YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, February 21, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (2FEB)

Saturday, 2nd February 2019
Madinah Al-Munawwarah

Pukul 4am dah bangun siap-siap nk g masjid. Sini semangat dia lain mcm..heheheh. Dalam 4.45am dah berjalan dgn husband g masjid. Sejuk btl Subuh di Madinah..Mama dan papa awai2 dah hilang..hehheh


Waktu-waktu solat di sini


Subuh pertama di Masjid Nabawi. Alhamdulillah

Tetiba nk keluar jer gate 15 terjumpa mama ditemani 3 org Indonesia. Dia cakap dia cari papa tak jumpa..Ha sudah...tunggu punya tunggu, aku ajak mama gerak dulu sbb pagi ni pukul 7.30am ustazah nk bawak kami jemaah wanita ke Raudhah plak. So suh husband tggu Papa. Sekali bila sampai ja lobi hotel, papa dah ada situ. Dia nk terkencing..adoiii yaii..dah kena patah balik panggil husband. Nasibla hotel dekat jer..

Sarapan pun dalam keadaan kelam kabut, sebab belum pegi tandas lagi pagi ni. So kena settlekan apa yang patut dulu..Alih2 dlm 7.40am baru turun. Masa ni semua jemaah wanita tgh dgr taklimat dr ustazah Andalusia berkenaan Raudhah. Yang lelaki harini free & easy. 

Dalam pukul 8am kami semua bergerak menuju gate 25, tempat di mana jemaah wanita nak ke Raudhah. Suasana masa tu tenang lagi. Masuk ke dalam dah nmpk group2 dr Asia tgh tunggu turn. Nampak gaya memang org Asia group plg last. Masa disi dengan membaca Al-quran, berselawat dan berzikir.


Ni dah depan Raudhah dah. Dah boleh start bagi salam dekat Rasullullah. Masa ni hanya Allah sahaja yg tahu apa dlm hati ni. Air mata mmg dah takleh nk tahan2. Berjurai-jurai jer.

Dalam pukul 10am camtu baru kami dpt masuk Raudhah. Suasana memang dahsyatla. Plg tak tahan dengan geng2 suka rempuh ni mostly dr Indonesia. So sabar jerlah kan. Alhamdulillah dpt solat hajat 2 kali dekat dlm. Mak pun sama. Dan dapat jugak sampaikan salam dr saudara mara dan kawan2 yang mengirim salam dekat Nabi Allah. HP takde pgg lgsg. Simpan jer dlm beg. Malas nk amik video or apa.


Pic ni dari HP husband sebab laki takde waktu yang tertentu nk masuk Raudhah. Macam perempuan, pagi ada selepas subuh sampai kul 11am, then lepas Zuhur sampai kul 3pm. Akhir sekali lepas Isyak sampai kul 12am. Belah kiri tu Makam Rasulullah dan kanan makam Abu Bakar. Boleh nampak nama mereka di situ.

Settle Raudhah dlm pukul 11am. Semua jemaah yg sama berkumpul di luar dan ustazah nak bawak kami ke perkuburan Baqi'. Tapi wanita tak boleh pergi sana, cuma berdoa dr jauh jer which is dekat dlm Masjid Nabawi jer. Habis jer doa terus bergerak balik hotel. Aktiviti seterusnya free & easy jugak. So bolehla g shopping..hahahah dan sudah semestinya pergi solat kan kan kan..


Jubah yang berjaya di tangkap pada hari ke 2 di Madinah..hahahhaha..buat pakai g Masjid..chewahh..




No comments:

Post a Comment