YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Tuesday, April 29, 2014

Dari Antwerpen Ke Brussels.
 
 
28/3/2014 (Jumaat)
 
 
Kalini nak sambung cerita perjalanan kami dari Antwerpen Centraal ke Brussels Central. Dekat sinila segala macam2 masalah dan pengalaman pahit manis terjadi..huhuhu..sebelum tu layan dulu pic:
 
 

suasana di dalam train menuju ke Brussels. Tak ramai pun org


Tiket train ke sana


Muka letih

 
Air yg sangat masam.
 
Di Brussels kami decide untuk tinggal selama 3 hari 2 malam. Sebabnya nak menikmati the best waffle in the whole world. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit. Macam jauh jugak kan???huhuhu. Sebenarnya stesen train dekat Brussels ni memang kami confuse habisla. Kami sendiri tak pasti yang kami berhenti ni betul ke tak. Sebab dari research yang kami buat memang input tak banyak. Hotel yang kami nk duduk pun tak bg info yang berkenaan. Jadi kami tawakkal dan gamble jerlah. Sampai jer Brussels Centraal dalam tengahari. Perut memang lapar, tapi kena sabar dan tahan jer sebab nak save budget.
 
 
dah selamat sampai.
 
Dekat Brussels Central ni memang kami frust. Sebab takde langsg kaunter pertanyaan. So bayangkanla..camna kami terpinga-pinga cari hotel. Tanya org tempatan pun dorg takleh nak explain. Mau nak nangis time ni. So taknak rasa stress, kami chill dulu dengan mengambil gambar.
 
 
ni jer sempat lepas tu takde mood sebab dah penat and jalan dekat Brussels naik turun bukit.
 
Masa nak cari hotel ni, memang agak give upla. Dah banyak dah orang yang kami tanya tapi semuanya menghampakan. Nak mencuba naik metro dia pun takde kaunter pertanyaan. Pastu tiket plak kena beli dekat mesin..Adoiii..frustla...Sebenarnya hotel kami ni memang dekat dengan satu stesen train dekat Brussels tapi kami lupa nama dan masing2 malas nak buka nota yang kami dah catit sebab mood dah takde. Tapi kami gagah jugak jalan sampaila nmpak hotel Hilton tak silap. So saya cakap dekat husband mungkin staff sana pandai skit bertutur bahasa Inggeris. Dan memang betul pun staff dorg boleh bertutur dengan baik. Kebetulan bell boy dia orang Filipina. So saya berborak dengan dia while my hubby g jumpa receptionist hotel. Bila dah puas berborak, at last kami follow advise dorg which is to take a taxi ride. Mula2 memang kami ada piker nak naik taxi tapi seperti biasa, dari research yang dibuat, org advice jgn naik taxi dekat Brussels sebab dorg charge mahal gila and menipu. So kami pun naik jer taxi yang dah siap2 tunggu depan hotel Hilton tu.
 
Alhamdulillah, betul la org cakap. kadang2 kita takleh terus judge org ni dari satu sumber jer. Kita kena kenal dulu baru boleh judge. Nasib kami baik, sebab kami dapat pemandu taxi yang sngtla baik hati. Famili asal dari Morocco tapi dia Belgium born. Plus dia sgt fasih cakap Inggeris dan dia orang islam. Siap cakap tak kesah nak bayar berapa pun. Fisabilillah katanya. Perjalanan mengambil masa dalam 10 min jer tupun sebab jem skit. Brussels ni memang agak jem berbanding Holland. Kat meter taxi dah tulis 10.6 euros. Tapi pemandu taxi tu cakap ikut suka nak bayar berapa. So kami bg dia 10 euros. Akhirnya selamat jugak sampai Hotel Retro.
 

puas hati gila tgk bilik kitaorg. Semalam RM313.okla kan??


suka kerusi malas ni..warna unggu memang fav.


besarrrrr
 

toilet yang besar dan bersih
 

shower


hehehe


almari dia agak kecik

 
dia yang rasmi dulu.
 
Masa sampai jer hotel retro ni, receptionist dia sgtla kecik ruang nyer. Tapi bila masuk jer bilik. tuudiaa..puas hati habisla..memang rezeki kami masa booking dekat booking.com dia ade offer. So apa lagi rembat jerla offer tuh.
 
Tanpa berlengah lagi saya pun siapkan makan tengahari. Perut pun dah berkeroncong. Kena ambil tenaga nak jalan2 kejap lagi. Seperti yang dapat kami agak. Bila tanya receptionist dia, dia cakap  better jalan kaki sebab senang. Kami tak fhmla kenapa org2 sini tak suggest naik tram or metro bawah tanah dorg.ermmm???Pelik kan..Lepas dah settle lunch, kami pun berjalan2 ke Brussels Centraal semula sebab kat situ segala attraction dia.
 

sambil jalan kita snapla some pics kan..



kitaorg habiskan masa jalan2 dalam Gallery ni.




coklat....
 

sedapnya...tengok pun dah terliuq..


mannekin pis..budak toyol Belgium..memang femes dekat sini.


grand place..





 



depan Hard Rock Brussels


tengok2 dulu


happening kot hard rock Brussels ni


yeahhh...shopping


tudiaaa!!!



jalan-jalan sekitar Brussels central







mannekin pis



itula patungnya...


saat yang dinanti-nanti.waffle bersama air splush


pose dulu..


kelabu mata I...mana satu pilihan hati


gedikkk



masa ni jalan nak balik semula hotel



 
 
Hari pertama kitaorg dah selamat shopping dekat hard rock.pilih mana yang kenan terus amik. Husband paling banyak shopping.as usual dia beli untuk abg dia,kak ipaq dia n bla bla.dekat isteri pun ade yer...heheheh..Kedai2 dekat Brussels pun tutup awal.. Ada yang lambat skit. Tapi seperti yang telah ramai org cakap. Adalah bahaya untuk berjalan di waktu malam. Makanya, dalam kul 6.30 kitaorg dah gerak balik hotel. Jauh jugak berjalan. Adela dalam 15 minit.