YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, February 28, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (10FEB)

Sunday, 10th February 2019
Mekah Al-Mukarramah.

Harini ada Ziarah Pilihan Hudaibiyah. Kalau nak join kena tambah 25 riyal.Ada lawatan ke Muzium Haramain dan Masjid Hudaibiyah untuk miqat bagi Umrah ke 4. Disebabkan mama dan papa nk buat so kami pun ikut jugaklah. Husband plak dia taknk buat sebab katanya kain ihram semua dah seal😐

Aku plak kalau ikutkan hati nk mandi hadas dah sebab tgk panty liner bersih jer. Mcm dah takde pape dah lepas kuar tompok kecik smlm. So decide utk tanya dekat Ustazah Asma. Beliau ditugaskan utk menjaga permasalahan jemaah wanita.

Lepas borak2 dekat dewan makan. Ustazah tu ckp boleh jer mandi kalau yakin dah takde darah. Tapi sebabkan aku jenis ade kuning2 so dia suruh sumbat dengan tisu dan pakai panty liner. Kalau ikutkan 24jam means insha allah balik dr lawatan aku dah boleh mandi. So nampak gayanya tak dptla buat umrah ke 4 sebab nk bergerak pukul 2pm.


Dalam bas nk gerak dah


Dalam muzium haramain


Wow ada feri Penang


Berhadapan muzium. Masa ni dah nk masuk Asar. Ustaz suruh solat dekat Masjid Hudaibiyah jer..


Depan pintu kaabah dulu2.


Masjid Hudaibiyah. Masa ni sempat lagi shopping souvenir dekat kawan2. FM jer pic Kaabah tapi made in China..hahahha..



Sebelum pergi Ziarah sempat lagi aku ajak husband shopping pagi tu. Beli beg tambahan, beg lipat2. Beli untuk mama sebab dia kata beg dia tak muat. Kerusi lipat tu mula2 kawan pesan tapi mcm takdptla nk bawak balik. Mcm susah jer. Tapi harga murah sgt 20riyal jer. Masa ni mmg shopping mcm2. beli sejadah duduk, beli perfume, beli gelang. Jubah pun cantik2. Sebenarnya Jubah di Mekah lagi lawa dan menarik dari di Madinah. Kebetulan mmg mama suruh cari nk belikan untuk adik. So dah plan nnt nk ajak dorg dtg nnt. Maybe esok ke.

Sebelum balik hotel kitaorg plan beli ayam TAZA sebab teringin nk rasa. Lagipun time tu nampak ada peluang cerah sbb tak ramai. Yerla baru pagi kan. Seronok gak shopping pagi2 sbb org tak ramai. Beli ice cream, beli dessert dekat Bin Dawood. Sedap hokay.


Ada caramel dan coklat. Dua-dua i suka

Alhamdulillah balik dari Ziarah, terus g mandi hadas sbb mmg dah takde dah. Bersih jer. Maghrib dan Isyak dah boleh solat dekat masjid. Plus nak memperbanyakkan tawaf sunat. Lepas maghrib buat lepas isyak pun buat. Lega rasa



UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (9FEB)

Saturday, 9th February 2019
Mekah Al Mukarramah

Harini kami akan buat Umrah ke3. Masih dipimpin oleh mutawwif. Untuk umrah ke 3 kami akan bermiqat di Tana'im. Sebenarnya Tana'im lebih dekat dari Ja'ranah. Cuma Ja'ranah pahala lebih skit. So mcm biasa pukul 7.30am dah kena berkumpul di lobi. Ustaz cakap umrah ke3 maybe akan settle sebelum Zohor. Kalau umrah ke 2 haritu selepas zohor baru settle sebab ade g jalan2 kan. Untuk yang ke3 mmg straight je ke Masjid Saidatina Aisyah


Disebabkan Tana'im ni dekat jer. So boleh berniat dekat Masjid terus. Dalam bas takut tak sempat sebab depan sikit dah u-turn dan dah masuk tanah haram Mekah. So ustaz suruh niat di Masjid Saidatina Aisyah jer. Niat plak hanya buat niat badal dah ckp. Takperlu niat utk diri sendri. Time ni pakai telekung Siti Khadijah mama bagi. Thanks mama.


