YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, April 10, 2014


HARI KEDUA DI AMSTERDAM

25/3/2014 (Selasa)

Tepat jam 6.00am, kawan husband dah ketuk2 pintu bilik. Semangat betul minah sorang ni. Tanpa berlengah lagi kitaorg pun terus siap2 dan prepare breakfast. Dalam pukul 8.00am dah keluar nak gi jalan2 sekitar Amsterdam. Plan harini nak pergi Arena Stadium Ajax, Zaanse Schans dan tempat-tempat menarik. Sebelum tu, ambil gambar banyak2 dekat area apartment kitaorg.


Suasana time ni memang takleh nak digambarkan dengan kata-kata. Cantik sangat. Kebetulan rumah kitaorg memang mengadap canal.




 
Basikal untuk disewa. Orang sini memang nilah pengangkutan utama dorang. Patutla org sini kurus-kurus.



Untuk pengetahuan, orang sini masuk keja lambat. Pukul 9.30am baru dorang nak start keja. Lepas tu tutup punyala awal. Pukul 7 kedai-kedai kat sini dah close business. So masa kitaorg jalan2 pagi tu, hanya tram jer yang bergerak. Seperti perancangan kami nak bergerak ke Areana Stadium Ajax yang terletak di belah barat Amsterdam. Nak ke sana kena naik Metro. Metro plak kena naik dekat bawah tanah. So kami naik tram ke Centraal dan dari situ berjalan ke Metro station yang terletak berdekatan jer. Lepas dah tanya staff dekat kaunter kami perasan yang Metro tu ade menuju Waterlooplein. Waterlooplein ni ada satu flea market yang femes dekat sana. Dekat situ jugak terletaknya I Amsterdam satu lagi selain Airport.



Ni pose wajib ambil klu dtg Amsterdam. Waterlooplein market blakang bangunan tu jer. Disebabkan baru pukul 10.00am so dorg baru nak set up barang2 jualan. Jadi tak banyak pilihan yang ade. Kitaorg sempat grab fridge magnet dan key chain sebab harga sgtla murah. Bolehla bagi dekat kawan-kawan dan sedara mara sebagai souvenir kan.
 
Tak sampai sejam kitaorg naik balik metro dan meneruskan perjalanan ke Arena Stadium Ajax. Perjalanan memakan masa selama 20 minit jugak. Lepas tu dah sampai.

 
Nila station nyer. Betul2 berhenti dekat Stadium Ajax tu. Datang sini pun sebab suami nak beli jersey yang dipesan oleh Abg isteri nya...hahhah
 
 




 
Nila jersej yang abg saya pesan. Harga 56 euros jer. Senyum nampak gigi aihhh.
 

time ni dah nak chaw pergi tempat lain plak
 
Lepas husband dah dapat apa yang dia nak, perut kami pun dah lapaq sangat sebab waktu tu dah kul 1 lebih camtu. Kebetulan ade kedai doner kebab dekat situ so apa lagi makanla kebab. Harga dalam 7 euros(RM32.20).. haila mahainya...tapi makan tak hbs sebab banyak kot...rugi jer.
 
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yg lain iaitu Zaanse Schans. Naik semula Metro dan seperti biasa menuju ke Centraal Station untuk menaiki bas dengan bayaran sebanyak 10euros seorang pergi dan balik. Zaanse Schans terletak di sebelah utara Amsterdam. Perjalanan memakan masa selama 40 min. Boleh jugak menaiki train tapi dari research yang kami buat adalah lebih mudah kalau meggunakan perkhidmatan bas ke sana sebabnya bas berhenti betul2 depan Zaanse Schans.
 
 
ni tempat bas berhenti.

 
dan ini adalah muzium dia..tapi kami tak masuk sebab nak save budget...heheh.
 
Pemandangan di sana Masya Allah, rasa macam dalam lukisan. Udara pun segar. Kalau datang nak tgk Windmill dekat sinila. Jom layan gambar:
 













Memang rindu sangat kat tempat ni.
 
Lama jugak kami lepak dekat Zaanse Schans ni. Dalam pukul 5.00pm kami gerak balik Centraal sebab nak hanta member husband ke Airport. Dia nk balik London semula. Sampai jer dekat Airport kitaorg lepak2 minum dan habiskan masa sebab flight pukul 8.00pm. Sambil2 tu saya mencuba cheese Holland.
 

Ramai orang cakap sedap. Tapi seriusla memang takboleh masuk jer anak tekak den. Lain sgt rasa dengan cheese yang dijual di Malaysia. Even beli yang kecik tapi takboleh nak habiskan langsung.Last2 buang camtu jer. Rugi-rugi.
 
Malam tu lepas hanta kawan husband, kitaorg terus balik apartment sebab kaki tangan badan dah letih sgt. Masuk harini hari ke 2 barula dapat mandi betul2 sebab host dah hanta technician baiki paip rumah dia. Barula rasa lega skit dapat mandi puas2. Settle jer makan terus tido. Esok nak pergi banyak tempat lagi. Esok time untuk shopping...yuhuuuu.

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment