YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, May 14, 2018

Europe Trip 2018 (Rome)

Thursday 19th April 2018
Roma, Italia

Kita sambung ceta di Spagna dekat sini. Selepas ronda2 Spagna, kitaorg pun balikla sbb dah tersangat letih..lagipun nak kejar jamak takkhir. So awal pagi dah bgn cam biasa sediakan breakfast. Pagi2 memang dah siap2 masak nasik untuk breakfast so that kejap skit perut. Dengan harapan dapat bertahan lama la kenyangnya. Cadangnya rini nk shopping skit so of course nk pergi lagi Spagna dan tempat2 lain yang belum dicover since esok nk gerak dah g Firenze/Florence


Taktau apa nama tempat ni, tapi masa ni on the way nak cari Trevi Fountain. Cam biasa agak2 nk sesat tu, kitaorg follow group2 tour sure jumpa punya..heheheh.
 

Yeay dah jumpa..nila Trevi Fountain yang femes sgt tu. Org ramai gila. Dengan panas teriknya. Ya Allah hanya Dia jer yg tahu perasaan masa ni. Tapi mmg cun la tempat ni sbb dlm byk2 fountain yang kami jumpa..ni adalah yang tercun and terbesar dekat Rome. Plus org dtg sini ramai yang buang hajat. Campak jer coin dalam fountain tu smbil berhajatlah mcm2. Tapi yang pasti siapa2 yang berhajat nk dtg semula Rome, boleh toss coins dlm tu..entah betul entah tak kan.

 
Masa ni ada mamat dr US baik hati nk amikkan gambar kitaorg selepas dia mintak tlg kitaorg amik pic dia...heheheh
 
Tak jauh dari Trevi Fountain ini, husband cakap ada AS Roma Store. So dia ckp nk ushar2 tgk apa best. Hopefully dia belilah kan sbb semalam dekat Lazio Fanshop dia tak beli pape.
 


ok dah jumpa..dekat jer pun
 

Husband excited nampak baju ni sbb nnt ada game Liverpool vs AS Roma. Update untuk harini 8/5/2018, Liverpool menang so layak ke Final menentang Real Madrid dekat Kiev, Ukraine...sukala dia kan..heheheh...ramai gak mintak belikan baju ni. Pesan tak salah tapi kena bank in duitlah..haahhaha..Agak lama gak husband dlm store ni, semua benda dia belek. Seterusnya kitaorg menuju ke Pantheon
 

Bergambar di depan Pantheon. Pantheon ni dulu2 Roman temple. Skang dah jadi churchla kan..apa lagi..Italy ni mmg byk church..so takdela nk masuk sgt pun. Dtg,tgk,amik gambar skit2 dah ler..hahhaha
 
 
 Masa ni dah on the way nk ke Spagna. Nak shopping barang2 yang dah disurvey semalam. Yeayyy

 
Sebelum tu. jom bergambar di Spanish Steps. Tgk dekat blog kemain takde orang masa amik gambar. Hakikatnya manusia punyala ramai. Dekat sini tak berapa nk suka sgt duduk lama2 sebab nant ada org offer bunga ckp free..suh amik jer tapi takde maknanya..lepas tu depa mintak duit..so say no jerlah..
 

Ok reward diri..shopping wristlet dekat Furla. Time ni Bank Islam CC masih okay untuk zass..Harga dalam RM700++..okla dah kenan dan latest plak tu..beli jer..bukan senang nk sampai Italy. Lagipun Furla mmg brand dari Italy. To be specific, dari Bologna.


 
Lepas dah shopping apa yang patut, kami pun berjalan2 jerla area Spagna tu. Best hokay semua benda ada situ. Tgk2 org, tgk2 barang2..masuk kedai Gucci, Prada, LV and bla bla..how I wish ada duit byk mcm org2 Arabs bershopping. Fuhh memang semua nk beli..hahahha
 

Nama kedai ni mcm nama manja husband..Kidut..hahah
 
 
Second Gelato in Rome. Sedap lagi brand Lemongrass
 
Lepas dah puas jenjalan area Spagna ni tetiba mcm nk ajak husband g Masjid terbesar di Eropah which is Masjid Al-Huda yang terletal di Campi Sportivi. Agak outskirt and scary gakla sebenarnya nk ke sana sebab kena naik train yg lain skit. Tapi sbb mmg rasa nk g sgt plus mcm nk mintak doa dgn Imam dia if la terjumpa nnt. So jadi berkobar-kobar. Husband pun ok jer. Lagipun siang lagi so rasa nya okay kot.
 