Solat sunat ihram dekat sini. 

Hhahaa, #sebelumdanselepastahalul


Alhamdulillah selesai tawaf dan solat sunat tawaf. Mutawwif cakap sebenarnya niat ihram tu penting sebab kalau dah niat ihram yang lain2 takperlu niat dah. Tapi dia ajar jugakla kita berniat tawaf dan saie.

Balik jer dari solat Zohor dah rasa tak sedap badan. Cek panty liner ada nampak tompokan kecik darah😢😟 kecewa gila. Awai plak dtg nyer. Mula2 mcm frust gakla tapi hanya mampu berdoa semoga umrah ke3 tadi tu masih dalam keadaan suci. So ckp dengan husband, harini mmg duduk bilik jerla. Berzikir dan berdoa dekat Allah semoga dpt buat tawaf sunat dan wada sebab mmg takbuat lagi tawaf sunat. Sebelum ni dah byk kali request dekat husband ckap nk buat tawaf sunat tapi dia asyik ckp nanti-nanti jer..

Malamnya ada ziarah tambahan makan Kabsah Hashi (Nasi Arab Unta) dekat Aziziyah dengan bayaran 25riyal sorg utk bus dah 50 riyal satu talam share dlm 3 org.Mineral 1 riyal. So cakap dengan husband nk trylah. Ajak mama dan papa dorg taknk. Dorg letih. So malam tu siap2 n kami turun ke lobi. Kalini kami join group lain bersama mutawwif mereka. So group2 bercampur2 dalam 2 bas.


Bersama keluarga saudara Helmi. Dia nk blanja kami. Alhamdulillah. 


Sedap jugak tapi lepas makan mmg rasa mcm pening skit...hahaha..untuk yg ada darah tinggi tak digalakkan..aku rasala..


Lepas makan nasi unta kami ke kedai Jus Vitamin. Sejuk gila dekat area sini. 


so kami beli choco berry dan air ape ntah nama. Manis gila. 22 tak hbs minum. At last bagi dekat papa..hahhahah..


UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (8FEB)

Friday, 8th February 2019
Mekah Al Mukarramah

Jumaat pertama di bumi Mekah. Excited rasa sebab nk solat Jumaat buat kali pertama. Dekat sini perempuan pun solat. Tapi yang sedihnya, subuh tak g masjid sebab letih sgt. Taktaula nape, tiap kali lepas buat Umrah mesti flat. Kaki rasa sengal2 dan keras jer. Tgk tumit husband dok merah cun jer. Bini dia dah pecah-pecah.huhuhuhu. Ni kalau dah mula rasa letih sgt rasa2 mcm nk period dah ni. Patutnya dtg 12hb nnt means masa  nk balik. Tapi taktaula kan..

Subuh tadi husband cakap ada buat sujud sajadah. Terlepas aku nk rasa peluang tu..huhuhu. Harini ada ceramah fadhilat tanah haram Makkah, majlis tahlil & bacaan yassin serta taklimat tawaf wada' dekat dewan makan. So mcm biasa bg nama arwah tok2 dan mkck kepada mutawwif. Dorg jugak ada cakap kalau nk bersedekah untuk nasi arab kambing pada jemaah2 selepas ini pun boleh. Sebab tiap jumaat menunya adalah nasi kambing hasil sumbangan jemaah2 terdahulu.

Ustaz yang bagi ceramah kalini lawak skit. Masa dekat Madinah haritu sedih gila sampai nangis2..huhuhu. Nsb kalini kelakar isinya. Sebab rasa dah mcm letih menangis dekat sini..huhuhu.


Kalau nk tau pape info semua ade ditampal di lobi. So takde masalah komunikasi dekat sini even takde internet. Tapi mana yang ada tu lagi senang la sebab mutawwif ade jgk inform dlm group whatsapp.


Rindu...

