YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Friday, May 18, 2018

Europe Trip 2018 (Venice to Interlaken)

Monday, 23rd April 2018
Venizia, Italia

Harini cam biasa kemas2 and check out awal sebab nk kejar train pergi Interlaken Switzerland. Memang tak sabar jugak nak ke tempat baru ni. Perasaan adala bercampur bau skit sebab Venice adalah pit stop terakhir di Italy sebelum ke negara lain. Kitaorg tak singgah Milan pun. Mula2 ingt mcm nk singgah jugakla semalam. Tapi mcm dah tak cukup masa.


Memang akan ambil train pagi2 sebab harga lagi murah. Yang tak best dekat Venice ni train dia delay. Lama plak tu. Masa ni mcm dah risau gakla sempat ker nk kejar train ke Spiez. Lepas tu nak bergambar jugak dekat Milano Centrale. Untuk ke Spiez kitaorg kena stop di Milano Centrale dan tukar naik EuroRail ke Spiez, Switzerland.
 

Air blended ni sedap gila. Husbandla yang mcm nk try. Sekali dah rasa sedap kot..heheh
 

Masa ni husband duduk depan so suruh dia amik pic dalam train. Dah nk gerak dah ke Milano. Bye Venice, I like you a lot. Despite the bad homestay, but I love your city and your Pizza too. Not forgetting the Gucci handbag that we managed to secure it here. Hope to see you soon.

 
 
Spiez, Switzerland
 
Perjalanan ke Milano mengambil masa selama 2 jam 20 minit. Kitaorg tiba agak lewat gakla lebih kurang pukul 11.10am. Train ke Spiez pulak berlepas pada pukul 11.23am. Mcm risau gila..tapi sebelum ni baca dari blog2 tempatan dorg ckp pertukaran train tu nanti sebelah2 jer. So takdela kalut nak cari station mana dah. Sampai jer Milano Centrale..train ke Spiez dah sedia menungu di sebelah kanan. Paling best, coach pun sebelah jer. Means dorang dah siap susun dah awai-awai..
 
Dari Milano Centrale ke Spiez plak mengambil masa selama 2 jam 30minit. Lama gakla perjalanan tu. Tapi takdela boring pun sbb pemandangan cun jugak. So rasa excited jer sepanjang perjalanan. Cuma masa dekat border antara Italy dan Switzerland adala pegawai imigresen Swiss naik atas train dan mintak passport. Masa ni cuak ckit sbb dia pegang passport husband punyala lama. Jentik-jentik lagi. Risau gak. Tapi kena tenang dan berdoa pada Allah mintak Dia mudahkan. Doa org musafir kan makbul.
 

Masa ni baru sampai. Cun kan


Husband muka penat

 
Kehijauan yang jelas terserlah
 
Sampai jer Spiez dah dekat pukul 2.15pm. Terus gi toilet sebab rasa tak sedap perut rupanya dah merah dah panty. Adoi nasib bawak pad..hahahha..habis honeymoon..hahahah. Kitaorg terus cari kaunter tourist info sebab nak beli Swiss Half Fare Card dan dapatkan sedikit info yang lain2. Harga SHFC ni sorg CHF120. Fuhhh..masa ni x 4.14 dengan duit RM. Mahal jugakla. Memandangkan kitaorg stay swiss 4 hari jer so org sana advise suh beli SHFC ni. Lebih berbaloi berbanding Swiss Travel Pass.
 
Tak lama lepas borak2 dengan staff dekat Tourist Centre kitaorg pun naik local train dia ke Interlaken West. Airbnb kitaorg terletak di pekan Unterseen, Interlaken West. Memang cantik pekan tu. Fall in love gila. Sampai jer station Interlaken West, hujan renyai2..mula2 decide nk naik bus sebab host cakap naik bus dlm 5 min tapi kalau jalan kaki dalam 20minit. Sekali tgk timing bus akan gerak kul 4pm. Masa tu baru pukul 3.30pm. At last decide untuk jalan. Bila dah jalan separuh hujan makin lebat..husband pun penat tolak beg sebab dia mcm mendaki skit. Kecian plak dia. Kitaorg adela berteduh jap dekat tepi kedai. Betul-betul sampai jer rumah host tu tgk jam pukul 4pm..hahah..lol sgt kan. Buang tenaga jer. Ptt naik bus jer tadi.
 

Sempat lagi bergambar masa singgah tepi kedai sebab hujan makin lebat
 

The view was breath takings. Cantik gila kan. Ni view dari tingkap bilik kitaorg. Rumah host ni rumah banglo 3 tingkat yer..tingkat bawah garage kereta dia. Tapi yang takleh blah depan rumah dia segala mak nenek ladang binatang ada. Ayam, kuda, lembu..like seriously memang depan rumah jer. Adala bau jugak..tapi tak kotor langsung.


Ha Nampak tak sebelah kiri tu bangsal kuda..
 
Host kitaorg nama dia Mira Buri. Yang kelakarnya dia tak pandai cakap English. Tapi dia boleh ckp German, Italy dan France. Memang payah gila nk communicate. Dia siap pakai google translate. Susah gakla nk fhm ape2 bila dia nk explain. Dia bg kitaorg tourist card. Mula2 tak fhm apa fungsi. Rupanya dengan kad tu kitaorg boleh naik bus, train free jer. Tapi bukan semua area la. Plus kalau nk shopping pape pun ade diskaun siap dpt souvenir dari kedai jam lagi.
 
Sebabkan sampai Interlaken dah agak lewat. Kitaorg decide nk jenjalan dekat Hoheweg town. Nak cuci mata sambal bergambar dekat situ. Perasan gak Interlaken ni byk halal restaurant. Maybe sbb ramai tourist dr Arabs.
 



Dah rasa sejuk semula. Memang menggigil gakla sebab dah nk malam kan. Baru rasa mcm pegi Europe..hahahha..


Masuk kedai Swatch husband cakap mcm nk beli jam Swatch tapi yang limited edition punya jer. Meaning..hanya ada di Interlaken. As for me, kenan gila jam lembu tu..hahahha..nmpak tak yg ada loceng tu? Tapi dekat Swiss you have to spend at least CHF300 in order for us to claim the Vat tax..bapak byk kot..Jam yang I kenan tu plak harga CHF80..masa ni belum decide nak beli..just tgk2 jer..
 

Blakang tu Gunung Jungfraujoch


Sedap air ni...terbaik..lepak minum sambal layan view. Gila feeling hbs


Hotel ni mahai...
 

Blakang tu church rasanya.


Menggigil tahap teruk sedangkan tunggu burger siap jer. Kedai tepi tu kedai halal jual kebab Turki. Harga CHF10..Rasa mcm mahai tapi bila bukak tgk dekat rumah, besaq gila burger dia. Lebih kurang size muka iollss..hahaha. Plus ade kentang yang gemuk2..sedappp sgt.Cukup rasa..takdela tasteless. Dia bagi sos tomato dan mayonis.

 
Senyum pun payah so kena paksa senyum masa ni

 
 
 
 




No comments:

Post a Comment