YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, February 21, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (3FEB)

Sunday, 3rd February 2019
Madinah Al-Munawwarah


Aktiviti harini adalah Ziarah Luar merangkumi Masjid Quba', Masjid Qiblatian, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh). Jabal Uhud dan Pasar Kurma.

Tak semua tempat bas akan singgah. Macam Masjid Qiblatian dan Masjid Tujuh hanya drive through jer..Alhamdulillah dpt satu pahala Umrah apabila kita berwudhuk dr Hotel menuju ke Masjid Quba' dan bersolat sunat 2 rakaat di sana. Mcm aku, dpt buat 2 solat sunat. Solat Dhuha dan Solat Tahiyatul Masjid.


Pic ni husband amikkan. Penuh org tapi org suka solat dekat luar sdgkan dlm byk lagi ruang


Hahah..sempat lagi membeli buah delima


Masa ni cousin buzz dekat IG dia tanya tak jumpa Elfira Loy ke sebab dia kata Elfira pun dekat sini. Memang takla aku nk pikir semua tu..hahahah..masa ni hati nk pi Raudhah ja...gitteww..

Hbs jer lawatan dekat sini terus menuju ke Ladang Kurma. Suasana dekat sana sebijik mcm pasar. Malahan lagi bising dr pasar. Punya hingaq bak hang. Berjaya menghabiskan 300 riyal dekat sini..maiigaddd..


Bergambar di luar pasar jer..dah pening dok dlm tu..hahha

Selepas ladang kurma, kami menuju ke Bukit Uhud atau dipanggil Jabal Uhud. Dekat sini mutawwif cerita sejarah peperangan Uhud. Sedih tau. Ya Allah besar pengorbanan sahabat2 Nabi demi menegakkan syiar Islam. Jatuh lagi airmata. Pengisian peristiwa peperangan Uhud ni sgtla mendalam sampai asyik terkenang2 pengorbanan mereka. Antara kisah yang tak boleh dilupakan kisah Mush'ab bin Umar pemegang panji Islam dan jugak kisah bagaimana Nabi tidak boleh memandang Wahsyi org yang bertggjawab membunuh Saidina Hamzah walaupun dia telah memeluk islam. Pengajarannya kalau nk buat jahat pikir byk kali. Kalau nk aniaya org pikir berjuta kali sebab suatu masa bila timbul penyesalan dan apabila kita hendak memohon kemaafan dari org yg kita aniaya kemungkinan org tu payah dan sukar nk memaafkan kita. Sebab memberi kemaafan bukan semudah meminta maaf. Dalam kes Wahsyi ni, Rasulullah menerima pengislaman Wahsyi tapi Rasulullah tak boleh nk memandang wajah Wahsyi kerana baginda akan terkenangkan wajah Saidina Hamzah yang dibunuh dengan kejam oleh Wahsyi.😔


Masa ni tgh jalan menuju area bukit tempat pasukan pemanah. Sebab kalau nk panjat bukit Uhudd tu memang sehari smlm pun tak hbs..


Di atas bukit pasukan pemanah. Blakang tu Bukit Uhud


Masjid Saidina Hamzah. Di situ jugak terletak makam beliau bersama para syuhada perang Uhud yang lain. Khabarnya cuma tinggal 3 sahaja para syuhada yang selamat dari dihanyutkan banjir sebab suatu ketika dulu kawasan ini pernah dilanda banjir yg besar. 


Masa ni semua nangis termasuk Papa dan Mama. First time dgr Papa nangis teresak-esak.. Sedih hokay..


Bergambar kenang-kenangan sebelum pulang. Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."

Semoga kita bertemu di syurga. Bukit Uhud adalah bukit yang akan berada bersama2 kita di syurga nanti. Insha Allah. Amin

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (2FEB)

Saturday, 2nd February 2019
Madinah Al-Munawwarah

Pukul 4am dah bangun siap-siap nk g masjid. Sini semangat dia lain mcm..heheheh. Dalam 4.45am dah berjalan dgn husband g masjid. Sejuk btl Subuh di Madinah..Mama dan papa awai2 dah hilang..hehheh


Waktu-waktu solat di sini


Subuh pertama di Masjid Nabawi. Alhamdulillah

Tetiba nk keluar jer gate 15 terjumpa mama ditemani 3 org Indonesia. Dia cakap dia cari papa tak jumpa..Ha sudah...tunggu punya tunggu, aku ajak mama gerak dulu sbb pagi ni pukul 7.30am ustazah nk bawak kami jemaah wanita ke Raudhah plak. So suh husband tggu Papa. Sekali bila sampai ja lobi hotel, papa dah ada situ. Dia nk terkencing..adoiii yaii..dah kena patah balik panggil husband. Nasibla hotel dekat jer..

