YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, February 21, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (3FEB)

Sunday, 3rd February 2019
Madinah Al-Munawwarah


Aktiviti harini adalah Ziarah Luar merangkumi Masjid Quba', Masjid Qiblatian, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh). Jabal Uhud dan Pasar Kurma.

Tak semua tempat bas akan singgah. Macam Masjid Qiblatian dan Masjid Tujuh hanya drive through jer..Alhamdulillah dpt satu pahala Umrah apabila kita berwudhuk dr Hotel menuju ke Masjid Quba' dan bersolat sunat 2 rakaat di sana. Mcm aku, dpt buat 2 solat sunat. Solat Dhuha dan Solat Tahiyatul Masjid.


Pic ni husband amikkan. Penuh org tapi org suka solat dekat luar sdgkan dlm byk lagi ruang


Hahah..sempat lagi membeli buah delima


Masa ni cousin buzz dekat IG dia tanya tak jumpa Elfira Loy ke sebab dia kata Elfira pun dekat sini. Memang takla aku nk pikir semua tu..hahahah..masa ni hati nk pi Raudhah ja...gitteww..

Hbs jer lawatan dekat sini terus menuju ke Ladang Kurma. Suasana dekat sana sebijik mcm pasar. Malahan lagi bising dr pasar. Punya hingaq bak hang. Berjaya menghabiskan 300 riyal dekat sini..maiigaddd..


Bergambar di luar pasar jer..dah pening dok dlm tu..hahha

Selepas ladang kurma, kami menuju ke Bukit Uhud atau dipanggil Jabal Uhud. Dekat sini mutawwif cerita sejarah peperangan Uhud. Sedih tau. Ya Allah besar pengorbanan sahabat2 Nabi demi menegakkan syiar Islam. Jatuh lagi airmata. Pengisian peristiwa peperangan Uhud ni sgtla mendalam sampai asyik terkenang2 pengorbanan mereka. Antara kisah yang tak boleh dilupakan kisah Mush'ab bin Umar pemegang panji Islam dan jugak kisah bagaimana Nabi tidak boleh memandang Wahsyi org yang bertggjawab membunuh Saidina Hamzah walaupun dia telah memeluk islam. Pengajarannya kalau nk buat jahat pikir byk kali. Kalau nk aniaya org pikir berjuta kali sebab suatu masa bila timbul penyesalan dan apabila kita hendak memohon kemaafan dari org yg kita aniaya kemungkinan org tu payah dan sukar nk memaafkan kita. Sebab memberi kemaafan bukan semudah meminta maaf. Dalam kes Wahsyi ni, Rasulullah menerima pengislaman Wahsyi tapi Rasulullah tak boleh nk memandang wajah Wahsyi kerana baginda akan terkenangkan wajah Saidina Hamzah yang dibunuh dengan kejam oleh Wahsyi.😔


Masa ni tgh jalan menuju area bukit tempat pasukan pemanah. Sebab kalau nk panjat bukit Uhudd tu memang sehari smlm pun tak hbs..


Di atas bukit pasukan pemanah. Blakang tu Bukit Uhud


Masjid Saidina Hamzah. Di situ jugak terletak makam beliau bersama para syuhada perang Uhud yang lain. Khabarnya cuma tinggal 3 sahaja para syuhada yang selamat dari dihanyutkan banjir sebab suatu ketika dulu kawasan ini pernah dilanda banjir yg besar. 


Masa ni semua nangis termasuk Papa dan Mama. First time dgr Papa nangis teresak-esak.. Sedih hokay..


Bergambar kenang-kenangan sebelum pulang. Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."

Semoga kita bertemu di syurga. Bukit Uhud adalah bukit yang akan berada bersama2 kita di syurga nanti. Insha Allah. Amin

No comments:

Post a Comment