YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, February 25, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (5FEB)

Tuesday, 5th February 2019
Madinah - Mekah

Subuh ni adalah Subuh terakhir di Masjid Nabawi. Ustaz dah pesan kena buat Ziarah Wada' atau Ziarah selamat tinggal dekat Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Sedih sgt hati. Insha Allah ada rezeki, nk dtg lagi.


Blakang tu Makam Nabi. Kita baca doa mengadap kiblat bukan mengadap makam tu sbb ramai aku tgk mengadap makam nabi. Sejuk sgt masa ni. Tenang dan damai.


Beg kena bawak turun dari kul 8-11am. So lepas breakfast sambung pack brg.


Comel jer..hahaha..masa ni dah rasa tak sabar nk tgk husband botak sebab dia kata nk cukur hbs rambut kesayangan dia tu. Alhamdulillah. 

Hotel dekat Madinah ni selesa jugaklah. Walaupun bilik dia biasa2 jer tapi kira selesa. Nk demand lebih pun taknaklah sbb g masjid dekat sgt. Zohor kami solat di masjid. Jemaah macm biasa kecuali lepas hbs jer solat terus bangun buat solat Asar qasar. Masa ni takboleh dah buat solat sunat pape sbb dah buat Ziarah Wada' Subuh tadi. So hanya boleh solat Zohor dan Asar Qasar jerla. Terus menuju hotel dan lunch.


On the way ke Mekah. Dah dlm bas. Perjalanan ke Mekah dlm 6jam jugak. Bertolak pukul 2pm. Bas pun okay. Selesa.

Lebih kurang pukul 5pm, kami tiba di Bir Ali sebab nk miqat dekat sini. Stop utk makan dan solat Jamak Taqdim Maghrib dan Isyak dekat surau situ. Sebelum ni ade gakla dgr perhentian tu mcm teruk skit. Masa sampai tu memang sampah sarap merata rata tapi mama dan husband ckp toilet bersih jer.. Maybe perhentian dr Madinah ke Mekah bersih skit dr sesiapa yg dtg dari Mekah nak ke Madinah.


Sedap..patutnya kongsi 5 org tapi kami kongsi 4 jer..licin..

Selesai solat jamak, hari pun dah gelap. So perjalanan pun diteruskan. Sebelum tu Ustaz dah ajar untuk niat ihram. Mcm perempuan, kena niat bersyarat. Rupanya niat utk perempuan pun ade lain2. Kalau tgh period niatnya lain. Kalau tak period niatnya lain plak. So aku follow yang tak period tapi mungkin akan period nnt. Untuk umrah pertama tak boleh buat badal lagi. Kena buat utk diri sendri dulu. Dlm bas Ustaz ajak bertalbiah dan berzikir. Lepas tu dia kata leh sambung tido..heheheh..bgs mutawwif kami ni..memahami..Sebabkan memang ngantuk, so tido jerlahhh..tapi ade gakla selit zikir dan selawat.

Dlm pukul 8.45pm kami dah sampai area jalan ke Hotel Heraa Palace. Suasana waktu tu, sibuk btl. Mmg nmpk kelam kabut tak setenang Madinah. Berbeza sungguh. Tapi siapa sangka, dlm sibuk2 pun still rindu jgk..hahhaha..tula penangan kedua-dua kota suci ni.😇

Hotel yg kami duduk di Mekah ni mmg agak jauhla dlm 690 meter dan area dia pun mcm area geng2 pakistan, india semua tu. Memang berpisah tiada..hahha. Tapi happening sebab deretan kedai byk...seronok tgk..

Turun jer dari bas masing2 diberi taklimat bilik penginapan dan lepas tu kami cari beg masing2 untuk naik ke bilik. Malam ni Umrah akan dilaksanakan pada pukul 11.30pm. So ustaz suruh berkumpul di lobi pada pukul 10.45pm sbb nk gerak ke Masjidil Haram pukul 11pm. Nsb tido dlm bas sebab malam ni kena berjaga sampai lewat malam.

Sebabkan dah niat ihram so kena jaga pantang larang. Ok part ni agak susah sebenarnya. Naik jer bilik nkla bukak tudung japkan. Sekali bila dah bukak tudung tergaru plak kepala dan ternampak sehelai rambut berguguran..adoiiyaii..terus gelabah. Terus mesej ustaz dan dia ckp nnt byr 5 riyal dekat cleaner masjid. Fuh..dugaan pertama semasa umrah..heheheh.

Dlm pukul 11.25pm dah sampai Masjidil Haram. Ustaz suruh bukak selipar dan masuk uncang. Lepas tu dia kata nk minum air zam zam pun boleh. Masa di luar masjid dah nmpak byk cenggerik. Aku plak dah siap kena gigit. Sakit gila hokay..hahahhah. Then ustaz ajak masuk pintu 87. Hati dah debar2 dan tak sabar nk tatap Kaabah. Tgh jalan sekali tersentuh suami. Gelabah jap. Terus tanya ustaz dia kata tak batal. Mmg dekat tanah haram tak batal asal bukan dgn syahwat. Insha Allah.

Sampai jer dekat bahagian bawah dah nmpak Kaabah depan mata. Ya Allah seronok sgt. Syahdu rasa. Airmata mmg deras mengalir. Ustaz terus ajak niat tawaf dan kami semua bergerak menuju Kaabah utk tawaf sebanyak 7 pusingan. Lepas tawaf terus solat sunat ihram dan minum air zam zam


Subhanallah. TQ Allah for this feeling. TQ for this invitation. TQ for everything


Masa ni dah mata pun dah merah sbb nangis jer..Mengantuk semua dah hilang bila berada di sini


Bergambar kenangan dengan group kami. Lawak papa masa ni. Org semua tgk depan dia tgk Kaabah😆

Sygnya pic masa Saie mcm takde lgsg..adoii..video jer byk. Takpelah. Semua tu simpan dlm hati jer..heheh. Kitaorg buat Saie dekat level 2 sebab lengang skit dr bawah. Tapi jarak jauh skit. Selesai jer Saie terus bertahalul. Jemaah lelaki yang nk bercukur nnt ustaz bawak. So rehat jap. Masa ni dlm kul 1.30am. Letih jgk kaki pun dah krem.

So kami pun beransur keluar menuju kedai. Jemaah wanita diminta utk lepak2 dulu dekat D'Saji di tingkat atas. So ajak mama minum sbb dia pun nmpak penat dan mengantuk sampai tersengguk-sengguk. Kecian plak. Nsbla tak tunggu lama. Dlm 30min cmtu dah nmpak kelibat org botak dtg dekat kami..hahah..


hhahahah..Maiigadd..Sepanjang kenai dgn laki aku ni selama 12tahun, nila first time tgk dia botak licin..nk gelak pun ada. Tapi takpelah demi Nur di akhirat nant..gittew..

No comments:

Post a Comment