Sarapan pun dalam keadaan kelam kabut, sebab belum pegi tandas lagi pagi ni. So kena settlekan apa yang patut dulu..Alih2 dlm 7.40am baru turun. Masa ni semua jemaah wanita tgh dgr taklimat dr ustazah Andalusia berkenaan Raudhah. Yang lelaki harini free & easy. 

Dalam pukul 8am kami semua bergerak menuju gate 25, tempat di mana jemaah wanita nak ke Raudhah. Suasana masa tu tenang lagi. Masuk ke dalam dah nmpk group2 dr Asia tgh tunggu turn. Nampak gaya memang org Asia group plg last. Masa disi dengan membaca Al-quran, berselawat dan berzikir.


Ni dah depan Raudhah dah. Dah boleh start bagi salam dekat Rasullullah. Masa ni hanya Allah sahaja yg tahu apa dlm hati ni. Air mata mmg dah takleh nk tahan2. Berjurai-jurai jer.

Dalam pukul 10am camtu baru kami dpt masuk Raudhah. Suasana memang dahsyatla. Plg tak tahan dengan geng2 suka rempuh ni mostly dr Indonesia. So sabar jerlah kan. Alhamdulillah dpt solat hajat 2 kali dekat dlm. Mak pun sama. Dan dapat jugak sampaikan salam dr saudara mara dan kawan2 yang mengirim salam dekat Nabi Allah. HP takde pgg lgsg. Simpan jer dlm beg. Malas nk amik video or apa.


Pic ni dari HP husband sebab laki takde waktu yang tertentu nk masuk Raudhah. Macam perempuan, pagi ada selepas subuh sampai kul 11am, then lepas Zuhur sampai kul 3pm. Akhir sekali lepas Isyak sampai kul 12am. Belah kiri tu Makam Rasulullah dan kanan makam Abu Bakar. Boleh nampak nama mereka di situ.

Settle Raudhah dlm pukul 11am. Semua jemaah yg sama berkumpul di luar dan ustazah nak bawak kami ke perkuburan Baqi'. Tapi wanita tak boleh pergi sana, cuma berdoa dr jauh jer which is dekat dlm Masjid Nabawi jer. Habis jer doa terus bergerak balik hotel. Aktiviti seterusnya free & easy jugak. So bolehla g shopping..hahahah dan sudah semestinya pergi solat kan kan kan..


Jubah yang berjaya di tangkap pada hari ke 2 di Madinah..hahahhaha..buat pakai g Masjid..chewahh..




UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (1FEB)

Friday, 1st February 2019
KUL/MCT/MED

Pukul 4.15am dah bangun. Siap2, cek apa yg patut sebelum berangkat ke airport. Dalam pukul 5am bergerak dan pukul 6am dah selamat sampai KLIA. Selepas solat Subuh terus menuju M18 tempat group Andalusia berkumpul untuk cek in luggage. Settle urusan bagasi kami pun pergi lepak Paparich untuk sarapan. Keluarga mentua pun ada dtg utk menghantar anak kesayangan😍😍. Confirm adegan nangis la kang..hahhaha.

Flight kami adalah Oman Air, so ade transit Muscat dlm 2 jam lebih. Dijadualkan berlepas pada pukul 9.40am. So pukul 7.40am ada sedikit taklimat dr mutawwif andalusia iaitu Ustaz Irfan Asyraf. Bgs ustaz ni. Service👍. Masa bacaan doa tu sayu rasa hati ni. Yerla first time kan.


Nila Ustaz Irfan. Tapi dia suh panggil Irfan jer.

Dlm pukul 8am kami dah nk bergerak ke gate dah. So cm biasa salam2 keluarga mentua dan bergambar buat kenang-kenangan. Husband nmpk sedih. Sedih la kan...fhm..fhm..


