YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, February 21, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (1FEB)

Friday, 1st February 2019
KUL/MCT/MED

Pukul 4.15am dah bangun. Siap2, cek apa yg patut sebelum berangkat ke airport. Dalam pukul 5am bergerak dan pukul 6am dah selamat sampai KLIA. Selepas solat Subuh terus menuju M18 tempat group Andalusia berkumpul untuk cek in luggage. Settle urusan bagasi kami pun pergi lepak Paparich untuk sarapan. Keluarga mentua pun ada dtg utk menghantar anak kesayangan😍😍. Confirm adegan nangis la kang..hahhaha.

Flight kami adalah Oman Air, so ade transit Muscat dlm 2 jam lebih. Dijadualkan berlepas pada pukul 9.40am. So pukul 7.40am ada sedikit taklimat dr mutawwif andalusia iaitu Ustaz Irfan Asyraf. Bgs ustaz ni. Service👍. Masa bacaan doa tu sayu rasa hati ni. Yerla first time kan.


Nila Ustaz Irfan. Tapi dia suh panggil Irfan jer.

Dlm pukul 8am kami dah nk bergerak ke gate dah. So cm biasa salam2 keluarga mentua dan bergambar buat kenang-kenangan. Husband nmpk sedih. Sedih la kan...fhm..fhm..


Abg husband tlg snapkan...


Our flight A330-300

Satu yang tak besnya Oman Air ni, seats dia bg berterabur. Actually ada gak dgr2 even Saudi Airlines pun sama. Paling okay sebenarnya MAS. So naikla MAS kalau tak nk kalut2 dlm flight. Yerla bukan senang kita nk mntak tukar seat dgn org kan. Ada yang tak nak, ada yg tak kesah pun. Lepas tu belum kira lagi cabin crew tegur2 suruh duduk dulu seat yang dah diberi. Macam aku, seat aku ada kakak ni dah duduk. So terpaksa cari seat kosong lain. 

Kapal WY822 KUL/MCT A330-300 berlepas agak lewat lebih kurang pukul 10.30am. Dlm 10 minit berlepas, seatbelt sign off jer terus bgn pegi toilet..hahaha..keluar jer dekat luar dah kecoh2 group kami nk bertukar2 seat. At last dpt gakla seat sekali dengan husband dan blakang parents jer. Alhamdulillah.

Flight ke Muscat, Oman mengambil masa selama 7jam lebih. Tkde buat apa sgt dlm tu. Bykkan berzikir dan baca buku panduan. Movies apa semua tak tgk sbb ngantuk..Yerla dh bgn awalkan. So tido jala. Bangun pun sbb nk makan lepas tu sambung tido balik. Papa plak takleh tido. Dahla IFE dia pun rosak..dia plak mcm takut skit terbang. So pandai-pandai dialah kan..heheheh..Masa ni hanya mampu berdoa ja utk dia dan semoga selamat pergi balik.

Disebabkan flight delayed dekat sejam so kami sampai agak lewat di Muscat dalam 1.30pm. Connecting flight ke Medina plak pukul 1445. Apa lagi kelam kabut gakla. Solat semua dah tak sempat. Memang solat hormat waktu jer dlm flight. Tak sempat nk snap satu pic pun dekat Muscat Airport. Dahla cantik, bersih dan canggih airport Muscat ni. Tiba ja dekat gate dah terus masuk kapal..hahahha..nsb tak terlepas. Kalini flight on time dan dijangka tiba di Medina pukul 5pm. Tak sabar rasanya...heheheh..

Alhamdulillah flight WY679 MCT/MED Boeing 737-900 selamat mendarat di bumi Medina. Tgk jam rasa mcm sempat lagini nak solat jamak takhir. Sebab masa dlm flight dah doa dekat Allah semoga aku sempat jamak takhir. Memang Allah mudahkan. Dekat imigresen pun laju jer. Org pun tak ramai. Terpaksa jalan sendri, tak tggu pun group berkumpul semua. Lagi 15minit nk masuk Maghrib dah settle solat jamak Zohor dan Asar..fuhhh..lega..

Lepas solat terus collect bagasi. Kebetulan surau dan tempat collection sebelah-sebelah jer. Dalam 6.30pm cmtu dah ada atas bus. Cantik kota Medina ni.Ustaz cakap kita belum sampai Tanah Haram lagi. Sepanjang perjalanan, ustaz byk bercerita bab2 sejarah Medina. Masa ni, dah rasa terharu sgt sebab sampai jugak di sini.


Papa dan mama dalam bas dari Airport ke Tanah Haram Medina.

Tepat jam 7pm kami tiba di hotel Mawaddah Al-Waha. Tenang jer keadaan sekeliling. Memang btl la org ckp Medina ni sgt tenang. Dari dalam bas dah nmpak Masjid Nabawi😍😢Perasaan bercampur bau. Seronok dan sedih...

Malam pertama di sini yang wanita berehat jerlah. Lelaki plak ustaz Irfan nk bawak ke Raudhah dlm pukul 9.30pm dia suruh turun dan berkumpul di lobi. Dapat bekalan makanan nasi arab ayam. Banyak dan sedap. Lepas makan, husband siap2 nk turun bawah. As for me, lepak jerla bilik dan unpack baju2. Malam ni cadangnya nak tido awai sbb esok nk Subuh pertama di Tanah Haram Medina. Tapi tgh golek2 dgr pintu diketuk. Husband balik dlm pukul 11.30pm. Dia kata tak dpt masuk sbb ramai sgt manusia. So esok nk try lagi...

No comments:

Post a Comment