YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Friday, May 18, 2018

Europe Trip 2018 (Venice)

Sunday, 22nd April 2018
Venizia, Italia

Sedihnya nak tinggalkan Florence. Seriously suka sgt Florence. Tapi kalau stay lama2 dekat sini memang boleh diisytihar muflis gamaknya.


Perjalanan ke Venice agak lama sebab ambil masa 2 jam.

Muka berseri-seri selepas dapat banyak Vit D
Duduk depan kitaorg ni couple from California datang honeymoon sempena anniversary dorg yang ke-30. Sweetkan. Ok sebenarnya dorg ni asal dari Vietnam. Dorg ni dulu pernah jadi pelarian tahun 1984 dekat kem sungai buloh sebelum dipindahkan ke US. Skang hidup mewah. Rumah pun besar. Susan ni cakap dia taknk dah balik Vietnam. Dia siap ajak kitaorg dtg rumah dia dekat California. Fuhh jauh tu California. Tgkla yer Susan. Beria tau dia ajak..hahahha

Dah sampai Venice. Rupanya Venice ni sgtlah crowded sampai taktau nk cakap lagu mana. Ingat sejuklah skit tapi tudiaaa..matahari tetap mesra rakyat.


Kesian husband. Venice memang mencabar yer. Dahla byk bridge, lepas tu takde ramp area plak tu. Nasib host dtg jemput so takde sesat or pening nk cari rumah.

Kitaorg pilih airbnb yang dekat dengan train station sebab dekat Venice ni semalam jer. For me..bagus jgkla buat decision duduk kejap jer. Sebabnya Venice ni kecik jer so sempat cover semua tempat dalam satu hari kecuali kalau nk pergi jauh skit mcm Murano island yang kena naik boat or keluar dari town Venice. Time ni host suh tunggu jap sbb dia nk jemput satu couple dari UK yang duduk sekali serumah dengan kitaorg. Dorg naik bus dari airport. Area rumah host pun dekat dgn Piazzale Roma di mana terletaknya stesen bas di Venice.
View dari tingkap bilik kitaorg. Tapi gambar bilik takde sbb taksuka bilik dia. Honestly host ni mmg pengotor skitla. Entahla kenapa review dia bagus sgt. Dahla berpasir lantai. Sofa pun sama. Tandas pun kotor...nasib sofa bed dia selesa jugakla. Nk komen lebih2 pun tak syok kan sbb hotac dekat Venice ni semua mahai gilak..bgs jgkla stay semalam jer. Sampai skang I tak lalu nk tulis review pasal dia dekat airbnb. Taktau nk komen apa. Kang komen lebih2 takut sentap plak kan.hahahha..so biar jerlah..lagipun dia dtg jemput kitaorg dan dia bg kitaorg check in awai dah cukup bagus. Masa tu baru kul 11.30am.
Sofa yang berpasiaq..gila geli..masa ni dia malu2..hahahha
Cam biasa rehat jap, plan nak jalan mana dulu, lunch & solat. Settle jer solat terus keluar sebab masa sgt cemburu.

Takdan apa lagi,dia dah kalut beli topeng ni..

Souvenir katanya..ni kalau dia pakai malam2 kat rumah mau kena lempaq keluaq rumah..hahahha

Rialto bridge. Kemain awek tu ushar..hahhaha

Hard Rock Café Venice dekat Rialto bridge. Ada dua sebenarnya hard rock ni. Satu dekat San Marco satu lagi dekat sini.
Rasanya ni dekat San Marco: Hard Rock Shop

Bergambar di St Mark Basilica. Happening sini

Selfie jer mampu..hahahah

Ehem2..try jer tak salah kan. Ok berbalik pada cerita hangbag Gucci yang husband nk belikan dekat Venice sebab cc bank islam buat hal. Dua kedai kami masuk dekat Venice ni semata2 nak beli beg tu. Dua2 kedai takleh nk zass cc bank islam tu. Seriously bank islam. You are suck nak mampos. Dahla call dari Florence haritu cakap semua okay. If semua okay then ape hal takleh nk zass lagi ni??
Akhirnya last resort husband cuba try balik cc maybank yang takleh zass sebab dah terlebih bayar tu. Alhamdulillah...dpt jgk zass...nak sujud syukur rasa. Gila menyusahkan hidup betul.

Gittew kan..akhirnya dpt jugak ku gengam beg kertas Gucci ke hulu ke hilir sebab sebelum ni asyik pgg org punya ja. Masa ni tgk ja Gondola sebab duit dah hbs and budget dah lari sbb bayar pakai cash skit. Sekian...

Piazza San Marco

Doge's palace. Sini pun happening sbb ramai makhluk tuhan

Berhadapan dengan Doge's palace.
Kitaorg lepak lama jugakla dekat area sini sbb syok tgk org..tgk gondola..tgk laut...heheh..Lepas tu kitaorg jalan2 ke area Rialto Bridge balik sbb ingtkan nak tgk kedai2 dekat situ..sekali dah tutup. Yerla dah pukul 7pm kan. So just layan view dekat Grand Canal jerlah which is lawa gila.

Menung apa tu bang?

Payah hokay nak amik shot ni sebab org ramai
Masa ni dpt tgk sunset. Subhanallah. Speechless. Pic ja tak speechless..hahahah. Lepas tu kitaorg pun decide untuk balik sbb kitaorg bukan ingt sgt jalan balik ni & kebarangkalian nk sesat tu tinggi. Sekali..on the way nak balik terjumpa kedai Halal. Terus cakap ngan husband nk makan pizza lah sebab terliuq tgk pizza dia and tadaaaaa...
The best pizza ever. So cheesy and yummy. Serious sedap. Cheese dia punyala susah nk putus. Diavola Pizza namanya..pttnya isi dia beef tapi mamat tu ckp dorg ada chicken jer yang halal so okay jerlah..lapaq dah ni..harga boleh tahanla 7.50euros.
Dalam sejam makan kitaorg pun nk gerak balik. Hari pun dah malam. Memang gelap gak Venice ni. Berpandukan cahaya samar2 dari lampu dia yang tak byk tu kami cubala cari jalan balik ke rumah. Melilau hokay cari sampai sesat. Sejam plak tu. Ikut map Piazzale Roma jumpa la tempat dia tapi lupa terus nk ke rumah cmna sebab malam mmg tak sama mcm siang hari..blur hbs time ni. Maps pun gelong..nasib baik husband ada amik pic restoran dolphin ke apa ntah which dekat dgn rumah host. Bila waze Alhamdulillah jumpa. Dalam pukul 9.30pm jgkla baru jumpa rumah dari pukul 8.15pm cari. Venice ni memang boleh sesatlah..susah..

No comments:

Post a Comment