YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, February 28, 2019

UMRAH ZIARAH OMAN HALF DAY TOUR (7FEB)

Thursday, 7th February 2019
Mekah Al Mukarramah

Harini 7.30am mutawwif dah suruh berkumpul di lobi untuk Umrah yang ke 2. Miqat pulak di Masjid Ja'ranah. Sementara nk sampai sana, ada jugak diselit sekali lawatan ke Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Jamrah dan Mina. Mostly tempat-tempat ketika Haji.


Dalam bas sebelum bertolak


First stop, Jabal Tsur. Gua di mana Nabi SAW bersembunyi saat dikejar kafir quraisy. Ketika itu baginda dan sahabat Abu Bakar As Siddiq hendak berhijrah ke kota Madinah.


Kami takdela g panjat pun. Sebab nnt makan masa..heheheh


Di Jabal Rahmah, dekat sini mutawwif menggalakkan kami berdoa sebab salah satu tempat mujarab untuk berdoa.


Frust jugak tak dpt panjat ke atas sebab mutawwif kata takut kami sesat masa turun..alaaaa


So hanya mampu tgk dr jauh

Sebelum bermiqat kami dibawa tgk tempat2 semasa musim haji. Hanya drive trough jer. Masa ni dah imagine cmnala nnt mama dan papa ketika buat haji. Then terus ke Masjid Ja'ranah. Lepas dah bermiqat dekat masjid Ja'ranah (lupa nk snap pic), kami terus ke Majidil Haram. Untuk umrah ke 2, ustaz cakap dah boleh buat umrah badal. So kalini kena niat 2 kali. Satu untuk diri sendri bersyarat dan satu lagi niat umrah badal. So unutk badal ni dah niatkan nk buat dekat arwah Che Arah. Mama kata dia penah ajak mama buat umrah selepas arwah pulang dari umrah. Masa tu in 2016. Tapi tak sangka 2017 dia pergišŸ˜¢Semoga Allah terima amalan ku ini dan semoga Allah merahmati arwah Che Arah. Bas stopkan kami dekat terowong. So kalau nk bermiqat sendri nnt, boleh amik bas dekat situ...dalam 3 riyal. Tapi bukan ke Ja'ranah sebab jauh. Cuma ke Tana'im. Bolehla esok2 nnt kalau dtg buat umrah sendri.

Semasa saie kebetulan dah nk masuk masuk Zohor so mutawwif suruh kami solat dekat saie area jer. Best jugak solat tu sebab org tak ramai dan sejuk jer. Hbs jer solat, dari tempat kami berhenti tu mutawwif suruh kami berundur 3 tapak ke belakang untuk sambung semula saie kami.

Malam tu cakap dengan husband nk makan Al Baik. So terus pegi Jabal Omar sebab dekat situ jer ade. Tapi hanya jual burger. Ayam kena g jauh skit. Takpela sebab dah teringin sgt. Sampai jer mall tu masha allah ramainya org. Last sekali aku yg tolong beratur belikan sebab line untuk wanita mcm lagi pendek dari lelaki.


Sedapppp. Beli burger ayam, kebab dan humus. Kebab biasa2 jer rasa.


Blakang tula tapak asal rumah Saidina Abu Bakar. Sekarang dijadikan masjid.


Suka berniqab dekat sana sebab rasa selesa jer..


No comments:

Post a Comment