YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

YOU ARE MY TV NO REMOTE CONTROL

Thursday, May 17, 2018

Europe Trip 2018 (Florence)

Saturday, 21st April 2018
Firenze, Italia

Dalam banyak-banyak hari, hari ni adalah hari yang paling rasa tak sabaq. Dia punya tak sabaq tu lain mcm..hahahha. Hari kedua di Florence, awai pagi dah mangkit sbb nk kejaq bus pukul 8.50am. Kiranya bus paling awai lah ke the Mall. First trip kata ko..Dlm 10minit menapak dari hostel. Lebih kurang pukul 8.35am kami dah sampai. Org pun dah ramai. Pagi ni bus 2 tingkat. Nasib byk seats lagi. Perjalanan dalam 50minit. Dijangkakan sampai pukul 9.40am dimana kedai dekat The Mall pun tak bukak lagi..hahhaha. Tkpa yang penting semangat kena ada. Dalam bus mmg dah nmpak dah qamai Korean and Chinese seperti review di dalam TripAdvisor. And depa ni kebanyakannya dah pakat bawak beg trolley dah. Wow hebat depa ni kan..hahahah
 
 

Pamplet yang diberi semasa membeli ticket sebab ada info pasal The Mall dan bus schedule
 
The Mall ni sebenarnya terletak di Leccio Italy, and berdekatan dengan Florence gaklah. Byk jugak outlet lain area2 berdekatan. Tapi The Mall paling famous for Asean. Since aku pun Asean, follow ajalah. Masa kitaorg pegi ni memang taknmpak Melayu tapi Cina Malaysia mcm ada gaklah.
 
Motif sebenarnya nk shopping lah kan. Tapi lebih kepada shopping untuk org lain. Personal Shopper untuk sedara mara jer. Sebab tak berani nak amik byk2 order kang susah plak nk angkut and takut ada masalah duit plak nnt. Even hanya ambil order dari sedara mara jer tapi...hazab wal penat gakla bila beg dah beranak pinak. Dah bukan backpackers dah..
 

First kedai kami beratuq (eh husband yang beratuq). Sebab apa first one? Sebab bus pun pandai berhenti depan kedai Gucci. Gucci dan prada antara outlet paling besar dekat The Mall ni. Boleh nmpak la kan Asean yang ramai. Masa ni panas gila. Even baru kul 9.50am. Bertabahla suami yer...
 
 
Kan dah cakap bas berhenti depan kedai Gucci jer..Nampak tak beg mamat tu?hahahah
 
 
Beg husband kecik jer uolls..
 
 
Hasil tangkapan untuk cousin
 
 
 

Husband belikan beg Gucci untuk cousin dia sbb cousin dia bg RM2k..Cun hokay..Harga bila dah tolak vat semua dalam RM1800 jer.. Tapi PS selalu jual dalam RM2400-RM2600
 

Wallet lelaki cousin suruh belikan untuk husband dia sempena birthday..160euros..
 

Cute gila kan. Kasut budak2 yang cousin I pesan. Yang kanan sekali tu untuk newborn baby dia Omar Qaiizer. Dia cakap masa tahun 2012 dia pernah tag husband dia dekat FB yang one day dorg akan belikan untuk anak lelaki dorg. Now 2018 impian menjadi kenyataan..Wow
 
 
Rehat jap dekat Gucci café sbb dah penat and lapaq.
 

Kitaorg mmg lama gila dekat Gucci. Dalam 3 jam gaklah. Dari kul 10am sampaila pukul 12pm. Customer sis paling byk order adalah cousin sis nama Haniza. Yang lain2 dari Ika, Ita (sedara husband). Ada latest collection gakla. Tapi outlet Gucci punyala bukan butik. Murah sgt berbanding PS lain jual. Dorg mark up dlm RM1k++ gakla sebenarnya. Sis plak memang amik VAT tax jer.
 
Settle Gucci, kitaorg g Prada plak..nipun sama. besaq and byk gila collection dia. rasa nk beli ja tapi husband ckp nk blanja Gucci kan. So takyahla membaziaq..then Tods then jalan2 skit. Tapi sebabkan lama sgt dekat Gucci, Prada and Tods so tak sempat nak tgk brand2 lain. Husband pun 2..3 kali g Tods sebab dia nk belikan handbag dekat mak dia dan ada pesanan dari cousin dia jgk. Pi mai pi mai..dah pukul 4.30pm. Kitaorg kena blah dah sebab husband nk belikan beg dekat isteri dia di butik Gucci yang akan tutup pukul 7.00pm. So bye2 The Mall. Tak puas rasa...
 