Abg husband tlg snapkan...


Our flight A330-300

Satu yang tak besnya Oman Air ni, seats dia bg berterabur. Actually ada gak dgr2 even Saudi Airlines pun sama. Paling okay sebenarnya MAS. So naikla MAS kalau tak nk kalut2 dlm flight. Yerla bukan senang kita nk mntak tukar seat dgn org kan. Ada yang tak nak, ada yg tak kesah pun. Lepas tu belum kira lagi cabin crew tegur2 suruh duduk dulu seat yang dah diberi. Macam aku, seat aku ada kakak ni dah duduk. So terpaksa cari seat kosong lain. 

Kapal WY822 KUL/MCT A330-300 berlepas agak lewat lebih kurang pukul 10.30am. Dlm 10 minit berlepas, seatbelt sign off jer terus bgn pegi toilet..hahaha..keluar jer dekat luar dah kecoh2 group kami nk bertukar2 seat. At last dpt gakla seat sekali dengan husband dan blakang parents jer. Alhamdulillah.

Flight ke Muscat, Oman mengambil masa selama 7jam lebih. Tkde buat apa sgt dlm tu. Bykkan berzikir dan baca buku panduan. Movies apa semua tak tgk sbb ngantuk..Yerla dh bgn awalkan. So tido jala. Bangun pun sbb nk makan lepas tu sambung tido balik. Papa plak takleh tido. Dahla IFE dia pun rosak..dia plak mcm takut skit terbang. So pandai-pandai dialah kan..heheheh..Masa ni hanya mampu berdoa ja utk dia dan semoga selamat pergi balik.

Disebabkan flight delayed dekat sejam so kami sampai agak lewat di Muscat dalam 1.30pm. Connecting flight ke Medina plak pukul 1445. Apa lagi kelam kabut gakla. Solat semua dah tak sempat. Memang solat hormat waktu jer dlm flight. Tak sempat nk snap satu pic pun dekat Muscat Airport. Dahla cantik, bersih dan canggih airport Muscat ni. Tiba ja dekat gate dah terus masuk kapal..hahahha..nsb tak terlepas. Kalini flight on time dan dijangka tiba di Medina pukul 5pm. Tak sabar rasanya...heheheh..

Alhamdulillah flight WY679 MCT/MED Boeing 737-900 selamat mendarat di bumi Medina. Tgk jam rasa mcm sempat lagini nak solat jamak takhir. Sebab masa dlm flight dah doa dekat Allah semoga aku sempat jamak takhir. Memang Allah mudahkan. Dekat imigresen pun laju jer. Org pun tak ramai. Terpaksa jalan sendri, tak tggu pun group berkumpul semua. Lagi 15minit nk masuk Maghrib dah settle solat jamak Zohor dan Asar..fuhhh..lega..

Lepas solat terus collect bagasi. Kebetulan surau dan tempat collection sebelah-sebelah jer. Dalam 6.30pm cmtu dah ada atas bus. Cantik kota Medina ni.Ustaz cakap kita belum sampai Tanah Haram lagi. Sepanjang perjalanan, ustaz byk bercerita bab2 sejarah Medina. Masa ni, dah rasa terharu sgt sebab sampai jugak di sini.


Papa dan mama dalam bas dari Airport ke Tanah Haram Medina.

Tepat jam 7pm kami tiba di hotel Mawaddah Al-Waha. Tenang jer keadaan sekeliling. Memang btl la org ckp Medina ni sgt tenang. Dari dalam bas dah nmpak Masjid Nabawi😍😢Perasaan bercampur bau. Seronok dan sedih...

Malam pertama di sini yang wanita berehat jerlah. Lelaki plak ustaz Irfan nk bawak ke Raudhah dlm pukul 9.30pm dia suruh turun dan berkumpul di lobi. Dapat bekalan makanan nasi arab ayam. Banyak dan sedap. Lepas makan, husband siap2 nk turun bawah. As for me, lepak jerla bilik dan unpack baju2. Malam ni cadangnya nak tido awai sbb esok nk Subuh pertama di Tanah Haram Medina. Tapi tgh golek2 dgr pintu diketuk. Husband balik dlm pukul 11.30pm. Dia kata tak dpt masuk sbb ramai sgt manusia. So esok nk try lagi...