Malam ni kami nk try makan broasted chicken king plak. Brand ala2 al baik. Mula2 ingt tula Al Baik sbb logo dia sebijik kot. So malam ni beli ayam dia. Ala pic takde plak. Tapi sedap jgkla sebenarnya ayam dia...Jadila since tak dpt ayam Al Baik

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (7FEB)

Thursday, 7th February 2019
Mekah Al Mukarramah

Harini 7.30am mutawwif dah suruh berkumpul di lobi untuk Umrah yang ke 2. Miqat pulak di Masjid Ja'ranah. Sementara nk sampai sana, ada jugak diselit sekali lawatan ke Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Jamrah dan Mina. Mostly tempat-tempat ketika Haji.


Dalam bas sebelum bertolak


First stop, Jabal Tsur. Gua di mana Nabi SAW bersembunyi saat dikejar kafir quraisy. Ketika itu baginda dan sahabat Abu Bakar As Siddiq hendak berhijrah ke kota Madinah.


Kami takdela g panjat pun. Sebab nnt makan masa..heheheh


Di Jabal Rahmah, dekat sini mutawwif menggalakkan kami berdoa sebab salah satu tempat mujarab untuk berdoa.


Frust jugak tak dpt panjat ke atas sebab mutawwif kata takut kami sesat masa turun..alaaaa


So hanya mampu tgk dr jauh

Sebelum bermiqat kami dibawa tgk tempat2 semasa musim haji. Hanya drive trough jer. Masa ni dah imagine cmnala nnt mama dan papa ketika buat haji. Then terus ke Masjid Ja'ranah. Lepas dah bermiqat dekat masjid Ja'ranah (lupa nk snap pic), kami terus ke Majidil Haram. Untuk umrah ke 2, ustaz cakap dah boleh buat umrah badal. So kalini kena niat 2 kali. Satu untuk diri sendri bersyarat dan satu lagi niat umrah badal. So unutk badal ni dah niatkan nk buat dekat arwah Che Arah. Mama kata dia penah ajak mama buat umrah selepas arwah pulang dari umrah. Masa tu in 2016. Tapi tak sangka 2017 dia pergi😢Semoga Allah terima amalan ku ini dan semoga Allah merahmati arwah Che Arah. Bas stopkan kami dekat terowong. So kalau nk bermiqat sendri nnt, boleh amik bas dekat situ...dalam 3 riyal. Tapi bukan ke Ja'ranah sebab jauh. Cuma ke Tana'im. Bolehla esok2 nnt kalau dtg buat umrah sendri.

Semasa saie kebetulan dah nk masuk masuk Zohor so mutawwif suruh kami solat dekat saie area jer. Best jugak solat tu sebab org tak ramai dan sejuk jer. Hbs jer solat, dari tempat kami berhenti tu mutawwif suruh kami berundur 3 tapak ke belakang untuk sambung semula saie kami.

Malam tu cakap dengan husband nk makan Al Baik. So terus pegi Jabal Omar sebab dekat situ jer ade. Tapi hanya jual burger. Ayam kena g jauh skit. Takpela sebab dah teringin sgt. Sampai jer mall tu masha allah ramainya org. Last sekali aku yg tolong beratur belikan sebab line untuk wanita mcm lagi pendek dari lelaki.


Sedapppp. Beli burger ayam, kebab dan humus. Kebab biasa2 jer rasa.


Blakang tula tapak asal rumah Saidina Abu Bakar. Sekarang dijadikan masjid.


Suka berniqab dekat sana sebab rasa selesa jer..


Monday, February 25, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (6FEB)

Wednesday, 6th February 2019
Mekah Al Mukarramah

Alhamdulillah masuk hari ke 2 di Mekah. Harini free and easy. Andalusia bagi rehat. Yerla sebab letih buat umrah pun tak hbs lagi sampai Subuh pun dekat bilik jer. Ada gak tanya husband dia nk stay ke lepas Umrah smlm. Dia pun ckp nk balik. Penat dah.