 
Suami belikan dekat cousin dia jugak sbb cousin dia pesan
 
 
Hasil tangkapan suami untuk ibunya yang tersayang. Sempena birthday mak on 26th April 2018. Tods hokay..harga 363euros selepas diskaun 54%. Warna biru pilihan isteri..pandai isteri pilih warna sebab semua puji ckp cantik..
 
 
Mula-mula husband nk belikan beg prada ni untuk mak. Tapi sis tak Kenan sgtla dalam dia. Sbb mcm byk zip. Luar dah ada zip, dalam pun kena bukak zip lagi. Plus warna dia agak kurang menarik which is soft pink.
 
 
Ok beg Tods ni mula2 anak buah husband yang nk sgt. Dari sebelum pi dok hingaqla nk beg ni. Sekali bila dah sampai, tangkap pic and tunjuk kat dia dah dia nk tanya husband dululah and bla bla bla..sementara nk tunggu dia tanya husband dah nk dekat sejam pi mai pi mai. At last dia ckp..takpelah Mak Ngah..lol sgt minah sorg ni..hahahah..Sygla..dahla murah..sini harga RM1k ja. Belum claim Vat lagi. Kalau PS lain jual dalam RM1500 cmtu..
 
Penat gila beratur dekat kaunter Prada. Gila ramai org kot. Masa ni husband tolong beratur sebab isteri dia dok kalut cari brg lagi. Dahla lama beratuq..sekali beli satu jer wristlet untuk cousin yang berharga 90euros..lol
 

Nindia haaa...
 
 
Mak Jemah tolong posing...
 
 
Ok ok..beg ni la yang sis kenan gila...harga dlm 640euros..Bicester Village mahai RM200..Tapi sbb husband asyik cakap..Guccilaaa..Guccilaaa..seriously husband sis ni..org nk bg harga murah skit untuk dia beli dia tkmau plak. Nak jgk belikan Gucci yang latest design dan hanya dijual dekat butik. Okla fine. Untungla kot rasaya..
 
 
Ni jer pic yang sempat nk snap dekat area2 shoplot The Mall
 
Kitaorg sampai Florence dekat pukul 6.00pm. Tangan dah penuh dgn beg kertas. Tapi tak terus balik hotel sebab ada misi yang perlu diselesaikan. Elok jer sampai butik Gucci, terus menuju ke beg yang dah di aim. Belek2,bincang2 at last decided untuk beli. Syoknya rasa...gittew.
 
Tetiba, semua keseronokan musnah dan hancur..hahhaha..Masa nk bayar cc bank islam buat hal. Rupanya tak cukup duit. Puncanya duit yang abg ipar transfer amik masa sehari untuk masuk dalam cc bank islam tu. Dahla cc maybank pun buat hal sbb dah terlebih bayar. adoii masalah betul la..Kesudahannya tak dptla beli..sob sob sob. Dahla esok nk gerak ke Venice dah. Sedih tau.
 
Tapi husband dah janji dia akan carikan di Venice. Dia siap mintak tlg staff di butik Gucci Florence untuk tunjuk map Gucci di Venice.Yeayyy.
 

Ni dekat butik Gucci yang cc buat hal. Tapi staff dia baik. Siap suruh pakai beg Hajah Zouk and tangkap pic kitaorg dekat balkoni kedai berlatarbelangkan Pizza Del Duomo. Cam biasa Matahari memang mesra sungguh dekat Florence ni.
 
 

Nila beg tambahan yang kitaorg beli tepi jalan. Bangla jual. Alhamdulillah walau harga 35euros dalam RM180, tapi kitaorg memang dah lenjan kan dia habis-habisan dah..but he is still standing strong..hahahah
 
Dalam kul 7 gerak balik bersama beg trolley baru. Balik pun nk kemas and susun barang2 shopping yang byk gila. Florence maghrib kul 8.20pm so kitaorg chill2 jer...hahahha
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment