YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Tuesday, November 22, 2011

Skuad Harimau Muda menang emas

....semalam 21/11/2011 boleh dikatakan dalam sejarah la sebab skuad bola sepak harimau muda merangkul emas di Sukan SEA ke 26 di Indonesia dengan kemenangan 4-3 ke atas Indonesia. Game yg berlangsung lebih kurang 120 minit tu memang mendebarkan. Sampai satu masa rasa dah leh nak tgk sebab sakit jantung..kuikuikui...

Kenapa saya cakap bersejarah sebabnya selama 2 tahun berturut-turut Malaysia merangkul pingat Emas dalam Sukan SEA. Lepas tu main plak di padang pasukan lawan Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia dengan penyokong pasukan lawan yang lebih 100,000 ribu ramainya..pewhhhh....sampai ada 2 rakyatnya yang meninggal di stadium sebab kena pijak...boleh ek cam tu?

Tapi, rezeki tetap milik Malaysia. Walaupun perlawanan sgtla sengit dengan kedua dua team terikat 1-1 sebelum akhirnya penentuan melalui sepakan penalti yang telah menundukkan Indonesia 4-3. Manala tak semput dada ni...

Masih ingt lagi ptg tu rasa tak larat nak g tgk game tu sebabnya rasa segan nak menyelit masuk restoran hakim yg confirm penuh macam kat stadium daa...tapi bila pakcik kidir cakap dah cop tempat jadinya gagahkan diri demi menyokong pasukan Malaysia...Yer saya tgk dekat hakim baru Shah Alam atau lebih dikenali dgn stadium hakim oleh budak2 ULTRAS Malaya...dorgla penyeri perlawanan bola tu...dengan gendang,bunga api dan nyayian lagu2 ciptaan dorg membakar semangat semua penyokong Malaysia di sana.

Nilah pengalaman pertama yang takbleh dilupakan..menonton perlawanan final di Hakim. Suasana memang happening, semangat penyokong memang dahsyat. Ada yang tak putus2 menadah tangan berdoa, ada yang menjerit2 marahkan pengadil yang dikatakan berat sebelah...tapi paling tak bes bila ada sorg mamat ni maki2 penyokong indon,pemain indon & pengadil dengan kata2 yg kurang enak didengar..bagi sayala takperlula fanatik or emosi sampai camtu..bukan dorg dengar pun...aihssss

Disebabkan oleh tak sempat nak tangkap banyak pic puncanya memory card hp saya dah penuh....adoi aiiii..hanya satu pic ja yg ditangkap....so check it out....


org tu la yg semangat mengajak saya pergi tonton perlawanan tu..anyway bes sgt....

meminjam petikan akhbar dari Harian Metro 22/11/2011.....

..Emas untuk Malaysia...

..nanti saya nak update entry terbaru mengenai team bola sepak kita yg telah memenangi pingat emas dlm sukan sea selama 2 tahun berturut-turut...

Tuesday, November 1, 2011

Kentang Masak Kicap

Saya nak share resepi masakan lagi. Kali ni kentang masak kicap plak. Recepi maksu saya. Dulu masa belajar dekat UiTM dengan diala tempat saya menumpang kasih sebab belajar kat Shah Alam. Famili jauh di Seberang Jaya...cehh takdela jauh sgt pun. So bleh dikatakan tiap2 minggu saya akan bertenggek dekat umah dia memandangkan saya rapat dengan anak2 dia a.k.a sepupu sepapat yang ada 3 org. Anak dia semua popuan,umur plak ada yg sebaya & tak jauh beza pun dengan yg sulung & yg bongsu.

Jadinya bila dah selalu melepak dekat umah dia, saya rajin jugakla tolong dia di dapur. Yerla kalau menumpang kita watla cara menumpang kan. Kalau boleh jgnla susahkan org, even saya ni tetamu tapi anak menakan ja pun..hehehehheh..Maksu saya kalau masak memang sedap. Mak saya pun masak sedap cuma bezanya, mak saya ni tak suka kalau org kacau dia kat dapur. Dia cakap nanti taste tak samala....taste larila...& macam2 lagila ayat dari mulut dia. Last2 dia cakap...'min..hang pi kemas umah la'..saya plak memang malaih nak mengemas...tapi tu dulu ek....ahaks...

Ok berbalik pada ceta maksu saya. So antara masakan dia yang paling saya suka adalah Kambing Masak Merah, Lidah masak kicap(ha ni my pakcik kidir tak suka..hihihi) & Kentang Masak Kicap. Bila dah tolong dia kat dapur tu saya pun belajarla sedikit sebanyak. Mengenangkan ilmu memasak ni penting di kemudian hari kan!!!!Lagipun dengan cara 'menge'post kannya di blog sekurang2 nya takdela hilang resepi tu even saya ada buku masakan saya sendri tapi cara tu kurang efektif. Takut la suatu masa nanti hilang ke?dicuri ke?terbuang ke?terbagi kat org ke?& etc...