Rasanya tido sampai pukul 10am kot lepas bgn solat subuh. Lepas tu bangun mandi dan siap2 nak g masjid awai sebab nk lepak2 depan Kaabah dulu. Ketuk pintu bilik mama dan papa depa pun masih penat. So suruh pi dulu.


Indah kan blakang tu? Abaikan yg depan. Husband ni kalau suh amik pic bukan nk nmpak bini dia cun..lol. 

Masa awal2 di Mekah suhu agak panas gakla. Terkejut jap sbb dekat Madinah kan sejuk. Tapi sbb semangat nak tgk Kaabah so tahan jerla panas. Bukan selalu kan dpt ada dekat sini. Ada jgk ajak husband buat tawaf sunat tapi dia asyik nanti-nanti jer..

Selepas solat Zohor, terus balik hotel nk lunch. Dekat Mekah lain skit waktu makan. Nk lunch kena tunggu lepas Zohor. So menapakla dlm 15minit. Agak jauh tapi seronok. 


Husband cakap dulu TAZA ada dekat Seremban masa dia kecik lagi. Tapi dah closed down. So nnt nk try rasa.


Di hadapan Masjidil Haram. Selalu akan masuk pintu 89 or 87 sebab dah biasa situ. kalau 89 akan  jumpa saf2 jemaah wanita dulu.


Tetiba terjumpa mama tgh tggu papa. Mama dekat sana asyik risau papa sebab papa byk kali hilang. Erm ujian. Rasanya mama ni terlalu risau sdgkan papa tu tau jer jalan balik semua. Maybe first time dorg jalan jauh kot. So tak biasa lagi di perantauan

Selepas dah rehat jap. Siap balik nk ke Masjid. Waktu mmg dekat2 jer maybe sebab winter. Subuh 5.45am, Zuhur 12.36pm, Asar 3.36pm, Maghrib 6.05pm dan Isyak 7.40pm. Hbs solat Asar, cakap ngan husband nk jenjalanlah. Nk tgk kedai2 berhampiran masjid...hehehh

Lagipun mama ada suruh carikan beg tambahan. Biasala brg dah bertambah. Banyk jgk dia shopping dekat Madinah dlm senyap2. Sebabkan jrg pegi masjid sekali, rupanya dia dan papa ada projek lain dekat sana lepas solat👫Mana tak bertambah beg kan.

Cari punya cari adala dpt beg yang berkenan tapi later2 baru beli. Lepas tu g money changer nk tukar duit. Mama tukar rm200 aku pun tukar gak. Duit dah tak byk. Rupanya Mekah ni pun best gak kalau membeli. Kedai2 dia meriah sgt oiiii...adoiyaiii..


Bila dah melilau sana sini sedar2 dah pukul 5pm. Lagi sejam jer nk Maghrib so husband ckp kita lepak jerla starbuck dekat Bin Dawood. Order Choc Cream Cip. Rasa dia tak berapa kena dekat tekak sebab mcm minum air kopi susu plak..huhuhu..

Settle minum terus g tandas. Naik tingkat atas sekali dalam mall tu. Lepas Isyak mcm nk jalan2 lagi. Ada mcm2 misi nk direalisasikan.💖👀

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (5FEB)

Tuesday, 5th February 2019
Madinah - Mekah

Subuh ni adalah Subuh terakhir di Masjid Nabawi. Ustaz dah pesan kena buat Ziarah Wada' atau Ziarah selamat tinggal dekat Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Sedih sgt hati. Insha Allah ada rezeki, nk dtg lagi.


Blakang tu Makam Nabi. Kita baca doa mengadap kiblat bukan mengadap makam tu sbb ramai aku tgk mengadap makam nabi. Sejuk sgt masa ni. Tenang dan damai.


Beg kena bawak turun dari kul 8-11am. So lepas breakfast sambung pack brg.


Comel jer..hahaha..masa ni dah rasa tak sabar nk tgk husband botak sebab dia kata nk cukur hbs rambut kesayangan dia tu. Alhamdulillah. 