Tuesday, September 18, 2018

Auckland Trip 2018 (Last Day)

Monday, 11th September 2018
Auckland City

Last Day dekat Auckland. Memang gila laki aku ni. Macm balik kampung jer. Harini, cadangnya nk jalan2 dekat town jer so ingat nk extend sewa keta lagi sehari memandangkan keluar naik bus ke airport pun dah harga 36dollar for 2. Baiklah extend bayar keta 40dollar lagi sehari. Pagi2 dah check out. Dlm kul 9am dah siap semua. Terus menuju Parnel Garden Rose dan Mission Bay. Ingat nk masuk sealife aquarium dekat Mission Bay. Sekali tgk harga..ermm menung jauh..hahahh


Takde apa sgt. Just ramai org dtg sini berjogging. Bunga cm besa takde..


Dah mcm bangla indon dah dtg Malaysia, ambil pic dekat taman,pokok2..hahahha

 
Pic wajib suami

 
Pantai dekat Mision Bay, biasa jer..Penang cun lagi..hahahh

 
Last one, lepas ni nk ke Ace Rental sbb ptt hanta pukul 10.30am so kami nk mntak extend.
 
Alhamdulillah dapat extend sehari dengan harga 39dollar. Murah 1 dollar. Okla kot. Lagipun leh g jauh skit kan. So next place is Mt Eden.
 

Pic dengan pokok lagi


Mcm dekat UPM jer..hahahha

 
Masani suruh husband amik jalan shortcut to the summit sebab dia ckp dia malas nk jalan lagi dah..paadiaaa..hahah


Ok jumpppp
 
Jump lagiii


Kekonon dia kiss Sky Tower dr jauh..


 Suka gila view ni..cun yamat

 
Merenung jauh pasai satg nk balik dah. Bapak sat gila trip ni. Dok dalam flight ja total 20jam..hahahha
 
Lepas tu mcm dah lapar. So ckp dengan husband jom kita makan fish n chip dekat Auckland fish market. Budget mcm Sydney fish marketla. Sekali sampai, tgk mcm kecik jer.. kedai pun satu jer. Tetiba rasa mcm nk tanya dia grg pakai minyak apa. Then mamat India tu jawab..animal fat..owhh nooo..musnah harapan nk makan fish & chip..terus blah..tapi b4 that bergambar dekat area wharf
 



ok dah jom blah
 
Kitaorg pun menuju Queen Street konon nk cari halal food dekat sana. Jumpa memang jumpa tapi dah susah plak nk parking..terus tak jadi..terus..plan makan dekat Parnel..haahahha..sini mmg byk halal food and kitaorg jumpa satu kedai seafood & steak halal Di Mare nama dia. Apa lagi fish & chipla…
 


Dari 5, saya kasi 3.5 bintang sebab dia letak mcm serbuk bunga cengkih..adoiiii..
 
Lepas makan, mcm rasa nk makan lagi dekat Chocolate Boutique Café. Husband pun ckp..ok jommm..hahahah
 

The best closure ever. sedap gila crème brule ni..Ya Allah..nikmat

 
Nipun sedap..
 
Perut gila dah full. Tapi puas hati. Then kitaorg decided nk g solat. Waze masjid jumpa masjid al Jamie dekat Ponsonby. Nampak mcm masjid org India sebab ramai dorg dalam tu..heheh..but okayla. Auckland ni memang byk masjid dan halal food..tak susah pun. Then kitaorg terus plan nak ke Slyvia Park. Sampai dalam pukul 4pm. Slyvia Park ni dah dekat dah dengan airport. Tapi hampeh..JPO best lagi..takde apa sgt..Lepas tu mcm dah taktau nk buat apa..ajak husband g Auckland Botanic Garden even mcm dah leh agak bunga mesti tak byk.
 

Entrance depan


Only sayuq kind of like jer..


Pose jerlahhh buat kenangan

 
Muka boring dan ngantuk..
 