Resepi ni jugak antara masakan yang saya suka masak sebab senang dimasak & antara fav budak2 umah saya jugakla. Asyik fav budak2 umah jakan???hahahha..bila plak fav my sayang???yg tu nanti saya post resepi fav dia plak...okla jom tgk bahan2nya & cara2 membuatnya:

Bahan-bahannya:
(untuk dimakan oleh 6-8 org)

1. Kentang 3 ketul
2. Serbuk lada hitam
3. Bawang besar 2 ulas
4. Bawang merah 2 ulas
5. Bawang putih seulas
6. Kicap manis cap kipas

Cara-cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga kekuningan
2. Masukkan air masak dalam 2 cawan kecil
3. Masukkan kentang yang telah dipotong kecil2
4. Masukkan kicap manis (tuang secukupnya,lagi banyak lagi sedap)
5. Masukkan bawang besar & serbuk lada hitam
6. Biar sampai pecah minyak
7. Siap untuk dihidang.

Haaa..senang kan masaknya. Senang & sedap. Yum2...

Monday, October 31, 2011

Ayam Masak Rendang Pedas

Lauk ni adalah lauk fav kawan2 saya bila saya masak. So saya nak share resepi dengan korang semua especially yang pernah rasa & mintak resepi tu. Resepinya saya mintak dari mak. Tapi taktaula mak saya ambil dari sapa kan..tak pernah nak tanya plak. Harap2 tahu la ek cara nak buatnya. Kalau taktau boleh call me (bg yg ada no hp saya)..

Bahan-bahan:
(untuk hidangan 6-8 org)

-Ayam (selalunya saya suka beli bahagian paha dlm 3 ketul & dipotong 4 bahagian)
-Satu kotak santan/susu cair satu tin (tapi saya suka guna santan)
-Cili kering dlm 12 batang
-Bawang merah 6 ulas
-Bawang putih 2 ulas
-Serai 2 batang
-Lengkuas (sebesar ibu jari)
-Halia (sebesar duit 20 sen,jgn banyak sgt takut pahit)
-Daun kunyit
-Asam keping (sekeping)
-Garam/gula secukup rasa
-Serbuk perisa secukup rasa

Cara-caranya:

1. Mesinkan cili kering
2. Mesinkan bawang merah,bawang putih, serai (ambil yang pangkal sahaja),lengkuas & halia sekali
3. Campurkan bahan2 yang di mesin tadi di dalam kuali
4. Masukkan santan & asam keping
5. Masukkan ayam
6. Masukkan daun kunyit (nak ikat pun boleh or nak potong kecik2 dan taburkan pun boleh..tapi saya suka ikat)
7. Masukkan garam/gula sekucup rasa.
8. Biarkan sampai pecah minyak & rasala kot2 ada terkurang lagi (garam/gula,serbuk perisa secukup rasa)
9. Siap untuk dihidang.

Amacam?mau try?

"Anniversary"

Saturday 29/10/2011

I wish dekat dia thru sms jer sebab dia tgh bersorak keriangan di atas kemenangan N9. Pas tonton perlawanan my pakcik kidir pergi lepak ngan kawan2 nogori dia di kedai mamak. Biasala dah menang kan so banyak postmorthem yang perlu di borakkan..hihihi. So layan mesej pun tak lama sebabnya bateri hp dia dah kong. Saya plak dlm kul 1.45am sampai umah,ngantuk,terus masuk tido. Dlm hati berbunga keriangan sebab sok jumpa

Sunday 30/10/2011

Today is our 2nd anniversary. Mood saya memang happy jer. So saya masak haritu. Dua lauk je pun. Ayam masak rendang pedas dengan keledek masak kicap. Jamu dekat budak2 umah & kawan2 dorg. Kesudahannya memang licinla. Rasa puas gak hati dpt mengisi perut budak2 umah yang sememangnya kebulur...hihihihi..Lepas makan, tido sebb malam nak keluar kan..(besh222) My pakcik kidir ambil kat rumah lepas kerja. Yer..dia keja Ahad tu, tu yg keluar malam. Kitaorg g Sunway Pyramid. Jalan2 & makan2. Lepak makan dekat Kenny Rogers sebab taktau nak makan mane dah. Ikutkan hati saya suka makan Ayam Penyet tapi dah kerap sgt dah so tukar menu plak.

