YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, April 28, 2014

Dari Amsterdam Ke Rotterdam
 
 
27/3/2014 (Khamis)
 
 
Setelah 4 hari berada di Amsterdam, maka sampaila waktu kami bergerak ke Rotterdam pulak. Pada mulanya Rotterdam memang takde pun dalam list tempat yang saya nak pergi. Tapi, husband yang beria sgt ajak sebab katanya nak tgk Cube House dan Feyenoord dekat Rotterdam. Untuk pengetahuan, Bandar Rotterdam adalah bandar yang ke dua terbesar selepas Amsterdam. So selepas membuat sedikit research pasal Rotterdam ni, kami pun membuat keputusan untuk stay sini semalam. Alhamdulillah, hotel dekat area Rotterdam takdela mahal macam dekat Amsterdam. Kami menginap di Easy Hotel dengan harga sebanyak RM214 semalam.
 

depan EasyHotel, Rotterdam

 
bilik kecik ker tapi okla sebab satu malam jer stay.
 
Oh yer sebelum tu. Kami ke sini menaiki intercity train sebab murah skitla berbanding Thalys. Boleh tgk harga tiket dekat sini Intercity Train. Kalau tak silap kami beli dalam 15euros seorang. Kaunter tiket ade jer di jual dekat Centraal kalau tak confident nak guna mesin dia. Perjalanan memakan masa selama 1 jam 15 minit lebih kurang.
 

WC tu toilet. Haritu memang saya besiaq skit. Train dia memang double decker. So seronok gakla.


Termenung jer dia dalam train. Kami duduk tingkat atas. Train untuk second class ticket


haaa..dah sampai

 
Kitaorg sampai awal gakla. tak silap around 12pm. So banyak masa lagi sebelum boleh cek in. So kami round2 dekat dalam central dia dulu. Survey skit2 ape yg patut. Pandang sana, pandang sini. Dan sudah semestinya kena pergi information kaunter. Bila dah gather skit some information. Kitaorg pun purchase tiket tram dia. Beza dekat Rotterdam dengan Amsterdam. Dekat sini tiket tram dijual satu hari dan bukan 24 hrs macam Amsterdam. So kalau beli pagi, malam pukul 12am dah takleh pakai dah. Jadinya terpaksala beli untuk 2 hari. Harga tak silap 10 euro seorang untuk 2 hari. Tram pun senang jer nk cari, keluar dari central dah jumpa tram dia punya stesen. So kami naik tram menuju ke hotel. Eventough takleh nak cek in lagi tapi sebab beg dah berat kami tumpang letak beg dalam locker dulu. Harga locker dalam 3 euros. Lepas dah simpan baggage, kitaorg pun proceed seperti yg telah di rancangkan sebelum ni iaitu jalan2 sekitar Rotterdam dan pergi stadium Feyenoord.
 


dalam tram menuju Feyenoord


dah sampai



YNWA??



shopping dah dia..






 
  lepas tu kami patah balik ke Rotterdam Central sebab nak tangkap bangunan Centraal dia. Memang unik tapi hp saya takleh nak capture full imagela.


 
 Dah puas bergambar depan Rotterdam Centraal, Kami pun menuju ke Mini World dengan berjalan kaki. Sebelum tu, perut dah rasa lapar sgt. Kebetulan jumpa Subway, so singgah lunch dekat Subway.
 
 Ngap!!!
 
Mini world kami redeem Holland Pass yang kami beli masa dekat Amsterdam dulu. So takyah bayar, masuk jer.
 






















 

 
















 
Tanpa disangka, dekat Rotterdam ni banyak betul org Islam. Memang kusyukla layan tgk cara dorg berfashion. Stailista habis. No wonder rancangan yg host dia Ameera Zaini ade datang buat liputan dekat sini. Tapi kalau kita ni rasa cam tak sesuaila nak berjaket bagai sebab fhm2 jela weather dekat Malaysia ni tak berapa nk sejuk bedrbanding di Europe. Saya sendri dapat jalan2 ke Europe lah baru cam teringin nak pakai boots. Kalau tak memang takde maknanya. Sebenarnya tak selesa sgt pun nak pakai boots. Sandal jugak pilihan hati.hehehheh...
 
Lepas Mini World kitaorg pun pergi Cube House yang husband saya kalut sgt nak g tuh. Jom layan gambar
 

tudia di belakang tu la Cube House..


Menarik dan unik kan??


Tapi kami tak masuk dalam pun tgk sebab kena bayar berapa ntah. So bergambar di luar jer..Tupun confuse camna dorg arrange brg2 kat dalam. Impress gakla tgk building dekat Rotterdam ni. Power tul arkiteknya.






 
Ok..jom tgk tempat2 lain yang sempat kami lawati di Rotterdam.
 

ni pun antara perkara yg menarik dekat Rotterdam. Kita boleh terus upload pic kita dekat sini and post dekat FB.



 Bersiar-siar tepi laut sebab Rotterdam ni sebenarnya Bandar Pelabuhan.














 


ni area shopping.
 
 
Time ni dah petang. As usual, kedai dekat Holland memang katup awal, so kitaorg pun taktau nk pergi mana dah. Kami pun decide utk balik hotel. Rotterdam ni pun macam banyak black people. So rasa macam takut2 skit. Dalam kul 7 lebih kami pun selamat sampai hotel. Esok sebelum pukul 10am dah kena check out. Tu policy dekat Easy Hotel. Tapi kitaorg tak kesah pun sebab memang nak keluar awal. Nak ke next destination plak.
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 


No comments:

Post a Comment