Hotel dekat Madinah ni selesa jugaklah. Walaupun bilik dia biasa2 jer tapi kira selesa. Nk demand lebih pun taknaklah sbb g masjid dekat sgt. Zohor kami solat di masjid. Jemaah macm biasa kecuali lepas hbs jer solat terus bangun buat solat Asar qasar. Masa ni takboleh dah buat solat sunat pape sbb dah buat Ziarah Wada' Subuh tadi. So hanya boleh solat Zohor dan Asar Qasar jerla. Terus menuju hotel dan lunch.


On the way ke Mekah. Dah dlm bas. Perjalanan ke Mekah dlm 6jam jugak. Bertolak pukul 2pm. Bas pun okay. Selesa.

Lebih kurang pukul 5pm, kami tiba di Bir Ali sebab nk miqat dekat sini. Stop utk makan dan solat Jamak Taqdim Maghrib dan Isyak dekat surau situ. Sebelum ni ade gakla dgr perhentian tu mcm teruk skit. Masa sampai tu memang sampah sarap merata rata tapi mama dan husband ckp toilet bersih jer.. Maybe perhentian dr Madinah ke Mekah bersih skit dr sesiapa yg dtg dari Mekah nak ke Madinah.


Sedap..patutnya kongsi 5 org tapi kami kongsi 4 jer..licin..

Selesai solat jamak, hari pun dah gelap. So perjalanan pun diteruskan. Sebelum tu Ustaz dah ajar untuk niat ihram. Mcm perempuan, kena niat bersyarat. Rupanya niat utk perempuan pun ade lain2. Kalau tgh period niatnya lain. Kalau tak period niatnya lain plak. So aku follow yang tak period tapi mungkin akan period nnt. Untuk umrah pertama tak boleh buat badal lagi. Kena buat utk diri sendri dulu. Dlm bas Ustaz ajak bertalbiah dan berzikir. Lepas tu dia kata leh sambung tido..heheheh..bgs mutawwif kami ni..memahami..Sebabkan memang ngantuk, so tido jerlahhh..tapi ade gakla selit zikir dan selawat.

Dlm pukul 8.45pm kami dah sampai area jalan ke Hotel Heraa Palace. Suasana waktu tu, sibuk btl. Mmg nmpk kelam kabut tak setenang Madinah. Berbeza sungguh. Tapi siapa sangka, dlm sibuk2 pun still rindu jgk..hahhaha..tula penangan kedua-dua kota suci ni.😇

Hotel yg kami duduk di Mekah ni mmg agak jauhla dlm 690 meter dan area dia pun mcm area geng2 pakistan, india semua tu. Memang berpisah tiada..hahha. Tapi happening sebab deretan kedai byk...seronok tgk..

Turun jer dari bas masing2 diberi taklimat bilik penginapan dan lepas tu kami cari beg masing2 untuk naik ke bilik. Malam ni Umrah akan dilaksanakan pada pukul 11.30pm. So ustaz suruh berkumpul di lobi pada pukul 10.45pm sbb nk gerak ke Masjidil Haram pukul 11pm. Nsb tido dlm bas sebab malam ni kena berjaga sampai lewat malam.

Sebabkan dah niat ihram so kena jaga pantang larang. Ok part ni agak susah sebenarnya. Naik jer bilik nkla bukak tudung japkan. Sekali bila dah bukak tudung tergaru plak kepala dan ternampak sehelai rambut berguguran..adoiiyaii..terus gelabah. Terus mesej ustaz dan dia ckp nnt byr 5 riyal dekat cleaner masjid. Fuh..dugaan pertama semasa umrah..heheheh.

Dlm pukul 11.25pm dah sampai Masjidil Haram. Ustaz suruh bukak selipar dan masuk uncang. Lepas tu dia kata nk minum air zam zam pun boleh. Masa di luar masjid dah nmpak byk cenggerik. Aku plak dah siap kena gigit. Sakit gila hokay..hahahhah. Then ustaz ajak masuk pintu 87. Hati dah debar2 dan tak sabar nk tatap Kaabah. Tgh jalan sekali tersentuh suami. Gelabah jap. Terus tanya ustaz dia kata tak batal. Mmg dekat tanah haram tak batal asal bukan dgn syahwat. Insha Allah.

Sampai jer dekat bahagian bawah dah nmpak Kaabah depan mata. Ya Allah seronok sgt. Syahdu rasa. Airmata mmg deras mengalir. Ustaz terus ajak niat tawaf dan kami semua bergerak menuju Kaabah utk tawaf sebanyak 7 pusingan. Lepas tawaf terus solat sunat ihram dan minum air zam zam


Subhanallah. TQ Allah for this feeling. TQ for this invitation. TQ for everything


Masa ni dah mata pun dah merah sbb nangis jer..Mengantuk semua dah hilang bila berada di sini


Bergambar kenangan dengan group kami. Lawak papa masa ni. Org semua tgk depan dia tgk Kaabah😆

Sygnya pic masa Saie mcm takde lgsg..adoii..video jer byk. Takpelah. Semua tu simpan dlm hati jer..heheh. Kitaorg buat Saie dekat level 2 sebab lengang skit dr bawah. Tapi jarak jauh skit. Selesai jer Saie terus bertahalul. Jemaah lelaki yang nk bercukur nnt ustaz bawak. So rehat jap. Masa ni dlm kul 1.30am. Letih jgk kaki pun dah krem.

So kami pun beransur keluar menuju kedai. Jemaah wanita diminta utk lepak2 dulu dekat D'Saji di tingkat atas. So ajak mama minum sbb dia pun nmpak penat dan mengantuk sampai tersengguk-sengguk. Kecian plak. Nsbla tak tunggu lama. Dlm 30min cmtu dah nmpak kelibat org botak dtg dekat kami..hahah..


hhahahah..Maiigadd..Sepanjang kenai dgn laki aku ni selama 12tahun, nila first time tgk dia botak licin..nk gelak pun ada. Tapi takpelah demi Nur di akhirat nant..gittew..

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (4FEB)

Monday, 4th February
Madinah Al Munawwarah

Harini bgn pagi mcm biasa,solat waktu di masjid mcm biasa. Balik dari Subuh ada ceramah Fadhilat Tanah Haram Madinah, bacaan yassin & tahlil serta taklimat ziarah Wada' serta pergerakan ke Makkah esoknya..sob sob..jap jer rasa. Hbs jer sesi tersebut, ada misi yg tertangguh smlm yg perlu diselesaikan. Entah kenapa balik jer dr Ziarah Luar semalam badan rasa penat sgt. Memang pengsan dua-dua..hahhaha. Rasanya kul 9.30pm dah ghaibbb.

Lepas breakfast naik atas bilik jap then siap2. Mintak izin husband nak g Raudhah. Dalam kul 9.45am dah jalan sorang2 g masjid. Sampai jer pintu 25, sekali Raudhah dah tutup dah kul 9am tadi untuk sesi pagi. Kecewa gila. Patutnya Subuh tadi dah kena tunggu. Nk patah balik pun dah rasa malas. So lepak masjid jerla. 


Dah bosan lepak masjid, decide nk jalan2 dekat area gate 25 ni. Rupanya lagi happening dekat area sini. Byk kedai2 dan org lagi ramai. Pikir punya pikir, rasanya lebih baik tggu jer Zohor sbb lagi 2 jam nk masuk Zohor dan nak try masuk Raudhah lepas Zohor.


Nmpk kedai jual kebab terus beli sebab dah tau dah nnt akan skip lunch. Kesudahannya lepak perkarangan masjid jap makan kebab. Sedapppp. 5 riyal.

Dalam kul 11am lebih masuk balik masjid. Baca Quran dan duduk saf depan2 dekat pintu. Hopefully masa nk masuk Raudhah senang skit.heheh.


Masa ni baru lepas hbs solat Zohor. Nmpk tak org dah start mengendap. Dgr pintu akan dibuka jam 1.30pm tapi mcm tak bukak2 lagi. Mula2 crowd mcm ramai. Dah nk dekat pukul 2pm org dah start beransur pulang. Maybe dah malas nk tunggu kot.

Husband plak dia ada Ziarah tambahan tapak bersejarah sekitar masjid Nabawi dengan group. Sapa nk join boleh join. Terpulang. Byk gak tempat dia g. Thaqifah Bani Saidah, Pasar Manakhah, Masjid Ghamamah, Masjid Ali, Masjid Abu Bakar, Masjid Umar dan perkuburan Baqi' Al Gharqad (lelaki jer)


Ni jer pic dia share💁Deni la..hahahha

Dlm pukul 1.50pm cmtu dah nmpak ada jemaah wanita berlari-lari ke pintu lain. Pintu yang dekat tempat aku solat tu tak bukak-bukak. Mula2 pintu belah kanan bukak. Masa ni blur lagi. Sekali nmpak org ke pintu kiri plak. Terus follow jer dan terus dpt masuk Raudhah. Sebabkan pakai hitam dan berpurdah mak guard tak sekat. Alhamdulillah mudah jer masuk. Org pun tak ramai sgt. Kira so so jerla. Syukur gakla dpt stay lama. Dari pukul 2pm-3.15pm jgkla stay. Dpt buat 8rakaat solat sunat. hajat. Alhamdulillah. Semoga setiap doa2 ku Kau terima.


Ni dah jalan keluar. Tupun sebab kena halau. Asar dah nk masuk kan so dorg nk bukak saf utk jemaah lelaki.


Since dah nk msk Asar so lepak jerla dekat sini. Mcm biasa baca Quran.

Hbs jer solat dah janji dgn husband tunggu dekat gate 15. Cakap dgn husband nk shopping2 skit sbb esok dah nk gerak g Mekah..heehehh. 


Ni bergambar lepas Isyak. Suruh Mama tangkapkan..heheh


Nmpk tak blakang tu ramai btl org2 Pakistan, India kan


Husband pun nak gakkkk

Lepas tu ajak husband melilau area gate 25 sebab siang tadi merayau sorg2 jerkan. Cadangnya nk beli Starbuck sekali ramai gila org dan pilihan pun tak byk sgt. So just pusing2 situ jerla. Takleh nk lama sgt sbb mlm nnt nk bawak mama dtg Raudhah pulak. Patutnya pergi smlm dengan dia. Sekali dah masing2 pengsan tak sedar pape. Mama dtg bilik ketuk pintu tapi mcm rasa dlm mimpi jer..hahahah


Ikutkan hati nk jalan lagi ke depan, tapi rasa mcm penat dan malas..hahahha


Cantik kan masjid Nabawi ni...rinduuuu


Ok ni masa nk pegi Raudhah. Papa tetiba nk ikut sekali. Tapi dia bukan nk masuk pun. Konon nk tunggu kami. Aku ckpla lambat nnt. So if lama sgt aku suh dia balik dulu. 

Dlm pukul 10pm dah masuk pintu 25. Mula2 aku dah terlepas dah dgn geng Arab..sekali mama tak lepas. yerla dia pakai telekung biasa ja. So tunggula kat tepi. Alhamdulillah tak tunggu lama sgt. Dlm kul 10.30pm dia bukak pintu tgh. Terusla berlari masuk Raudhah..malam tu mmg ramai gila. yang dtg dengan group pun ramai. Sesak sgt. Sampai tak bernafas. Memang dahsyat malam tu. Mama plak nk baca yassin. So amik kerusi lipat suruh dia duduk sebab secure skit. Manik dekat baju aku pun byk hilang..waaaaa😓Dahla baru beli..takpala.yg pntg dpt masuk Raudhah.

2 jam gakla duduk dlm tu. Dlm pukul 12.30am baru keluar. Mengantuk, penat semua adelah. Tapi puas hati gakla. Dpt gakla buat 3 kali solat sunat. Mama pun dpt gakla masuk Raudhah 2 kali. Kira oklakan. Sbb kecian gakla org2 tua ni. Dorg bukan kuat sgt pun. Geng2 Uzbekistan dan Indonesia ni dahsyat betul. Main rempuh jer. Ok sabaqqqq. Tak baik mengomel..hahahha..