Lepas puas makan, my pakcik kidir tanya...'syg nak apa?'...saya cakap..'nak u'...budget romantik la konon kan...sebenarnya dah malu ni tapi dlm otak dah ligat pikir nk beli pe...Pikir punya pikir..saya cakap nak baju. Nak Miss Selfridge sebab nmpak ada 50% sales. Boleh plak dia cakap pikir benda lain selain baju sebab katanya baju saya dah banyak..Waaa sedihla...So pikir plak benda len... siap tanya plak 'budget syg dlm berape?'...bgs kan saya????hahahha...dia pun jawab..'dlm RM000-RM000'(rahsia...)...ok kita tgk handbeg Charles & Keith la...setengah jam tgk, takde yg kenan.

Waktu tu dah 9.45pm..adoi..kena cepat ni sebab kang mall dah nak tutup...Jalan2...jumpala satu kedai ni...kedai apa ek???biarla saya & dia jer yg tau..hahahha...Memang dah lama teringin nak beli brg dari kedai tu cuma rasa tak sanggup nak spend duit jer...so ajak dia masuk...pilih2 mana yg kenan dihati saya & dia,test, rasa ok jer terus amik... 2 lagi..hahahha sebab sales kan..puas hati..

Anyway, thank you syg for the present....(*wink*wink*)....

"Negeri 9 vs Terengganu"

....Sapa menang?....

Tahniah kepada pasukan N9 kerana telah menjuarai Piala Malaysia tahun ini. Sebenarnya,saya ni bukanla peminat bola sepak sgt baik tempatan ataupun luar negara. Tapi since my pakcik kidir org nogori...so secara tak langsung saya ambil tahu jugakla pasal perlawanan tu. Furthermore, budak2 umah pun semangat nak tgk perlawanan tu. So dari saya duduk umah sorang2 sebab semua budak umah takde and of course, my pakcik kidir pun pergi tonton perlawanan tu, makanya saya pun follow jerk budak2 umah g tgk perlawanan tu dekat umah kawan dorg di damansara. Memang meriah and gila2 la kitaorg malam tu. Tapi bukan tgk game sgt pun,layan tgk muka pemain yang hencem2..hahhahaha...popuan kan..camtula kerjanya.

My pakcik kidir sudah tentu happy sgt sampai hilang suara la di buatnya. Ahad tu jumpa suara dia dah jadi serak2 basah. Dia sendri cakap ada satu masa tu jerit bagai nak rak sampai rasa pening..ish2..tula penangan bola sepak kan.

Hari minggu hari tu memang banyak kenangan yang besh bangat. Selain N9 menang piala malaysia, adala satu peristiwa boleh diklasifikasikan hari ini dalam sejarah(dalam sejarah hidup sayala) Apa ek?ok nanti ceta next entry...hihihi.

Tahniah skuad hoben jang hoben.

Dulu memang taktahula apa maksud hoben tu..tapi sekarang dah tau...:p

Friday, October 28, 2011

Saya Nak Kurus..........

..Last 2 days, i bought pil jamu untuk kurus sebab saya nak kurus. Tapi taknakla kurus keringkan. Sekarang berat 58.5kg dengan ketinggian 158cm. Kalau diukur BMI nya, masih normal la berat badan tu. But somehow my belly too menonjol ke depan...huhuhuhuhu..tu yg tak best sgt. My target is to reduce down to 55kg..kalau 52kg my pakcik kidir cakap skinny dah so tak bes peluk..ish2 macam2 la dia tu.
..Frankly speaking,dah 3 years berat badan 58-60kg. Asyik dalam rank tu jer. Kalau nak ikutkan dulu memang kurus sgt kot. Rasa ringan jer badan ni. Skang naik tangga skit pun dah penat. Sekarang ni dah jadi trend org register gym. For me, whatever you do, you need discipline, preseverance and full commitment. Kalau bayar mahai2 tapi malas nak g gym baik tak payah kan. I rather play sport with my friends. Every Friday night, I play badminton (tapi kdg2 takpun..hihihi) with my bestest friends. For me, it is more relax,enjoyable and fun sebab we can compete with each other. Selalunya my teammate is my pakcik kidir...Tapi yang tak besnya lepas main, kitaorg akan lepak makan...adoi aihhhhh...camne nak kurus.


..Kesudahannya, i decided to buy these things...pil pijut perut dari puteri binari...baru 2 hari pakai so takleh nak tau lagi berkesan ke tak. Saya ni jenis beli ja lebih tapi kdg2 tak hbs makan pun. Dulu beli jusmate5,ada lagi 5 paket tak hbs. Buang camtu ja sebab dah expired.
..Harapannya,kali ni kena tekad,nekad dan berazam betul2 nak dedicated makan pil tu..Chaiyok!!!!!!