YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, April 28, 2014

HARI KETIGA DI AMSTERDAM

26/3/2013 (Rabu)

Hari Rabu sudah masuk hari ketiga kami di Amsterdam. Perasaan masih dalam mood happy jer. Rasa macam nk stay lama lagi kat sini. Walaubagaimanapun, pengembaraan harus diteruskan..heheheh.. Harini plan yang utama adalah nak pergi shopping handbag, souvenirs dan sebagainya. Handbag pun sebab ade sepupu pesan suruh belikan dia longchamp. Duit pun dia dah bagi so nak taknak kenala carikan. Kebetulan masa dalam flight husband duduk sebelah orang Malaysia tapi dia ade business restoran seafood dekat Amsterdam. Bapak kaya laki cina ni. Tapi baik sangat. Banyak benda dia share dengan husband. Salah satunya dia ade bagi tips tempat nk shopping branded items yang murah. So harini salah satu misi kami nak cari PC road. Sebelum tu, kitaorg jalan2 sekitar Grand Place dulu dan nak redeem Holland Pass nak masuk Madam Tussud.


Kitaorg boleh gak redeem Holland Pass kat sini. Tapi tgk macam takut jer so bergambar jela.
 





ish..ish..ish..




ish..ish..ish..
 







ish..ish..ish..
 



Lepas dah pergi Madam Tussud, kitaorg pun nak menujula ke PC road. Mula-mula macam agak confuse skit camna nak ke sana. Bila tanya org tempatan pun macam2 arah dorg tunjuk. Taktaula mungkin sebab dorg tak fhm kot.huhuhu..Last2 dapat gak jumpa tempatnya. Yang kelakar nyer, PC road tu belakang area apartment kitaorg jer..punyala dekat.Sampai jer kat PC road, terus mata jadi bundar sebab semua branded items terletak dekat situ dan ala2 dekat oxford street (walaupun takpenah sampai lagi)..hehehe.







Alkisahnya, masa sampai PC road ni, plan memangla nak belikan handbag cousin jer..lepas tu entah kenapa, mata, hati, dan perasaan dah tak dapat nk menahan gelojak nafsu untuk same2 belikan brg utk diri sendri.hahahha...apalagi..habis duit saya dekat sini. Dapat grab perfume dengan handbag MK...ermmm

 
  ni masa nak bayaq harga perfume Prada Candy. 75ueros with 5% vat. so okla kot.


muka happy dapat beli perfume.


lepas tu beli longchamp yang sepupu pesan. 340 euros with 12% vat.


jeng..jeng..jeng...250 euros with 12%..balik Malaysia menyesal plak rasa sebab leh dapat murah skit..damnnla..
 
 ni muka happy bak hang

Tgh syok2 shopping, tetiba hujan plak dekat Amsterdam. Nasib baikla hujan, kalau tak hujan entah berapa banyak lagi habis duit ni. So kesudahannya, kami pun plan balik apartment dl sebab nak letak barang and nak lunch sekali. Ptg nanti ade plan lain plak.
 
Selesai makan dan solat, kami pun cepat2 keluar semula ke Grand Place. Misi nak cari souvenir utk diri sendiri dan family. So kami jalan-jalan tgk kedai2 dekat area sini. Last2 jumpa satu kedai ni.


Kat sini kami habiskan 50 euros sebab klu beli more than 50 euros dapat tax free. So dapatla 5% vat


Kami beli t-shirt I Amsterdam dengar harga 19.90 euros. Kira dah murah. tgk kat tempat lain semua 20 euros lebih.
 

ayaq ni nama dia splush. Husband saya ni memang pantang sgtla Nampak ayaq yang macam menarik ni, mesti dia kalut nak rasa.Plus botol dia pun macam menarik kan. Harga paling besaq 3 euros.


Ended up, ayaq splush ni memang sedap. Tak rugi pun beli.

 
tgk tu..kusyuk tul minum.

Dah puas minum, time untuk redeem Holland Pass. Kalini kami nak redeem naik cruise canal. So kena naik tram pegi Centraal Station semula sebab cruise company yang under Holland Pass terletak dekat central. Actually ada banyak company yang operate cruise ni.

 
 Pemandangan di dalam Cruise







Semasa dalam cruise tu rasa ngantuk yang amat. Agak borinkla sebenarnya. Kalau penah naik canal crusie dekat Melaka tu..lebih kurang samala feel dia. Tapi sebab ramai org cakap jgn lupa naik cruise ni masa kat Amsterdam so rasa tak lengkap kalau tak naik cruise. All in all, saya kasi 2 bintang.huhuhu..
 
Lepas dah puas naik cruise kitaorg spend time jalan-jalan lagi. Masuk shopping mall ushar2 barang ape yg patut. Pusing2 dekat Dam Square menghabiskan masa sebab nak tunggu malam. Malamnya kami ade plan baik punya. Tempat ni pun org kata tak lengkap kalau tak pergi. Husband takyah cakapla, memang excited habis nak g tgk live show..hahhaha.
 
Untuk pengetahuan, selain bangunan-bangunan dia yang bersejarah, Amsterdam sangat terkenal dengan drug free and sex free. Dimana mana ade jer jual cannabis. Tak kirala dalam bentuk rokok, gula-gula sampaila ke chewing gum and lollipop pun ada jual cannabis. Ha...saya sendri hampir terbeli lip balm hemp Body Shop. Antara bahan yang terkandung dalam hemp tu adalah cannabis. Nasibla hati rasa tak sedap.huhuhu... Bau asap rokok cannabis ni pun ya Allah busuknya..memang mual rasa. pelik betul bau nya. Kebanyakannya remaja la yang hisap rokok ni.
 
Ok tu drug free..ni plak sex free. Kalau nak tgk live show yang femes dekat Amsterdam adalah dekat Red Light District. Kat sinila kami nak tuju malamnya. Masa mula2 macam segan nak tanya org tempatan dekat sana. Tapi asyik cari tak jumpa jer dan takut sesat lebih jauh so seperti biasa, husbandla tukang bertanya. Akhirnya, kami sampai gak kat situ. Niat dihati memang nakla gak amik gambar, tapi dekat cermin tu dah siap2 letak no pictures allowed. Memang meriahla kat situ. Tak sangka ramai jugak org datang tgk. Macam2 bangsa ada. Indian, Korean, Chinese, Arab semua ada nak tgk live show kat Red Light District. Kitaorg sekadar tgk jerla popuan-popuan tu memperagakan body dorang. Tapi nak bayar masuk tgk live show memang taklah. Kat situ boleh Nampak sisi hitam masyarakat Amsterdam ni. Walau bukan semua, tapi tempat tu seolah2 menjadi tarikan utama pelancong yang dtg. Kalau tgk dalam pamphlet dekat tourism Holland pun siap ade tour guide bawak dtg situ....

nmpak tak skit blakang tu??
 
 
Kitaorg takdela lama kat situ, dah habis satu pusingan terus cabut balik...Sampai apartment dekat kul 10.00pm sebab kitaorg singgah jalan2 delat area Prinsengracht dan dinner kebab kat situ. Habis 11 euros jugakla makan kebab dekat situ. Plan memang nak balik cepat sebab nak kemas beg. Esok nak bergerak ke tempat baru.
 
Hi Rotterdam....

No comments:

Post a Comment