Masa ni baru pukul 6pm. Sebab dah taktau nk buat pa. Plus hujan rengai2 lagi so kami decide terus nk hanta keta dan ke airport. Lagipun kena hanta keta by 7.30pm sbb kalau tak, nnt takde airport transfer. Mcm biasa husband ajak singgah countdown which sebelah jer Ace rental punya office. Kitaorg beli coklat lagi. Haritu dah beli dekat Rotorua. Mahal dari countdown dekat Airport rupanya..
 
 
Nila keta yang berjasa pada kami selama di Auckland dan Rotorua. Husband ckp, dia dah start ada bunyi2 masa malam balik dr Rotorua. Nasib takde pape terjadi. Thanks Allah. Jaga hambamu sebaiknya. Syukur sgt2.

 
Begambar kenang-kenangan dekat airport. Seriously, Auckland a bit boring. Nothing much to do. Tapi org dia nice jgkla and depa jenis taksuka if kita bawak slow mo..hahahhah..Kalau next time nk dtg balik, kena g explore tempat lain. Rotorua pun takpuas jalan. Best lagi Rotorua. Maybe, later leh try Wellington dan terus ke Queenstown. Cuma kena cekapkan memandu dan observe lebih cara pemanduan rakyatnya sebab depa suka mereport kalau taksuka cara kita drive. Takpelah, takde kena saman dan pengalaman ni sgt berharga esok2 kalau nk dtg NZ lagi. Insha Allah.
 
 
 
 

Rotorua Trip 2018 (Second day)

9th September 2018
Aucklad/Rotorua/Auckland

Malam masa sampai hotel tu mcm dah decide nk sewa keta sebab Auckland City mcm takde apa sgt. So cari2 gakla online after tanya receptionist hotel. Cari2 semua tak kenan. At last, turun balik g lobi and tanya pendapat kalau nk walk in jer camna. So Brandon tu suggested untuk pergi area Beach Road sebab dekat situ semua company car rental ade. Bila survey2, rupanya dekat ngan Parnel dan University Auckland. Adoi menapak lagila jawabnya. Sebab naik bus pun mahal 3.50dollar. Dahla kad dia kena beli dekat station dia jer and station dia pun jauh gak menapak ni. So pagi tu dlm 8.50 dah tunggu bus. Tunggu punya tunggu tapi tak sampai2..dah dekat 15minit tunggu last2 decided utk menapak jerlah..

Mula2 g Go rental, yg murah hbs, then epx pun semua tinggal yg mahal jer. Lepas tu try Jucy..termiss plak yg murah. Agak2 mcm nk gave up, ckp ngan husband kita try Ace rental ni, if takde murah then bukan rezekilah. Dan Alhamdulillah dpt Mazda 2 40dollar dah plus insurans. Tapi if nk gps kena 8dollar lagi. So macm malasla..baik google map jer since internet pun ada. Dlm kul 10.30am baru bertolak menuju Rotorua. Perjalanan lebih kurang 3jam..lama gakla. Plan nak cover 3 tempat (Skyline,Waitomo & Hobbition). Sampai Skyline dah pukul 1.30pm. Beli pakej gondola dan luge sorg 45dollar. Mahai hoiii if convertlakan.


Husband neves pasai dia gayat..hahahah


View cantic jgk..ala2 Langkawi cabel car..hahahha

 
Tapi dekat sini tak panggil cabel car, gondola jer. Sampai ke puncak terus cari helmet nk pakai sebab nk naik luge

Hijau untuk big size..hahahha..I sebab ada sanggul kan..


Amik pic pemandangan dulu
 

Bergambar dengan Jelly Belly


Mintak tlg couple from India ambil kan. Mana2 kami pi mesti ada org India time nk ambil pic berdua..hahah

 
Cun btl scenery dia
 

Belakang tu chairlift yang akan kitaorg naik lepas naik luge
 

Ok ni la luge. Ada 3 routes. Scenic, Adventure, Bacis. So kami pilih Scenic. Scenic ni mcm dlm hutan jer sebenarnya..hahhaha..sunyi skit. Dahla husband pi tinggai bini dia sorg2..cehhh

 
Nampak sgt muka kecut perut dia.hahahha

 
Wifey happy dan seronok jer..
 
