YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, May 21, 2018

Europe Trip 2018 (Bern & Basel)

Wednesday, 25th April 2018
Bern/Basel Airport, Switzerland

Harini check out dari rumah host dekat Unterseen, Interlaken. Kitaorg memang suka rumah dia dan jugak segala kemudahan yang Mira ni bagi. Memang terbaiklah. Tak menyesal duduk sini. Harga pun not bad. Dalam RM371++ semalam. Sgtla murah berbanding dengan duduk hotel. Harga cmni dapat duduk hostel jer yang kena share toilet. Paling tip top service Mira ni, dia siap hanta kitaorg ke train station, siap peluk2 dan nmpak muka sedih sgt. Aww so sweet..heheheh..


Bergambar kenang-kenangan dengan host Mira. Memang payah nk bercakap dengan dia tapi takpelah..pakai jer Bahasa isyarat tangan..hahha..Pic dalam keta Audi dan dekat train station takde la plak..adoiii..One thing I noticed, org Swiss ni bawak keta dahsyat gak.kasar semacam...hahahha..Ala2 org Penang gakla nih. Tapi dekat Interlaken ramai org tua..so kira dahsyatla org tua swiss..hahahha.
 
Train SBB kitaorg memang akan terus ke Basel. Tapi in between Spiez dan Basel, kita boleh singgah japlah mana2 town yang kita rasa nk singgah. So dlm byk2 town kitaorg pilih untuk singgah ibu negeri Swiss which is Bern. Org kata pekan dia ala2 Medieval Town. Tapi my personal viewlah. Nothing interesting pun Bern ni. Better lagi Basel town sbb nmpak mcm lagi happening dan best. Memandangkan baca dekat blog2 ramai singgah Bern so kami pun singgah jerla. Byk tempat kitaorg skip antaranya Einsteinhaus, Einstein Museum (sbb tak jumpa), Bern Rose Garden (sbb jauh). Lagipun kitaorg tak tido sini pun. Just singgah jer kan. So jenjalan jerla dekat Old City Bern tu.
 

Tram dia tgh2 jalan. Kitaorg hampir nak kena langgar sampai ada org local dtg tarik ke tepi..hahahha


Zytglogge (Clock Tower)
 

Susunan kedai dekat Bern ni agak menarik. Sebab ada bawah tanah


Parliament Building
 



Masa ni taktau ada event apa kat sini. Tapi husband hampir nk kena interview..hahahah


Lepak jap dekat Aare
 
 
Minum air free dapat dekat train station Bern.
 
Tak lama lepas tu kitaorg mcm masuk Coop cari makanan skit untuk bermalam di airport nnt. Yer malam ni tido airport sbb rasa mcm rugi nk tido hotel memandangkan flight kitaorg awal pagi. so lepak Basel airport jer.
 
 
Susu ni sedap sgt. Tapi dah mula rasa berak pun tak lancer sebab asyik makan coklat jer..hahaah..
 
Masa on the way nk ke train station mcm ajak suami makan. Nsb nmpak satu kedai kebab halal dari Turki. Kitaorg share jer kebab tu sbb agak mahal lepas tu kecik jer. Tak mcm Interlaken yang memang besar gila.
 
Oh sebelum tu, beg kitaorg letak dekat dlm luggage store dalam Bern train station. Harga sehari size XXL CHF12..ha nmpak...XXL kau..hahahha..sampai terpikir apesal la tak turun Swiss dulu then baru Italy..bad planning sgt kan..inilah yang dinamakan takdir..hahahah..takpelah asal semua berjalan lancar sudah. Cuma penat tu takyah habaqla..
 
Dalam pukul 5pm kitaorg decided untuk bergerak ke Basel sbb dah taktau nk buat apa lagi dah dekat Bern ni. Perjalanan mengambil masa selama 55 minit cmtu. Sampai Basel dah dekat pukul 6pm.
 
Dari Basel train station, kita kena naik bas nak ke airport. So beli ticket dan bas sedia menunggu di luar bangunan. Masa nila kitaorg noticed yang Basel lagi happening..Perjalanan ke airport lebih kurang 20minit. Dekat Basel ni barula nmpak anak2 muda ramai skit berbanding org tua..so jamu mata jerlah..
 
Tiba di airport dah nk dekat pukul 7pm. Husband cakap dia nk solat. So cari port sunyi skit. Terjumpa satu pot sunyi dekat level 5. Alhamdulillah settle solat terus cari port nk tido. Kecik jer airport Basel ni. Kitaorg pun dah taktau nk buat apa sebab kedai pun byk dah tutup.
 
Kitaorg agak cuak gakla nk bermalam di airport sebab setengah airport tak benarkan kita untuk bermalam. So kami just berdoa semoga tak kena halau..heheheh.
 
Agak2 dah malam lebih kurang kul 12am, dorg dah tutup lampu. Dan memang ada pegawai polis dia dtg spot check. Nsb dia tak mntak pape sgt cuma dia nk tgk passport husband jer. Fuh lega..Kitaorg perasan gak Basel ni ramai muslim. Labuh hokay tudung. Alhamdulillah. Suka tgk. In fact, masa nk check in masuk pun kaunter staff BA org muslim dan ada staff imigresen dia bg salam dekat kitaorg. Best rasa tau...huhuhu..
 
Cuma masa nk masuk gate, staff imigresen dia kerek skitla. Gila lama dia tenung passport husband. Entahla kenapa. I suspect sebab husband punya janggut lah dan of coursela tgk nama Mohd kan. Lepastu byk plak travel sana sini...nasibla saying..hahahha.
 
Akhirnya tepat pukul 7am 26th April 2018, flight British Airways pun berlepas ke London. Dijangka sampai London pukul 7.30am waktu London. Kalau waktu swiss 8.30am..Masa dlm flight ni, memang pengsan hbs..tak sedar pape dah. Rasa mcm kena dadah dia punya letih..Yerla bukannya boleh tido sgt pun dekat airport. Mana nk selesa kan. Takde kerusi baring langsung. So tido dalam keadaan dudukla...
 
 
Muka dah takleh blah dah. Husband nmpak extra letih. Yerla dia plg byk angkat beban. Kecian dia. Rasa mcm nk upah dialah..hahahha..Kita bg duit vat claim kat dia..
 
 
 Bye Basel. We surely gonna miss you. Should one day we have lots of money. Insha Allah, we come again.

No comments:

Post a Comment