So dapatla free transport and free entry Keukenhof. Walaupun agak mengantuk dan penat tapi gagahkan jugala nak pergi Keukenhof sebab dah dekat dengan area Airport. Sebelum tu, kami pergi simpan beg dekat locker yang banyak disediakan di Airport dengan harga 7euros. Mahal gakla sebab darab 4.6 duit Malaysia. Pewwww.. Lepas tu kami pun bergegas beratur tunggu bas di luar kawasan Airport. Tak silap dekat terminal 2. Perjalanan ke Kuekenhof memakan masa lebih kurang 40 min. Rasa nak tertido tido dah dalam bus. Serius dah tak tahan sangat mata ni. Ada gakla terlelap kejap. Sampai je dekat Keukenhof, terus bersemangat and hilang semua ngantuknya..hahhah. Seronoknya tgk munge....dengan udara yang nyaman, segar dan wangi sekali..gituuu
 







 
Masa kitaorg pergi ni, Keukenhof baru bukak 3 hari yang lalu. So disebabkan masih dalam musim sejuk so bunga pun tak banyak yang mekar lagi. Tu yang tak bes sangat. Kitaorg plan memangla nak g time spring tapi disebabkan budget yang limited terpaksa g awal skit. Accommodation sgtla mahal masa bulan spring. Bukan double tapi triple harganya. Mana nak mampukan. Plus kitaorg ni standby ticket, confirmla time spring flight fullhouse. So takyahla nak berangan g time spring. Tapi oklah, dapat gak g Keukenhof. Dari 4 bintang, saya kasi 3 bintang. Tupun sebab timing tak berapa kena.















Lepas penat jalan2 dekat Keukenhof yang memang besar yang amat, kami pun naik bus balik semula ke Airport. Tiket bus balik pun free sebab pakai Holland Pass. Ok sambung next entry.

No comments:

Post a Comment