YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Monday, May 21, 2018

Europe Trip 2018 (Jungfraujoch)

Tuesday, 24th April 2018
Jungfraujoch, Switzerland

Pagi ni paling awal bgn dari pagi-pagi yang lain. Alhamdulillah tgk weather cerah dan berseri..heheh..Tak sabar nak "mendaki" gunung paling tinggi di Europe...Jungfraujoch. Tapi dengar khabar dorg dah jumpa lagi tinggi dari Jungfraujoch which is Mont Blanc dekat France. So taksure la tinggi mana plak Mont Blanc tu. Nnt google lain.

Dari rumah kitaorg terus bergerak ke station Interlaken West nk ke Interlaken Ost. Masa ni taktau pun tiket train free jer sebab kan kitaorg ade tourist pass card yang host kasi.. tapi tulah sebab tak fhm dia ckp apa so pegila beli tiket dekat mesin tiket...nasib half price sbb dah ada SHFC.

Tak sampai 10 minit dah sampai Interlaken Ost. Masa ni baru kelam kabut cari office ticket sbb nak beli Jungfraujoch's pass ticket. Lepas ambil number dekat kaunter, no kitaorg dah dipanggil. Grg betul staff kaunter dia tu..hahah..sabar jerlah..cmtula ragam org kan kita kena hadapi.


Harga tanpa diskaun adalah CHF205 sorg yer..tapi sebabkan kami ada SHFC so dptla CHF205 untuk dua org. For me mahal gila la kan. Tapi dah husband ckp..rugila dtg swiss tak pergi. So bila piker balik dan lama jugakla menung kat rumah..hhahaha..so okla..pergi jalah. Actually risau pun ada gak ni sbb takut badan tak boleh nk coop dgn weather sejuk kat atas. Almaklumlah..ada semput gak skit. Masa g Korea haritulah. Balik jer siap kena neb..hahahah...setelah diyakinkan husband sbb dia kata dekat atas ada botol oksigen. So 'go' jerlah..kang menyesal plak tak g..

 
Ni masa dekat Interlaken Ost dah tukar train nk ke Jungfraujoch. Kitaorg decided nk pegi via Lauterbrunnen instead of Grindelwald. Which for me bad choice..huhuhu..Sbbnya even Lauterbrunnen ni mcm dekat skit nak naik ke Jungfraujoch. Tapi kena singgah town dia. Dekat town dia ada 2 falls yang famous. Trummelbach Falls dan Staubbach Falls. Bila kita dah kalut nk cepat sampai atas. So of coursela tak singgah kan...huhuhu..takde rezeki kot. Grindelwald plak for me town dia takde apa sgt pun. Just a nice view lah untuk bergambar.
 
So perjalanan dari Ost ke Lauterbrunnen mengambil masa dalam 25 minit. Dekat Lauterbrunnen kena tukar train lain plak untuk ke Jungfraujoch. Sebelum sampai ke puncak kena tukar train lagi dekat Kleine Scheidegg. On the way nak ke puncak, memang tercengang jerla tgk view dia. Awesome gila. Taktau nk ckp apa dah. Subhanallah jerla masa tu. Indah sungguh ciptaan Allah kan. Mcm nak menangis tgk view.
 

Blakang tula train nak naik Jungfraujoch. Actually rasa mcm train yang barula. Seats dia dah tak kayu mcm I tgk dalam blog. Means technology dah improve skit la kot..heheheh. Nampak tak view blakang tu...wow...

 
Pertukaran train lagi. sebelah-sebelah jer. Sure tkkan sesat. Staffs dia pun ramai tolong assist kita. So tak payah kalut mcm Chinese..heheheh. Bukanla nk menghina dorg. Tapi mmg btl la dorg ni kalut semacam. Dahla hingaq gila..Maybe excited sgt pun. Masa ni ramai tourist Chinese & Korean. So betulla baca dekat tripadvisor. Dorg ramai datg gunung ni..pepepun layan jerlah..hahahha.
 
Sepanjang perjalanan naik dalam 30 minit gakla. Banyak masuk gua. Masa ni dh start susah nafas. Tapi takdela teruk sgt pun. Setengah org akan rasa pening2 which I tak rasa la plak. Alhamdulillah.
 
Pass ke Jungfraujoch ni termasuk train pergi dan balik dan dapat masuk 3 tempat iaitu Sphinx Observationary, Ice Palace & Aphine Sensation. So first stop was Sphinx
 

Signboard

 
Mesin engrave duit syiling. Tapi tak ckp syiling masa ni. Mesin ni memang ada jer di mana2 dekat Interlaken. Atas ni pun ada. Lebih kurang mcm souvenir utk kenang-kenangan
 

Ok ni Sphinx Observationary. Ramai makluk. Nak bergambar pun susah..heheh..nasib sampai pagi. If ptg taktaula cmna keadaan dia. Cuaca waktu ni -2degree. Sejuk tapi masih boleh bertahan. Byk gak pic kitaorg amik dekat sini. Tapi susah betul nk dpt angle yang cun.




 
 
Jadilah dari takde kan...
 
Settle bergambar kitaorg blah dari sini dan menuju ke tempat lain plak. Next is Ice Cave or Eispalast.
 


Best jugak Ice Cave ni. Husband siap slide mcm main ice skating..Agak licinla jalan dia so kena hati2 skit.
 

Pic blur..hahaha
 
 
Ni plak Aphine Sensation. Tempat ni mcm menceritakan sejarah pembinaan raiway ke Jungfraujoch. Ada jugakla part sedih sbb ramai jugak yang meninggal masa pembinaan keretapi ke Jungfraujoch ni. Sekejap jer tour kitaorg kat sini. Husband dah tak sabar nk main salji
 

Org paling excited dan tak sabar. Tupun dia ckp tak puas sebab tak rasa hujan salji..paadiaaa deni..hahah






Sampai dudukla..kalau boleh nak baring kot


 
Melompat plak dia.
 
Lama jugak kitaorg dekat atas ni sebab husband tak puas. I plak dah rasa sejuk dekat tapak kaki. Dah kebas. Seriously dah pakai timberland kot, stoking pun tebal..masa ni..husband ada suruh slow mo la..boomerangla..main lari2..main baling2 salji. I semput hokay...hahahha..terus rasa mcm sesak nafas. So husband suh minum air dan rileks jap.. tula..bini tak tahan daulat..hahah..
 
Lebih kurang pukul 12pm lebih husband ajak masuk dalam bangunan sbb maybe dia tgk bini dia dah tak tahan. Mana nk tahan sebab dekat sejam lebih gakla dekat atas tu.
 

Nila botol oksigen nya. Tapi kena beli if rasa semput. Actually memang nmpak gakla yang pengsan dan terbaring jer kat dalam bangunan tu. Maybe tak tahan kot kan.

 
ok ni pure oksigen. Husband ajak beli as souvenir. Mcm2la deni..hahaha
 
Rasanya dalam tengahari kitaorg pun berangkat balik. Trip nak turun ke bawah agak mencabar sebab mengantuk gila. Maybe sebab lack of oksigen. On the way turun kitaorg decide nk jenjalan dekat Kleine Scheidegg. Bergambar dekat situ sbb lawa.
 



 
 

Amazing sgt nih. Memang rezeki sgt sebab cuaca elok jer walaupun panas tapi view semua nmpak dan cantikla. Sebab dgr if cuaca tak elok agak rugila naik atas sebab tak nmpak apa pun. Nk bergambar pun suram jer view blakang. So Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Thank You sbb mempermudahkan semuanya.
 
Kitaorg turun via Grindelwald. View pun cantik sebenarnya cuma maybe pekan dia takde apa sgt. Tapi nk patah balik ke Lauterbrunnen mcm membaziaq ja. So takpelah. sudah takdir..Redha ajalah..
 


Dekat stesen Grindelwald.
 
 
Nak jugak kan.
 




Sekitar pekan Grindelwald. Kecik jer town dia. Tapi ade la hotel. Byk jugak sebenarnya.
 
Sampai jer Interlaken West, kitaorg decide nk terus jalan2 dekat Hoheweg lagi. Kalini nk beli apa yang patut. Setelah berbincang dengan husband. At last decide nk beli jam Swatch. Husband satu and I satu. Kebetulah ada promo. Kalau beli satu dapat satu lagi dengan harga CHF25, so apa lagi..belikan satu lagi untuk adik sebab birthday dia esok waktu Swiss. Sweetkan akak..
 
 
Lepas balik dari Swiss husband ckp ala menyesal tak beli satu lagi..eee mcm2 la deni..
 
Esoknya, kitaorg dah nk check out. Nk ke next destination sebelum balik London. Ala sedih plak rasaaaa...Sebelum tu cm biasa singgah Coop dia sebab nk beli coklat swiss. Agak murah kalau beli dekat Coop.
 
 
 

No comments:

Post a Comment