 
Actually luge ni boleh ambil pakej naik byk kali. Tapi kitaorg konon nk sep kan. Nanti nak pegi Waitomo lagi semua. So mcm just amik pakej Gondolo & 1 Luge jer. Chairlift tu memang dah termasuk sekali. Dalam kul 2pm lebih kitaorg dah settle dekat Skyline ni. So perut plak dah lapar, terus decide nk g makan dan solat. Alhamdulillah, halal food byk jer area Rotorua ni. Jumpa satu kedai kebab turki terus order dan makan
 
 
Husband makan nasi kambing while me makan kebab. Harga pun okla, tapi kebab rasa kureng skit. Maybe takpandai pilih sos.
 
habis jer makan, kitaorg decide nk bergambar area Kuirau park dan lake front. Actually masa ronda2 cari halal food memang dah lalu dah area Kuirau park ni tapi tak stop pun sebab tgk macm takde pape. Just nmpk kolam air panas jer. Sekali bila lalu bahagian depan mcm perasan satu jambatan atas kolam air panas tu. Nampak mcm cun tempat tu.
 

Sedap gila badan lepak sini sebab dia mcm panas2 dalam cuaca yang sejuk


Ni masa wap hilang jap ditiup angin.


Cheese!
 
 
Angin memang kuat masa ni. Even wap air panas tu tu ada jer tapi sebabkan angin yang kuat so wap mcm hilang jap..hehehe

 
Senyummmm
 
 
Dekat sini ramai org rendam kaki. Husband ajak jgk tapi mcm malas nk bukak boot..

 
Ok ni depan lake front. Cantik jugak suasana dekat sini. Tenang jer. Terus teringat Zanse Schaan Holland..gitteww

 
Masa ni ada heli baru berlepas dekat blakang tu tapi tak sempat nk capture sebab tepegun tgk dia terhoyong hayang dekat atas..hahaha
 
Dalam 4.30pm kitaorg mcm taktau nk pi mana dah. Terus ckp ngan husband, nk g Waitomo lah. Sekali bila waze, dah nk tutup kul 5.30pm. Estimate time sampai 5.30pm. Adoi..dahla last boat 5.30pm. Lepas tu tgk hobbiton pun sama jgk. Tutup pukul 5.30pm..waaa sedihnya. Patut kitaorg tido semalam dekat sini. Tapi dah last min plan so cmnila jadinya. So kitaorg decide nk pegi jugak hobbiton sbb hobbiton mmg laluan balik ke Auckland. Kalau Waitomo kena naik atas lagi. Jalan dah start nk gelap..spring dekat NZ ni tak sama mcm Europe. Kul 6.30pm dah gelap.
 
 
Masa ni dah gelap. Dah pukul 6.30pm. Org pun dah takde sgt. Memang sunyi gila. Tapi kitaorg ni agak berani jgklah especially the wife..hahah
 
Amik jerla pic buat kenangan..hahahah
 
Dalam kul 7 kitaorg gerak dari sini. Memang sunyi dan gelap hbs. Jalan dekat NZ ni memang takde lampu. Nama jer highway tapi tak mcm highway dekat Malaysia pun. Lebih kepada jalan lama tapi lagi dahsyat dr jalan lama kita..hahahha..Memang kena berani hbsla. Hanya bergantung pada Allah jer. Dahla kena tahan polis sebab bawak slow. Kelakar plak. Memangla kami bawak slow tapi takdela slow sgt. Satu sebab jalan gelap. Kedua sebab nk tgk btl2 waze ni. Taknkla sesat2 nanti lagi bahaya kan. Perjalanan dr Hobbiton ke Auckland ada lagi sejam setengah. Ikut waze dalam 8.30pm kami akan sampai Auckland.
 
 
Nasb kena nasihat jer. Dia cakap ada org report. Lepas ni if drive slow, kena pull over dan bagi laluan pada kereta2 di belakang kita..baiklah cippp..


Reward setelah penat berjuang..hahahha. Chocolate boutique café again. Sedap gila. Kecian tgh husband masa ni. Nampak penat..yerla seharian drive. Bini keja berletiaq jaaa..hahahha

 
Ni menu husband, yg ats wife punya. Kitaorg tak makan malam sbb rasa kenyang lagi masa makan tengahari tadi. Yerla portion byk gila. So cadang nk makan Maggie jer for supper..
 

Actually pic ni masa hari pertama. Cun deco kedai dia..