Kitaorg naik train ke Roma termimi dari sana kena naik train ke Flamino/Popola station. Dekat Popolo station kena tukar train lagi untuk ke Campi Sportivi. ok train dia agak scary jgkla. Dgn penuh contengan lukisan gravity. Tapi dlm hati berdoa moga ada rezeki nk jumpa Imam masjid tu so beranikan diri dan tawakkal jerlah
 

Screenshot dari IG story..hahah
 
Sampai jer station dia which takdela jauh sgt pun turun2 jer pandang sekeliling punyala sunyi..mcm takut plak rasa. Masjid mmg tak kelihatanla..even sebenarnya sebelah station train tu jer. Bila dah naik pedestrian bridge barula nampak masjid tapi pintu dia bukak depan jer plak. Kenala pusing satu round untuk masuk. Masa nk dekat sampai pintu masuk dah nmpak macam ada 2 org laki tgh bersembang dekat parking. Macam Imam dia jer. Bila lepas jer pagar, kami disambut oleh security dia. Peramah betul. Siap bg salam & senyum. Ha cmtula sambut tetamu kan. Lepas tu kami disambut oleh Imam masjid tersebut. Nama dia Imam Salah dari Mesir. Ya Allah, rezeki betul la..sebak rasa tau..huhuhu
 

Baik budi bahasa Imam ni. Dahla sambut kitaorg mcm tau2 jer ada tetamu nk dtg. Lepas tu tunjukkan kami toilet dan tempat berwuduk. Bawak kami tour masjid, dia cerita skit sejarah semua. Rasa bangga jap sebab Malaysia was one of the donaters..syabass
 
 
Bangga! Only during Tun M's era. 22 tahun sudah pembinaan Masjid ni. Kawan I ceta, dia nikah dekat masjid ni tapi masa tu imam dia org lain. Yang besnya secretary dia pakai skirt jer. Ok..standardla tu kat sana. Islam itu mudah. Jgn terlalu extreme yer..
 

Masa ni baru lepas solat. Mata sembab sebab menangis berdoa mcm2. Plus dah mintak Imam ni doakan kami untuk Allah anugerahkan kami zuriat yang dah lama kami dambakan. Insha Allah dia cakap. Semua ni kuasa Allah kan. TQ Imam.
 
 
Dah selamat buat Jamak takdim. Nk tggu berjemah Asar mcm lambat lagi so solat Jamak jerlah
 
Settle bergambar, kami pun beransur meninggalkan perkarangan masjid. Rasa sayu sbb terharu dilayan dengan begitu baik sekali. Itulah ajaran Islam sebenar, memuliakan tetamu kerana tetamu ni membawa rahmat.
 
Tetiba teringat dalam blog2 yang I baca kalau nk makan murah dan byk makanan halal pergi jer area Roma Termimi. So terus bg idea dekat husband ajak lunch sana even masa tu dah kul 4pm lebih. Sampai jer Roma Termimi, kuar dari bangunan terus search dekat maps. Dekat jer pun seberang jalan jer. Dalam 5 minit jalan dah sampai. Mmg berderet,,pilih jer mana satu. Lepas duduk, tgk menu agak murahla. Regular Pizza boleh dpt dlm 6euros. So husband pesan pizza sementara I pesan spagetthi yg berharga 6.5euros. First time nk merasa Italian food walau hakikatnya owner kedai org India jer..heheh
 


 
Puas melantak. Mmg terlebih makan gak nih. For me seriously sedap. Tapi bila dah rasa Pizza dekat Venice, terus rasa Venice punya lagi da bomb. Sejam jugakla makan, dalam kul 6pm kitaorg decide nk pergi kedai AS Roma lagi sbb kebetulan cousin mesej ckp nk baju merah tadi. Nk patah balik mcm jauh. Sekali bila husband google ada satu lagi dekat dengan rumah kitaorg. Tapi kena turun satu stesen selepas Re Di Roma which is Ponte Lungo. Ponte Lungo ni tak jauh pun dari Tuscolana station and in fact masa I buat research which is the nearest metro station dengan our house, Google map byk letak stesen ni berbanding Re Di Roma. Tapi entahla nape host suh naik dekat Re Di Roma station.
 
 
 Keluar jer jalan dalam 5 minit dah jumpa store tu. Tapi terlupa nk amik gambaq sebab dah penat..hahaha. Yang kelakarnya kedai tu dah tutup sebenarnya tapi tetiba ada sorg org Italy ni dgn anak dia dok ketuk2 pintu store. Tak lama lepas tu ada staff dia bukakan pintu and ape ntah dorg borak sekali staff tu bagi masuk..and terus bukak balik kedai..hahahha..kelakarla org Itali ni. Mcm2 perangai dorg. Menurut husband mamat tu mcm nk beli tiket AS Roma vs Liverpool. Tgk2 mmg betul sbb dia masuk jer store terus g kaunter beli tiket. Rezeki cousin gaklah ni sbb dpt gak baju merah satu. Husband plak frust sbb dia mcm kalau boleh nak g tgk gak games tu.Lol..kita dah balik Malaysia dahlaaaa...
 
 

No comments:

Post a Comment